Saturday, January 11, 2014

Lagi Bunuh, bakar!


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Saya baru terbaca di harian metro online. Berita penuh di sini Bakar dan bunuh. Kejam sangat kan. Dipercayai mangsa dibunuh di tempat lain dan dibakar di kawasan pembuangan sampah. Tidak kira apa bangsa, agama dan anak siapa..pembunuh memang kejam teramat.

Kes pembunuhan Dato Sosilawati pun tak selesai lagi. Bertambah lagi, kerap sangat berita menunjukkan polis megusung plastik hitam mangsa kes pembunuhan. Malaysia dah tak aman dan tak selamat.

Untuk anak anak, berhati hatilah dalam pergaulan. Ajaran orang tua dulu agar anak tidak bebas ke sana kemari dan tidak bercinta sebelum kahwin memang wajib dipraktikkan. Ajaran agama , solat dan doa adalah benteng untuk keselamatan diri.



“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

Tuesday, January 7, 2014

PELAJAR DAN KERUSI



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Pada hari pertama persekolahan sesi tahun 2014 bermula pada hari Khamis 2hb. Januari bagi negeri yang cuti sempena tahun baru. Berbagai kekecohan yang timbul. Untuk sekolah rendah sesuai sangat diberi tema pelajar dengan kerusi. Agaknya anak anak ini kebosanan ataupun belum kenal kawan jadi kerusi dijadikan teman bermain sampaikan lekat kepala dan ada yang sangkut perut..lucu dan kesian anak anak yang comel dan kreatif ini.




pelajar ini relek ja kan


 Haa kan sampai kena gergaji kerusi tu, 
hai lelaki perempuan sama ja , nak cakap apa





Apa macam cikgu, chalenging tak murid baru 2014.

Sunday, January 5, 2014

BELANJA IKUT KEMAMPUAN

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualikum! di sini saya ingin berbicara berkenaan dengan cara perbelanjaan. Menteri cakap dan mengingatkan rakyat agar berbelanja dengan bijak. Persoalannya bagaimanakah yang dikatakan 'berbelanja bijak' itu?

Saya sendiri buat masa ini tertanya tanya sendiri . Saya berpendidikan tinggi juga lah nak dikatakan. Lulusan ijazah sarjana undang undang universiti tempatan . Seorang peguam , dah hampir 24 tahun bekerja. Saya baca berita ekonomi, politik dan mengikuti perkembangan semasa. Kenalan juga ramai dan bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat. Saya rasa saya bukan golongan boros dan tidak berbelanja sesuka hati dan sesenang hati di sepanjang pengetahuan saya. Saya boleh dikatakan membeli kerana perlu bila perlu dan bukan kerana mahu.

Bila Menteri kata kena bijak berbelanja dan berjimat saya jadi bingung. Harus bagaimana lagi , takkan nak makan bubur nasi saja kan..bingung bingung. Nak beli apa untuk makan setiap hari. Keluarga saya enam orang semuanya. Semua anak bersekolah . Setiap hari saya berulang alik ke tempat kerja dan ke sekolah. Minyak kereta sahaja kereta viva ya bukan kereta besar setiap 5 hari RM50.00 lebihkurang kalau tidak keluar dari Alor Setar.
Ikan bilis pun sekarang ini harga RM 3.00 untuk hanya 100 gm. Ikan kembung RM9.00/kg. Agaknya pemimpin rakyatni tahu ke tidak kadar harga semasa..Agak agak anda lah kan..hmm

Tempat belanja saya nak tau di mana , di pasar malam dan pasar besar saja untuk barang basah bukan kat hypermarket bagai..

 Takkan lah setiap hari nak ikan kembung ja kan, nak juga merasa jenahak, siakap sekali sekala. Tak macam Pak Menteri dan YB YB yang sentiasa ada jamuan lazat merata rata percuma pula.

 Untuk buah buahan pun sekadar limau, mangga..nak juga seimbangkan pemakanan . Sayur serta buah buahan..

 Ini keluhan dan luahan hati saya yang bekerjaya ..apa lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah. Sukar dan perit rasanya, nak bayar rumah , yuran tusyen, buku latihan, pakaian uniform sekolah,persatuan dan ko korikulum bagai..Saya tidak layak untuk wang BRIM..
 Oh Malaysia..



Ayam pun mahal juga. Peniaga ayam pun me;angutja , kurang jualan. Peniaga makin kurang..pasar makin sunyi kurang yang berbelanja..