Wednesday, October 14, 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437

Image result for maal hijrah


Assalamualaikum semua,
Salam Maal Hihrah 1437.
Lembaran baru , Alhamdulillah matahari masih bersinar.
Bagaimana permulaan pagi anda di hari pertama tahun Hijrah ini. Sama macam semalam atau adaa transformasi diri. Bagi keluarga saya kami mulakan dengan doa akhir tahun  sendirian baca dan doa awal tahun secara berjemaah di Masjid.

Saya cuma perasan pada tahun ini ada percanggahan pendapat para ustaz berkenaan doa awal tahun dan akhir tahun, bidaah pula. Saya mengaku kurang arif. Tak payah dok kupas biar orang yang berilmu bercakap.

Awal pagi hari Rabu, kami boleh dikatakan direzekikan bangun awal. Abah paling awal jam 4.30 pagi, kemudian saya. Sedang solat sibongsu Naufal bangun 5.30 pagi dan selepas tu dengar suara Ahmad Aidil memberi salam. Wah! semangat tahun baru Hijrah. Kamu menang pagi ini anak anak ku. Berjaya merungkaikan 3 ikatan syaitan dari badan kamu .


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.


(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan

(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

Permulaan awal yang menyegarkan badan. Lewat tengahari cuaca mendung. Jerebu masih lagi dikesan.  Gunung Jerai nampak kelabu ditelan jerebu. Sawah bendang air berkaca kerana padi belum ditabur. 

Mendung awal Muharram suram sesuram suasana politik dan ekonomi di Malaysia. Peniaga kedai makan dekat pejabat saya kata pendapatan merosot yang teramat. Seorang pembantu kedai terpaksa diberhentikan untuk penjimatan kos.
Esok warga kota terpaksa menanggung peningkatan belanja kerana kenaikan tol. Apa nak dikata.