Friday, November 15, 2013

TUPPERWARE LAGI


Hari ini Jumaat kembali lagi. Syukur kepada Allah kami dapat bernafas dengan sihat , gembira menjalani kehidupan sekeluaarga. Hari Khamis kelmarin berpeluang berpuasa 10 Muharram 1435. Cepatnya masa berlelu. Seandainya masa itu diibaratkan pedang sudah berkali kali saya dicantasnya. Syukur saya masih diberikan kesihatan  yang baik , sekali lagi dapat menjemput  permata hati ke2 yang pulang bercuti panjang hujung tahun. Setahun telah berlalu. Hari Khamis kelmarin juga ramai anak anak dan ibu bapa yang bergembira dengan kejayaan cemerlang  dalam peperiksaan UPSR 2013. Anak anak saya tidak terlibat.  Nmaun syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Omayah dan anaknya Sufian, Herlina dengan Hani Arinah, Shidah dengan Aidil dan Fariza dengan puterinya  dan juga semua ibubapa dan pelajar yang berjaya. Untuk yang tidak mendapat 5A itu jangan kecewa, masih panjan lagi perjalanan dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Pagi ini kami sekeluarga menghantar abang Naim seawal pukul 7.00 pagi  untuk menaiki rombongan dengan rakan sekolahnya ke Melaka Kuala Lumpur. Abang Naim sangat teruja dan tidak sabar untuk mengikuti rombongan.

Selesai itu saya bersarapan dengan roti canai . Adik dua orang memang suka roti canai dengan teh O ais . Saya pula memilih nasi lemak jambul sebungkus RM1.00 sahaja. Jimat tenaga tak payah masak dan membasuh. Tinggal cuci baju sahaja. Saya juga membeli ubi kayu kukus sebungkus  RM2.00 makan dengan kelapa parut campur gula. Sekali sekala boleh la tapi jangan berlebihan sebab tingggi gula (karbohidrat)

Kemudian dengan ditemani Ahmad Iqbal saya ke Tupperware Brands di Jalan Stadium. Melihat kepada catalog bulan November yang dikirimkan upline saya . Saya berkenan dengan bekas minuman di bawah. Harga tawaran RM54.00 cuma 4 biji. 

Thirstbreak Tumbler

Thirstbreak Tumbler (4) 1105 8182
Handy and slim with virtually liquid-tight seals makes it ideal for slipping into handbags!

Capacity: 470ml 

Dimension: 7.8cm (D) x 16.7cm (H)
7.8cm (D) x 19.4cm (H) (inclusive drinking spout)

Lepas ini bolehlah abah bawa minuman dalam bekas ini yang bebas toksid. Ya Allah saya doakan semua perbelanjaan yang dilapurkan memberikan menafaat dan keberkatan kepada kami.

Saya juga beli piring ini yang sesuai untuk hidangan kepada anak anak kecil dan dibawa berkelah atau makan dalam perjalanan. Comel dan cantik warnanya.. Tapi saya cuma beli piring ditawarkan secara belian atas belian .

Blossom Bowls and Plates Set

Saya cuma beli piring dengan  bekas makanan comel. Untuk tawaran menarik lanjut anda boleh lihat disini  TUPPERWARE MALAYSIA CATALOGUE (11 NOVEMBER 2013 - 31 DECEMBER 2013 )


Sesiapa yang ingin membeli bolah hubungi saya di Nombor: 0125246335 (Rohaizan)

Selesai dengan Tupperware hah nak makan apa pula tengahhari ini. Jom beli nasi ayam kat Tat Nasi Ayam ja . Aduh gigi saya sakit pula lagi..kenapa mngkir janji nak cabut huhu bengkak dan mulut herot sampai . Alhamdulillah sikit herot ja.


Friday, November 8, 2013

SOLAT JENAZAH

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Maghrib hari Khamis malam Jumaat kami sekeluarga direzekikan Allah sekali lagi solat di Masjid. Jemaah agak ramai dan lebih dari biasa.Namun demikian saya hanya berjemaah di Masjid pada malam dan subuh pagi Jumaat saja. Selesai solat maghrib, Imam hanya membacakan doa pendek tidak seperti biasa. Rupanya ada jenazah yang akan disembahyangkan. Patutlah ramai jemaah.

Peluang bersolat jenazah kali pertama bagi saya sejak pulang dari mengerjakan haji tahun 2008. Rezeki saya malam ini. Teringat pesan Ustaz, solat jenazah itu besar pahalanya sebesar Bukit Uhud. MasyaAllah! setelah melihat Bukit Uhud secara kediri saya yakin besar sungguh pahalanya yang tidak wajar ditolak. Sayang sekali di Malaysia solat jenazah jarang melibatkan wanita.Maaf kalau saya silap. Marilah kita mengejar pahala. Jangan berhenti berlari untuk dapatkan pahala seperti kata Ustaz Zaharudin dalam Forum Perdana siaran langsung dari Johor semalam. mari jadi "Runningman" untuk pahala dan isstiqomah dalam beribadat.

