Monday, December 30, 2013

TIPS MEMBELI RUMAH

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
 foto ehsan dari desainrumahcantik.com

Assalamualaikum , malam ni saya nak share sikitla tentang tips tips membeli rumah. Saya bukan pakar tapi berurusan menyediakan peerjanjian jual beli adalah tugasan saya. Sedikit sebanyak ada pengalaman dan pengetahuan berkenaan nilai semasa dan perkara lain yang berkaitan jual beli hartanah.

Sapa di sini yang suka menonton rancangan TV   'Property Virgin". Saya suka menonton rancangan ini dan List It or Keep It dan juga Hot Property..

Well, dari rancangan ini yang dihostkan oleh Sandra Renomato  saya mendapati beberapa perkara yang perlu diambil kira.

1. Lokasi
   Berapa jarak dari bandar, tempat kerja. Sama ada mudah mendapatkan pengangkutan awam, kemudahan prasarana seperti pasaraya, kejiranan, sekolah dan tempat tempat yang mustahak mengikut kepentingan masing masing.
Contoh : Jika mempunyai anak yang bersekolah, apa kemudahan untuk kesekolah begitu lah lebihkurangnya.

2. Saiz rumah
   Ada berapa ruang bilik tidur dan bilik air.
Sama ada perlu kerja ubah suai dan jika perlu ruang mana dan apa pla yang perlu dikorbankan.
Saya melihat rumah rumah yang ditunjukkan di dalam Property Virgin kebanyakan siap dengan perabut berbeza dengan di tempat kita kan.

3. Sama ada halaman, tanah kosong.
Tanah kosong memungkin untuk kerja ubahsuai membesarkan rumah. Juga selesa untuk majlis keramaian. Senang parkir kereta. Boleh menghias laman dengan gazebo dan kolam ikan bagai.

4. Kesesuaian penggunaan ruang dengan isi rumah aka penghuni rumah.
Kena tengok aktiviti, minat dan cara hidup ahli rumah.

5. Potensi nilai masa hadapan
Berkait rapat dengan lokasi dan kejiranan. Boleh dilihat dengan mengambil kira projek dan persekitaran semasa. 
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

30 hb. Disember, 2013 tiba juga. Hari ini Ahmad Iqbal kena kembali ke asrama . Masuk tahun ketiga. Sudah hampir 7 minggu saya tidak menyusuri lebuhraya ke Bukit Kayu Hitam . Laluan lancar dan tidak sesak. Saya ditemani Ahmad Naim, Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal..semua putera putera saya ikut bersama..syukur padaMu ya Allah.

Abah cuma mengiringi ke pintu dan tidak ikut bersama. Banyak barang yang dibawa termasuk baldi baru hehe..

Uniform tebal TKRS dua pasang yang lama dan baru. Uniform lama masih bagus tapi ketat dan sendat mendat, saya suruh bawa untuk digunapakai oleh adik adik junior. Ahmad Iqbal makin membesar sudah saiz L . Sayang juga uniform tu mahal juga nak beli baru.

Abang Naim ikut menghantar untuk membantu adiknya mengangkat tilam ke dorm sebab Ahmad Iqbal menghadapi masalah kecederaan di sendi lututnya. Saya sudah memohon laporan perubatan guna mendapat pengecualian dari aktiviti sukan dan seumpama. Sebarang kesilapan mungkin membawa padah seperti yang dingatkan oleh Dr Samad yang merawatnya.

Ahmad Iqbal kata perasaanya bercampur antara suka dengan tidak utuk kembali ke asrama . Macam tu lah juga perasaan saya sebagai emak. Semoga Allah merahmati kami. Belajar itu adalah jihad.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ دَخَلَ مَسْجِدَنَا هَذَا لِيَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْلِيُعَلِّمَهُ كَانَ كَالْمُجَاحِدِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ. وَمَنْ دَ خَلَهُ لِغَيْرِ ذَلِكَ كَانَ كَالنَّاظِرِ إِلَى مَا لَيْسَ لَهُ
“Barangsiapa yang memasuki masjid kami ini (masjid Nabawi) dengan tujuan mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah Ta’ala. Dan barangsiapa yang memasukinya dengan tujuan selain itu, maka ia laksana orang yang sedang melihat sesuatu yang bukan miliknya” (Hadits Hasan. Diriwayatkan oleh Ahmad (II/350, 526-527), Ibnu Hibban (no.87 at Ta’liqaatul Hisaan), Ibnu Majah (no.227), Ibnu Abi Syaibah (no.33061), dan al Hakim (I/91), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.)

Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jihad melawan hawa nafsu memiliki empat tingkatan:

Pertama: berjihad untuk mempelajari petunjuk (ilmu yang bermanfaat) dan agama yang benar (amal shalih). Seseorang tidak akan mencapai kesuksesan dan kebahagiaan di dunia dan akherat kecuali dengannya

Kedua: berjihad untuk mengamalkan ilmu setelah mengetahuinya

Ketiga: berjihad untuk menda’wahkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahuinya

Keempat: berjihad untuk sabar dalam berda’wah kepada Allah Ta’ala dan sabar terhadap gangguan manusia. Dia menanggung kesulitan-kesulitan da’wah itu semata-mata karena Allah Ta’ala.
Apabila keempat tingkatan ini telah terpenuhi pada dirinya, maka ia termasuk orang-orang yang Rabbani. (Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khairil ‘Ibaad (III/10) dengan ringkas. Lihat juga Syarah Tsalaatsatil Ushuul (hal 25-26) karya Syaikh Muhammad bin Shalih al ‘Utsaimin rahimahullah)

Harapan dan doa saya pastinya semua ibu bapa agar anak anaknya tidak mensia siakan peluang dan masa yang ada.

Friday, November 15, 2013

TUPPERWARE LAGI


Hari ini Jumaat kembali lagi. Syukur kepada Allah kami dapat bernafas dengan sihat , gembira menjalani kehidupan sekeluaarga. Hari Khamis kelmarin berpeluang berpuasa 10 Muharram 1435. Cepatnya masa berlelu. Seandainya masa itu diibaratkan pedang sudah berkali kali saya dicantasnya. Syukur saya masih diberikan kesihatan  yang baik , sekali lagi dapat menjemput  permata hati ke2 yang pulang bercuti panjang hujung tahun. Setahun telah berlalu. Hari Khamis kelmarin juga ramai anak anak dan ibu bapa yang bergembira dengan kejayaan cemerlang  dalam peperiksaan UPSR 2013. Anak anak saya tidak terlibat.  Nmaun syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Omayah dan anaknya Sufian, Herlina dengan Hani Arinah, Shidah dengan Aidil dan Fariza dengan puterinya  dan juga semua ibubapa dan pelajar yang berjaya. Untuk yang tidak mendapat 5A itu jangan kecewa, masih panjan lagi perjalanan dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Pagi ini kami sekeluarga menghantar abang Naim seawal pukul 7.00 pagi  untuk menaiki rombongan dengan rakan sekolahnya ke Melaka Kuala Lumpur. Abang Naim sangat teruja dan tidak sabar untuk mengikuti rombongan.

Selesai itu saya bersarapan dengan roti canai . Adik dua orang memang suka roti canai dengan teh O ais . Saya pula memilih nasi lemak jambul sebungkus RM1.00 sahaja. Jimat tenaga tak payah masak dan membasuh. Tinggal cuci baju sahaja. Saya juga membeli ubi kayu kukus sebungkus  RM2.00 makan dengan kelapa parut campur gula. Sekali sekala boleh la tapi jangan berlebihan sebab tingggi gula (karbohidrat)

Kemudian dengan ditemani Ahmad Iqbal saya ke Tupperware Brands di Jalan Stadium. Melihat kepada catalog bulan November yang dikirimkan upline saya . Saya berkenan dengan bekas minuman di bawah. Harga tawaran RM54.00 cuma 4 biji. 

Thirstbreak Tumbler

Thirstbreak Tumbler (4) 1105 8182
Handy and slim with virtually liquid-tight seals makes it ideal for slipping into handbags!

Capacity: 470ml 

Dimension: 7.8cm (D) x 16.7cm (H)
7.8cm (D) x 19.4cm (H) (inclusive drinking spout)

Lepas ini bolehlah abah bawa minuman dalam bekas ini yang bebas toksid. Ya Allah saya doakan semua perbelanjaan yang dilapurkan memberikan menafaat dan keberkatan kepada kami.

Saya juga beli piring ini yang sesuai untuk hidangan kepada anak anak kecil dan dibawa berkelah atau makan dalam perjalanan. Comel dan cantik warnanya.. Tapi saya cuma beli piring ditawarkan secara belian atas belian .

