Wednesday, September 12, 2012

SAMSUNG GALAXY ACE V SAMSUNG BEAM



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Hari ini mama si Naufal nak berkisah fasal telefon bimbit la pulak. Rasanya telefon Samsung Galacy Ace ni adalah telefon bimbit yang ke lima atau enam. Yang pasti adalah model  Samsung yang kedua saya pakai atau guna. Warantinya setahun, tetapi entah dimana silapnya ia cacat sedikit. (hilang suara bunyi cal masuk) . Bagaimanapun masih boleh digunakan dengan earphone atau bluetooth. Fungsi lain okey ja.. masih mantap.
Tapi leceh la pulak nak gantung sentiasa di telinga. Tak praktikal la pulak. Bagamanapun saya bertahan juga hampir 4 bulan sejak itu. Beginilah rupa telefon saya itu. Saya sayang sangat nak berpisah dengan telefon ni. Sebabnya.. hmm ada gambar gambar keluarga, anak anak, sahabat dan tempat yang saya kunjungi. Saya suka dan selesa dengan Galaxy Ace yang saya beli dengan harga RM 999-00 . Sekarang model ni sudah tidak dijual lagi keh keh.
 Skrinnya agak besar juga. senang bagi mata 40an ini.
Setelah beberapa kesulitan dan miss cal yang keterlaluan, akhirnya inilah pula Samsung Beam. Ada projector u. Mesti anak anak saya cemburu. Kena explore macam mana nak guna cara yang berkesan. Gunakan sepenuhnya, menafaatkan setiap sen yang dilaburkan ke atasnya. 

Saya doakan telefon baru ini dapat bertahan dan bermenafaat kepada saya. berbaloi baloi hendaknya. Sementara itu bolehlah saya hantarkan Galaxy Ace ke hospital untuk dirawat.

Renung balik eh , dah terpengaruh dengan Korea la pulak. Telefon Samsung, kereta Hyundae dan mesin basuh pun Samsung gak..cukup setakat tu . Jangan gila K pop lak . Astagfirlahalazim!

Wednesday, September 5, 2012

JAMUAN AIDIL FITRI 1433 H

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Jamuan terbuka Hari Raya Aidil Fitri 1433 H.

Syawal sudah menjangkau minggu ke tiga. Jamuan terbuka sama ada di rumah dan di pejabat rancak berjalan. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman menyediakan juadah untuk rumah terbuka yang dimasak sendiri. Jamuan diadakan pada 1hb September 2012 terlanjur cuti tiga hari sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada hari Jumaat (cuti di Kedah). Jamuan bermula jam 12-00 tengahhari sehingga 4-00 petang.

MENU:
Nasi mandhi ;
Ayam mandhi dan shalatah;
Kari daging;
ulam/ salad;
ketupat palas dan rendang daging;
nasi himpit dan kuah kacang;
Kek coklat dan kek buah ;
Puding marble;
Tembikai;
Minuman sejuk oren sunquick

Jemputan dalam sekitar 50 orang terdiri dari rakan rakan , saudara dan jiran.
Untuk memudahkan urusan dan meringankan kerja saya menggunakan pinggan dan gelas pakai buang.
Ketupat palas , rendang di sediakan sehari sebelum jamuan.
Nasi himpit dan kuah kacang, kek dan puding saya sediakan di sebelah malam sebelum jamuan.
Ayam saya perapkan di sebelah malam dan saya masak dalam kuali sehingga lembut terlebih dahulu sebelum dibakar pada pagi hari jamuan.
Nasi saya masak pada pagi bermula jam 9-00 pagi .
Kari daging saya masak di pagi hari jamuan tetapi dagingnya saya rebus terlebih dahulu semalamnya sehingga lembut. Stok daging saya masukkan bersama daging untuk kuah yang ditumis pada pagi jamuan. 
Bahan hirisan dan tumisan untuk nasi  dan kari disediakan pada waktu malam sebelum jamuan juga.

Kuantiti bahan:

Beras basmathi 5 kg;
1/2 tin minyak sapi untuk tumisan nasi;
6 ekor ayam;
2 labu bawang besar , 5 bawang merah , 2 inci halia dan buah  dimayang;
pelaga, bunga cengkih, bunga lawang .

Untuk panduan memasak nasi mandhi  saya merujuk kepada resepi nasi mandhi mamasya dan resepi raidah.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk kedua dua Mamasya dan Raidah. Saya doakan mereka mendapat keberkatan dari ilmu yang dikongsikan .

Untuk puding marble yang mendapat sambutan hangat dari jemputan saya ambil dari blog Hana . Terima kasih juga untuk Hana. 
Resepi kuah kacang saya ambil dari blog Zack zachoes manakala ketupat palas dan rendang saya masak resepi sendiri .
Sayang sekali saya terlalu sibuk memasak dan menyediakan hidangan, tidak ingat untuk mengambil gambar.
Apapun Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan makanan mencukupi.
Pengalaman yang berharga sekali-Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya menyediakan menu seperti di atas dan mendapat pujian-sedaap!
Semoga ukhwah di antara jiran dan rakan dapat dikukuhkan . Amin..mamasya