Seperkara lagi arwah meninggal di dalam tidur. Orangnya dalam 40an dan sihat tidak ada penyakit yang diketahui..

Kelebihan solat Jenazah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.

Hadis Rasulullah SAW 

عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa'un 'alaihi.



Di bawah saya kongsikan cara bersolat jenazah yang saya copy dari blog Syahirul.com
Terima kasih banyak atas panduan yang diberikan.

Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

Wednesday, November 6, 2013

HIJRAH 11











Tahun 2008 saya menyambut maal Hijrah di tanah suci Mekah. Pada petang 30 Zulhijjah kami bertolak ke Madinah dengan bas dari hotel penginapan Maktab 83 terletak di Jiyad yang merupakan pertempatan orang Patani di Mekah. Saya mengikut rombongan Muassasah. Perjalanan tertunda sedikit lewat disebabkan masalah salah faham seorang jemaah menaiki bas lain tidak mengikut arahan pengurusan Tabung Haji. Rupanya pasport haji dipegang oleh pengurusan Muassasah. Di dalam basa nama setiap orang dipanggil mengikut pasport haji yang dipegang. Akibat kesilapan seorang jemaah semua 5 biji bas tidak dapat berlepas. Petugas muassasah pergi ke setiap bas dengan pasport yang belum ditemui tuannya sehingga bertemu tuanpunya badan. Pemegang pasport itu seorang lelaki dalam lingkungan 60an. Sangkanya jemaah bebas menaiki mana mana bas dan telah mengikut rakannya..hmm selesai masalah.

Kami berhijrah ke Madinah lebihkurang jam 5.00 petang dan sampai lewat 12.00 tengahmalam. Dalam perjalanan kami berjenti berehat di sebuah restoran Yaman makan nasi ayam mandhi. Rasanya sedap sungguh. Sebelum itu saya telah dinasihatkan rakan yang pernah ke Mekah untuk hanya membeli 1 set kerana ayamnya besar dan nasinya banyak.Benar sungguh, saya berkongsi makan dengan suami. Saya kagum juga dengan suami sendiri kerana walaupun dengan bahasa Arab yang patah patah dia mampu berkomunikasi dengan tokeh Arab Yaman restoran itu. Sampaikan suami saya dipanggil tokeh itu apabila ada masalah berkenaan pulangan wang baki kepada dua jemaah yang ikut rombongan kami. Bolehla walaupun hanya belajar melalui radio slot Hayatul Arabiah dan tunjuk ajar abang naim anak sulung kami. Berbaloi kami hantarkan abang sulong ke Sekolah Rendah An Najaah di Alor Setar.

Seperkara yang pasti kami sungguh teringin berbahasa Arab.

Maksud : Cintailah kalian bangsa arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa arab,dan Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa arab,dan percakapan ahli syurga itu bahasa arab (Riwayat At-Thobrani di dalam Al-Ausath,Al-Hakim dan Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman)

Perjalanan yang panjang merentas jaringan lebuhraya yang cantik . Saya cuma nampak padang pasir kontang tidak ada pandangan menarik jujurnya.

Kami sampai lewat 12.00 tengahmalam . Selesai urusan check in hotel di Al Haram kami bergegas turun ke Masjid Nawawi. Jarak masjid dekat sungguh dalam 300 meter saja anggaran saya. Masjid terang benderang. Kami solat Magrib dan Isyak Jamak. Suami menghantar dan menunggu di pintu masjid. 


Saya mendapat rakan bilik yang baru. Dua beranak dari Johor, dua berjiran dari Pahang dan saya sendiri. Doa saya sejak dari Mekah supaya tidak berhadas besar dan dapat mengerjakan 40 waktu solat di Masjid Nabawi.Kami sampai pada malam Jumaat. 
Subuh pertama saya di Nabawi saya sembahyang di luar masjid di hadapan tangga. Saya lihat ada jemaah yang bersaf saf juga di luar. Sejuuuk sungguh cuaca di Madinah.  Kemudian dari itu baru saya sedari bahawa ada jemaah yang suka sembahyang di luar dan sepatutnya  saya cuba masuk ke dalam kerana masih ada ruang. Biasanya kebanyakan jemaah memilih berada di saf belakang. Sebab dekat dengan pintu agak saya. Waktu masuk dan keluar pintu macam mesti bertolak tolak walaupun semuanya wanita!!!. 

Ketika menunggu solat zohor saya terdengar suara bising dan saya pun melangut ke atas apabila nampak ada jemaah menuding ke atas.

Bumbung masjid terbuka seperti yang saya lihat di TV. MasyaAllah saya sudah di sini..Subhanallah

Ketika berada di Madinah saya sudah merasai rindu kepada anak anak. Dalam masa yang sama sedih untuk meninggalkan Madinah. Kami dibawa melawat ke Bazar Kurma, masjid Quba', Jabal Uhud dan masjid Kiblatain. Saya singgah turun solat di masjid Quba'. Ketika sampai di Jabal Uhud saya tidak ikut naik dengan jemaah lain keran suami tidak mampu berjalan dan mendaki .
Saya hanya melihat dari jauh.







