Monday, December 26, 2011

ANAK

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Hari ini anak ketiga saya , Ahmad Aidil Ashraf genap 11 tahun mengikut kalendar masehi, dan telah genap 11 tahun sejak 29 Ramadan.

Dibandingkan dengan abang abangnya , tubuh Ahmad Aidil agak kecil dan lambat pertumbuhannya (lebih rendah).  Jika dilihat kepada penampilannya orang akan menyangka Ahmad Aidil berusia 9 atau 10 tahun. Sememangnya  jika hendak membeli pakaian saya akan bertanyakan saiz biasa bagi kanak kanak berusia sedemikian.

Ahmad Aidil kami raikan di restoran KFC di Jalan Stadium. Perancangan asal di Restoran Mama di Jalan Sultanah , tetapi restoran tersebut tutup , tidak beroperasi di malam tersebut. Saya ada mengambil foto Ahmad Aidil yang amat comel pada pandangan saya semestinya.

Doa saya Ahmad Aidil akan dipelihara Allah menjadi anak yang soleh , bijak dan beriman, Amin..
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Thursday, December 1, 2011

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Ahmad Naufal sudah pulih dari demam tetapi manjanya agak berlebihan. almaklum anak bongsu. Sepanjang tempoh demam dan kebelakangan ini dia amat rapat dengan abangnya Ahmad Aidil Asyraf yang berusia 11 tahun. Agak lucu melihatkan Ahmad Aidil yang pandai pula bersabar melayan kerenah adiknya. Dalam keadaan biasa Ahmad Aidil kuat merajuk dengan Ahmad Naufal . Saya hitung hitung sudah 4 bulan kak Tini pembantu rumah kami pulang ke Indonesia. Difahamkan tidak akan kembali dengan kami lagi atas alasan berkahwin. Setelah hampir 6 tahun tinggal dengan kami terasa juga ketiadaannya.

Bagaimanapun kebaikan daripada itu anak anak saya sudah pandai membantu kerja di rumah. Abang sulong Ahmad Naim membantu mencuci pinggan dan menyiram pokok . Ahmad Iqbal pula menyidai , mengangkat kain dan membuang sampah manakala Ahmad Aidil menemankan si bongsu bermain. Seperkara yang belum selesai adalah melipat kain. Sekali sekala saya mengupah pembantu harian selama 6 jam dan biasanya pembantu yang dihantar adalah wanita Kemboja.

Saya bertekad untuk bangun pada jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan dan lauk pauk untuk makan tengahhari dan memastikan dapat solat dengan tenang tanpa kelam kabut. Di musim cuti sekolah ini kerja saya agak ringan kerana tidak perlu menghantar anak ke sekolah. Saya ada lebih masa 30 minit yang dihabiskan di atas jalan (hari persekolahan) . Saya siapkan bahan bahan untuk memasak sepert cili dan bawang kisar untuk bekalan seminggu yang disimpan dalam bekas plastik dan disimpan dalam peti ais. Bawang juga saya kupas untuk bekalan sekurang kurangnya seminggu.

Hari Jumaat yakni hujung minggu di Kedah saya menjadi orang yang paling sibuk seawal pagi. Saya pastikan akan ke pasar dengan Ahmad Iqbal kerapkalinya untuk membeli bekalan ikan , daging dan sayur sayuran. Ahmad Iqbal memang gemar menemankan saya kerana dapat menikmati nasi lemak kukus Aina di pasar besar. Hmm memang sedap dan ramai peminatnya. Kami kena pergi awal pagi dan kalau melewati jam 8 pagi jenuhlah berpusing pusing mencari parkir.

Pulangnya terkocoh kocohlah ibu ini membersihkan dan menyimpan bahan bahan yang dibeli, siap itu memasak pula dan membasuh. Saya pastikan makan tengahhari siap untuk santapan selewat lewatnya jam 12.00 tengahhari . Kesemua ahli keluarga kecuali saya dan sibongsu akan bersolat Jumaat di masjid berhampiran (Masjid Aman) . Dalam keluarga kami cuma saya seorang perempuan. Kalau Jumaat saya seperti 'bermaraton'. Bagaimanapun saya gembira dan puas . Hmm setelah hampir 15 tahun menjadi suri , saya dapat rasakan saya semakin matang. Hati saya kembang setiap kali anak anak memuji masakan saya.

Sekali sekala saya beli juga makanan luar, jujurnya ada hari saya sibuk , letih dan kadang kadang ingin ubah selera. Walau apapun juga, sepenat dan sesusah manapun asalkan setiap ahli keluarga menghargai dan bekerjasama saya gembira. Asal kami bahagia.

Tuesday, November 29, 2011

DRAGON BALL

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat .

Saya secara peribadi tidak berapa setuju dengan cadangan suami untuk melanggan siaran tv ASTRO. Alasannya ia siaran berbayar. Apabila sudah ada agak sukar mengawal nafsu menonton diri sendiri apa lagi anak anak. Waima akan berlaku pembaziran masa yang melampau dan sukar dikawal. Pendekkan cerita , ditambah dengan musim cuti sekolah anak anak saya banyak menonton siri cartoon yang bermacam dan yang 'favourite ' bagi empat saudara ini adala 'Dragon Ball Z Kai'. Betul ke tajuknya?

Si bongsu telah mendapat demam dan batuk sehingga memerlukan rawatan neubolizer 3 kali sehari selama 2 hari . Oleh kerana letih si bongsu Ahmad Naufal Arief diam saja berbaring dengan mata yang layu. alhamdulillah setelah mendapat rawatan dia semakin segar. Sampai giliran ke tiga jam 8.00 malam Ahmad Naufal keberatan untuk pergi ke hospital KMC Alor Setar, sebab bimbang terlepas rancangan 'Dragon Ball'. Melampau betul Bagaimana saya nak menangani masalah ini. Puas dipujuk akhirnya dia akur mengikut saya ke kereta. Bila dah lega sikit amboi ...banyak mulutnya dia. " Nanti tak dan tengok DG, mesti bila balik dah abis.. semalam pun tak dan tengok , bla , bla...

Bila saya diam saja Ahmad Naufal agaknya bosan . Kemudian tiba tiba " Mama! tau dak dalam game kan Goku boleh buat fusion, berzz bunyi , hebat .. Dragon ball tu boleh hidupkan orang yang dah mati.." . Saya tanya betui ka, dia jawab : Betui la!

Naufal percaya ka? " La..! itu cuma cerita saja, dalam cerita betui la.. . Adoi , lega hati. Bijak juga sibongsu ni. Persoalannya bagaimana nak pisahkan dia dengan Goku dan Gohan. Saya pun tak tau nak berborak dengan dia pasal Dragon Ball , dah lupa..( saya dulupun minat gak Dragon Ball, he he)

Tapi dah masuk usia 40an ni lain lak seleranya. Saya suka channell HDOne.. tolong , suka lak tengok siri dari Korea yang ala ala komedi yang real dan penuh budaya.. sungguh berkesan..
Bagaimanapun saya tetap tidak menyokong ASTRO. Ia seperti menambahkan cabaran kepada diri yang tidak perlu. Kalau siaran yang ilmiah lain la, tapi realitinya nafsu tidak suka, hati tidak gembira.. KaMeha Meha...

Friday, November 25, 2011

AL HAFIZ

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.



Bagaimanakah hendak mendidik anak anak sekiranya ibu bapa itu sendiri kurang ilmunya. Kita tidak memerlukan ijazah untuk menjadi pendidik kepada anak anak namun bagi ibubapa yang berpendidikan ia adalah bonus.

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu agama. Bagaimana untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptannya. Justeru pemilihan sekolah dan sistem pendidikan adalah agenda penting bagi ibu bapa.

"Dan tidaklah aku  menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"
Surah Dzariat: 56

Sebagai insan kita seharusya sedar untuk apa kita dijadikan . Apakah tanggungjawab dan tugas kita yang perlu dilaksanakan dalam memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap anak anak Permata Hati. Tanggungjawab yang meliputi keperluan rohani dan jasmani.


