Friday, June 21, 2013

CABUT GIGI 11

Kali pertama saya mengunjungi klinik gigi adalah semasa berusia sekitar 5 atau 6 tahun dulu. Saya ingat yang saya sakit gigi dan menangis kerana tidak tahan sakit. Ayah kata kalau gigi tengah sakit tidak boleh dicabut. Sakitnya sehingga bengkak. Pipi saya herot sebelah. Saya ingat emak sapu air asam jawa di pipi yang rasanya sejuuuk sangat. Saya terus menangis sampai terlena. Emak juga ada carikan sejenis ubi kecil warna putih yang diasah dibuntut pasu dan disapukan ke pipi yang bengkak.Sejuk air ubi itu bercampur dengan sejuk tangan emak..nostalgia.  Masa tu saya tak ada la kelas tadika ka apa. Emak pula memang suri rumah dan ayah berkedai. Rumah kami adalah rumah kedai yang disewa cuma.

Setelah dua hari macamtu ayah bawa saya ke klinik gigi di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.
Kami bertolak dari Kangkong naik bas Mara. Sebelum itu ayah jemput Makcik Pah(emak tiri saya) untuk temankan kami bersama.

Ayah bawa saya ke klinik swasta . Doktor India yang mencabut gigi saya tu memang pandai mengambil hati budak macam saya. Berbual bual dulu untuk alihkan perhatian dari gigi yang nak dicabut. Saya rasa senang macam budak la. Innocent tak tau apa, tapi bila dah cabut tu nangis juga,sebab takut tengok alat alat dia tu.




Sudah tu ayah dengan makcik bawa saya tengok wayang cerita hindustan. Sebelum tu siap beli buah dan keropok. Gembiranya saya tengok skrin besar gambar warna lupa pasal gigi..hehehe.

Gigi yang sakit tu gigi geraham , selepas tu gigi  susu lain cabut sendiri ja pakai benang dan tolak tolak dengan lidah. Hmm itula kali pertama tengok wayang kat panggung. Sebelumtu cuma wayang pacak gambar hitam putih dari Kementerian Penerangan saja. Ada la tengok gambar menteri melawat ke Arab Saudi ke mana mana la.. Kadang drama Melayu heronya Rahim Razali dengan heroin Sharifah Aini tak silap saya.

Semasa saya di darjah 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Yan Kecil, Yan, Kedah saya ada juga ke klnik pergigian kerajaan di Ruat. Saya dan kawan kawan dibawa dengan van klinik . Sambil tunggu giliran kami cari buah janggus yang ada di kawasan klinik. Suka ja dapat naik van free. Masa tu jarang dapaat naik kereta (kenderaan). Satu tahun pun tak habis jari sepuluh. Hari hari naik mutumit ja . Hmmm,

Pada catatan tambahan ini anak sulung saya baru saja mendaftarkan diri ke program Tamhidi pergigian di USIM. Semoga Allah permudahkan. Amiin.





No comments:

Post a Comment