Sunday, November 3, 2013

HIJRAH



Hari ini adalah hari terakhir kalendar  1434
Hijrah yang bersamaan 4hb. November, 2013.Esok tahun baaru 1445 Hijrah.
Nun di Sungai Limau, Yan  Kedah sedang berlangsung pilihanraya kecil DUN Sungai Limau berikutan kematian Ustaz Azizan Abdul Razak. Komen Ketua Polis Negara yang membanggakan saya sebagai orang Kedah dan orang Yan adalah kempen pilihanraya kecil pertama yang paling amannn. Alhamdulillah! Syabas orang Sungai Limau yang makin matang..terbaikk. angkat ibu jari..

Hakikatnya di sini saya ingin membicarakan perihal Hijrah. Di TV9 Ustaz Dr Danial dijemput 3 hari berturut bermula sejak Jumaat, Sabtu hingga Ahad membicarakan tentang Hijrah hati.Di radio IKIM pula Ustaz Zul Ramli juga membicarakan tentang Hijrah dalam slot 'Laman Nurani'Kita dianjurkan untuk berhijrah dari daerah kelam, suram ke daerah yang terang dan bercahaya . 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Dari perbincangan oleh kedua dua tokoh, apa yang dapat saya fahami adalah meninggalkan semua tabiat buruk dan segera menyempurnakan amalan yang baik contohnya menutup aurat sekiranya belum berbuat demikian, menjaga solat, mengerjakan amalan sunat di samping yang wajib dan istiqomah dalam amalan. Bagaimana untuk menyempurnakan dan merealisasikan Hijrah berkenaan. Dari pemahaman saya adalah dengan meletakkan sasaran dan berazam, berniat dengan berdoa kepada Allah untuk dibersihkan hati dan diberi kelapangan dan dipermudahkan . Model utama adalah cara hidup Rasulullah Saw.

Bahawa Saiditina Ai'syah Ra pernah berkata adalah akhlak Rasulullah Saw adalah sepertimana yang diceritakan di dalam al Quran ul Kareem.,

Berdasarkan kenyataan tersebut, wajar sekali kita mengambil pendekatan dan prinsip bahawa acuan dan landasan yang hendap diterapkan sebagai asas kehidupan adalah dengan mematuhi perintah dan ajaran al Quran dan Hadis agar kita tidak tersasar.

Persoalannya kenapa mesti berhijrah. Ia mesti bagi kita yang inginkan balasan syurga dengan memastikan kita mengumpulkan pahala di dunia ini.

Rasulullah pernah bersabda bahawa hidup di dunia ini adalah ibarat sebagai pedagang yang berniaga. Berusahalah kita utuk mendapatkan keuntungan. Modal yang kita gunakan adalah semuanya dari pemberian Allah Subhanahu Wataala tanpa meminta sebarang balasan dari kita. Hakikatnya kita tidak pernah dan tidak akan mampu untuk membayar bagi apa yang dianugerahkan Allah.
Dari Amirul Mu'minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan."

Bagi diri saya kediri saya ibaratkan saya telah menggunakan tabung oksigen yang diberikan Allah selama tempoh hampir 49 tahun. Oksigen ini semakin berkurangan dan tabungnya juga telah dimakan usia entah boleh jatuh ,pecah, retak dan sebagainya. 

Sebelum masa itu tiba sedaya mungkin saya berazam memnuhkan kantung atau bakul saya atau akaun saya dan seumpamanya dengan pahala, laba yang banyak sebanyak mungkin(perbuatan baik).
Sudah sewajarnya  juga saya mengenalpasti segala kebocoran jika ada untuk ditampal, diplaster( muhasabah diri memperbaiki kekurangan).

Hijrah bukan pada awal tahun sahaja tetapi hendaklah berterusan. Ilmu harus dituntut bagi memastikan hajat dan tujuan hijrah tercapai. Sudah tentulah nmatlamat untuk kehidupan abadi di sana nanti.

Sebagai permulaan abang Naim dengan bersemangat mengajak kami sekeluarga berjemaah di Masjid bagi solat Asar dan Maghrib. Ajakannya tentu sekali ditujukan kepada saya mamanya kerana anak anak saya lelaki semua dan ayah mereka kebiasaannya bersolat di Masjid.

Mulakan pagi dengan doa Mathsurat selepas solat subuh, sunat dhuha , doa akhir tahun selepas solat Asar dan awal tahun selepas soalt Maghrib, bersedekah dan berpuasa sunat teruskan membaca al Quran , hadir ke majlis ilmu, penuhi undangan kenduri, senyum dan mengucapkan salam . In sya Allah.



Sudah tentu banyak lagi amalan yang boleh dibuat, sekadar berkongsi perkara ringan dan mudah untuk amalan harian bagi menafaat semua.