Keperluan hidup meliputi kediaman dan persekitaran yang selamat, makanan yang sihat, kasih sayang , pendidikan. Pendidikan menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. pendidikan akedemik dan agama.


Saya dan suami cuba merancang pendidikan menengah bagi anak kedua kami Ahmad Iqbal yang mendapat 5A di dalam pepriksaan UPSR 2011 baru baru ini.
Ahmad Iqbal memohon ke sekolah aliean agama Intergrasi Kubag Pasu , MRSM Ulul Albab di Kepala Batas dan juga Maktab Mahmud di Jalan Pegawai , Alor Setar.
Pada 22-hb November beliau hadir ke sekolah intergrasi Kubang Pasu untuk temuduga. Saya sendiri yang menemankan ahmad Iqbal kerana abahnya terpaksa menjalani rawatan dialisis yang dijadualkan pusat dialisis untuknya.


Dalam sesi temuduga, pelajar diminta menduduki ujian jawi, alquran, hafazan, lisan bahasa Inggeris , Bahasa Arab , Jawi dan kecergasan .
Sebelum itu sesi taklimat juga diberikan kepada waris waris pelajar. Saya difahamkan lebihkurang 180 orang pelajar yang dipanggil temuduga dan hanya 20 orang terbaik yang akan dipilih. Bahawa jumlah ini adalah bagi memenuhi kuota sekolah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan.belajar menghafal al quran.
Menariknya pelajar ang terpilih akan berpeluang untuk belajar menghafal al quran pada setiap hujung minggu dari guru guru berkelayakan yang didatangkan dari Kolej Universiti Insaniah mengikut modul Kolej Insanaiah sendiri. Alhamdulillah.


Waris diingatkan untuk memberikan kerjasama dan sokongan dengan tidak menggangu ( mengambil0 anak anak pulang di hujung minggu. Bagaimanapun sasaran hafalan adalah satu juzuk setiap tahun beerti 5 juzuk minimum sekiranya tamat tingkatan Lima. Sudah tentu tiada tekanan bagi pelajar menghabiskan surah dalam tempoh tertentu dan kemajuan dan progres hafalan adalah tertakluk kepada kemampuan pelajar.


Matlamat pihak sekolah memperkenalkan hafalan al quran adalah bagi meningkatkan disiplin dan fokus pelajar terhadap pelajaran dan aktiviti sekolah. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menghafal al quran , mindanya lebih fokus dan hatinya lebih terang menerima pelajaran. Apa yang pasti pelajar akan sentiasa mendampingi al quran, berinteraksi dengan Allah dengan membaca kalam Allah.


" Bacalah al Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya"  ( Hadis riwayat Muslim)

Mendengarkan ini hati saya terbuka dan berdoa supaya Ahmad Iqbal dapat menjadi Hafiz. "Ya Allah, Engkau pilihlah anakku menjadi seorang al hafiz , permudahkan baginya dan permudahkan bagiku dan keluargaku membantunya Ya, Allah.


Seorang ibu dari Kepala Batas menyuarakan kebimbangannya. Saya difahamkan beliau teringin anaknya menghafal al quran. Beliau membandingkan sistem MRSM Ulul Albab dan Sekolah Menengah Intergari. Di Ulul Albab pelajar belajar menghafal sebagai satu silibus. Pelajar diwajibkan menghafal 10 juzuk setiap tahun. ibu ini bimbang anak anak akan terbeban dengan akedemik dan penat (teruk) menghafal di usia yang lebih muda. Pelajar ini masih boleh menghafal setelah tamat SPM , dengan kata lain setelah tamat Tingkatan Lima. Beliau seolah olah tidak berapa setuju pelajar bersusah di usia muda. Saya pula hanya mendengar dan dilihat dari satu segi benar juga pendapat ibu itu.


Pulang dari temuduga tersebut saya ceritakan kepada suami program hafalan yang akan dilaksanakan. Suami saya gembira dan mula berkenan dengan Sekolah Menengah Intergrasi. Suami pula bertanya apa akan jadi selepas itu (tamat Tingkatan Lima) . Bimbang pula anak akan berubah fikiran , leka dengan akedemik semata dan meninggalkan hafalan setelah itu. Sistem di MRSM Ulul Albab lebih baik katanya. Lebih mudah menghafal di usia muda tanpa banyak gangguan sosial . Benar juga fikir saya.  Sistem pendidikan Maktab Mahmud pun tenyata baik .


Apapun kita jangan lupa kita hanya merancang dan berusaha. Allah yang akan tentukan di mana tempat Ahmad Iqbal. Allah akan pilih siapa yang hendak dipilih menjadi al hafiz, bila dan bagaimana.


Ya Allah , Engkau Penentu segalanya. Permudahkan bagiku, tempatkan anakku sebagai seorang tahfiz.

Sunday, October 30, 2011

Duitkah Yang Dicari? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Semasa blogwalking ke  i luv islam, terbaca  artikel ini.
Satu pengalaman yang perlu dikongsikan dan dijadikan renungan.  Perkara baik dijadikan iktibar, yang buruk dijadikan sempadan, jangan diamalkan. Tujuan hidup manusia sebagai hamba adalah tidak lain dari beribadat kepada Allah.  Rezeki yang diusahakan hanyalah sekadar bekalan untuk keperluan kita meneruskan perjalanan ke kehidupan abadi . Semua manusia mempunyai destinasi yang sama bukan pilihan sendiri. Destinasi yang tidak boleh diubah iaitu negeri akhirat.
Ya Allah ! tambahkan imanku dan kau sudahi kehidupanku dengan pengakhiran yang baik. Tetapkan imanku ya Allah.
Ingin tahu sila klik di sini.
Duitkah Yang Dicari? iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, October 27, 2011



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Imam Alusi berkata:
"Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak hak Allah dan hak hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan ataupun kepercayaan."

Sentiasalah berusaha menjadi pemimpin terbaik kepada anak anak kita. Berfikirlah seperti pemimpin. Bagaimana hendak kita melaksanakannya?  Seperkara yanag mudah tetapi sering diabaikan ialah berdoa kepada Allah. Setiap kali lepas solat. Amalan saya adalah berdoa dari hati dengan bahasa melayu- Antaranya : " Ya Allah! permudahkan aku membimbing dan mengasuh mereka menjadi anak anak yang soleh , beriman kepadaMu dan kasih kepada Allah dan Rasul. .Berikan kesabaran dan ketabahan kepadaku menjadi hambamu dan pemimpin kepada anak anakku..kau masukkan aku, suami dan anak anakku di dalam golongan orang yang bertaqwa...  Amen"

Dalam surah  Al Furqan :74 yang bermaksud

" Dan jadikanlah kami imam (pemimpin ) bagi orang orang yang bertakwa" .

Bagi mencapai maksud dan doa yang dipanjatkan , saya menyokong tindakan suami yang bertegas memastikan anak sulung dan kedua bersolat jemaah  di masjid setiap waktu asar , magrib dan isyak pada hari sekolah .

Pada hujung minggu khususnya Jumaat dimulai dengan solat subuh berjamaah di masjid. Alasannya bukankah  satu daripada orang yang akan mendapat  kunci syurga adalah anak muda yang hatinya tertambat di masjid!.
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau amat dekat dan mendengar walaupun suara hatiku, berkati aku dan anak anakku.."

Saya amat tidak bersetuju dan kesal dengan sikap sesetengah ibubapa yang memberikan alasan anak anak mereka tidak digalakkan berjemaah di masjid kerana akan menduduki peperiksaan.
Seolah olah berjemaah di masjid itu membuang masa. Semoga mereka diberikan hidayahMu Ya Allah.
               Surah Al-Anfal: 29 yang bermaksud :-
               " Wahai mereka yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah Dia akan memberikan kepadamu furqan menghapuskan segala kesalahannu serta mengampuni dosa dosamu"
    
Sahabat Abdullah Bin Abbas, Imam Mujahid, Irkimah, Dahhak, Qatadah dan Muqatil bin Hayyan mentafsirkan kalimat "furqan" dalam ayat ini sebagai jalan keluar.
Siapakah yang memberi ilmu kepadamu ? Bukankah Allah yang memberikan ilmu dan pemahaman kepada kita.

