Thursday, June 23, 2011

Hadiah

Mendapat sesuatu secara percuma atau pemberian hadiah sesungguhnya amat menggembirakan. Apa lagi apabila hadiah tersebut diterima daripada orang yang rapat dengan kita.

Saya telah  diuji dengan ujian getir. Permata hati saya iaitu suami saya disahkan mendapat sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis .  Suami saya ketika masih sihat bekerja sendiri, dan apabila kesihatannya makin teruk akibat kencing manis, tidak berupaya memandu kenderaan sendiri kerana pandangan mata yang kabur. Kehidupan saya anak beranak memang bercelaru dan tidak dinafikan saya amat tertekan. Semua aktiviti kami seharian berubah . Saya disamping kerja pejabat , terpaksa melakukan banyak tugas lain . Menghantar dan mengambil anak sekolah, membeli segala keperluan harian dan keperluan sekolah anak anak dan menghantar dan menemankan suami apabila temujanji dengan doktor.

Semasa dimaklumkan tentang komplikasi yang dialami suami dan keperluan rawatan dialisis 3 kali seminggu yang menelann kos RM150.00 setiap kali rawatan, saya merasa seperti dihempap benda berat di kepala. Saya sebak , namun cuba menyembunyikannya dari suami. Memang saya amat tertekan. Kalau saya merasa begitu, bagaimana pula dia yang menanggung sakitnya.

Ya Allah berikan aku, suamiku dan anak anakku  kesabaran dan ketabahan. Suami saya di peringkat awalnya bermula Disember 2008 kerap demam.  Boleh dikatakan hampir setiap bulan terpaksa dimasukkan ke wad 4D Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.  Malahan dalam Bulan Mei 2009  2 kali dia ditahan di wad. Pernah mengalami kurang darah (HB turun sehingga 3.8) menyebabkannya tidak sedar diri.

Kadang kadang saya merasakan seperti penderitaan saya tidak dipedulikan sesiapa sama ada kawan atau saudara.  Sekali dua , mungkin ada yang bertanya dan datang melawat, tapi kalau seringkali entahlah...

Seperkara yang saya akui , saya sukar menceritakan dan berkongsi rasa dengan orang lain kecuali rakan kongsi saya dan seorang sahabat sealiran yang juga kawan sekolah saya.

Ada masa kawan kawan mengajak makan tengahhari bersama meraikan hari ulangtahun, anniversari dan apa saya keraian lain. Seingat saya tidak ada yang dapat dipenuhi kerana terikat dengan jadual harian menjemput anak dari sekolah.  Sehingga hari ulangtahun saya sendiri tidak terasa hati lagi untuk diraikan. Di kala itu terasa kegembiraan bukan milik saya lagi . Hampir setiap hari itu mendung di hati.  Saya merasa bimbang yang teramat sangat, bimbang kehilangan , bimbang berkenaan perbelanjaan  dan pekerjaan.

Pesan sahabat saya Nazliyah yang layak digelar ustazah, solat dan sabar akan menjadi teman, menguatkan semangat. Mengadulah kepada Allah Subahanahu Wata'ala. Dia akan mendengar.

" Sesungguhnya Allah amat dekat dengan kita , malah lebih dekat dari urat leher kita"

Pada hari lahir saya dengan tidak disangka sangka , kawan kawan saya telah mengaturkan majlis di rumah saya . Saya cuma  menjadi tuan rumah, segala hidangan dan juadah dibawa mereka.  Kedatangan mereka amat menggembirakan saya dan suami.  Sesungguhnya saya  amat terharu melihat wajah suami saya yang ceria menyambut dan berbual dengan mereka. Mungkin dia sunyi kerana terpaksa berehat di rumah sendirian ketika saya ke pejabat dan anak anak ke sekolah.

Rupa rupanya kawan kawan saya memang prihatin dan ingin membantu. Mungkin disebabkan memahami sikap saya yang tidak boleh berkongsi kisah duka , mereka hanya berdiam. Masalah saya difahami dan  mereka datang dengan sumbangan lebih RM 5,000-00 tanpa saya minta. Ya Allah yang Maha Mendengar..

Pesan kawan baik saya Omayah , gunakan wang tersebut untuk rawatan suami, bersabarlah sementara ada usaha lain.

Sesungguhnya hadiah tidak ternilai bukanlah wang ringgit , tapi keikhlasan persahabatan. Shukur Ya Allah, Engkau berikan aku sahabat dan anak anak yang baik .

Terkadang saya tersilap menilaikan kawan. Saya sangka mereka berdiam kerana tidak mahu terlibat dengan saya yang dihimpit kesusahan.

