Thursday, January 22, 2015

KISAH LANGIT









Assalamualaikum, ini tulisan pertama sejak tahun baru 2015. Hmm.. lama sangat jadi saya fikir elok update juga walaupun sikit. Sampaikan walauoun sepotong ayat.
Harapan saya semoga bermenafaat dan dapat dimenafaatkan , paling kurang untuk diri dan anak anak . Melihat sejauh mana pemahaman saya untuk dikongsikan dengan pembaca yang sudi. Kiranya nak tengok sama ada umminaufal pun berupaya untuk berfikir aras tinggi. Macam tu lah tak lebih tak kurang.

Hari adalah Jumaat 2 Rabiul Akhir 1436 Hijrah.  Saya pilih tarikh Hijrah nak mesrakan diri yg terlalu biasa dgn kalendar Masihi. kot ada yg nak tau.

Ok, banyak ayat dlm al Quran al Karim yang menceritakan kisah langit.

27
"Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit, (yang) Allah telah membangun-nya," – (QS.79:27)
أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا

028
"Dia meninggikan bangunan (langit)nya, lalu menyempurnakan-nya," – (QS.79:28)
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا

029
"dan Dia menjadikan malamnya gelap gulita, dan menjadikan siangnya terang-benderang." – (QS.79:29)
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا


Berikut dlm Surah Ar Ra'd :2 Allah berfirman:

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ´Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.
Melihat kepada ayat ayat di atas, maaf huruf yang tidak sama saiz sbb saya copy paste , nyata sekali Allah menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya kepada kita hambaNya. Bukti kebesaran akan nampak nyata dengan hanya melihat kepada kejadian  langit sahaja. Langit yang dijadikan tanpa tiang tapi kukuh tidak runtuh menimpa bumi. Maha Kuasa Allah.

Sesmua untuk peringatan bahawa kita hamba Allah akan semuanya dipanggil untuk bertemu dengan Allah pada hari di akhirat kelak jadi hendaklah sentiasa sujud dan beribadat kepada Allah. 
Langit adalah satu perlembangan kekuasaan Allah Maha Pencipta.
Wassalam. saya sambung lagi in sya Allah.



No comments:

Post a Comment