Saya beranggapan kalau tidak dapat berjemaah setiap hari,  berusahalah seminggu sekali paling kurang , supaya tidak timbul perasaan segan di hati anak anak bersuaikenal dengan jemaah masjid yang majoritinya orang dewasa tahap tiga ( golongan pencen) .

Saya bersyukur melihat anak anak saya dengan senang hati bersiap sedia untuk ke masjid . "Ya Allah! Ku pohon padaMu semoga sentiasa menambahkan iman kepadaku dan anak anakku"

Seperkara yang perlu diingat adalah iman itu ada pasang surutnya. Iman seperti pokok yang perlu dibajai, dijaga dan disiram dengan ilmu.
Sebolehnya kita hendaklah memperuntukkan masa untuk menuntut ilmu agama. Kadang kadang kita terlalai walaupun ada pengetahuan. 

Rujukan: Tip Tip Cemerlang daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin

fOTO:  Google





Saturday, October 15, 2011

MASAKAN MAMA



Foto ehsan blog masakan .

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Anak anak saya meningkat ke usia remaja. Benar kata jiran saya Kak Ton, 'anak lelaki ni kuat makan'. Nanti bila umurnya dah mencapai 10 hingga 11 tahun nanti boleh tengok lah..". Sekarang Ahmad Naim sudah 14 tahun, Iqbal 12 , Aidil  Ashraf  10 tahun, memang boleh tahan selera makan mereka.  Kalau dah  makan  siap bagi komen lagi.

"Mama! masakan mama menunjukkan peningkatan terutama sekali selepas raya" puji Naim berseungguh sungguh. "Betul mama! sampuk Iqbal sambil angkat angkat keningnya. Kemudian cepat menyambung .."mama boleh dak petang ni kita pi Popular, Iqbal naka beli buku lawak kampus, kan boleh kan.? Tau dah kalau banyak puji, dengan senyum senyum biasanya  ada la yang nak diminta..Kena juga layan anak anakni..

Selepas hampir 3 bulan pembantu rumah saya berhenti dan pulang ke negaranya, saya sudah semakin selesa dan biasa dengan rutin tugas ibu. Cuma yang kurang adalah masa untuk diri sendiri.
Saya kurangkan aktiviti 'blogwalking'.

Seperkara yang positif saya lebih menghargai masa, bersabar sesuai dengan usia yang semakin meningkat matang ( agaknya, takut sebut tua).

Saya puas walaupun agakm kelamkabut menyediakan makan pakai untuk anak anak dan suami. Penat tetapi puas. Dulunya saya kuat merajuk, agak berkira  tugas dan masa dengan suami, namun selepas suami saya sakit saya boleh berubahh.. walaupun penat.

Petangni saya sediakan juadah popia goreng untuk minum petang . Tentu saja hari Sabtu , saya cuti. Saya ambil petua dari  kenalan, Dr Azilah. Katanya popia yang disediakan boleh disimpan di dalam freezer dan tahan sehingga seminggu.  Boleh dikeluarkan dan digoreng untuk minum petang atau bila ada tetamu. Intinya dibuat dari 7 bahan. Nanti saya kongsikan resepinya kalau dapat komen positif dari Permata Hati saya.

Pagi tadi pula saya sediakan 'peknga nyok' yang dikenali sebagai lempeng kelapa. Saya katakan kepada anak anak saya menu kampung sudah dijadikan menu sarapan di hotel. Tentulah- sebab orang kampung sudah mampu bersarapan di hotel.

Makan tengahhari tadi selepas pulang dari kelas tafakuh, saya sempat menyediakan sambal tumis bilis dengan nenas, ayam goreng berempah dan sayur campur.

Cilinya saya sudah kisarkan beberapa hari lepas-sedia untuk digunakan bila bila perlu. Ayam pula telah saya perap dengan ramuan rempah yang juga dikisar siap guna sejak awal pagi. Seperkara lagi saya sentiasa mendoakan makanan yang saya sediakan membawa keberkatan dan kebaikan. Mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga.   Wahhh! mama sudah semakin pandai mengurus, kerja jadi makin mudah. Petangni mama sempat pula update blog.  Tapi mama belum pandai nak letak foto foto masakan sendiri. Agak ketinggalan tapi I follow!

Mungkin adaka orang yang baca blog togel ini,

Wednesday, October 5, 2011

permata hati: SALAM

permata hati: SALAM: Assalamualikum! Ucapan yang membawa maksud selamat sejahtera kepada orang yang menerima salam. Selamat sejahtera kapadamu juga sebagai jawap...

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Monday, October 3, 2011

ANAK ANAK

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Hari minggu lepas 30 hb September, sempurnalah ke Empat empat putera Permata hati saya mendapat demam.
Entah apa virusnya, seorang demi seorang bermula dari sibongsu, sehingga putera keTiga dan akhir sekali putera sulung.
Aduuh.... sudah hampir 10 hari saya dan suami bergilir berjaga malam, Dikala sibongsu dan putera keTiga Ahmad Aidil
makin pulih, abangnya Ahmad Ibal pula menyusul diikuti dengan Ahmad Naim yang paling tua berusia 14 tahun.
Alhamdulillah abah mereka bertahan dan stabil di sepanjang tempoh anak anak demam. 2 hari saya tidak masuk pejabat.

Dan Jumaat lepas saya segera membawa 2 Permata Hati saya ke KMC Alor Setar. Si Iqbal terpaksa dipimpin berjalan kerana kepalanya pening, dan telah beberapa kali dia muntah. Bagaimanapun abangnya lebih tenang dan nampak 'steady' saja. Selepas diperiksa suhu badan Iqbal mencecah 39-7%. Dia dimasukkan ke wad kecemasan , rehat sebentar untuk diambil sample darah. Abangnya pula hanya diberi ubat . Oops lupa pula KMC dah mengenakan caj parkir. Tak tau saya sejak bila. Bagaimanapun kereta tetap penuh... Jumaat makin ramai pesakit. Saya membawa mereka terus ke bahagian kecemasan 24 jam. Saya yakin klinik pakar pasti ramai yang menunggu..
Selasa lepas Ahmad Naim yang menemankan saya disesi petang, manakala Iqbal di sesi malam untuk Ahmad Naufal mengambil 'neubolizer' .

Selepas hampir 3 jam menunggu, Alhamdulillah doktor mengesahkan bukan denggi ataupun kepialu dan tidak memerlukan rawatan 'drip'- beerti tidak perlu ditahan di wad.
Bagus sebab saya boleh bawa mereka pulang dan tidak risaukan mereka yang ditinggalkan di rumah. Kerisauan difikiran hanyalah bil rawatan, sudah tentu tidak ditanggung penginsuran. Alahai anak, asalkan kalian kembali sihat...

Pendekkan cerita bil rawatan mereka berempat mencecah RM500-00. Alhamdulillah saya dan abahnya bertahan. Sudah 2 bulan saya tidak ada pembantu rumah . Ooo penatnya. Demam jenis apa ini sekejap lepas diberi ubat, mereka seperti sembuh dan ceria. Empat jam kemudiannya badan kembali panas, tidak bermaya dan hilang selera makan. Iqbal pula walaupun berbadan besar (agak montel) mengerang ngerang -entah cuba menarik simpati abah, mama, abang dan adik.

Untung Iqbal abangnya memahami dan rajin melayan kerenahnya..Permata Hatiku..

