Thursday, December 20, 2012

BAGAIMANA KALAU...




Berita  mengatakan keputusan PMR tahun 2012 akan dikeluarkan pada 20hb Disember.  Tidak sabar rasanya mama Ahmad Naim menunggu tarikh tersebut. Menurut  'my partner in office'  keputusan boleh disemak online dengan hanya memasukkan nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran. Bagaimanapun Ahmad Naim enggan  menyemak online. Biar kita tengok di sekolah sahaja Maktab  Mahmud Jalan Pegawai.  Ditangguhkanlah  debaran dan keterujaan sehingga keesokan paginya .

'Twot twot' bunyi mesej masuk ke Samsung Galaxy Beam saya. Alahai saya baru menuruni tangga pejabat, berkejar ke Dewan Maktab Mahmud. Anati dan Amy dapat 9A, Ahmad Naim macamamana?. Anati   adalah anak Herlina. Tahun lepas kami berkongsi debaran menunggu keputusan UPSR dan juga panggilan MRSM Ulul Albab Kepala Batas. Kami mengandung dan melahirkan dua orang anak di tahun yang sama. Pegi ke kelinik untuk pemeriksaan juga bersama ..he he he . Cepatnya masa berlalu..Amy (Ilhami) ak adalah anak Omayah teman baik saya. Kedua dua mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Mergong, Kedah. Herlina   memaklumkan ...Ha ha ha , bagaimana saya nak jawab . Depa dah tahu result , saya belum sampai , macammana Ahmad Naim. 

Kesal rasa dihati saya sepatutunya terus tunggu  di sekolah sahaja tadi. bila masuk pejabat beginilah jadinya..banyak yang nak dibuat. Sebabnya 2 hari saya berada di Mahkamah Sesyen Sungai Petani kerana perbicaraan.  Saya tidak menjawab terus, macammana nak jawab. bagaimana Ahmad Naim..saya berkira kira bagaimana kalau dia..ooh tidak. Ya Allah , berilah kejayaan kepada anakku juga ../.

Bunyi muzik Kitaro mendayu dayu, hah panggilan pula dari Pak Ngah Joe, saya cuma mengerling. Pastinya Umi Atikah Mansur juga mendapat 8A. Alhamdulillah! tahniah Umi , Pak Ngah dan Mak Ngah. Saya hanya berkata di dalam hati. Pasti soalan yang sama akan didengar kalau telefon dijawab dan ditekapkan di telinga.
"Ahmad Naim macamaman". Saya juga bertanya " Ahmad Naim macammana?

Bagaimana Ahmad Naim kalau.. dan bagaimana saya kalau... bagaimana abahnya kalau...oooh tidak , tak berani saya memikirkan..panik juga...mama yang cool ini.

Sampai sekolah kereta sudah bersusun, saya mencelah juga , viva comel saya parkirkan dekat dengan dewan. Ibu bapa keliatan ada yang ramai sudah di luar dewan. Atas stage tidak ada sesiapa  pelajar dan waris ada duduk dikerusi ada yang beratur..ohh line up di depan meja guru. Mana Ahmad Naim mana ahmad Naim...mana... Sofiah! Saya ditegur ohh kak Rusni . Puterinya juga cemerlang 9A. 

Saya telefon ahmad Naim tak berjawab ..di mana dia  , Bagaimana kalau.....
Mata saya melorot ke hujung dewan ...dan akhirnya nampak anak lelaki saya Ahmad Naim, sihitam manis beruniform Maktab Mahmud  berkopiah putih sedang memasukkan sekeping kertas ke dalam faill kertas manila hijau.. dia menunduk , wajahnya macam sedih..Saya cepatkan langkah dan Ahmad Naim ! Saya panggil , dia menoleh dan senyum biasa bersalam dan mencium tangan saya..
Macammana?  saya tak sabar. Dia senyum sikit dan mengangguk "boleh aa.." macammana? Boleh apa ? 
"Emmm 9A". Allah Allah allah anakku.  Saya peluk Ahmad Naim Ya Allah syukur..Anakku ini...
 Bagaimanlah kalau...tidak berani saya .Pesanan jangan berkalau kalau..tidak baik .
Akhir sekali , tahniah kepada 85 orang pelajar Maktab Mahmud Jalan Pegawai yang mendapat 9A. Saya dimaklumkan kelulusan adalah 100%. 
Tahniah juga untuk pelajar pelajar Sekolah Agama Mergong yang mendapat tempat ketiga  di Daerah Kota Setar. Tempat pertama sekali lagi Sekolah Menengah Asma (perempuan).
Bagi Maktab Mahmud pula adalah sekolah negeri ..pencapaian tidak diambilkra oleh jabatan pendidikan Negeri.

Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa semua saudara , sahabat dan kenalan . Syukur Ya Allah. Segerakan sujud syukur selepas itu. Alhamdulillah..