Blossom Bowls and Plates Set

Saya cuma beli piring dengan  bekas makanan comel. Untuk tawaran menarik lanjut anda boleh lihat disini  TUPPERWARE MALAYSIA CATALOGUE (11 NOVEMBER 2013 - 31 DECEMBER 2013 )


Sesiapa yang ingin membeli bolah hubungi saya di Nombor: 0125246335 (Rohaizan)

Selesai dengan Tupperware hah nak makan apa pula tengahhari ini. Jom beli nasi ayam kat Tat Nasi Ayam ja . Aduh gigi saya sakit pula lagi..kenapa mngkir janji nak cabut huhu bengkak dan mulut herot sampai . Alhamdulillah sikit herot ja.


Friday, November 8, 2013

SOLAT JENAZAH

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Maghrib hari Khamis malam Jumaat kami sekeluarga direzekikan Allah sekali lagi solat di Masjid. Jemaah agak ramai dan lebih dari biasa.Namun demikian saya hanya berjemaah di Masjid pada malam dan subuh pagi Jumaat saja. Selesai solat maghrib, Imam hanya membacakan doa pendek tidak seperti biasa. Rupanya ada jenazah yang akan disembahyangkan. Patutlah ramai jemaah.

Peluang bersolat jenazah kali pertama bagi saya sejak pulang dari mengerjakan haji tahun 2008. Rezeki saya malam ini. Teringat pesan Ustaz, solat jenazah itu besar pahalanya sebesar Bukit Uhud. MasyaAllah! setelah melihat Bukit Uhud secara kediri saya yakin besar sungguh pahalanya yang tidak wajar ditolak. Sayang sekali di Malaysia solat jenazah jarang melibatkan wanita.Maaf kalau saya silap. Marilah kita mengejar pahala. Jangan berhenti berlari untuk dapatkan pahala seperti kata Ustaz Zaharudin dalam Forum Perdana siaran langsung dari Johor semalam. mari jadi "Runningman" untuk pahala dan isstiqomah dalam beribadat.

Seperkara lagi arwah meninggal di dalam tidur. Orangnya dalam 40an dan sihat tidak ada penyakit yang diketahui..

Kelebihan solat Jenazah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.

Hadis Rasulullah SAW 

عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa'un 'alaihi.



Di bawah saya kongsikan cara bersolat jenazah yang saya copy dari blog Syahirul.com
Terima kasih banyak atas panduan yang diberikan.

Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

Wednesday, November 6, 2013

HIJRAH 11











Tahun 2008 saya menyambut maal Hijrah di tanah suci Mekah. Pada petang 30 Zulhijjah kami bertolak ke Madinah dengan bas dari hotel penginapan Maktab 83 terletak di Jiyad yang merupakan pertempatan orang Patani di Mekah. Saya mengikut rombongan Muassasah. Perjalanan tertunda sedikit lewat disebabkan masalah salah faham seorang jemaah menaiki bas lain tidak mengikut arahan pengurusan Tabung Haji. Rupanya pasport haji dipegang oleh pengurusan Muassasah. Di dalam basa nama setiap orang dipanggil mengikut pasport haji yang dipegang. Akibat kesilapan seorang jemaah semua 5 biji bas tidak dapat berlepas. Petugas muassasah pergi ke setiap bas dengan pasport yang belum ditemui tuannya sehingga bertemu tuanpunya badan. Pemegang pasport itu seorang lelaki dalam lingkungan 60an. Sangkanya jemaah bebas menaiki mana mana bas dan telah mengikut rakannya..hmm selesai masalah.

Kami berhijrah ke Madinah lebihkurang jam 5.00 petang dan sampai lewat 12.00 tengahmalam. Dalam perjalanan kami berjenti berehat di sebuah restoran Yaman makan nasi ayam mandhi. Rasanya sedap sungguh. Sebelum itu saya telah dinasihatkan rakan yang pernah ke Mekah untuk hanya membeli 1 set kerana ayamnya besar dan nasinya banyak.Benar sungguh, saya berkongsi makan dengan suami. Saya kagum juga dengan suami sendiri kerana walaupun dengan bahasa Arab yang patah patah dia mampu berkomunikasi dengan tokeh Arab Yaman restoran itu. Sampaikan suami saya dipanggil tokeh itu apabila ada masalah berkenaan pulangan wang baki kepada dua jemaah yang ikut rombongan kami. Bolehla walaupun hanya belajar melalui radio slot Hayatul Arabiah dan tunjuk ajar abang naim anak sulung kami. Berbaloi kami hantarkan abang sulong ke Sekolah Rendah An Najaah di Alor Setar.