Sunday, August 7, 2011

Jom Masak


Waktu tenhahhari begini seronok melawat dapur dapur bloger masak memasak. Terjumpa resepi ini dari Diana. Terima kasih Diana yang sudi berkongsi resepi. Nampak bahan bahannya boleh dikatakan berkhasiat. Belum pernah saya jumpa dalam mana mana buku atau blog lagi. Ada kepelbagaian dalam menu yang pernah dicuba. Untuk sesiap yang berminat, Insyaallah saya sendiri ingin mencubanya . Sementara itu saya linkkan di sini resepi Kuih Lobak Putih yang nampak teliur

Kuih Lobak Putih...

Berbalik kepada aktiviti harian, seawal jam 4.00 pagi sejal 1 Ramadhan 1432. Pembantu saya tini sudah dihantarkan pulang ke kampung lamannya kerana ingin beraya dengan keluarga sementelah permitnya tamat pada 14 hb. Ogos, 2011.
Tini baru menghubungi saya (tepon) . Dia selamat sampai ke rumah , bagaimanapun begnya yang berisi milo untuk buah tangan familinya hilang , tidak dapat dipungut. Bayaran dikeluarkan sebanyak RM150-00 untuk beg dan bungkusan tidak menjaminkan apa apa. Sudah tidak ada rezeki pujuk saya.
Kesibukan ibu yang bekerja menguruskan rumahtangga tanpa pembantu adalah sinonim, almaklum semua tahu.

Seperkara yang saya sedar, walaupun sibuk ada rasa seronok dan puas melayan suami dan anak anak dan melakukan sendiri urusan rumah. Anih juga ya!
Bagaimanapun soal perasan dan fikiran kekadang sukar untuk dirasionalkan-

Di pejabat saya diuji dengan sikap staf yang entah sombong ka apa. Saya tegas bahawa waktu pulang dicepatkan 15 minit cuma. Alasannya mereka enggan kerja lebih awal 15 minit . Saya dan partner kurangkan waktu rehat . Wah..! macam berpakat satu ofis tunjuk muka masam. Baru bercadang nak bagi bonus 2 bulan untuk kongsi kegembiraan. Bila dilayan macam gitu, rasa macam tak dihargai sebagai majikan. Kalau mula kerja lamabat , balik nak cepat, waktu rehat betul betul rehat, macammana kerja nak jalan lancar, kalau masalah dengan klien yang takpuas hati haa jawablah sendiri. Pandai lak nak pas ke bos.

Tak terfikir ka, kalau ada banyak kerja tu rezeki, boleh bayar gaji, bonus dapat kerja yang terjamin.. Habis kalau asyik tertangguh mana klien nak bagi job. Mana fulusnya. Takkan nak bayar dia tiap bulan datang langut kat ofis ja.. Hai... makan hati. Sungguh tidak sopan . Agaknya belum matang kot... pujuk hati sendiri.

Wednesday, July 27, 2011

resepi

Solok Lada :: OhResepi.com

Terima kasih untuk penyumbang resepi solok lada yang sudi berkongsi dengan kita.
Semoga dapat dimenafaatkan bersama.

resepi

Solok Lada :: OhResepi.com

Terima kasih untuk penyumbang resepi solok lada yang sudi berkongsi dengan kita.
Semoga dapat dimenafaatkan bersama.

Thursday, June 23, 2011

Hadiah

Mendapat sesuatu secara percuma atau pemberian hadiah sesungguhnya amat menggembirakan. Apa lagi apabila hadiah tersebut diterima daripada orang yang rapat dengan kita.

Saya telah  diuji dengan ujian getir. Permata hati saya iaitu suami saya disahkan mendapat sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis .  Suami saya ketika masih sihat bekerja sendiri, dan apabila kesihatannya makin teruk akibat kencing manis, tidak berupaya memandu kenderaan sendiri kerana pandangan mata yang kabur. Kehidupan saya anak beranak memang bercelaru dan tidak dinafikan saya amat tertekan. Semua aktiviti kami seharian berubah . Saya disamping kerja pejabat , terpaksa melakukan banyak tugas lain . Menghantar dan mengambil anak sekolah, membeli segala keperluan harian dan keperluan sekolah anak anak dan menghantar dan menemankan suami apabila temujanji dengan doktor.

Semasa dimaklumkan tentang komplikasi yang dialami suami dan keperluan rawatan dialisis 3 kali seminggu yang menelann kos RM150.00 setiap kali rawatan, saya merasa seperti dihempap benda berat di kepala. Saya sebak , namun cuba menyembunyikannya dari suami. Memang saya amat tertekan. Kalau saya merasa begitu, bagaimana pula dia yang menanggung sakitnya.

Ya Allah berikan aku, suamiku dan anak anakku  kesabaran dan ketabahan. Suami saya di peringkat awalnya bermula Disember 2008 kerap demam.  Boleh dikatakan hampir setiap bulan terpaksa dimasukkan ke wad 4D Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.  Malahan dalam Bulan Mei 2009  2 kali dia ditahan di wad. Pernah mengalami kurang darah (HB turun sehingga 3.8) menyebabkannya tidak sedar diri.

Kadang kadang saya merasakan seperti penderitaan saya tidak dipedulikan sesiapa sama ada kawan atau saudara.  Sekali dua , mungkin ada yang bertanya dan datang melawat, tapi kalau seringkali entahlah...

Seperkara yang saya akui , saya sukar menceritakan dan berkongsi rasa dengan orang lain kecuali rakan kongsi saya dan seorang sahabat sealiran yang juga kawan sekolah saya.

Ada masa kawan kawan mengajak makan tengahhari bersama meraikan hari ulangtahun, anniversari dan apa saya keraian lain. Seingat saya tidak ada yang dapat dipenuhi kerana terikat dengan jadual harian menjemput anak dari sekolah.  Sehingga hari ulangtahun saya sendiri tidak terasa hati lagi untuk diraikan. Di kala itu terasa kegembiraan bukan milik saya lagi . Hampir setiap hari itu mendung di hati.  Saya merasa bimbang yang teramat sangat, bimbang kehilangan , bimbang berkenaan perbelanjaan  dan pekerjaan.

Pesan sahabat saya Nazliyah yang layak digelar ustazah, solat dan sabar akan menjadi teman, menguatkan semangat. Mengadulah kepada Allah Subahanahu Wata'ala. Dia akan mendengar.

" Sesungguhnya Allah amat dekat dengan kita , malah lebih dekat dari urat leher kita"

Pada hari lahir saya dengan tidak disangka sangka , kawan kawan saya telah mengaturkan majlis di rumah saya . Saya cuma  menjadi tuan rumah, segala hidangan dan juadah dibawa mereka.  Kedatangan mereka amat menggembirakan saya dan suami.  Sesungguhnya saya  amat terharu melihat wajah suami saya yang ceria menyambut dan berbual dengan mereka. Mungkin dia sunyi kerana terpaksa berehat di rumah sendirian ketika saya ke pejabat dan anak anak ke sekolah.

Rupa rupanya kawan kawan saya memang prihatin dan ingin membantu. Mungkin disebabkan memahami sikap saya yang tidak boleh berkongsi kisah duka , mereka hanya berdiam. Masalah saya difahami dan  mereka datang dengan sumbangan lebih RM 5,000-00 tanpa saya minta. Ya Allah yang Maha Mendengar..

Pesan kawan baik saya Omayah , gunakan wang tersebut untuk rawatan suami, bersabarlah sementara ada usaha lain.

Sesungguhnya hadiah tidak ternilai bukanlah wang ringgit , tapi keikhlasan persahabatan. Shukur Ya Allah, Engkau berikan aku sahabat dan anak anak yang baik .

Terkadang saya tersilap menilaikan kawan. Saya sangka mereka berdiam kerana tidak mahu terlibat dengan saya yang dihimpit kesusahan.

Sekarang ini suami saya masih mendapat rawatan dialisis. Bagaimanapun isu kos rawatan  telah diselesaikan oleh SOCSO. Kesihatan suami saya juga semakin stabil. Sudah hampir 8 bulan beliau bebas dari menjadi 'tahanan' wad. Saya juga rasanya sudah dapat menerima keadaan . Kami sudah biasa dengan kekurangan yang kami tanggung. Saya bersyukur dikurniakan suami yang tabah dan anak anak yang penyayang . Tidak lupa kawan kawan yang bersedia memberikan bantuan

Syukur Ya Allah. Kepada kawan kawan dan anak anak Jazakallah Khairan Kasira .