Friday, December 7, 2012

AKTIVITI JUMAAT

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Pejam celik pejam celik sudah masuk 7 hb. Disember 2012. Semakin hampir tahun baru menjelang. Semakin dekat kita menuju penghujung jalan ..di dunia nyata. Hari  ini Jumaat kami mendapat dua undangan. Kenduri  pada hari Jumaatni biasanya kenduri tahlil. ya, pada tengahhari sebelum solat Jumaat di Taman Mewah kenduri aqiqah manakala  kenduri solat Jumaat pula kenduri  tahlil berkhatan. Semoga majlis kenduri dipenuhi keberkatan dan dapat merapatkan ukhwah di antara jemaah.  Rezeki yang Allah berikan dikongsikan dengan menganjurkan kenduri. Alhamdulillah..

Pagi Jumaat pagi ini rumah saya meriah  sewal jam 5-00 pagi. Anak anak saya kecuali Naufal Arief bangun tanpa dikejutkan , terus pergi mandi, solat sunat dan bersiap untuk ke masjid. Alhamdulillah, buat kali pertama seisi rumah termasuk Bik Sabariah bersiap untuk solat Subuh berjemaah di masjid Aman.  Kami berjalan kaki sahaja, dekat pun. Naufal Arief memakai jubah putih  yang saya belikan untuk abangnya  Aidil Ashraf. Anak anak makin membesar. Saya semakin tua. Teringat saya kenangan  pada Disember, 2008 saya bersama suami dan jemaah lain di Maktab 83 berjalan seawal 2.00 pagi menuju ke masjidil Haram..Sehingga tarikh itu tiba aku mohon kesihatan dari Mu . Ya Allah , berkati kami , ampuni kami dan berikan kami keredhaanMu. Ya Allah , aku mohon kepadaMu kami dapat  bersama mengunjungi rumahMu di Mekah. 

Sementara saat itu Ya Allah kami bersyukur dapat berjemaah di rumahMu di Mesjid Aman. Latihan amali untuk kami menjadi tetamuMu.  Aku percaya di mana juga Allah adalah satu . Berkati kami ya Allah, rahmati kami ya Allah. Subhanallah , Subhanallah, Subhanallah.

Tuesday, December 4, 2012

SUDAH TIBA HARINYA


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Sampai saja di rumah, saya disambut mesra oleh sikecil Naufal Arief. Dia berlari membuka pagar dan membuka pintu penumpang hadapan. "Mama, hari ni Naufal ikut abah sembahyang di masjid, katanya dengan ketawa Naufal pakai baju rayaa." sambungnya lagi. Wahh , anak mama dah sihat, pandai Alhamdulillah! balas saya. Magrib nanti nak ikut ke masjid juga katanya lagi.

Allah, Allah , sudah tiba harinya yang saya tunggu. Semua anak anak permata hatiku berjemaah di masjid. Ya Allah! permudahkan kami mendidik anak anak ini.  Tambahkan iman dan takwa kami. Berikanlah kami hidayahMu Ya Allah.  Semoga ketaatan anak anak kami berterusan sehingga mereka dewasa Ya Allah. Sungguh saya sangat bimbang dengan perkembangan semasa masalah sosial masyarakat sekeliling.

                                                     
                                              wajah Naufal semasa usia 3 tahun




                            Naufal foto raya 2012 Merdeka Raya

Dugaan hidup remaja zaman ini amat tinggi. Dengan pelbagai maklumat entah apa apa didatangkan terus ke rumah. Alhamdulillah sehingga sekarang anak anak saya selesa bergaul dengan kami orang tua mereka.  


Monday, December 3, 2012

SABAR ANAKKU

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Sepanjang tempoh berpantang setelah dikhatankan, saya agak sibuk di awal pagi. Memandikan dan membersihkan luka sikecil Naufal. Alhamdulillah , syukur kepadaNya abang abang Naufal banyak membantu. Abang Naim membelikan sarapan kegemaran sikecil iaitu roti canai Nasir. Cuma ada dijual di gerai berhampiran restoran roti bakar di barisan kedai di laluan ke pasar besar Alor Setar.. sedap. Nak tau kena mai cuba sendiri. 
Ketika saya di tempat kerja pula , abang Iqbal mengambil alih jika adik Naufalnya ke tandas. 

Sabar anakku, Naufal saya lihat amat sabar dengan kesakitan dan kelemahan dirinya di sepanjang tempoh berpantang yang bermula pada 24 hb. November, 2012. Semasa dalam perjalanan pulang dari Kampung Kuala Yan Kechil , Yan Kedah (rumah mudim) Naufal mula mengerang dan menangis kesakitan. Saya yang memandu tidak  dapat membantunya yang baring di tempat duduk belakang di pangku abahnya. Ahmad Aidil Asyraf abang yang turut mengiringi atas permintaan si kecil berusaha menenangkan sikecil Naufal dengan berkongsi pengalaman peribadinya.. pandai abang Aidil, sungguh prihatin.