Seperkara yang pasti kami sungguh teringin berbahasa Arab.

Maksud : Cintailah kalian bangsa arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa arab,dan Al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa arab,dan percakapan ahli syurga itu bahasa arab (Riwayat At-Thobrani di dalam Al-Ausath,Al-Hakim dan Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman)

Perjalanan yang panjang merentas jaringan lebuhraya yang cantik . Saya cuma nampak padang pasir kontang tidak ada pandangan menarik jujurnya.

Kami sampai lewat 12.00 tengahmalam . Selesai urusan check in hotel di Al Haram kami bergegas turun ke Masjid Nawawi. Jarak masjid dekat sungguh dalam 300 meter saja anggaran saya. Masjid terang benderang. Kami solat Magrib dan Isyak Jamak. Suami menghantar dan menunggu di pintu masjid. 


Saya mendapat rakan bilik yang baru. Dua beranak dari Johor, dua berjiran dari Pahang dan saya sendiri. Doa saya sejak dari Mekah supaya tidak berhadas besar dan dapat mengerjakan 40 waktu solat di Masjid Nabawi.Kami sampai pada malam Jumaat. 
Subuh pertama saya di Nabawi saya sembahyang di luar masjid di hadapan tangga. Saya lihat ada jemaah yang bersaf saf juga di luar. Sejuuuk sungguh cuaca di Madinah.  Kemudian dari itu baru saya sedari bahawa ada jemaah yang suka sembahyang di luar dan sepatutnya  saya cuba masuk ke dalam kerana masih ada ruang. Biasanya kebanyakan jemaah memilih berada di saf belakang. Sebab dekat dengan pintu agak saya. Waktu masuk dan keluar pintu macam mesti bertolak tolak walaupun semuanya wanita!!!. 

Ketika menunggu solat zohor saya terdengar suara bising dan saya pun melangut ke atas apabila nampak ada jemaah menuding ke atas.

Bumbung masjid terbuka seperti yang saya lihat di TV. MasyaAllah saya sudah di sini..Subhanallah

Ketika berada di Madinah saya sudah merasai rindu kepada anak anak. Dalam masa yang sama sedih untuk meninggalkan Madinah. Kami dibawa melawat ke Bazar Kurma, masjid Quba', Jabal Uhud dan masjid Kiblatain. Saya singgah turun solat di masjid Quba'. Ketika sampai di Jabal Uhud saya tidak ikut naik dengan jemaah lain keran suami tidak mampu berjalan dan mendaki .
Saya hanya melihat dari jauh.







Sunday, November 3, 2013

HIJRAH



Hari ini adalah hari terakhir kalendar  1434
Hijrah yang bersamaan 4hb. November, 2013.Esok tahun baaru 1445 Hijrah.
Nun di Sungai Limau, Yan  Kedah sedang berlangsung pilihanraya kecil DUN Sungai Limau berikutan kematian Ustaz Azizan Abdul Razak. Komen Ketua Polis Negara yang membanggakan saya sebagai orang Kedah dan orang Yan adalah kempen pilihanraya kecil pertama yang paling amannn. Alhamdulillah! Syabas orang Sungai Limau yang makin matang..terbaikk. angkat ibu jari..

Hakikatnya di sini saya ingin membicarakan perihal Hijrah. Di TV9 Ustaz Dr Danial dijemput 3 hari berturut bermula sejak Jumaat, Sabtu hingga Ahad membicarakan tentang Hijrah hati.Di radio IKIM pula Ustaz Zul Ramli juga membicarakan tentang Hijrah dalam slot 'Laman Nurani'Kita dianjurkan untuk berhijrah dari daerah kelam, suram ke daerah yang terang dan bercahaya . 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Dari perbincangan oleh kedua dua tokoh, apa yang dapat saya fahami adalah meninggalkan semua tabiat buruk dan segera menyempurnakan amalan yang baik contohnya menutup aurat sekiranya belum berbuat demikian, menjaga solat, mengerjakan amalan sunat di samping yang wajib dan istiqomah dalam amalan. Bagaimana untuk menyempurnakan dan merealisasikan Hijrah berkenaan. Dari pemahaman saya adalah dengan meletakkan sasaran dan berazam, berniat dengan berdoa kepada Allah untuk dibersihkan hati dan diberi kelapangan dan dipermudahkan . Model utama adalah cara hidup Rasulullah Saw.