Thursday, June 16, 2011

 Hadis Rasulullah Saw mengatakan apabila meninggal seorang anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara berikut:-

1. Ilmu yang bermenafaat dan dimenafaatkan oleh orang yang 
    mendapat ilmu dari simati  semasa hayatnya;

2. Doa dari anak yang soleh; dan      

3. Amal jariah.

Jika kita bukan guru saya rasa untuk menurunkan ilmu yang bermenafaat agak terhad. namun demikian kita masih berpeluang melakukannya kepada anak anak Permata hati kita, sahabat handai dan keluarga kita. 

Sasaran yang tepat pastinya anak anak Permata Hati. Boleh dapat perkara 1 dan 2 sekaligus.   Bagaimana nak menurunkan ilmu sekiranya kita tidak berusaha untuk menambahajkan ilmu yang bermenafaat di dunia dan akhirat.  Jawapannya sudah pastilah dengan berusaha untuk mempelajari ilmu agama dengan sebanyak mungkin. Alasan sibuk dengan pekerjaan dan urusan dunia tidak harus dijadikan penghalang.  Ambillah  masa dan luangkan masa untuk ilmu agama sebagai pelaburan dan aset kita untuk akhirat. 

Ilmu guna dimenafaatkan untuk mendidik jiwa dan selanjutnya mendidik  anak anak sekaligus menyempurnakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah. Tanggungjawab yang sekiranya dikerjakan dengan sempurna akan menambahkan saham akhirat dan balasan pahala yang berganda.

Ingatlah pesanan ini. Didiklah anak anak kita dengan ilmu agama kerana merekalah yang akan menyambung  amalan kita apabila terputus kelak.

Sesungguhnya kita jika gagal mendidik anak anak dan gagal atau terlalai mengingatkan mereka  sehingga melakukan perkara haram atau meninggalkan perkara yang wajib, akan mendapat dosa yang mereka lakukan disepanjang hidup mereka walaupun kita ibu ayah telah berada di alam barzakh. Ya Allah! Kalau amalan sendiri pun tidak pasti, dosa sendiri pun tidak tertanggung- bagaimana lagi kalau masih dikirimkan dosa oleh anak cucu yang masih hidup akibat dari kegagalan dan kecuaian kita.

Kalau kita cuai mendidik berkenaan solat, aurat dan kita sendiri lalai mnjaga ibadat sendiri, bagaimana nanti catatan amalan kita, timbangan kita. Marilah kita sama sama menyeru menyampaikan ilu yang ada, hadir ke kelas pengajian agama yang dianjurkan . Hadirlah ke majlis ilmu. Didiklah  Permata Hati kita sepertimana pesanan Rasulullah Saw. Kenalkan  Permata Hati kita kepada AL Quran dan Sunnah, ceritakan kisah kisah para sahabat, tabiin, dendangkan lagu lagu yang mengagungkan kebesaran Allah. Menafaatkan masa yang ada , kita tidak tahu berapa banyak masa yang berbaki...Ayuh kita  berjihad menuntut ilmu, mengejar waktu , memburu saham akhirat..

Ayam Panggang Kenny Rogers :: OhResepi.com

Apa apa masakan yang bertemakan ayam adalah menjadi kegemaran Permata Hati saya. Saya percaya ramai anak anak lain yang menggemari ayam. Saya menjumpai resepi ini ketika melayari dan melawat myresipi.com. Suka saya kongsikan resepi berikut dengan izin tuan empunya. Berbanyak terima kasih. Resipi ini belum dicuba lagi.

Percayalah apa sahaja ilmu yang ditutunkan dengan ikhklas dan bermenafaat untuk sesiapa yang mengambil dan mengamalkannya akan memberikan menafaat pahala kepada penyumbangnya. Fotonya sahaja nampak lazat. Kalau dimasak sendiri terjamin halal dan bersih. So, macammana ? Jom kita semak bahan dan caranya dengan klik disini . Ayam Panggang Kenny Rogers :: OhResepi.com Selamat mencuba!

Wednesday, June 1, 2011

SALAM

Assalamualikum! Ucapan yang membawa maksud selamat sejahtera kepada orang yang menerima salam. Selamat sejahtera kapadamu juga sebagai jawapan kepada orang yang menerima salam. Ucapan salam ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Bagaimnapun percayalah ia adalah satu hak bagi seorang  muslim yang memberi salam agar salamnya dijawab. Ketahuilah bahawa hukum memberi salam ini dinyatakan dengan jelas dalam hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

 " Hak seorang Muslim atas Muslim yang lainnya ada lima, iaitu menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, menghantarkan jenazahnya,  memenuhi undangannya, dan mendoakannya jika bersin." 
dan dalam riwayat Muslim ada tambahan:...Jika dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah dia nasihat."  

Bahawa ucapan salam tidak seharusnya dihadkan kepada orang yang dikenali sahaja. Ini kerana di dalam islam setiap orang adalah bersaudara.
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a., Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud:

    " Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga dia menyayangi  saudaranya sebagaimana dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"

Bagaimanapun apakah kesan sekiranya dipraktikkan dengan orang yang tidak kita kenali?
Yang pasti ada dua kesan yang berbeza seperti di bawah:-

1. Orang yang menerima salam akan menjawab dengan senyum dan   
   kedua pihak mula bertegur sapa ;

2. Orang yang menerima salam akan memandang kita dengan pandangan
   yang semacam (siapa dia ni)-agaknya orang yang kurang ilmu  
   menganggap salam hanya patut diberikan kepada orang yang
   dikenali sahaja.

Marilah kita bersama menghayati diri , ucapan salam dan menjawap salam adalah perkara mudah yang dituntut dalam islam tapi sering diremehkan hingga diabaikan.

“ Mengawali mengucapkan salam sifatnya adalah sukarela, sedangkan membalasnya adalah kewajiban” Disebutkan di dalam Muwattha’ Imam Malik, diriwayatkan oleh Tufail bin Ubai bin Ka’ab bahwa, Abdullah bin Umar RA biasa pergi ke pasar hanya untuk memberi salam kepada orang-orang disana tanpa ada keperluan membeli atau menjual apapun. Ia benar-benar memahami erti pentingnya mengawali mengucapkan salam.

Pada bagian kalimat terakhir Surat An-Nisa ayat 86, Allah SWT berfirman:
… Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan. Disini, mendahului memberi salam dan membalasnya juga termasuk yang diperhitungkan. Maka kita hendaknya menyukai mendahului memberi salam. Sama halnya kita harus membalas salam demi menyenangkan Allah SWT dan menyuburkan kasih-sayang di antara kita semua.
Rasulullah SAW selanjutnya memberikan arahan memberi salam bahwa:
  • Orang yang berkendaraan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
  • Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
  • Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
  • Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
  • Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
  • Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.
Pengecualian kewajiban menjawab salam:
  • Ketika sedang salat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca Al-Qur’an, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di kamar mandi.
Selanjutnya, Allah SWT menerangkan keutamaan salam di dalam surat Al-An’aam ayat 54:
Jika orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami (Al-Qur’an) datang kepadamu, ucapkanlah “Salaamun’alaikum (selamat-sejahtera bagimu)”, Tuhanmu telah menetapkan bagi diri-Nya kasih-sayang. (Yaitu) Bahwa barangsiapa berbuat kejahatan karena kejahilannya (tidak tahu/bodoh) kemudian ia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Di ayat ini Allah SWT memerintah Nabi Muhammad SAW sehubungan dengan orang-orang beriman yang miskin, yang hampir semuanya menumpang tinggal di tempat para sahabat. Walaupun orang-orang kafir yang kaya meminta agar Rasulullah SAW mengusir para dhuafa’ itu supaya orang-orang kaya itu dapat  bersama Rasulullah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyambut para dhuafa’ Muslim itu dengan ‘Assalamu ‘alaikum’ semasa mereka datang.

