Wednesday, October 15, 2014

AWAN DAN SAWAH

Sehari sebelum kejadian ribut puting beliung yang merobohkan 10 buah rumah di Paya Besar Pendang saya telah merakamkan gambar ini.





Cuaca pada pagi  tersebut tenang sekali



Subhanallah cantik sangat syahdu sungguh .dengan burung bangau memutih. Terfikir di kepala saya kalau di luar musim bila padi sudah tumbuh , berbuah dan masak ke mana burubg bangau ini  berkelana.  Dari mana  bangau bangau ini datang . Terbang sejauh mana bangau ini. Ya Allah Egkaulah yang memberikan ilham kepada si bangau dan seisi alam ..

Monday, October 6, 2014

LAGI KISAH KORBAN

Assalamualaikum,

Mesyuarat bagi perlaksanaan ibadat korban terlebih dahulu diadakan bagi mengagihkan tugas tugas berkaitan seperti menjaga binatang korban yakni lembu, penyembelih pembantu, kerja melapah dan mengagihkan daging korban. Bila sudah terlibat dengan aktiviti masjid saya baru tahu kerja kerja yang dilakukan juga memerlukan komitmen dan penyertaan dari jemaah.

Pemerhatian saya dari senarai tugasan yang diedarkan mendapati kurangnya penglibatan belia dalam kerja kerja berkenaan ibadah korban ini. Puncanya sudah pastilah  jemaah yang solat di masjid  adalah terdiri dari warga emas yang sudah pencen. Apa akan jadi ke depan ini. Kita pralihat dalam tempoh lima tahun akan datang tak perlu terlalu jauh. Siapa yang akan melakukan penyembelihan  dan melapah ini.  Bila orang muda belia nak melibatkan diri.

Bagi membantu dan melancarkan kerja kerja Jawatankuasa Masjid bersetuju untuk  mengupah beberapa orang warga Bangladesh dan Myanmar  yang bekerja di sini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun hujan lebat sepanjang hari.  Seorang petugas bagaimanapun rebah kerana keletihan difahamkan berjaga malam menjaga lembu lembu korban sebanyak 10 ekor.  Beliau telah dikejarkan ke hospital dengan ambulan . Semoga cepat pulih.

Pada tahun tahun sebelum ini pihak AJK Masjid akan mengadakan kenduri  .Daging korban dimasak secara gotong royong atau rewang biasanya gulai kawah. Bagaimanapun untuk tahun ini daging korban cuma diagihkan mentah.  Tak ada lagi majlis kenduri. Tidak cukup tenaga kerja pastinya.



EIDUL ADHA 2014


Assalamualaikum, salam eidul adha 2014  dari saya ummu naufalarief  . Tahun ini kami sekeluarga menyambut raya di rumah sendiri di Alor Setar.

Awal pagi bangun solat subuh dengan si kecil berdua beradik Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal Arief. Abah , abang sulung dan abang tengah Ahmad Naim dan Ahmad Iqbal berjemaah di masjid. Tahun ni abah ditugaskan menjadi bilal solat hari raya korban disamping mengagihkan kupon untuk jemaah bagi pengagihan daging korban.  Saya pula menyertai program penyempurnaan ibadat korban  di Kemboja melalui program yang dianjurkan oleh Amal Kemboja yang dikendalikan En. Asri Bin Hassan bersama isterinya Puan Fariza Ismail. Terima kasih untuk mereka berdua atas usaha murni mereka.

Ok solat hari raya  kami sempurnakan di Masjid Aman Simpang Kuala , Alor Setar. Pagi hari raya hujan turun dengan agak lebat .  Solat bermula lebihkurang jam 8.30 pagi . Jemaah  muslimat mengambil tempat di bahagian tingkat bawah masjid. Bilangan jemaah ternyata kurang daripada  jemaah solat aidil fitri. Mungkin ramai yang tidak pulang sebab cuti yang agak singkat. Khutbah dibacakan oleh Tuan Haji Khamsani Bin Saad. 

Saya lihat di sepanjang khutbah ada juga sebilangan jemaah yang berselfie dan berfb. Saya sendiri tidak membawa handphone , sengaja tinggalkan di rumah bimbang terjangkit virus berselfie dan berfb . Saya mahu pahala sebanyak mungkin ya Allah.

Antara isi khutbah yang saya ingat adalah ikhlas dalam setiap ibadat yang disempurnakan.  Nabi Allah Ibrahim , Siti Hajar dan anak mereka Ismail  ternyata ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah ke atas mereka. Nabi Ibrahin tidak tahu bahawa korban Nabi Ismail akan digantikan dengan seekor kibas. Begitu juga  Siti Hajar dan Nabi Ismail anak mereka.

Keikhlasan mereka beriman kepada Allah dibuktikan dengan ketaatan   mereka untuk melaksanakan korban yang dituntut walaupun dengan menumpahkan darah Ismail .

Ikhlas melaksanakan bukan bertujuan untuk riak, menunjuk nunjuk kemampuan dan keupayaan. Ia mudah dan payah bukan . Bagi saya semuanya dengan izin dan kehendak Allah dan untuk itu saya menadah tangan dan memohon diberikan hati yang ikhlas dan ibadat saya diterimaNya solat dan korban saya.


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ 

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Surah Al Maaidah, Ayat 27

Berikut adalah antara gambar gambar suasana penyembelihan korban di Masjid Aman, Simpang Kuala Alor Setar, Kedah yang diambil oleh abang Naim dengan ditemani Ahmad Naufal Arief.