Monday, March 6, 2017

CORETAN DARI DAPUR: Biskut Badam Chef Hanieliza

CORETAN DARI DAPUR: Biskut Badam Chef Hanieliza: Biskut yg mengandungi kekacang, adalah kegemaran akak. Tak kiralah kacang apa, semuanya akak suka, Setiap tahun pasti biskut badam tak kan...

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Sunday, December 27, 2015

CINTA NABI


Image result for maulidur rasul 2015

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Assalamualaikum ,

Maulidur Rasul disambut buat kali kedua bagi tahun 2015. Buat pertama kali Masjid Aman Simpang Kuala , Alor Setar tidak mengadakan majlis sambutan . Sebabnya ya, kanak kanak kelas KAFA bercuti. 

Setiap tahun seingat saya dan sejak anak anak permata hati saya mengambil bahagian dalam acara acara sambutan.

Bagaimanapun Maulidur Rasul tetap diraikan dengan majlis ceramah dari Ustaz Lukman yang didatangkan khas dari Bayan Lepas .

Apa yang penting adalah menyemarakkan rasa kasih dan cinta kita umatnya kepada Rasullullah SAW.

Bagaimana caranya, tidak lain lagi adalah dengan melaksanakan perintah dan sunnah Nabi. Buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah.
Contohnya   mengerjakan ibadah sunat seperti solat Tahajud, solat Dhuha. 
Jaga aurat, tutup aurat , bersedekah,  beri salam.
Tinggalkan vape dan apa apa perbuatan yang lagha dan tidak disukai Nabi kita. Senyum , selawat.
Jangan marah. bersahabat kerana Allah. Saranan Ustaz Don Daniyal ceritakan kisah  Nabi kepada anak anak kita sejak kecil.

Mudahkan , jom didik diri dan anak anak kita,semoga kita semua bertemu di syurga Allah. 





Wednesday, October 14, 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437

Image result for maal hijrah


Assalamualaikum semua,
Salam Maal Hihrah 1437.
Lembaran baru , Alhamdulillah matahari masih bersinar.
Bagaimana permulaan pagi anda di hari pertama tahun Hijrah ini. Sama macam semalam atau adaa transformasi diri. Bagi keluarga saya kami mulakan dengan doa akhir tahun  sendirian baca dan doa awal tahun secara berjemaah di Masjid.

Saya cuma perasan pada tahun ini ada percanggahan pendapat para ustaz berkenaan doa awal tahun dan akhir tahun, bidaah pula. Saya mengaku kurang arif. Tak payah dok kupas biar orang yang berilmu bercakap.

Awal pagi hari Rabu, kami boleh dikatakan direzekikan bangun awal. Abah paling awal jam 4.30 pagi, kemudian saya. Sedang solat sibongsu Naufal bangun 5.30 pagi dan selepas tu dengar suara Ahmad Aidil memberi salam. Wah! semangat tahun baru Hijrah. Kamu menang pagi ini anak anak ku. Berjaya merungkaikan 3 ikatan syaitan dari badan kamu .


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.


(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan

(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

Permulaan awal yang menyegarkan badan. Lewat tengahari cuaca mendung. Jerebu masih lagi dikesan.  Gunung Jerai nampak kelabu ditelan jerebu. Sawah bendang air berkaca kerana padi belum ditabur. 

Mendung awal Muharram suram sesuram suasana politik dan ekonomi di Malaysia. Peniaga kedai makan dekat pejabat saya kata pendapatan merosot yang teramat. Seorang pembantu kedai terpaksa diberhentikan untuk penjimatan kos.
Esok warga kota terpaksa menanggung peningkatan belanja kerana kenaikan tol. Apa nak dikata. 


Tuesday, June 23, 2015

SELERA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum, 

Ramadhan Kareem  dan jawablah Allahu Akram  apabila ada orang mengucapkan kannya kepada kita .  Pada hari ini sudah  seminggu kita umat Islam berpuasa.  Dalam bulan inilah kita boleh lihat bermacam macam juadah dan menu. kalu kami di Kedahni masa Ramadahan lah boleh dapatkan gulai daging dengan  batang pisang. Batang pisang yang dimaksudkan adalah bahagian dalam batang yang lembut. Sedaap sangat bagi selera saya kalau kena asam garamnya. Dah pernah beli rasa tawar hebeaq  , ya lah puasakan tukang masaknya. Hehe.. tengok ni




Harganya RM 5.00.00 sahaja satu bekas taufu fah tu. Boleh lah tapi kena yang dia tak buang getahnya dulu tu ouchh bertali, potong selera. Nasib lah 

Selera Ramadhan pula kan mengada ngada tekak ni. Sebenarnya nafsu kita la bukan salah tekak ya!
Sebab tu lah di bulan ini ada jual pelbagai hidangan, sayur keladi , pucuk geti masak lemak, gulai nangka, martabak daging,  ayam, maggi dan itu ini , wantan balut macam macam inti. Puding pelbagai warna dan rasa, cendol buahan, buih ,kaca ya Allah cantiknya.. kadang tu seronok pula menjamu mata. Sudahnya beli tanpa berkira balik rumah makan sedikit cuma lebihnya membazir sahaja.