Hal ini mengandung dua maksud:
Pertama, menyampaikan penghormatan dari Allah SWT kepada mereka. Ini adalah kehormatan dan penghargaan yang tinggi bagi Muslim yang miskin dan tulus hati. Perlakuan ini menguatkan hati dan menambah semangat mereka.

Kedua, menyampaikan sambutan yang baik yang layak diterima, atas izin Allah SWT, dengan nyaman, damai dan tenang, meskipun jika mereka membuat beberapa kesalahan.

Jadi pastikan permata hati kita diasuh dari awal agar mendahului  memberi salam dan membiasakan menjawab salam.
Wallahua'lam

Monday, May 30, 2011

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Hari ini saya menemankan suami ke hospital Sultanah Bahiyah. Seawal 7.40 pagi kami telah sampai ke klinik Pakar. Tiket nombor telah dikeluarkan dan telah ramai yang mendahului kami . Jam 8.00 pagi nombor mula dipanggil untuk berjumpa doktor. Nasib doktor di hospital kerajaan walaupun seorang pakar tetap berkongsi bilik dengan seorang doktor lagi.

Apa yang nak dikongsikan adalah sifat ehsan yang ditunjukkan doktor (Dr Leong) yang walaupun sibuk tetap bersedia medengar aduan pesakit yang dilihat dari penampilan adalah miskin dan mungkin juga tidak boleh membaca. 
Pesakit ini datang tanpa temujanji dan tanpa buku temujanji.Asalkan ikhlas dan ada sedikit sifat ehsan sesama insan tanpa mengira apa bangsa dan agama pasti akan dapat membantu dan menyelesaikan masalah ramai orang. Pesakit tadi misalnya tidak perlu balik ke rumahnya di Pendang untuk mendapatkan buku temujanji dan datang semula. Pastinya memberi kesulitan baginya yang miskin dan dalam kepayahan. Doktor Leong tajam penglihatan dan sensitif akan keadaan pesakitnya. Itulah doktor sejati. Tahniah Dr Leong iaitu pakar sakit buah pinggang di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Anda doktor yang memahami, adalah juga penawar kepada pesakit dan keluarga mereka.
Terima kasih dari kami (Rohaizan sekeluarga).

Sunday, April 17, 2011

Hari ini saya ingin berkongsi satu hadis sahih yang disampaikan oleh ustaz dalam kelas Tafakuh yang saya hadiri pada hari Sabtu lepas. Saya percaya hadis ini jika dihayati dan dijadikan panduan akan membawa menafaat kepada kita sebagai hamba.

Bahawa Rasulullah Saw bersabda antara maksudnya bahawa Allah Subhanahu Wataala selalu berseru kepada hambanya:

" Wahai hambaKu, engkau tidak insaf denganKu,
  Aku ingat kepadamu, tapi kau lupa kepadaKu,
  Aku seru kau kepadaKu, Engkau pergi kepada yang lain
  daripadaKu,
  Aku hindarkan kamu daripada segala bala, sedangkan kamu masih
  asyik melakukan dosa.
  Bagaimana kamu akan menjawab kepadaKu esok apabila kamu
  dipanggil menghadapKu?"

Jadi marilah sama sama kita renungkan , muhasabah diri adakah kita hari ini telah menjalankan tanggjawab sebagai hamba yang taat. Apakah perlakuan kita, pakaian kita, bicara kita dan keputusan kita berlandaskan niat sebagai hamba Allah yang taat. Adakah kita menurut dengan patuh akan ketetapan menurut syariat. Kemana kiblat kita (bukan ketika solat) tetapi panduan hidup, siapa ikutan kita.

Apa usaha kita untuk memantapkan amalan kita seharian. Adakah ilmu agama dan amalan kita itu adalah seperti mana kelmarin, tahun tahun yang lalu. Saya percaya majlis ilmu adalah satu perkara yang perlu dihadiri bagi menambahkan ilmu dan penghayatan dalam amalan bagi mendekatkan diri dengan Allah. Permata hatiku , mama sentiasa berdoa kita sama sama beroleh ilmu yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Ya Allah tambahkan ilmu kami, terangkan hati kami dan tambahkan pemahaman kami. Ya Allah! ikhlaskan hati kami! Amin..

Saturday, April 16, 2011

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat












Maaf  saya tak pandai meluahkan semua yang terkandung dalam hati, tak pandai menyusun kata kata. Bagaimanapun ingin berkongsi pengalaman , suka duka kehidupan dengan sesiapa yang sudi berkunjung ke blog saya. Masih banyak yang perlu di pinda dan diubah suai. Sementara ini blog ini langsung tidak menarik pandangan mata. Bagaimanapun saya percaya ada  maklumat yang boleh dimenafaatkan sebagai seorang anak, seorang ibu, isteri, professional dan seorang teman kepada sahabat sahabat yang mengambil berat dan bersedia berkongsi suka duka. Seumpama kata orang ubat yang pahit  menjadi penawar, wajah buruk berhati  baik dan apa apa lagi perumpamaan yang seumpamanya.
Saya berkahwin dalam tahun 1996 dengan seorang pemuda yang  tinggal berjiran dengan saya.   Kami menyewa di  taman perumahan yang sama. Rumahnya selang 3 pintu sahaja.  Di pendekkan cerita kami berkahwin dengan restu kedua ibubapanya dan ibu saya ( ayah telah meniggal tahun 1994 akibat penyakit  kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi). Perkahwinan  berlangsung dengan meriah dan diraikan ramai saudara mara dan sahabat handai. Majlisnya sederhana sahaja masak gotong royong melalui pertubuhan dikenali sebagai syarikat kenduri.
Selepas setahun perkahwinan kami telah berpindah ke rumah yang dibeli sendiri, zaman kegawatan ekonomi melanda di tahun 1997.   Rumah berkembar setingkat, comel dan sesuai bagi kami yang bermula dengan tiga beranak. Rumah kami asalnya bersempadan dengan tanah bendang. Kami berpindah di awal Muharram dengan kelengkapan rumah ala kadar saja janji bahagia. Rumah kami berdekatan masjid dan dekat dengan pasar . (oops saya terlepas pandang soal sekolah , anak sulong berumur 2 tahun cuma pada masa berkenaan  itu).
Seperkara yang menarik rumah saya pada awalnya bersebelahan dengan tanah bendang. Bayangkan ketika padi menghijau, angin bertiup sepoi-sepoi, bunyi air berkocak apabila katak atau ikan kah yang melompat ? . Kekadang suami saya menghulurkan joran  keluar pagar memancing ikan haruan , melepaskan nostalgia zaman kanak kanak mungkin..., saya tidak berjiran di sebelah kanan rumah, kalau bagi panduan lokasi kepada saudara atau teman yang akan berkunjung saya katakana rumah yang di hujuuung sekali ! Sekarang  tidak lagi.
Jiran saya sebuah keluarga berbangsa Cina, rumahnya jenis kembar 2 tingkat. Pokok ceri yang rending di hadapan rumah sudah ditebang. Tidak ada lagi burung kecil yang singgah dan berciutan. Bendang sudah digantikan dengan deretan rumah. Tidak ada lagi kehijauan, digantikan dengan bunyi air pancutan dari kolam buatan jiran sebelah...

Thursday, March 24, 2011

MENUNTUT ILMU

Ingin tahu apakah kelebihan menuntut ilmu?

Allah berfirman yang maksudnya :
   Katakanlah lagi (kepadanya), " Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"


            (Surah al-Zumar 39:9)


Maksudnya:
    Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu ) beberapa darjat.
           (Surah al-Mujaadalah 58:11)

Dari kedua ayat di atas nyata sekali bahawa orang yang berilmu itu adalah  lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Bahawa orang yang berilmu pengetahuan agama lazimnya akan lebih tinggi imannya lantaran  kesempurnaan ibadatnya. Bahawa sesungguhnya menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain yang dituntut ke atas setiap orang islam.

