Sunday, May 13, 2012

KEJUTAN HARI IBU



Minggu kedua di bulan Mei insan bergelar ibu, emak , umi, bonda dan mama mendapat pengiktirafan dan penghargaan. Saya memang  terkadan merasa penat melayan kerenah dan melayani keperluan anak anak fizikal dan rohani. Bagaimanapun saya bersyukur dikurniakan Empat orang anak lelaki yang sihat, cerdik , baik dan taat kepada Allah dan Raul dan juga kepada kami kedua ibubapa mereka.



Pagi tadi hujan agak lebat. Jadi saya mengambil keputusan menghantar abang Naim dengan kereta ke sekolahnya. Jadi  perjalanan kami bermula awal dari  biasa iaitu sebelum 7.00 pagi telah keluar dari rumah. Sementelah Bibi Sabariah ada di rumah , kami  dapat memulakan pagi dengan teratur tanpa kekangan masa. Sungguh Allah mendengar rintihan saya dan memberikan bantuan yang diperlukan. 

Namun kadang kadang manusia ini terlalai seketika. Tidakkah manusia ini adalah lemah dan pelupa.
Saya bersyukur Allah permudahkan urusan dengan  memberi rezeki saya bertemu dengan Cikgu Norzila yang sudi menumpangkan Ahmad Naufal pulang dari Sekolah. Saya sendiri sering  berkata "mujur ada Cikgu Norzila, boleh la saya bekerja tanpa rasa bimbang.  Saya juga sering mengingatkan diri bahawa hanya Allah sebaik baik Penjaga tidak kira  bagaimanapun usaha kita menjaga keselamatan diri anak anak.

Saya agaknya terlupa pada pagi ini memanjatkan doa kepada Allah menjaga keselamatan anak anak di pagi ini. Saya terlalai!. Baru dua hari lepas saya  mendengar di radio IKIM  topik perbualan berkenaan  apakah telefon bimbit itu satu perkara yang penting dan mustahak sehingga kita terpaksa bergantung kepadanya.
Seorang pemanggil wanita menyatakan pendapatnya.  Beliau tidak menafikan pentingnya telefon bagaimanapun beliau mengingatkan jangan mengatasi kepada kebergantungan kepada Allah.
Apabila perkara ini terjadi kepada saya  dan keluarga , saya teringat semula pendapat dan pesanan yang diutarakan wanita tersebut. Hari ini Ahmad Naufal Arief tidak sampai ke rumah walau jam sudah melewati 5-50 petang. Suami saya telah  empat kali  menelefon tetapi tidak saya jawab. Untuk maklumat telefon bimbit saya telah mengalami kerosakan speakernya.  Suami  dan rakan kongsi saya  menyarankan saya menggantikan telefon baru. Namun saya enggan malah mendapatkan 'bluetooth' yang perlu diletakkan di telinga sentiasa. Sehinggakan apabila ditanggalkan pun saya terasa telinga saya masih tersumbat .





Di petang yang  penuh trajis ini bluetooth pula tidak berfungsi. Dipendekkan kata , telinga saya tidak dapat mengesan sebarang bunyi, telefon Samsung Galaxy Ace saya yang nipis diletakkan di dalam beg tangan gagal memberikan kesan vibratenya kepada saya.
Saya pula bersenang hati dan yakin   permata hati kecil saya akan pulang dengan Cikgu singgah di kedai Istafa mendapatkan bekalan kurma, kerepek , roti dan koko minda khusus untuk Ahmad Aidil Ashraf yang telah habis. Sampai di rumah saya disambut oleh Ahmad Naufal Arief yang membuka pagar  dengan senyum manisnya dan menahan kereta yang saya faham dia akan masuk ke kereta untuk diparkir di anjung rumah.   
 " Assalamualaikum Mama! Mama, mama nak tau dak Naufal balik jalan kaki" . Suami saya pula keluar dan mengangkat dan mendokong Ahmad Naufal keluar dari kereta. "Laa Abah jangan dukung, jaga tangan tu" kata saya tapi tak dipedulikan.
Mari duduk sini panggil suami saya menepuk  sofa. "Anak kita selepas Ahmad Iqbal , ni Naufal Arief pula balik berjalan kaki. Cikgunya tukar kereta lain, dia tak cam ingat Cikgu tak mai Sekolah jadi bila dah tunggu lama langsung balik sendiri ikut Jalan Taman Desa Barat  dan Taman Gunung Bayu."
Allah, jantung saya berdegup kencang , airmata mula  mengalir laju.. "Abang dah sujud syukur?" tanya saya.

Saya terus berwuduk , solat asar dan sujud bersyukur dan berdoa.
Ya Allah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan kepadaku , setiap detik nafasku, jantungku berdenyut, 
Engkau selamatkan anakku Ahmad Naufal dikala dia sendirian mengharungi jalan. Sikecilku  beusia 7 tahun tidak pernah sendirian apa lagi melintas jalan tanpa pengawasan .  Simpang Empat lampu trafik  Lencong Barat dan Jalan Kuala Kedah, terkenal dengan kemalangan maut. 

Ahmad Naufal ku selamat. Engkau kirimkan dengan selamat ke rumah. Bukan asing lagi cerita anak hilang diculik. Anakku pulang dengan selamat. Ya Allah! Alhamdulillah, Tabarakallah.
Cikgu Norzila juga tadi datang ke rumah bertanyakan Naufal , dia menangis bimbang  keselamatan Naufal Arief. Alhamdulillah dia selamat Cikgu.

                                wajah ceria Ahmad Naufal Arief

Allah Maha Besar, Penuh Kasih Sayang                                

Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Penjaga. Kasihan anakku.



Friday, May 11, 2012

DI PASAR

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum! , Emm suadah lama tak update blog ni . Sibuk lah sangat . Bulan April jadual  kerja  saya  agak padat.  Tiga hari berturut turut saya berada di Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh. Letiiihnya ..hai!
Eh, eh merungut ka? Hai jangannn itu kan tugas dan sebahagian ibadat umum .. pujuk hati sendiri.

Okey pasai kerja cukup. noktah.

Hari ini, Jumaat saya nak bercerita la sikit ..pasal apa no..Haa..Bersih 3.0. Oh iya? Maaf ! baik jangan . Saya agak keliru ..Baik jangan libatkan diri .

Jumaat pagi pergi ke pasar dengan ditemani anak kedua. Siapa ? Ah,mad Iqbal lah, Belanja untuk bekalan seminggu atau ungkin kurang. Pagi Jumaat parkir agak penuh. Rezeki saya dengan  doa yang menjadi amalan  " Rabbi Yassir Waala Tu Assir.. sebuah kereta keluar dari ruang parkirnya memberi ruang buat saya.. Alhamdulillah .  Kami bersarapan di rumah tadi. Di medan selera pasar hampir semua meja penuh. Sayang saya tidak pernah merakam gambar. Tidak pernah mencubapun. Segan sebab tidak biasa, perlu diubah sikap ini . Bila lagi nak melaram dengan kamera baru. Saya singgah sekejap untuk membeli  sedikit kueh. Pilihan saya ikut selera : karipap , apam ayu dan ketayap. Empat bungkus nasi lemak dibalut daun pisang pilihan Ahmad Iqbal tapi bukan untuk dia seorang. Ada dua orang lagi saudaranya di rumah.