Tuesday, October 16, 2012

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan . Perjalanan menuju kehidupan abadi. Ketahuilah hai anak Adam  bahawa kehidupan abadi adalah di akhirat nanti. Bagaimanakah kehidupan kita pada harini. Apa bekalan yang telah kita siapkan untuk kehidupan abadi..Bagaimanakah sekiranya esok atau lusa kita dijemput pulang menemui Ilahi!

Ya Allah , takutnya saya. Masa pula berjalan begitu pantas sekali. Setiap hari jika diikutkan sibuk dengan urusan dunia-anak anak dan kerja..Allah . Sesungguhnya kesibukan kita diketahui oleh Allah. Allah tahu dan mengambilkira (bagi muka) pada hambaNya hingga naik lemak pula.

Surah Al Muzammil Allah sebut manusia sibuk dengan urusan disiang hari maka bangunlah bersolat diwaktu malam . Bacalah mana mana ayat al Quran yang hambanya mampu membaca.. mudahnya ikut fahaman saya bacalah , jangan bagi alasan sibuk bagaimanapun , tak mampu banyak bacalah yang pendek. Solatlah walau 2 rakaat tahajud atau 1 rakaat witir. Jangan tidak tidak.
Kutiplah bekalan kita untuk perjalanan yang jauh ..Mari anak anak ku Permata hati ..kita kumpulkan bersama bekalan kita.. Mari...
bukan bekal berkelah ya..ngap habis !

Gambar dari  google

Monday, October 15, 2012

REZEKI DARI ILAHI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Ketika memandu kereta comel hijau pucuk pisang saya yang saya panggil 'bibah' pulang dari kerja saya mendengar radio IKIM . Ustaz Pahrol Mohd Joei sedang keudara  . Antara yang dibicarakan adalah berkenaan rezeki.

Rezeki kata ustaz Pahrol yang menegaskan beliau bukan ustaz tetapi lebih senang dikenali sebagai daei menasihatkan bahawa 'rezeki'  seharusnya dilihat dari sudut yang luas. Ia tidak terhad kepada kemewahan dan kewangan sahaja.  Hatta berzikir kepada Allah dengan menyebut Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilahaillallah juga  adalah rezeki yang diberikan Allah. Kita dipilih untuk mengingati Allah.. Subhanallah! AllahuAkbar.

Saya terkesan apabila ustaz Pahrol mengibaratkan  manusia  ini seperti kelawar yang silau pandangannya disiang hari dan gagal melihat benda benda sekeliling. Saya bertenet malamnya menemui blog beliau - Genta Rasa. Masyaallah lulusan sains pemakanan asalnya. Rezeki beliau Allah angkat menjadi Daei.   

Manusia insan ini pula seperti gagal  menilai rezeki dan nikmat yang Allah berikan. Kesihatan pancaindera ie mata yang mampu melihat, telinga yang mendengar, kaki tangan yang mampu bergerak dan fikiran yang sihat dan anak anak. Kita akan hanya menyedari nikmat rezeki yang Allah bagi setelah kehilangannya. Apabila ditimpa sakit contohnya bila mata menjadi rabun (pengalaman  orang terdekat saya).  Seperkara yang saya ingat selanjutnya Allah mencabar hambanya dengan surah Ar Rahman. "Nikmat siapakah yang engkau dustakan" soalan yang dikemukakan kepada semua manusia.. Ya Allah kerdilnya hambaMu..mengalir air mata saya.

Subhanallah , saya amat mengkagumi daei ini yang bijak memberikan motivasi, mampu melahirkan ucapan membina . 

Kadang kadang saya juga terleka, perlu diingatkan oleh orang lain walaupun perkara yang dibincangkan adalah perkara biasa biasa yang berlaku sekeliling kita.

Pengajarannya jangan abaikan majlis ilmu. Rezeki Allah akan bertambah bagi orang yang bertaqwa dan beribadat kerana Allah.
Subhanallah.

Monday, October 8, 2012

BATUK SELSEMA LAGI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Alhamdulillah kesihatan saya baik dalam peliharaanNya. Memang kalut sikit asyik berulang ke hospital ie. klinik pakar mata untuk susulan rawatan abah, ke farmasi untuk bekalan ubat yang kehabisan ( saya lupa tarikh temujanji dengan doktor) . Sudahnya terpaksa bawa abah anak anak aka suami saya untuk jumpa doktor khusus untuk mendapatkan bekalan ubat.

Oooh! banyaklah belanjayang dikeluarkan gomen untuk pastikan rakyatnya mendapat rawatan perubatan terbaik. Alhamdulillah ! negara kita masih mampu memperuntukkan rawatan percuma..gratis. Saya difahamkan ubat insulin yang biasa dibekalkan telah tamat tendernya. Sudahnya pen insulin nama Lily juga turut digantikan dengan set baru..namanya loh sudah lupa pula. Yang pasti insulin brand baru dengan set pennya yang baru juga. Bayangkan berapa orang pesakit kencing manis yang memerlukan insulin....banyaknya belanja yang perlu dikeluarkan kerajaan.
Pengajarannya jaga kesihatan..

                       Foto Ahmad Aidil Ashraf dan Ahmad Naufal  
    
Belum selesai dengan abah , abang ke tiga pula demam , batuk. Berulang lagi ke KMC ntuk rawatan neubolizer..lapang sikit  adiknya pula si Naufal Arief..batuk sampai hilang suara.. kekadang sampai merah matanya. Sakit dada Naufal katanya..Alhamdulillah mama masih sihat. Alhamdulillah suami dan anak anak mama masih mampu dirawat..Syukur, sabar dan solat Insyaallah semuanya akan selamat. Yakin pada Yang Satu -Allah