Firman Alllah yang maksudnya:
    Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.
      (Surah Fatir 35:28)




Selanjunya al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda
Maksudnya:  
     " Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daripadanya untuk keperluan minuman , menyirami tanaman , dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya: di antara ada yang mampu mendalaminya , lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di antaranya yng sama sekali tidak mahu menerima petunjuk."
         (Riwayat al- Bukhari no. 79 dan Muslim no.2282)

 Agak agaklah di mana kedudukan kita?. Ingin menjadi tanah subur, tanah yang dapat menampung air atau tanah gersang . Allah telah memberikan kita akal jadi tidak sepatutnya kita hanya menunggu tanpa usaha untuk menuntut ilmu. Kalaupun tidak mampu mengajarkan kepada orang lain  memadailah untuk amaln diri sendiri demi kesempurnaan iman dan mendapatkan keredhaan Ilahi sebagai bekalan kehidupan abadi.

Tuesday, March 22, 2011

ANAK

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat Permata Hati yang perlu sentiasa digilap dan dididik  sentiasa bercahaya dengan iman dan amal soleh. Bersama kita  mempelajari dan mencontohi akhlak Rasulullah Saw.  Wahai Allah Yang Maha Dekat, permudahkan kami menjalani kehidupan ini dengan tabah, rahmati kami Ya Allah, Ya Rahman..

Sebagai seorang ibu kepada Empat anak lelaki yang membesar, saya memang tidak dapat lari daripada rasa bimbang apabila melihat remaja yang melepak di tempat tempat awam, berpeleseran berpasang pasangan dengan pakaian yang menjelekkan.  Rambut gadis yang biasanya diwarnakan dan fesyen yang melampaui batas budaya melayu dan apa lagi syara'. Remaja lelaki berbaju T hitam , ketat, pendek dengan jeans yang tergantung di pinggang singkat. Aksi manja yang menjengkelkan, ketawa hilai tanpa ada rasa segan silu pada orang lain.

Alhamdulillah! setakat ini anak anak  Permata Hati saya  agak mendengar cakap. Suami saya walaupun kurang sihat , tetap memberikan tumpuan mendidik mereka. Anak sulung dan yang kedua telah diasuh untuk bersolat jemaah di masjid. paling  kurangpun solat Asar dan Maghrib menjadi kemestian. Biar mereka membiasakan diri dengan  rumah Allah.  Biasa bercampur dan berkenal dengan jemaah masjid, supaya timbul rasa segan dalam diri mereka melakukan perkara yang  tidak elok bagi anak anak seusia mereka. Seboleh mungkin kami  berusaha mendampingi mereka, melayani hobi dan kesukaan mereka setakat yang termampu.  Penuhkan masa mereka dengan aktiviti sihat seperti beriadah bersama .  Anak sulong saya gemar membaca jadi tempat kesukaannya adalah kedai buku terutamanya Pustaka Salam dan Popular.  Kami berkongsi hobi . Saya diperkenalkan kepada buku buku berikut:-

1. Negeri 5 Menara;

2. Novel novel tokoh pejuang Islam seperti Salahuddin alAyubi,  Muhammad Al Fateh; Abu Ubaidah;

3 . Ahmad Deedat: The Choice;

4.  Cinta di Rumah Hasan Al Banna dan banyak lagi.

Dan anak anak Permata Hati saya kuat memberikan saya semangat dan sokongan. Mereka menemankan abahnya mmbacakan buku, mendengarkan rakaman ceramah ustaz ustaz yang diminati abahnya.

Ya Allah , aku bersyukur  dengan segala yang Egkau berikan. Redha kan aku ya Allah, berkati aku , suami dan anak anakku, kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan jiran jiranku. Amin.

Monday, February 28, 2011

RAGAM ANAK

Saya mempunyai empat anak lelaki berumur 14 , 12, 10 dan 6 tahun. Kesemua mereka mempunyai karakter yang berbeza. Abang sulong agak serius, lebih bertanggungjawab , baik hati dan agak matang pertuturannya dan terlalu berhati hati (lagak ustaz gitu).  Mengimbas kenangan semasa mengandungkan anak sulong yang diberi nama Ahmad Naim, saya disahkan mengalami  kencing manis semasa mengandung. Saya amat bimbang dan selalu berhati hati dalam  melakukan  aktiviti dan mengambil pemakanan.  perlakuan dan sikap ketika mengandung berkemungkinan tumpah ke anak yang dikandung.Seperkara yang menyenangkan hati saya terhadap anak sulong beliau cenderong mempelajari dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam agama islam. Sekarang ini menuntut di Maktab Mahmud Alor Star, Kedah.  Semasa mengandungkan anak sulong saya banyak membaca al quran, dan saya kerap bercakap dengan anak dalam kandungan yang saya panggil Naim . Fotonya paling bayak sekali di dalam album . Tahu kenapa?  He is the only one of course!

Anak kedua lahir pada Julai 1999  agak aktif , agak periang, kelakar dan gemar mencuba. Kekadang  agak suka menunjuk nunjuk dan gemar dipuji. Berfikiran positif  dan pandai memujuk yang kemudiannya apabila  gagal mendapatkan apa yang dihajatinya langsung merajuk  dan kemudian mendesak yang agak merimaskan. bagaimanapun  beliau juga manja dan penyayang dan mudah dipujuk.  Semasa saya menulis N3 ini Ahmad Iqbal tidak ada di rumah kerana terpilih menghadiri kem anak Malaysia di Kem Kenari, Titi Hayun, Yan,  Kedah. Saya  mengakui merindui kehadirannya di rumah. Anak saya ini selera makannya besar sama dengan tawanya , tapi boleh tahan handsomenya. Berada di tahun 6 persekolahan menjadikannya orang yang  sibuk. Saya percaya perkara ini turut dialami semua anak anak yang sebaya dengannya yang ingin mendapatkan kecermelangan dan kejayaan. Cita citanya ingin menjadi guru. Pernah juga Iqbal meminta saya berhenti dari pekerjaan sekarang dan menjadi guru. Saya katakan kepadanya mamanya ini sudah terlajak umur dan tidak sesuai lagi menjadi guru sekolah. Memadai menjadi guru kepada anak anak sendiri. Cepat Iqbal memintas yang dia berbangga dengan saya. Senang sekali hati mendengar pujian anak sendiri. Ikhlas ka?. Terima saja, sentiasa bersangka baik dengan anak dan sesiapa saja .

Saya mengandungkan anak ketiga semasa Iqbal berusia 8 bulan dan masih menyusu. Gembira campur sedih sebab Iqbal masih menyusu. Dipendikkan cerita Ahmad Aidil Ashraf lahir pada 26 Disember 2000, bersamaan 30 Ramadan yakni sehari sebelum Shawal (itu sebab diletakkan 'Aidil')-anak millenium.  Ahmad Aidil manja, aktif dan penyayang.  Orangnya agak lambat pembesarannya. Sehingga usia mencecah 9 tahun, jarang makan nasi. Cuma makan buah buahan dan bijirin, sekarang ni umph.. tembam !!! Bukan main main , macam tak percaya.  Sejak bersekolah saya kerap bertemu guru guru yang terlibat mengajarnnya. Anak saya ini seperti tidak dapat membezakan sama ada cikgu marah atau menegur bagi menasihatinya. Mudah bersedih dan terlalu merendah diri, kurang keyakinan dan kurang fokus dalam pembelajaran . Pastinya menuntut lebih perhatian dari saya dan abahnya. Bagaimanapun saya bersyukur Ahmad Aidil dan juga abang abangnya tidak degil dan mendengar cakap.

