Monday, May 30, 2011

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Hari ini saya menemankan suami ke hospital Sultanah Bahiyah. Seawal 7.40 pagi kami telah sampai ke klinik Pakar. Tiket nombor telah dikeluarkan dan telah ramai yang mendahului kami . Jam 8.00 pagi nombor mula dipanggil untuk berjumpa doktor. Nasib doktor di hospital kerajaan walaupun seorang pakar tetap berkongsi bilik dengan seorang doktor lagi.

Apa yang nak dikongsikan adalah sifat ehsan yang ditunjukkan doktor (Dr Leong) yang walaupun sibuk tetap bersedia medengar aduan pesakit yang dilihat dari penampilan adalah miskin dan mungkin juga tidak boleh membaca. 
Pesakit ini datang tanpa temujanji dan tanpa buku temujanji.Asalkan ikhlas dan ada sedikit sifat ehsan sesama insan tanpa mengira apa bangsa dan agama pasti akan dapat membantu dan menyelesaikan masalah ramai orang. Pesakit tadi misalnya tidak perlu balik ke rumahnya di Pendang untuk mendapatkan buku temujanji dan datang semula. Pastinya memberi kesulitan baginya yang miskin dan dalam kepayahan. Doktor Leong tajam penglihatan dan sensitif akan keadaan pesakitnya. Itulah doktor sejati. Tahniah Dr Leong iaitu pakar sakit buah pinggang di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Anda doktor yang memahami, adalah juga penawar kepada pesakit dan keluarga mereka.
Terima kasih dari kami (Rohaizan sekeluarga).