Tuesday, November 29, 2011

DRAGON BALL

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat .

Saya secara peribadi tidak berapa setuju dengan cadangan suami untuk melanggan siaran tv ASTRO. Alasannya ia siaran berbayar. Apabila sudah ada agak sukar mengawal nafsu menonton diri sendiri apa lagi anak anak. Waima akan berlaku pembaziran masa yang melampau dan sukar dikawal. Pendekkan cerita , ditambah dengan musim cuti sekolah anak anak saya banyak menonton siri cartoon yang bermacam dan yang 'favourite ' bagi empat saudara ini adala 'Dragon Ball Z Kai'. Betul ke tajuknya?

Si bongsu telah mendapat demam dan batuk sehingga memerlukan rawatan neubolizer 3 kali sehari selama 2 hari . Oleh kerana letih si bongsu Ahmad Naufal Arief diam saja berbaring dengan mata yang layu. alhamdulillah setelah mendapat rawatan dia semakin segar. Sampai giliran ke tiga jam 8.00 malam Ahmad Naufal keberatan untuk pergi ke hospital KMC Alor Setar, sebab bimbang terlepas rancangan 'Dragon Ball'. Melampau betul Bagaimana saya nak menangani masalah ini. Puas dipujuk akhirnya dia akur mengikut saya ke kereta. Bila dah lega sikit amboi ...banyak mulutnya dia. " Nanti tak dan tengok DG, mesti bila balik dah abis.. semalam pun tak dan tengok , bla , bla...

Bila saya diam saja Ahmad Naufal agaknya bosan . Kemudian tiba tiba " Mama! tau dak dalam game kan Goku boleh buat fusion, berzz bunyi , hebat .. Dragon ball tu boleh hidupkan orang yang dah mati.." . Saya tanya betui ka, dia jawab : Betui la!

Naufal percaya ka? " La..! itu cuma cerita saja, dalam cerita betui la.. . Adoi , lega hati. Bijak juga sibongsu ni. Persoalannya bagaimana nak pisahkan dia dengan Goku dan Gohan. Saya pun tak tau nak berborak dengan dia pasal Dragon Ball , dah lupa..( saya dulupun minat gak Dragon Ball, he he)

Tapi dah masuk usia 40an ni lain lak seleranya. Saya suka channell HDOne.. tolong , suka lak tengok siri dari Korea yang ala ala komedi yang real dan penuh budaya.. sungguh berkesan..
Bagaimanapun saya tetap tidak menyokong ASTRO. Ia seperti menambahkan cabaran kepada diri yang tidak perlu. Kalau siaran yang ilmiah lain la, tapi realitinya nafsu tidak suka, hati tidak gembira.. KaMeha Meha...

Friday, November 25, 2011

AL HAFIZ

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.



Bagaimanakah hendak mendidik anak anak sekiranya ibu bapa itu sendiri kurang ilmunya. Kita tidak memerlukan ijazah untuk menjadi pendidik kepada anak anak namun bagi ibubapa yang berpendidikan ia adalah bonus.

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu agama. Bagaimana untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptannya. Justeru pemilihan sekolah dan sistem pendidikan adalah agenda penting bagi ibu bapa.

"Dan tidaklah aku  menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"
Surah Dzariat: 56

Sebagai insan kita seharusya sedar untuk apa kita dijadikan . Apakah tanggungjawab dan tugas kita yang perlu dilaksanakan dalam memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap anak anak Permata Hati. Tanggungjawab yang meliputi keperluan rohani dan jasmani.


Keperluan hidup meliputi kediaman dan persekitaran yang selamat, makanan yang sihat, kasih sayang , pendidikan. Pendidikan menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. pendidikan akedemik dan agama.


Saya dan suami cuba merancang pendidikan menengah bagi anak kedua kami Ahmad Iqbal yang mendapat 5A di dalam pepriksaan UPSR 2011 baru baru ini.
Ahmad Iqbal memohon ke sekolah aliean agama Intergrasi Kubag Pasu , MRSM Ulul Albab di Kepala Batas dan juga Maktab Mahmud di Jalan Pegawai , Alor Setar.
Pada 22-hb November beliau hadir ke sekolah intergrasi Kubang Pasu untuk temuduga. Saya sendiri yang menemankan ahmad Iqbal kerana abahnya terpaksa menjalani rawatan dialisis yang dijadualkan pusat dialisis untuknya.


