Thursday, March 24, 2011

MENUNTUT ILMU

Ingin tahu apakah kelebihan menuntut ilmu?

Allah berfirman yang maksudnya :
   Katakanlah lagi (kepadanya), " Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"


            (Surah al-Zumar 39:9)


Maksudnya:
    Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu ) beberapa darjat.
           (Surah al-Mujaadalah 58:11)

Dari kedua ayat di atas nyata sekali bahawa orang yang berilmu itu adalah  lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Bahawa orang yang berilmu pengetahuan agama lazimnya akan lebih tinggi imannya lantaran  kesempurnaan ibadatnya. Bahawa sesungguhnya menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain yang dituntut ke atas setiap orang islam.

Firman Alllah yang maksudnya:
    Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.
      (Surah Fatir 35:28)




Selanjunya al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda
Maksudnya:  
     " Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daripadanya untuk keperluan minuman , menyirami tanaman , dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya: di antara ada yang mampu mendalaminya , lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di antaranya yng sama sekali tidak mahu menerima petunjuk."
         (Riwayat al- Bukhari no. 79 dan Muslim no.2282)

 Agak agaklah di mana kedudukan kita?. Ingin menjadi tanah subur, tanah yang dapat menampung air atau tanah gersang . Allah telah memberikan kita akal jadi tidak sepatutnya kita hanya menunggu tanpa usaha untuk menuntut ilmu. Kalaupun tidak mampu mengajarkan kepada orang lain  memadailah untuk amaln diri sendiri demi kesempurnaan iman dan mendapatkan keredhaan Ilahi sebagai bekalan kehidupan abadi.

Tuesday, March 22, 2011

ANAK

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat Permata Hati yang perlu sentiasa digilap dan dididik  sentiasa bercahaya dengan iman dan amal soleh. Bersama kita  mempelajari dan mencontohi akhlak Rasulullah Saw.  Wahai Allah Yang Maha Dekat, permudahkan kami menjalani kehidupan ini dengan tabah, rahmati kami Ya Allah, Ya Rahman..

Sebagai seorang ibu kepada Empat anak lelaki yang membesar, saya memang tidak dapat lari daripada rasa bimbang apabila melihat remaja yang melepak di tempat tempat awam, berpeleseran berpasang pasangan dengan pakaian yang menjelekkan.  Rambut gadis yang biasanya diwarnakan dan fesyen yang melampaui batas budaya melayu dan apa lagi syara'. Remaja lelaki berbaju T hitam , ketat, pendek dengan jeans yang tergantung di pinggang singkat. Aksi manja yang menjengkelkan, ketawa hilai tanpa ada rasa segan silu pada orang lain.

Alhamdulillah! setakat ini anak anak  Permata Hati saya  agak mendengar cakap. Suami saya walaupun kurang sihat , tetap memberikan tumpuan mendidik mereka. Anak sulung dan yang kedua telah diasuh untuk bersolat jemaah di masjid. paling  kurangpun solat Asar dan Maghrib menjadi kemestian. Biar mereka membiasakan diri dengan  rumah Allah.  Biasa bercampur dan berkenal dengan jemaah masjid, supaya timbul rasa segan dalam diri mereka melakukan perkara yang  tidak elok bagi anak anak seusia mereka. Seboleh mungkin kami  berusaha mendampingi mereka, melayani hobi dan kesukaan mereka setakat yang termampu.  Penuhkan masa mereka dengan aktiviti sihat seperti beriadah bersama .  Anak sulong saya gemar membaca jadi tempat kesukaannya adalah kedai buku terutamanya Pustaka Salam dan Popular.  Kami berkongsi hobi . Saya diperkenalkan kepada buku buku berikut:-

1. Negeri 5 Menara;

2. Novel novel tokoh pejuang Islam seperti Salahuddin alAyubi,  Muhammad Al Fateh; Abu Ubaidah;

3 . Ahmad Deedat: The Choice;

4.  Cinta di Rumah Hasan Al Banna dan banyak lagi.

Dan anak anak Permata Hati saya kuat memberikan saya semangat dan sokongan. Mereka menemankan abahnya mmbacakan buku, mendengarkan rakaman ceramah ustaz ustaz yang diminati abahnya.

Ya Allah , aku bersyukur  dengan segala yang Egkau berikan. Redha kan aku ya Allah, berkati aku , suami dan anak anakku, kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan jiran jiranku. Amin.