Tuesday, June 23, 2015

SELERA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum, 

Ramadhan Kareem  dan jawablah Allahu Akram  apabila ada orang mengucapkan kannya kepada kita .  Pada hari ini sudah  seminggu kita umat Islam berpuasa.  Dalam bulan inilah kita boleh lihat bermacam macam juadah dan menu. kalu kami di Kedahni masa Ramadahan lah boleh dapatkan gulai daging dengan  batang pisang. Batang pisang yang dimaksudkan adalah bahagian dalam batang yang lembut. Sedaap sangat bagi selera saya kalau kena asam garamnya. Dah pernah beli rasa tawar hebeaq  , ya lah puasakan tukang masaknya. Hehe.. tengok ni




Harganya RM 5.00.00 sahaja satu bekas taufu fah tu. Boleh lah tapi kena yang dia tak buang getahnya dulu tu ouchh bertali, potong selera. Nasib lah 

Selera Ramadhan pula kan mengada ngada tekak ni. Sebenarnya nafsu kita la bukan salah tekak ya!
Sebab tu lah di bulan ini ada jual pelbagai hidangan, sayur keladi , pucuk geti masak lemak, gulai nangka, martabak daging,  ayam, maggi dan itu ini , wantan balut macam macam inti. Puding pelbagai warna dan rasa, cendol buahan, buih ,kaca ya Allah cantiknya.. kadang tu seronok pula menjamu mata. Sudahnya beli tanpa berkira balik rumah makan sedikit cuma lebihnya membazir sahaja.

Ingatnya bila berbelanja jangan sampai membazir. Cukup sekadar yang habis dimakan, elakkan menjadi sahabat syaitan. Penat letih berpuasa tidak mendapat imbuhan pahala.
Saya ni tak terror sangat memasak, asal boleh jamu suami dan anak anak sahaja. Tapi saya nak kongsikan resepi dari blogger handal Azie. Saya belum cuba tapi yakin keenakannya. Kiranya dalam shortlist resepi yang akan saya  cuba nanti. Bila anak anak semua berkumpul.. In sya Allah.


Resepinya boleh buka di atas . Saya tampalkan gambarnya sebagai pembuka selera. Saya dapat rasakan kesedapannya kawan dengan ketupat palas.

Saya tampalkan sekali di sini mudahkan rujukan . Minta halal ya Azie Kitchen.

Rendang Daging Sedap Giler
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.