Dalam sesi temuduga, pelajar diminta menduduki ujian jawi, alquran, hafazan, lisan bahasa Inggeris , Bahasa Arab , Jawi dan kecergasan .
Sebelum itu sesi taklimat juga diberikan kepada waris waris pelajar. Saya difahamkan lebihkurang 180 orang pelajar yang dipanggil temuduga dan hanya 20 orang terbaik yang akan dipilih. Bahawa jumlah ini adalah bagi memenuhi kuota sekolah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan.belajar menghafal al quran.
Menariknya pelajar ang terpilih akan berpeluang untuk belajar menghafal al quran pada setiap hujung minggu dari guru guru berkelayakan yang didatangkan dari Kolej Universiti Insaniah mengikut modul Kolej Insanaiah sendiri. Alhamdulillah.


Waris diingatkan untuk memberikan kerjasama dan sokongan dengan tidak menggangu ( mengambil0 anak anak pulang di hujung minggu. Bagaimanapun sasaran hafalan adalah satu juzuk setiap tahun beerti 5 juzuk minimum sekiranya tamat tingkatan Lima. Sudah tentu tiada tekanan bagi pelajar menghabiskan surah dalam tempoh tertentu dan kemajuan dan progres hafalan adalah tertakluk kepada kemampuan pelajar.


Matlamat pihak sekolah memperkenalkan hafalan al quran adalah bagi meningkatkan disiplin dan fokus pelajar terhadap pelajaran dan aktiviti sekolah. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menghafal al quran , mindanya lebih fokus dan hatinya lebih terang menerima pelajaran. Apa yang pasti pelajar akan sentiasa mendampingi al quran, berinteraksi dengan Allah dengan membaca kalam Allah.


" Bacalah al Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya"  ( Hadis riwayat Muslim)

Mendengarkan ini hati saya terbuka dan berdoa supaya Ahmad Iqbal dapat menjadi Hafiz. "Ya Allah, Engkau pilihlah anakku menjadi seorang al hafiz , permudahkan baginya dan permudahkan bagiku dan keluargaku membantunya Ya, Allah.


Seorang ibu dari Kepala Batas menyuarakan kebimbangannya. Saya difahamkan beliau teringin anaknya menghafal al quran. Beliau membandingkan sistem MRSM Ulul Albab dan Sekolah Menengah Intergari. Di Ulul Albab pelajar belajar menghafal sebagai satu silibus. Pelajar diwajibkan menghafal 10 juzuk setiap tahun. ibu ini bimbang anak anak akan terbeban dengan akedemik dan penat (teruk) menghafal di usia yang lebih muda. Pelajar ini masih boleh menghafal setelah tamat SPM , dengan kata lain setelah tamat Tingkatan Lima. Beliau seolah olah tidak berapa setuju pelajar bersusah di usia muda. Saya pula hanya mendengar dan dilihat dari satu segi benar juga pendapat ibu itu.


Pulang dari temuduga tersebut saya ceritakan kepada suami program hafalan yang akan dilaksanakan. Suami saya gembira dan mula berkenan dengan Sekolah Menengah Intergrasi. Suami pula bertanya apa akan jadi selepas itu (tamat Tingkatan Lima) . Bimbang pula anak akan berubah fikiran , leka dengan akedemik semata dan meninggalkan hafalan setelah itu. Sistem di MRSM Ulul Albab lebih baik katanya. Lebih mudah menghafal di usia muda tanpa banyak gangguan sosial . Benar juga fikir saya.  Sistem pendidikan Maktab Mahmud pun tenyata baik .


Apapun kita jangan lupa kita hanya merancang dan berusaha. Allah yang akan tentukan di mana tempat Ahmad Iqbal. Allah akan pilih siapa yang hendak dipilih menjadi al hafiz, bila dan bagaimana.


Ya Allah , Engkau Penentu segalanya. Permudahkan bagiku, tempatkan anakku sebagai seorang tahfiz.