Thursday, November 20, 2014

Yeay Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Hari Khamis 20 hb. November, 2014 adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014.
Kelmarin saya ke sekolah sibongsu untuk pertemuan waris guru..langsung mengambil buku teks. Pencapaian akademik yang agak memberangsangkan , namun banyak yang perlu dinaiktarafkan. Adik tak boleh main main lagi sebab sudah makin besar. Tahun depan masuk  Tahun 4 sudah.

Mengikut guru kelas, Ustazah Siti Hajar, taraf pendidikan agak berbeza. Soalan berbentuk  keupayaan berfikir aras tinggi. Mak aiih tinggi mana anak kita diminta berfikir. Guru tersebut mengaku merekapun pening nak mengajar dan memberikan kefahaman kepada murid.

Sekali lagi kami sekeluarga akan berkumpul cukup 6 orang  ahli kuorum. Hmm jemuh juga  nak menyiapkan makan semuanya handal makan. alhamdulillah mereka anak anak permata hati saya makin membesar. Abang Naim masih berjihad kerana sedang menduduki peperiksaan SPM. Hari ini kertas Fizik yang katanya tak berapa mesra. Mama doalan abang Naim dapat menjawab dengan baik. 

Pelan cuti hujung tahun nak ke Pulau Pangkor. Cuaca sekarang tak berapa elok ashik hujan , ribut,  banjirlah dengan jalan sesak saya tak yakin nak memandu jauh. Anak anakpun maklum dan faham kondisi ibu ayah mereka , tak mendesak janji enjoy.
In sya Allah saya tetap akan bawa mereka bercuti sekitar Kedah . Musim cuti kena betul betul pantau anak dan menafaatkan waktu. Sebulan tu sekejap saja. 22 Disember abang Iqbal kata kena ke sekolahnya untuk keputusan PT3. Nak shopping persiapan sekolah , balut buku, jahit lencana sekolah, tengok beli beg dan keperluan lain jika perlu. Ikut anak semua nak baru.

Ni sekejap lagi nak google tengok menu ntuk masak jamu anak anak sepanjang cuti. Macam serius sangatkan. Selamat bercuti untuk semua guru guru terutama guru di Sekolah Kebangsaan Peremba, Alor Setar, Sekolah Menengah Seri Ampang Alor Setar, Maktab Mahmud Jalan Pegawai Alor Setar dan Sekolah Menengah Intergrasi Bukit Kayu Hitam dan semua anak anak. Pelajar SPM , STAM dan STPM  selamat berjaya..