Si bongsu lahir tanggal 26 Febuari 2005. Jarak agak jauh dengan abang Aidilnya. Belajar di tadika PASTI. Menjadi teman akrab kepada Ahmad Aidil. Mulutnya petah, suara manja dan amat menghiburkan . Menjadi kesayangan semua ahli keluarga . Ahmad Naufal Arief nama yang diberikan. Ahmad Naufal bangun seawal 6-00 pagi bersiap ke tadika sama waktu dengan abang abangnya. Gemar membaca dan mewarna bukunya. perangainya adalah campuran ketiga tiga abangnya. Fotonya paling banyak kat handphone (ambil sendiri).

Syukur ya Allah memberikan amanah ini kepada kami suami isteri. Permudahkan kami mendidik dan membesarkan mereka menjadi insan beriman dan mentaati Allah dan Rasul saw- Amin...

Saturday, February 5, 2011

BERIMAN










Sempena cuti Tahun Baru Cina , kami dapat bercuti agak panjang dari 3  hingga 6 Febuari. Bagaimanapun tidak ada perancangan kemana mana kerana anak ada kelas tusyen manakala anak bongsu baru saja sihat dari jangkitan paru paru.
3 hari berlalu pantas. Pagi Sabtu saya ke kelas Tafakuh di KUIN , Alor Setar, Kedah. Antara ilmu yag diperolehi dari Dato Mufti Kedah adalah berkenaan BERIMAN KEPADA ALLAH yang ingin dikongsikan dengan sesiapa yang sudi singgah di blog ini. 

 Antaranya beriman kepada Allah mengikut pendekatan beliau adalah terdiri daripada dua perkara:

i) Percaya kepada Allah; dan
ii) Percaya kepada Esanya Allah .

Dua perkara inilah yang membezakan kepercayaan orang islam dan bukan islam. 
Bahawa adalah  hamba yang sentiasa memerlukan dan berharap kepada Allah manakala Allah tidak mengharapkan apa apa daripada kita. Allah tidak berharap kepada amalan kita . Allah dengan sifat Rahman memberikan rezeki kepada semua orang sama ada beriman atau tidak. Bagaimanapun hanya orang yang benar benar beriman dan beribadat kepada Allah sahaja yang berhak mendapatkan Rahim Allah yakni kasih Allah.

Contoh yang diberikan ustaz yang mudah dan jelas seperti  berikut:-
Seorang pekebun getah gembira dengan hasil getah di kebunnya yang bertambah dan pendapatannya yang melebihi gaji bulanan guru sekolah. Bagaimanapun masih lupa kepada siapa yang memberikan rezekinya. Orang yang masih berselera menikmati  makanan , bersarapan dengan selera sedangkan tidak solat subuh.

Bahawa bukti kekuasaan Allah ditunjukkan dengan jelas dalam surah al Baqarah , 163-164, maksudnya:

"Dan Tuhan kamu itu Tuhan yang Satu. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam peciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya ) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."

Wahai insan marilah kita sama sama fikirkan dan insaflah kepada , sentiasa syukur dan sujud , pelihara iman kita dan patuhi ajaran junjungan besar Muhammad Rasulullah saw. Subhanallah, Tabarakallah

Thursday, January 20, 2011

CUTI SEKOLAH


                                                               
 

Bos! Ini  surat cuti saya. Saya minta dua hari saja hari  Ahad dan Isnin sebab ada kenduri kahwin sepupu saya. Hari Khamis saya nak ambik sekerat hari kenduri juga.  Cuti sekolah memang musim kenduri kahwin. Sabtu depan saya ada tiga undangan untuk dipenuhi..Hmm kenduri…

Saya ambil surat tersebut dari kerani saya . Jumaat dan Sabtu memang sudah cuti. Campur semua jadi  empat hari setengah. Sekarang ni dah hujung tahun , semua orang sibuk menghabiskan cuti . Kalau tak kemana mana makan angin pun lebih suka duduk  dari datang bekerja di pejabat atau di mana juga. Sekolah pun dah dekat sebulan  bercuti.  

“ Mama kenapa tak jadi cik gu? Kan best boleh cuti dok di rumah dengan kami . Boringlah mama takdak petang baru balik. Mama dah letih nak ajak pi jalan jalan , ke kedai ka, taman mainan ka…”  . Permata hatiku yang kedua mengomel  sambil mengenyit ngenyitkan mata mengusikku dengan gaya manja. Badannya yang agak montel ikut melintuk sama.

“Kan kita baru balik dari bercuti hari Khamis lepas . Dekat 10 hari mama cuti   dok melayan anak anak mama . Tak puas lagi ka? “     “Dak “.
Ni mama nak bagitau ramai lagi anak anak yang senasib macam kamu.  Mak cik Khadijah staf mama tu , anak dia pun cuti sekolah juga tau, Cik Nab pun. Kalau semua nak bercuti teman anak anak , sapa yang nak buat kerja semua. Bila kerja nak siap. Mama dulu cuti sekolah manapun tak pi.  Tok Wan tak dak kereta, kalau cuti sebulan sebulan la dok umah, main aci ( kejar kejar)  dengan kawan, tangkap pepatung saja….bla bla..

Macammanapun mama janji hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) mama akan layan kamu semua . Kita masak masak dan pi picnic  kat taman, pi mancing kat sungai, naik menara dan beli buku kat pustaka salam. Kita pi dekat dekat  saja , kalau bosan atau penat boleh balik ke rumah . Abah pun boleh boleh ikut sebab tak  banyak berjalan nanti abah letih.  Hoorey ! mama nak bawa kita pi picnic..

Mama! Mama! Kita buat barbeku boleh ? Barbeku! Permata hati ketiga tiba tiba mencelah. Boleh! Kita bakar sotong, ikan , nugget dengan udang jawab saya. Kambing boleh dak mama?.
Kambing tak boleh sebab tinggi budget, tunggu mak su ka mak ndak ka balik baru boleh buat.
Malam itu kami barbeku , kami jemput jiran di sebelah rumah makan ikan, sotong dan ikan bakar . Auntie sebelah dating dengan anak terunanya bawa dua dozen minuman kotak. En Ramli dating sekeluarga bersama isteri dan lima anak anaknya. Meriah juga walau sederhana . Kami menuikmati hidangan dengan santai . Peluang untuk beramah mesra dengan jiran jiran dan mengenali mereka.  Kesibukan urusan harian menghadkan waktu untuk beramah mesra. Anak anak gembira  hajat mereka ditunaikan . Mama dan Abah gembira bila anak anak gembira. Permata Hatiku… sedang bersinar…berkilau..

Sebenarnya anak anak hanya mengharapkan ruan waktu khusus untuk mereka. Tidak kira ke mana asalkan keluar dari rumah , dan kalau boleh berlari dan berenang lebih disenangi (anak anak saya berumur dari 5 hingga 13 tahun).

Saya sendiri bila sampai hujung tahun , semangat bekerja sedikit menurun. Suasana terasa lain. Persekitaran bangunan pejabat agak lain. Banyak kenderaan yang parker dan keluar masuk memakai plet dari negeri lain. Pejabat saya berdekatan dengan sebuah hotel . Kelihatan pelancung luar negeri datang berbelanja di pecan rabu , menginap di hotel berdekatan . Restoran tempat saya selalu makan juga di penuhi dengan anak anak remaja yang berfesyen trendi agak bising . Cuaca juga agak panas kering dan berangin. Ramai juga antara teman yang bercuti dalam Negara dan luar Negara.   Semasa awal bekerja dulu sebaik  meninggalkan universiti  saya bekerja dengan majikan yang beragama  khatolik . Beliau akan ambil cuti panjang sehingga selepas Krismas disambung dengan cuti tahun baru.  Disember diari saya agak lapang . Tidak ada projek dan  appointment

Bila membuka perniagaan sendiri saya jadi terbiasa dengan keadaan tersebut. Bagaimanapun elok juga sebab anak anak juga bercuti panjang. Seperkara lagi saya menghadiahkan CD original Maheir Zain semasa cuti baru baru ini. Mereka senang sekali, sikecil permata hatiku gembira mendendangkan  ‘Barakallah..’. Semoga kita semua hidup dalam rahmat dan diberkati Allah.. Amin.