Abah pula memujuk sikecil bersabar dengan mengajak beratib La Ila Ha Illallah , Naufal sabar beratib dengan abah. Saya tidak putus berdoa, Rabbi Yasir Wala Tu Assir, Ya Allah permudahkan urusan ku. Dan sebentar kemudian si kecil lena dalam pangkuan abah sehingga kami sampai ke rumah. Alhamdulillah , saya kagum dengan suami yang sabar melayan si kecil. Syukur ya Allah. 


Ahmad Naufal Arief menjadi agak manja dan merab. Naufal jadi putera raja katanya dengan gembira. Semua abang , mama dengan abah dan Bibik mesti layan Naufal dengan baik . Gembiranya dia mengucapkan kata..

Abang abang pula dengan gembira juga mengatakan , Naufal jangan risau , abang akan layan permintaan Naufal.Dan apa yang dimintanya.. tak banyak cuma nak main game PS2 dan menonton siri kartun yang diminatinya saja. Kalau kebetulan berlaga dengan siaran lain kegemaran abang abang laluan diberikan kepada si kecil.

Apa yang penting, saya dapati anak anak menghargai hubungan persaudaraan mereka dan membantu satu sama lain. Sudah tentu mereka juga bergaduh ( bertengkar ) sekali sekala tetapi cepat berbaik semula. Paling menggembirakan saya setiap lima waktu solat  ketiga tiga abang akan bersama abah bersolat jemaah di masjid. tidak lama lagi ke empat empat permata hati saya dan abahnya kan berjemaah di masjid. Bersabar dan solatlah anakku. Ya Allah ampuni kami dan aku mohon keredhaanMu ..



TRADISIONAL ATAU MODEN ( MUDIM VS. DOKTOR)


Tajuk di atas adalah merujuk kepada kepada kaedah yang digunakan di dalam  melaksanakan ibadat sunat aka berkhatan.


Setelah berbincang dengan suami dan anak yang terlibat tuanpunya badan sikecil naufal Arief, kami mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah tradisioanal . Kaedah ini adalah sepertimana pengalaman yang dilalui oleh abang abangnya yang juga menggunakan khidmat mudim yang sama. Mudim adalah merujuk kepada orang yang melakukan operasi mengkhatankan kanak kanak. Mudim yang saya maksudkan adalah Mudim Haji Othman Bin Mohd Amin yang memang memang terkenal di Daerah Yan.



Alasan mengapa kaedah tradisional yang dipilih adalah kerana mudah. Tidak perlu pendaftaran dan berbagai. Risiko yang minimum berdasarkan pengalaman keluarga dan penduduk setempat. Proses yang dilakukan cepat dan pantas tanpa jahitan dan tidak juga suntikan. Bius atau tahan sakit ?. Ada dilakukan secara spray . kemudian dibalut dengan kapas dan kain yang disambungkan dengan tali yang diikat di pinggang anak.

Pesan Mudim yang membahasakan dirinya Pakndak Man,
" Balik umah malam ni, jangan buat apa apa lagi. Malam kedua siramkan bahagian yang dibalut dengan minyak ini (minyak burung merpati) sehingga lencun balutan. Pagi esoknya siramkan dengan air suam yang dimasukkan ubat warna biru sehingga lencun juga. Kemudian buka tali dan balutan kemudian basuhkan dengan ubat biru lagi dan sapukan serbuk ubat bewarna putih. Ni ubatnya , ada 4 botol berasingan".

Saya melarang sebarang rakaman foto untuk sesi berkhatan ini . Nauuzubillah bimbang diuploadkan ke facebook ke apa..

Satu proses yang simple yang saya memang rekomenkan, tapi tidak berani menyatakan secara verbal.Ia pengalaman beharga melatih anak lelaki menjadi berani, cekal, sabar dan tabah. Tak lupa juga taat kepada emak dan ayah.

Hari ini setelah 11 hari Ahmad Naufal suda sihat, dah boleh berseluar. Haa..lepas ini bolah ikut abah ke masjid dengan abang abangnya. Boleh la saya ikut sekali berjemaah solat subuh di pagi Jumaat . Alhamdulillah! senang hati saya semua selamat , anak anak makin membesar. Walaupun baru 7 tahun usia dan anak bongsu manja, Naufal berani dan tahan sakit.

Naufal sedikitpn tidak menangis dan tenang saja bila didudukkan di atas batang pisang untuk dikhatankan. Di Kedah kami sebut masuk jawi. Mungkin Jawi merujuk kepada Melayu Islam. Betullah kata orang, luka kanak kanak kecil cepat sembuh.