Ingatnya bila berbelanja jangan sampai membazir. Cukup sekadar yang habis dimakan, elakkan menjadi sahabat syaitan. Penat letih berpuasa tidak mendapat imbuhan pahala.
Saya ni tak terror sangat memasak, asal boleh jamu suami dan anak anak sahaja. Tapi saya nak kongsikan resepi dari blogger handal Azie. Saya belum cuba tapi yakin keenakannya. Kiranya dalam shortlist resepi yang akan saya  cuba nanti. Bila anak anak semua berkumpul.. In sya Allah.


Resepinya boleh buka di atas . Saya tampalkan gambarnya sebagai pembuka selera. Saya dapat rasakan kesedapannya kawan dengan ketupat palas.

Saya tampalkan sekali di sini mudahkan rujukan . Minta halal ya Azie Kitchen.

Rendang Daging Sedap Giler
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.




Wednesday, April 8, 2015

SIAPA SUKA DHAL PURI

Assalamualaikum,
dok jalan jalan ziarah rumah rumah tempatan dan luar negara jumpa dengan video ni,
Saya percaya ramai peminat dhal puri di luar sana . Mungkin ada yang suka makan tetapi tidak pandai, tidak tahu cara membuatnya.

Resepinya kalau google dekat kongsi resepi saya lihat ada dua kaedah.
Pertama bancuh uli dengan air tanpa yis;
Kedua dengan menggunakan yis.

Tapi yang ditunjukkan di video ini menarik sekali cara masaknya. Terbaekk..nampak mudah sangat!
Tapi saya pun tak cuba lagi. Untuk yang dah cuba boleh la bagi review..
Semoga bermenafaat. berkat masak sendiri dijamin kebersihan halalan thoyyiban..jadi ibadat juga.

Thursday, March 26, 2015

NIKMAT BULAN MARCH

Astagfirlahalazim....
Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan Mac, 2015 hampir sampai ke hujungnya. Sebentar lagi saya bakal mencapai usia separuh abad sudah.
Banyak perkara terjadi dalam keluarga saya sepanjang tempoh sebulan ini. Allah nak bagi, Allah uji..
Subhanallah.

Dalam kelas tafaqquh yang saya berpeluang hadir setelah lama cuti, ponteng atas berbagai alasan dan sebab..Ustaz Naser Awang ada menyebut ujian Allah itu datang dalam berbagai bentuk. Bersyukulah apabila ditimpakan ujian sakit dan susah. Kenapa?
Sebab bila sakit , bila susah manusia akan cepat dan segera  ingat  kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Tapi bila ditimpakan dengan ujian kesenangan dan kemewahan seperti sihat, beharta..manusia cepat  lupa dan lalai dari  mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Ok berbalik kepada kisah keluarga saya, setelah lama berjuang , berjihad maka pada 3 hb. Mac, 2015 tibalah harinya keputusan peperiksaan SPM 2014 diumumkan. Ini melibatkan buah sulung dari benih yang saya dan suami semai dan tanam, sama sama kami bajai dengan sokongan dan bantuan dari para guru. Sepanjang malam saya rasa macam panjang..tidak sabar menunggu siang.  Lebikhkurang perasaan kanak kanak saya dulu semasa menunggu matahari Syawal. Masyaallah..berdoa sepanjang malam semoga anak sulung saya Ahmad Naim berjaya dalam perjuangannya menimba ilmu.

Sehari sebelum itu saya tanyakan adiknya Ahmad Aidil  yang ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah sejak 1 hb. Mac, 2015.  kerana masalah usus (saya akan ceritakan di ruangan lain.)  sama ada dia mahu saya temankannya atau  menemankan abang Naim ke Maktab Mahmud . Dengan bersahaja  dia kata mama temankan abang Naim sahaja. Ya Allah ..anak ini sakit..seorang lagi pula menanti hasil balasan pelaburannya..Engkau sahaja yang menentukannya. 

Ya Allah hampir 18 tahun saya menunggu saat ini. Abahnya tak dapat ikut bersama kami kerana jadual dialisisnya jatuh pada hari yang sama. Abang Naim macam gemuruh berdebar, sama macam nak masuk exam juga . Bimbang tak dapat cemerlang katanya. Saya katakan mama redha apa juga hasilnya dan mama sayang Naim selalu. Mama dah nampak usaha keras Naim.

