Thursday, March 21, 2013

PERGI TAK KEMBALI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Assalamualaikum,
Tanggal 14 hb. Mac ,2013  bonda mertua yang dikasihi Jariah Binti  Abdullah telah kembali ke Rahmatullah..selepas tamat majlis membaca Yassin..malam Jumaat. Perginya dengan aman seperti orang tidur lena. Sebelum itu telah dimasukkan ke wad petang hari Selasa 12hb. Mac, 2013 . Berusia 76 tahun semasa pemergiannya yakni setelah 5 tahun suaminya pergi. 

Allahyarhamah menimggalkan 7 orang anak dan  30 orang cucu. Sebelum itu telah hampir tiga tahun  dalam keuzuran. Pada tahun terakhirnya hanya terlantar diperbaringan, lemah sekali. Segala makan pakai, kebersihan diri atas ehsan orang lain.  Allahyarhamah dijaga oleh dua orang anak perempuannya Rohana dan Rohayati secara bergilir gilir. Paling lama menyumbang tenaga  adalah Kak Ana. Semoga Allah memberkati keduanya. Di sini saya rakamkan ribuan terima kasih dan kesyukuran atas jasa baik kedua saudara dan adik beradik lain yang juga banyak membantu.

Sesunggunya Allah Maha Kaya, mak diambil secara perlahan lahan dari kami. Pada mulanya emak seperti orang yang nyanyuk, lupa. mak yang rajin bercakap tiba tiba menjadi pendiam. Semasa musibah ini menimpa emak berada di rumah saya. Peristiwa terjadi sehari selepas kami kembali dari Putra Jaya. 

Semasa hayatnya emak seorang yang pandai memasak dan menjahit. Banyak berjasa kepada masyarakat setempat. Emak selalu memandikan jenazah dan pandai mengurut . Kenangan anak anak dan sering dirindukan adalah roti canai segera buatan mak. Oleh kerana anak yang ramai dan suka makan roti canai, emak belajar sendiri membuat roti canai. Siap dibekukan untuk bekalan saya ke Alor Setar. Emak juga pandai mengaji dan berpengetahuan dalam bidang agama. Semoga Allah mencucuri roh emak dan emak ditempatkan di kalangan orang beriman.




Apabila meninggal anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang diajarkan dan doa anak yang soleh. Ingatlah permata hatiku, teruskan amalan baikmu kirimkan pahala kepada daatuk dan nenekmu. Amalkan pesanan kebaikan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka menunggu pahala dari kita..bantulah semampumu anak anakku. Al Fatihah..

Saturday, March 9, 2013

RESEPI KIMBAB

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Assalamualaikum! Hari ini saya nak share sesuatu dengan sesiap yang terbaca ruangan blog saya . Setakat ini cuma anak anak saja yang follow ..

Saya teruja dan tertarik dengan makanan 'kimbab' Korea yang biasanya dijadikan bekalan diisikan di dalam bekas dengan susun atur yang menarik. Cantik dan nampak sedap dengan sayuran dan lauk yang tentunya baik untuk kesihatan. Ingin tahu lebih lanjut saya pun tanya dengan Mr Google. Haa siapa nak tau macam mana resepi untuk ubah selera sekali sekala . tak yah pi restoran kalau mahu   klik di sini
Lengkap dengan resipinya. Satu lagi ada ditunjukkan dengan cara menggulungnya lagi di sini www.seriouseat.com dengan tajuk 'how to make kimbab' . Menarik sekali seperti foto yang ditunjukkan. Warna menarik dan khasiat makanan yang seimbang. Sila jamu mata dari imej yang dicopy dari Mr Google. 
Saya pasti akan mencuba resepi ini. Biar anak anak mencuba dengan olahan selera melayu pastinya, hehe
In Sya Allah







Friday, March 8, 2013

BRIM

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum!  Geram betul saya hayat bateri laptop Compaq Presario V3000 saya tamat sudah. Sebentar ja perlu dicharge semula tapi setakat kurang 10 minit.  Huhu  pasai apa la , tak samapai setahunpun. Kenapa ya, ada teman saya bateri dia tahan sejak dibeli. Nasib, nasib

