Thursday, January 20, 2011

CUTI SEKOLAH


                                                               
 

Bos! Ini  surat cuti saya. Saya minta dua hari saja hari  Ahad dan Isnin sebab ada kenduri kahwin sepupu saya. Hari Khamis saya nak ambik sekerat hari kenduri juga.  Cuti sekolah memang musim kenduri kahwin. Sabtu depan saya ada tiga undangan untuk dipenuhi..Hmm kenduri…

Saya ambil surat tersebut dari kerani saya . Jumaat dan Sabtu memang sudah cuti. Campur semua jadi  empat hari setengah. Sekarang ni dah hujung tahun , semua orang sibuk menghabiskan cuti . Kalau tak kemana mana makan angin pun lebih suka duduk  dari datang bekerja di pejabat atau di mana juga. Sekolah pun dah dekat sebulan  bercuti.  

“ Mama kenapa tak jadi cik gu? Kan best boleh cuti dok di rumah dengan kami . Boringlah mama takdak petang baru balik. Mama dah letih nak ajak pi jalan jalan , ke kedai ka, taman mainan ka…”  . Permata hatiku yang kedua mengomel  sambil mengenyit ngenyitkan mata mengusikku dengan gaya manja. Badannya yang agak montel ikut melintuk sama.

“Kan kita baru balik dari bercuti hari Khamis lepas . Dekat 10 hari mama cuti   dok melayan anak anak mama . Tak puas lagi ka? “     “Dak “.
Ni mama nak bagitau ramai lagi anak anak yang senasib macam kamu.  Mak cik Khadijah staf mama tu , anak dia pun cuti sekolah juga tau, Cik Nab pun. Kalau semua nak bercuti teman anak anak , sapa yang nak buat kerja semua. Bila kerja nak siap. Mama dulu cuti sekolah manapun tak pi.  Tok Wan tak dak kereta, kalau cuti sebulan sebulan la dok umah, main aci ( kejar kejar)  dengan kawan, tangkap pepatung saja….bla bla..

Macammanapun mama janji hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) mama akan layan kamu semua . Kita masak masak dan pi picnic  kat taman, pi mancing kat sungai, naik menara dan beli buku kat pustaka salam. Kita pi dekat dekat  saja , kalau bosan atau penat boleh balik ke rumah . Abah pun boleh boleh ikut sebab tak  banyak berjalan nanti abah letih.  Hoorey ! mama nak bawa kita pi picnic..

Mama! Mama! Kita buat barbeku boleh ? Barbeku! Permata hati ketiga tiba tiba mencelah. Boleh! Kita bakar sotong, ikan , nugget dengan udang jawab saya. Kambing boleh dak mama?.
Kambing tak boleh sebab tinggi budget, tunggu mak su ka mak ndak ka balik baru boleh buat.
Malam itu kami barbeku , kami jemput jiran di sebelah rumah makan ikan, sotong dan ikan bakar . Auntie sebelah dating dengan anak terunanya bawa dua dozen minuman kotak. En Ramli dating sekeluarga bersama isteri dan lima anak anaknya. Meriah juga walau sederhana . Kami menuikmati hidangan dengan santai . Peluang untuk beramah mesra dengan jiran jiran dan mengenali mereka.  Kesibukan urusan harian menghadkan waktu untuk beramah mesra. Anak anak gembira  hajat mereka ditunaikan . Mama dan Abah gembira bila anak anak gembira. Permata Hatiku… sedang bersinar…berkilau..

Sebenarnya anak anak hanya mengharapkan ruan waktu khusus untuk mereka. Tidak kira ke mana asalkan keluar dari rumah , dan kalau boleh berlari dan berenang lebih disenangi (anak anak saya berumur dari 5 hingga 13 tahun).

Saya sendiri bila sampai hujung tahun , semangat bekerja sedikit menurun. Suasana terasa lain. Persekitaran bangunan pejabat agak lain. Banyak kenderaan yang parker dan keluar masuk memakai plet dari negeri lain. Pejabat saya berdekatan dengan sebuah hotel . Kelihatan pelancung luar negeri datang berbelanja di pecan rabu , menginap di hotel berdekatan . Restoran tempat saya selalu makan juga di penuhi dengan anak anak remaja yang berfesyen trendi agak bising . Cuaca juga agak panas kering dan berangin. Ramai juga antara teman yang bercuti dalam Negara dan luar Negara.   Semasa awal bekerja dulu sebaik  meninggalkan universiti  saya bekerja dengan majikan yang beragama  khatolik . Beliau akan ambil cuti panjang sehingga selepas Krismas disambung dengan cuti tahun baru.  Disember diari saya agak lapang . Tidak ada projek dan  appointment

Bila membuka perniagaan sendiri saya jadi terbiasa dengan keadaan tersebut. Bagaimanapun elok juga sebab anak anak juga bercuti panjang. Seperkara lagi saya menghadiahkan CD original Maheir Zain semasa cuti baru baru ini. Mereka senang sekali, sikecil permata hatiku gembira mendendangkan  ‘Barakallah..’. Semoga kita semua hidup dalam rahmat dan diberkati Allah.. Amin.