Saya pergi awal dengan membawa adik bongsu bersama. Kebetulan acara sukan di sekolahnya dan kena jemput awal jadi saya ambil keputusan tak payah ke sekolah sebab memang tak sempat nak menjemputnya balik . Bukan ajar anak ponteng ya..

Ramai waris lain yang sudah sampai..dan syukur ada ruang parkir yang menyenangkan. Kmai ambil tempat di hadapan. Saya duduk di sebelah emaknya Hanafi teman abang Naim juga. Ohh rupanya abang Naim terkenal juga ya sebab emak Hanfi tahu nama Naim!!!
Sebelum itu abang Naim dengan restu kami menyambung pengajian peringkat STAM (Sijil Tinggi Agama)siap beruniform sekolah kemeja lengan panjang putih dan seluar putih bersama rakan rakannya duduk berkumpulan.

Memang berdebar sungguh..beginilah perasaan sahabat sahabat saya yang rata rata telah mendahului kami . Ada anak mereka yang sudah menerima ijazah..apapun jangan membandingkan diri dengan orang lain . Syukur saya diberi nikmat menjadi ibu kepada Ahmad Naim .

Diumumkan oleh guru  bertugas, pencapaian yang sedikit merosot berbanding tahun lepas ( masa ni belum tengok berita , kemudian dimaklum solan KBAT kali pertama). 
7 pelajar atau calon mendapat 11A penuh iaitu 5 perempuan dan 2 lelaki.
11 pelajar atau calon mendapat 10A dan hanya 2 lelaki. 
Ya Allah anakku lelaki, adakah termasuk dalam 4 orang itu.

Di sepanjang tempoh Ting 4 hingga Ting 5, abang Naim tidak pernah mendapat 11A mutlak, 10 pun tidak..debar saya semakin kuat.

Seorang demi seorang nama dipanggil. Cuma 

pelajar atau calon 11A dan 10A sahaja yang akan dipanggil. Ya Allah saya mahu naik di atas pentas itu. Panggil anak saya ya Allah, mata sudah berkaca. Pelajar atau calon 11A sudah disebut , anak saya tidak ada.
Nama Ahmad dipanggil..Allah Ahmad lain, anak orang lain, air mata jatuh saya lap dengan tangan, 
dan Ahmad Naim Bin Rohaizan diikuti jeritan dan tepukan gemuruh..Allah jantung saya seperti melompat. Saya juga seakan mahu melompat ke depan ..Allah ..saya dipeluk emak Hanafi dengan ucapan tahniah tahniah..Subhanallah Alhamdulillah..begitu rupanya perasaan seorang ibu, mana mana ibu pun . Syukur ya Allah..

Segera saya maklumkan kepada abahnya, saudara dan sahabat sahabat yang selalu mengambil berat perihal kami sekeluarga..Tahniah abang Naim.
Berita menggembirakan diterima kemudian 2 sepupunya juga cemerlang dengan 7A .
hari itu abang Niam minta izin pulang berasingan dari saya untuk meraikan dengan kawan kawan. Sebelum pukul 1.00 tenghari dah balik rumah sebenarnya. Saya pula langsung ke hospital dengan Ahmad Naufal Arief. Seronok sangat sampai terlupa nak bergambar bersama. Cuma gambar yang diambil Ahmad Naufal ..Alhamdulillah ada juga..
Kemudian mula lah pula acara memohon tempat ke IPT..persimpangan antara bidang agama atau perubatan yang menjadi impian tuan tubuh..
Ya Allah , saya mohon juga anak saya mendapat tempat di Universiti Madinah dengan tajaan Universiti berkenaan..Allah kabulkan apa yang terbaik untuk anakku..Aminn

Saya pula dalam abang Naim sibuk untuk permohonan disibukkan lagi dengan keadaan adik yang tidak sihat. Hampir 9 hari ditahan di wad. Cuti sekolah seminggu kami tidak dapat bercuti kemana mana seperti biasa. Ditambah dengan cuaca panas yang dirasakan agak melampau bagi tahun ini. 
Ujian gembira dan sakit dalam satu masa. Abah juga demam sehingga menggigil gigil dan muntah yang teruk.
Anak keluar, abah pula ganti di wad kecemasan semalaman..Alhamdulillah pulih.

Kemudian adik sekali lagi maslah mata pula ..Allah .. jangan mengeluh
Allah berikan ku kekuatan dan kelapangan. Mudahkan urusan merawat anak kami ya Allah..
GST jangan diingat sangat,Allah bagi kekuatan saya yakin dengan Allah. Cukup lah Allah Pelindung kami sekeluarga.