Saya pula tertinggal charger di ofis. Terpaksala merajinkan diri ditemanai anak anak ke ofis di petang Jumaat. Ehh leceh betulkan?.  Bagaimanapun ada hikmahnya juga dapatla sambil menyelam minum air (ayaq). Bawa  anak anak yang kebosanan keluar. Abang Naim tension handphone kena rampas dengan Cikgu dalam spot cek di sekolah. Itu lah kenapa bawa gi sekolah. Mamani kira nak memujuk hati anak anak. Pergi mana lagi ke Star Parade Alor Setar lah. Lokasinya ke medan selera  di Star Parade. Menu pilihan 'Chicken Chop' dan burger ayam. harga Chicken Chop RM 9.00 satu. Rasanya boleh tahanla..kata Ahmad Naufal mamanya Chicken Chop lagi sedap!!!

Maana fotonya ..ada nanti ya.
Iya ka, bezanya saya salutkan dengan sebuk roti , tapi di sini pkai tepung jagung. Tak payah puji la mama malas nak buang tulang ayamtu..sampai melecet tapak tangan. 

Selesai makan kami ke Popular pula. Mak aaiii ramainya beratur untuk  buat bayaran belian . Kenapa yaa, ooo vaucher buku 1 Malaysia.. Hemmm... terkenang zaman saya belajar, tak ada BRIM  Nil.. nak duit lebih saya pernah buat uih untuk jualan musim cuti. Hasilnya tak banyak . Saya tak pernah beli novel ..berjimat sungguh. alhamdulillah ada la duit biasiswa JPA masa di Universiti Malaya. Dapat gak beli buku undang undang .. tak lengkap pastinya. kami fotostat ja. Pohon maaf kepada penulis buku ..apa nak buat miskin yang mengikat..

Sekarangi zaman berubah. pemimpin pemurah sungguh semua peringkat dapat habuan. Anak anak saya yang bersekolah dapat bantuan RM100.00 seorang . Remaja yang belajar di IPT dapat voucher buku RM250.00 dan belia dapaat RM 250.00 seorang. Kerajaan nak bagi kita terima dengan syukur. Niat mereka Allah tahu..bukan kita layak menilai dan bagi markah. 

Friday, March 1, 2013

KENAPA BERLEMBUT

Assalamualaikum! 
Hari ini saya nak tanya  perlukah kita berlembut? Bila nak berlembut dan dengan sapa yang perlu berlembut.
Haa..apasal pula tanya semua ni. Itu la saya agak kesal dan sedih dengan insiden yang  menimpa 2 orang tentera Malaysia di Lahad Datu.
 Menteri berkenaan di dalam kenyataannya menyatakan ' tentera kita tidak memulakan tembakan dan kita masih berlembut kepada mereka, kenapa mereka menyerang?

Perlu ka kita berlembut di sini.. kesal sungguh kesal. Rumah kita diceroboh , kita dengan lemah lembut dan memberi pilihan kepada penceroboh. Apa ini?  Suka suka hati dok tunggu dan lihat.

Tiada insiden tembak di Lahad Datu

KOTA KINABALU 15 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya berlaku aksi tembak-menembak di Lahad Datu melibatkan sekumpulan orang yang mahu dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, keadaan di daerah itu selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan, malah terdapat perkembangan yang amat positif berhubung rundingan yang dilakukan dengan kumpulan tersebut.
Katanya, situasi di kawasan pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu itu terkawal dan tiada pihak yang boleh masuk serta keluar ke lokasi kejadian secara bebas.
“Pelbagai andaian telah dibuat oleh orang ramai berhubung kejadian ini tetapi apa yang boleh saya tegaskan bahawa keadaan di sana adalah selamat dan perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat," katanya di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130216/dn_08/Tiada-insiden-tembak-di-Lahad-Datu#ixzz2MLu3uRkk
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Foto


Dah jadi camni , nak buat apa dah..anak anak isteri simati yang merasa. Satu  Malaysia tunggu dan lihat. sedih , sedih , sedih sungguh!!!
Agaknya strategi dan firasat apa lah yang digunapakai oleh Menteri dan  pemimpin tertinggi pasukan keselamatan kita.


Satu hal lagi tentera kita yang terlatih , mudah sahaja ditembusi penceroboh. Bagaimana kawalan keselamatan agaknya..Ya Allah, hanya Engkau sebaik baik Pelindung. Kami memohon perlinduanganMu dari bahaya yang nampak dan tidak nampak. Lindungi kami dari orang yang zalim.