Wednesday, January 19, 2011

JELI MANIS

                                                      

Seorang lelaki Cina berpakaian kemas, kemeja biru , seluar hitam, berkasut kulit dan bercermin mata berdiri kemas dengan fail di tangan.

“ Syarikat saya bukan pengeluar kepada jeli manis tersebut dan kami HANYA mengimport jeli itu dari negeri China. Kami tidak tahu apa kandungan atau bahan bahan yang digunakan dalam membuat jeli tersebut. Sebaik saja mengetahui  ia mengandungi bahan (telingaku tidak dapat menangkap tapi bunyi  ‘…mine’ di hujungnya)  yang membahayakan dan boleh membawa penyakit kanser kami terlah berusaha menarik balik jeli manis daripada pelanggan kami. Lelaki Cina itu menghulurkan sekeping surat kepada jurubahasa mahkamah. Saya pohon hukuman yang ringan di atas kesalahan tersebut.”

Saya yang baru samapai di galeri mahkamah tertarik mengikuti prosiding yang berjalan. Saya nampak seorang  Majistret muda berwajah serius meneliti bungkusan yang di dalamnya ada jeli manis bewarna warni kelihatan sungguh menarik dan cantik sekali. Tentu sekali menggamit sicilik untuk mengambil dan menikmatinya. Jeli manis berbentuk silinder sebesar anak jari  bewarna merah jambu, hijau epal dan oren Nampak seperti enak sekali untuk dikunyah. Di bungkusannya hanya mencatatkan  gula sebagai bahan utama yang digunakan. Siapa sangka dan sedar akan keujudan sejanis  bahan  yang boleh menyebabkan kanser?

Soalan kepada pengimport dan pengedar :

1.     Di manakah tanggungjawab anda mengenas pasti barangan yang dijual dan diedarkan kepada kumpulan sasar kanak kanak jika anda sendiri tidak dapat mengesahkan kandungan barangan   tersebut dan kesannya kepada kesihatan pengguna (jika alasan di atas  benar ).

2.     Adakah anda peduli?
Jika ya sudah pasti anda akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengimport dan memasarkan barangan tersebut?

Perkara yang perlu diambilkira oleh pihak berwajib dan pengguna:

1.     Kenakan syarat untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan  untuk permit import, membungkus dan mengedarkan barangan
2.     Bagi pengguna (ibu bapa)  hendaklah sentiasa peka dengan makanan dan jajan yang dimakan oleh anak anak . Perhatikan labelnya, kandungan bahan bahan yang digunakan,  halal atau tidak dan yang pentingnya kesan terhadap anak anak. Kalau diragui (tidak pasti ) jangan dibeli atau diberikan kepada anak anak kita.

AWAS! jeli manis  boleh memberikan kesan umpama racun membunuh kegembiraan dan kesejahteraan kita sekeluarga. Prihatin dengan keadaan sekeliling ,  pemakanan  dan masyarakat kita.

MAKANAN




                                                

Menu pulut di sebelah utara tanah air amat sinonim sekali. Bila musim durian pulut dimakan dengan durian dipanggil pulut durian. Satu ketika dulu durian bermusim jadi pulut durian juga bermusim mengikut raja buah tersebut.

Negeri negeri utara iaitu Kedah dan Perlis juga terkenal dengan mempelam dan kuinin.  Bila musim mempelam dan kuinin pulut jga dimakan dengan mempelam dan kuinin. Pulut dikukus dan dicampurkan dengan santan dan digaulkan ketika pulut masih panas dijadikan pulut lemak.   Ia juga dimakan bersama gula  hmm kandungan gula dan kolestrol jangan cakaplah… Bagaimanapun masyarakat  kampong  ketika tahun tahun 70an tidak menghadapi masalah mengatasi masalah obesity dan  kencing manis . Selesai sarapan mereka membanting tulang mengerjakan sawah seperti membajak , berkebun dan sebagainya. Banyak kerja yang dilakukan tanpa bantuan mesin dan hany menggunakan tulang empat kerat.

Pulut juga selain itu digunakan sebagai bahan utama dalam kuih muih seperti pulut udang, serimuka , wajik dan juga dijadikan tepung untuk kuih koci, onde onde, buah Melaka.