Sekarang ini suami saya masih mendapat rawatan dialisis. Bagaimanapun isu kos rawatan  telah diselesaikan oleh SOCSO. Kesihatan suami saya juga semakin stabil. Sudah hampir 8 bulan beliau bebas dari menjadi 'tahanan' wad. Saya juga rasanya sudah dapat menerima keadaan . Kami sudah biasa dengan kekurangan yang kami tanggung. Saya bersyukur dikurniakan suami yang tabah dan anak anak yang penyayang . Tidak lupa kawan kawan yang bersedia memberikan bantuan

Syukur Ya Allah. Kepada kawan kawan dan anak anak Jazakallah Khairan Kasira .

Thursday, June 16, 2011

 Hadis Rasulullah Saw mengatakan apabila meninggal seorang anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara berikut:-

1. Ilmu yang bermenafaat dan dimenafaatkan oleh orang yang 
    mendapat ilmu dari simati  semasa hayatnya;

2. Doa dari anak yang soleh; dan      

3. Amal jariah.

Jika kita bukan guru saya rasa untuk menurunkan ilmu yang bermenafaat agak terhad. namun demikian kita masih berpeluang melakukannya kepada anak anak Permata hati kita, sahabat handai dan keluarga kita. 

Sasaran yang tepat pastinya anak anak Permata Hati. Boleh dapat perkara 1 dan 2 sekaligus.   Bagaimana nak menurunkan ilmu sekiranya kita tidak berusaha untuk menambahajkan ilmu yang bermenafaat di dunia dan akhirat.  Jawapannya sudah pastilah dengan berusaha untuk mempelajari ilmu agama dengan sebanyak mungkin. Alasan sibuk dengan pekerjaan dan urusan dunia tidak harus dijadikan penghalang.  Ambillah  masa dan luangkan masa untuk ilmu agama sebagai pelaburan dan aset kita untuk akhirat. 

Ilmu guna dimenafaatkan untuk mendidik jiwa dan selanjutnya mendidik  anak anak sekaligus menyempurnakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah. Tanggungjawab yang sekiranya dikerjakan dengan sempurna akan menambahkan saham akhirat dan balasan pahala yang berganda.

Ingatlah pesanan ini. Didiklah anak anak kita dengan ilmu agama kerana merekalah yang akan menyambung  amalan kita apabila terputus kelak.

Sesungguhnya kita jika gagal mendidik anak anak dan gagal atau terlalai mengingatkan mereka  sehingga melakukan perkara haram atau meninggalkan perkara yang wajib, akan mendapat dosa yang mereka lakukan disepanjang hidup mereka walaupun kita ibu ayah telah berada di alam barzakh. Ya Allah! Kalau amalan sendiri pun tidak pasti, dosa sendiri pun tidak tertanggung- bagaimana lagi kalau masih dikirimkan dosa oleh anak cucu yang masih hidup akibat dari kegagalan dan kecuaian kita.

Kalau kita cuai mendidik berkenaan solat, aurat dan kita sendiri lalai mnjaga ibadat sendiri, bagaimana nanti catatan amalan kita, timbangan kita. Marilah kita sama sama menyeru menyampaikan ilu yang ada, hadir ke kelas pengajian agama yang dianjurkan . Hadirlah ke majlis ilmu. Didiklah  Permata Hati kita sepertimana pesanan Rasulullah Saw. Kenalkan  Permata Hati kita kepada AL Quran dan Sunnah, ceritakan kisah kisah para sahabat, tabiin, dendangkan lagu lagu yang mengagungkan kebesaran Allah. Menafaatkan masa yang ada , kita tidak tahu berapa banyak masa yang berbaki...Ayuh kita  berjihad menuntut ilmu, mengejar waktu , memburu saham akhirat..

Ayam Panggang Kenny Rogers :: OhResepi.com

Apa apa masakan yang bertemakan ayam adalah menjadi kegemaran Permata Hati saya. Saya percaya ramai anak anak lain yang menggemari ayam. Saya menjumpai resepi ini ketika melayari dan melawat myresipi.com. Suka saya kongsikan resepi berikut dengan izin tuan empunya. Berbanyak terima kasih. Resipi ini belum dicuba lagi.

Percayalah apa sahaja ilmu yang ditutunkan dengan ikhklas dan bermenafaat untuk sesiapa yang mengambil dan mengamalkannya akan memberikan menafaat pahala kepada penyumbangnya. Fotonya sahaja nampak lazat. Kalau dimasak sendiri terjamin halal dan bersih. So, macammana ? Jom kita semak bahan dan caranya dengan klik disini . Ayam Panggang Kenny Rogers :: OhResepi.com Selamat mencuba!

