Thursday, March 27, 2014

ANTARA MH 370, DADAH, JEREBU DAN AIR

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Bismillahirrahmanirrahim,

Pada 8hb Mac, rakyat Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan dengan  berita kehilangan pesawat MAS BMH 370 yang hilang dari radar dan tidak dapat dikesan . MH 370 membawa 239 penumpang termasuk anak kapal. Pesawat dikendalikan pilot berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah. Dalam proses pencarian solat hajat dianjurkan di masjid masjid memohon pertolongan dan petunjuk Allah Swt.

Dalam negara bersedih dan berdoa untuk keselamatan penumpang dan pesawat ditemui Malaysia dikejutkan lagi dengan berita kematian 6 orang remaja dalam satu konsert muzik di Stadium Bukit Jalil akibat mengambil dadah. Berita ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kebanyakan kerana ternyata penganjur langsung tidak prihatin tentang situasi negara yang mendung. Sungguh memalukan dan mengharukan kerana penganjur juga adalah antaranya Kementerian Pelancongan (jabatan kerajaan ) . Sudah terang lagi bersuluh betapa akhlak remaja dan  keprihatinan Menteri bekenaan adalah di tahap yang paling parah. Saya rasa tak percaya kelakuan remaja yang amatlah tidak senonoh ini adalah di negara saya Malaysia. Apatah lagi dalam situasi semasa yang murung.

Di dalam masa yang sama juga masalah jerebu yang berlaku setiap tahun tapi paling paling parah di Mac 2014 juga. Astagfirlahalazim..
Alhamdulillah di Kedah , jerebu tidak teruk tapi kebakaran la pula. Siren bomba setiap hari. Sampai saya terasa kesianlah dengan anggota bomba yang bertugas ditengah terik matahari. Panaaas sungguh di Kedahni.. Terfikir pula di minda entah bagaimana panas di Mahsyar nanti..Tidak ada penghawa dingin , tidak ada ikhtiar lagi

Malaysia juga dalam masa yang sama dilanda panas yang melampau sehingga air di empangan berkurangan. Akibatnya bekalan air dicatu di negeri Selangordan juga Johor. Bagaimanapun liputan catuan di Selangor mendapat liputan luas. Pusat media berada di Selangor tentunya. Banyaklah masjid menganjurkan solat hajat memohon hujan dan meminta pertolongan Allah.

Misteri kehilangan MH370 tamat bila PM Malaysia mengeluarkan kenyataan ia terjatuh di lautan Hindi dan semua penumpang mati ..Allah..
Innalillah hiwaiinailahirojiun..
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.l

Dalam malang menimpa ada hikmahnya.

Akibat tragedi MH370 , rakyat Malaysia bersatu, kerajaan dan pembangkang.
Melayu , China dan India berdoa untuk mangsa dan ahli keluarga mereka.
Doa saya semoga Allah menggantikan kehilangan yang mereka alami dengan perkara yang lebih baik.

Dunia mula kenal dengan Malaysia keran liputan berita antarabangsa yang meluas berkenaan tragedi.

Laporan media barat khususnya CNN yang memperlekehkan Malaysia menunjukkan sifat buruk media Barat yang suka memutarkan belit dan memfitnah Malaysia.

Segala bencana dan petaka membawa kita muhasabah diri dan menghargai ahli keluarga dan sahabat. Mati itu pasti tidak mengenal usia dan bagaimana sebabnya.

Kita mengenali dan mengakui kepakaran pilot kita orang Islam Melayu seperti Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Kapten Noruddin Majid.

Kita menghargai Malaysia dan pemimpin kita KECUALI Menteri pelancungan.
Datok Hishamuddin mendapat pujian banyak pihak. 

Semoga kita semua mengambil iktibar dari semua kejadian tersebut