Pulut dimasak dari beras pulut yng bewarna lebih putih dari beras jawi(nasi). Pulut lebih tinggi kandungan kanjinya. Bila masak ia melekit dan kenyal. Pulut juga boleh dimakan dengan lauk. Ia mengenyangkan dan biasa dijadikan menu utama untuk sarapan . Contoh pulut kukus ikan kering yang dimakan bersama kelapa parut. Makanan ini  membangkitkan nostalgia kepada masa lalu saya dikampung. Enaknya pulut kukus ikan kering.

Tuesday, January 11, 2011

Nyamuk

                                                              
                                
Nyamuk adalah serangga penghisap darah yang juga menjadi peyebar wabak penyakit seperti malaria, denggi dan sebagainya.
         Wabak denggi amat dipandang serius kerana ia boleh membawa maut dan boleh disebarkan dan menjangkiti orang lain yang dibawa kumannya oleh nyamuk yang dikenali sebagai Aedes. Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan telah  terpaksa membelanjakan banyak wang bagi mengatasi masalah penyakit demam denggi yang dibawa oleh Aedes. 
         Sanggupkah anda membiakkan nyamuk  di kawasan rumah anda. Baru baru ini saya hadir di mahkamah majistret di Jitra Kedah. Antara prosiding yang berjalan pada hari tersebut adalah saman oleh Penguatkuasa Kesihatan atas tuduhan membiakkan nyamuk.  Orang kena Saman Pertama seorang lelaki pertengahan umur.
        “ bahawa pada  13hb. Oktober  anda telah didapati membiakkan nyamuk di dalam bekas plastik  warna merah  di bahagian belakang rumah kamu . Mengaku salah atau tidak? 
Jawap: “ Saya mengaku la..
Jurubahasa: “OKS mengaku salah tuan”.

Barang kes sebotol berisi air jernih yang ada  jentik jentik  di dalamnya diangkat dan ditunjukkan kepada tuan Majistret oleh Pegawai Pendakwa.

Kemudian dipanggil pula orang kena saman berikutnya. Kali ini seorang wanita berusia lingkungan akhir 30an.
Jurubahasa : “Kamu telah didapati salah membiakkan nyamuk dalam tempurung kelapa dibahagian luar rumah dalam kawasan rumah kamu  .  Mengaku salah atau minta bicara?”

OKS: mengaku salah . “OKS   mengaku salah tuan”.
Sekali lagi Pendakwa mengangkat botol yang juga berisi air dan sampel jentik jentik sebagai bukti menyokong pendakwaan.
Tuan majistret mengangguk dan mencatatkan dalam fail di hadapannya. Mengangkat muka Majistret berkata denda RM 200-00 tidak bayar  penjara 2 bulan.

Seorang lagi dipanggil kedepan juga di atas tuduhan membiakkan nyamuk di halaman rumahnya. OKS kali ini seorang lelaki tua   berkemeja usang yang kelihatan agak daif dengan berkopiah putih yang sudah lusuh.

Selesai tuduhan dibacakan kepadanya Pak Cik tersebut  mengaku salah dengan suara yang agak sedih dan gementar.

Majistret memanggil jurubahasanya.  Kelihatan majistret muda berkata sesuatu dan jurubahasa  mengangguk angguk. Kemudian jurubahasa berkata:
“ Pak Cik bawa  ada duit dak ? Bawa ( Ada) berapa duit  mai mahkamah hari ini.
“Pak Cik mana ada duit , bawa  50 ringgit saja . Tu ja yang ada.”

Okey, Pak Cik ambil tarikh ini  kata jurubahasa sambil menghulurkan kertas kecil kepada seorang polis mahkamah untuk diberi kepada Pak Cik tersebut. Pegawai Pendakwa diam sahaja tidak berkata apa apa.

“Pak Cik mai lain na pada tarikh yang ditulis. Hari ini tangguh dulu Pak Cik boleh balik dulu”  sambung jurubahasa tadi dengan jelas.

Pak Cik tadi kelihatan termanggu manggu tetapi berjalan perlahan keluar dari mahkamah. Seharusnya dia lega sebentar kerana tidak dikenakan sebarang denda pada hari itu.

Saman Trafik No . blab la…. Kes seterusnya dipanggil .
Pasal nyamuk  Pak Cik yang tinggal di kampong kecil  kena mengadap majistret, masuk mahkamah yang tak  pernah dipijaknya seumur hidup, gara gara nyamuk Pak Cik itu terpaksa meninggalkan kerja menorehnya, sudahlah cuaca kerap hujan  dan Pak Cik itu hanya mengambil upah . Semuanya gara gara nyamuk yang Pak Cik itu sendiri tidak menyedari kehadirannya dalam bekas  makanan  dalam sangkar burung lama yang dibuang  di luar rumah.  Pulang dari kebun Pak Cik itu sudah penat dan keletihan . Cuma sempat berehat sebentar sebelum mandi , makan dan solat zohor.  Betulka aku membiakkan nyamuk , nyamuk …., nyamuk….