Wednesday, June 1, 2011

SALAM

Assalamualikum! Ucapan yang membawa maksud selamat sejahtera kepada orang yang menerima salam. Selamat sejahtera kapadamu juga sebagai jawapan kepada orang yang menerima salam. Ucapan salam ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Bagaimnapun percayalah ia adalah satu hak bagi seorang  muslim yang memberi salam agar salamnya dijawab. Ketahuilah bahawa hukum memberi salam ini dinyatakan dengan jelas dalam hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

 " Hak seorang Muslim atas Muslim yang lainnya ada lima, iaitu menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, menghantarkan jenazahnya,  memenuhi undangannya, dan mendoakannya jika bersin." 
dan dalam riwayat Muslim ada tambahan:...Jika dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah dia nasihat."  

Bahawa ucapan salam tidak seharusnya dihadkan kepada orang yang dikenali sahaja. Ini kerana di dalam islam setiap orang adalah bersaudara.
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a., Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud:

    " Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga dia menyayangi  saudaranya sebagaimana dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"

Bagaimanapun apakah kesan sekiranya dipraktikkan dengan orang yang tidak kita kenali?
Yang pasti ada dua kesan yang berbeza seperti di bawah:-

1. Orang yang menerima salam akan menjawab dengan senyum dan   
   kedua pihak mula bertegur sapa ;

2. Orang yang menerima salam akan memandang kita dengan pandangan
   yang semacam (siapa dia ni)-agaknya orang yang kurang ilmu  
   menganggap salam hanya patut diberikan kepada orang yang
   dikenali sahaja.

Marilah kita bersama menghayati diri , ucapan salam dan menjawap salam adalah perkara mudah yang dituntut dalam islam tapi sering diremehkan hingga diabaikan.

“ Mengawali mengucapkan salam sifatnya adalah sukarela, sedangkan membalasnya adalah kewajiban” Disebutkan di dalam Muwattha’ Imam Malik, diriwayatkan oleh Tufail bin Ubai bin Ka’ab bahwa, Abdullah bin Umar RA biasa pergi ke pasar hanya untuk memberi salam kepada orang-orang disana tanpa ada keperluan membeli atau menjual apapun. Ia benar-benar memahami erti pentingnya mengawali mengucapkan salam.

Pada bagian kalimat terakhir Surat An-Nisa ayat 86, Allah SWT berfirman:
… Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan. Disini, mendahului memberi salam dan membalasnya juga termasuk yang diperhitungkan. Maka kita hendaknya menyukai mendahului memberi salam. Sama halnya kita harus membalas salam demi menyenangkan Allah SWT dan menyuburkan kasih-sayang di antara kita semua.
Rasulullah SAW selanjutnya memberikan arahan memberi salam bahwa:
  • Orang yang berkendaraan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
  • Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
  • Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
  • Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
  • Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
  • Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.
Pengecualian kewajiban menjawab salam:
  • Ketika sedang salat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca Al-Qur’an, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di kamar mandi.
Selanjutnya, Allah SWT menerangkan keutamaan salam di dalam surat Al-An’aam ayat 54:
Jika orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami (Al-Qur’an) datang kepadamu, ucapkanlah “Salaamun’alaikum (selamat-sejahtera bagimu)”, Tuhanmu telah menetapkan bagi diri-Nya kasih-sayang. (Yaitu) Bahwa barangsiapa berbuat kejahatan karena kejahilannya (tidak tahu/bodoh) kemudian ia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Di ayat ini Allah SWT memerintah Nabi Muhammad SAW sehubungan dengan orang-orang beriman yang miskin, yang hampir semuanya menumpang tinggal di tempat para sahabat. Walaupun orang-orang kafir yang kaya meminta agar Rasulullah SAW mengusir para dhuafa’ itu supaya orang-orang kaya itu dapat  bersama Rasulullah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyambut para dhuafa’ Muslim itu dengan ‘Assalamu ‘alaikum’ semasa mereka datang.

Hal ini mengandung dua maksud:
Pertama, menyampaikan penghormatan dari Allah SWT kepada mereka. Ini adalah kehormatan dan penghargaan yang tinggi bagi Muslim yang miskin dan tulus hati. Perlakuan ini menguatkan hati dan menambah semangat mereka.

Kedua, menyampaikan sambutan yang baik yang layak diterima, atas izin Allah SWT, dengan nyaman, damai dan tenang, meskipun jika mereka membuat beberapa kesalahan.

Jadi pastikan permata hati kita diasuh dari awal agar mendahului  memberi salam dan membiasakan menjawab salam.
Wallahua'lam