Bahawa Saiditina Ai'syah Ra pernah berkata adalah akhlak Rasulullah Saw adalah sepertimana yang diceritakan di dalam al Quran ul Kareem.,

Berdasarkan kenyataan tersebut, wajar sekali kita mengambil pendekatan dan prinsip bahawa acuan dan landasan yang hendap diterapkan sebagai asas kehidupan adalah dengan mematuhi perintah dan ajaran al Quran dan Hadis agar kita tidak tersasar.

Persoalannya kenapa mesti berhijrah. Ia mesti bagi kita yang inginkan balasan syurga dengan memastikan kita mengumpulkan pahala di dunia ini.

Rasulullah pernah bersabda bahawa hidup di dunia ini adalah ibarat sebagai pedagang yang berniaga. Berusahalah kita utuk mendapatkan keuntungan. Modal yang kita gunakan adalah semuanya dari pemberian Allah Subhanahu Wataala tanpa meminta sebarang balasan dari kita. Hakikatnya kita tidak pernah dan tidak akan mampu untuk membayar bagi apa yang dianugerahkan Allah.
Dari Amirul Mu'minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan."

Bagi diri saya kediri saya ibaratkan saya telah menggunakan tabung oksigen yang diberikan Allah selama tempoh hampir 49 tahun. Oksigen ini semakin berkurangan dan tabungnya juga telah dimakan usia entah boleh jatuh ,pecah, retak dan sebagainya. 

Sebelum masa itu tiba sedaya mungkin saya berazam memnuhkan kantung atau bakul saya atau akaun saya dan seumpamanya dengan pahala, laba yang banyak sebanyak mungkin(perbuatan baik).
Sudah sewajarnya  juga saya mengenalpasti segala kebocoran jika ada untuk ditampal, diplaster( muhasabah diri memperbaiki kekurangan).

Hijrah bukan pada awal tahun sahaja tetapi hendaklah berterusan. Ilmu harus dituntut bagi memastikan hajat dan tujuan hijrah tercapai. Sudah tentulah nmatlamat untuk kehidupan abadi di sana nanti.

Sebagai permulaan abang Naim dengan bersemangat mengajak kami sekeluarga berjemaah di Masjid bagi solat Asar dan Maghrib. Ajakannya tentu sekali ditujukan kepada saya mamanya kerana anak anak saya lelaki semua dan ayah mereka kebiasaannya bersolat di Masjid.

Mulakan pagi dengan doa Mathsurat selepas solat subuh, sunat dhuha , doa akhir tahun selepas solat Asar dan awal tahun selepas soalt Maghrib, bersedekah dan berpuasa sunat teruskan membaca al Quran , hadir ke majlis ilmu, penuhi undangan kenduri, senyum dan mengucapkan salam . In sya Allah.



Sudah tentu banyak lagi amalan yang boleh dibuat, sekadar berkongsi perkara ringan dan mudah untuk amalan harian bagi menafaat semua.








Monday, October 7, 2013

MARI BELI TUPPERWARE

Sambil jalan jalan ke blog dan menulis sikit cerita ceritit nak berjuallah pula. ha.. untuk sesiapa yang berkenan boleh inbox saya
TUPPERWARE MALAYSIA CATALOGUE (01 OCTOBER 2013 - 09 NOVEMBER 2013 ). Menarik comel sangat, sasaran untuk bayi khususnya fokus bulanni. Tetapi produk lain macam biasala juga..lipstik yang owesome colournya. nak tambah koleksi haa, tunggu apa lagi. Belilah, alah membeli menang memakai dengan tupperware brands. http://www.tupperwarebrands.com.my/newcatalog/msia/sept2013  boleh tengok di sini.

Senang, praktikal dan cantikkk . Owesome gitu.




HUJAN TURUN LAGI






Hari ini hujan sejak pagi lagi. Sudah 2 hari pakaian di ampaian, lembab dan dingin. Saya biarkan saja bergantungan..Nasib lah. kalau ada panas pun saya tidak yakin untuk mengambil risiko menolak ampaian ke depan bimbang hujan turun ketika kami tidak ada di rumah. Ku sangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari.
Ingatkan lirik lagu P Ramlee..Tungguuu Sekejap Wahai Kasih, tunggulah sampai hujan teduhh.. Cewahh! teringat satu lagu lagi dari filem "Sarjan Hassan".  Dialog paling saya minat adalah ketika  Hassan masih kanak kanak saudara angkatnya kata: 
" Kalau aku buang songkok engkau" , "Aku ambik" jawap Hassan. Menarik sekali kisahnya.Okey banyak lak lagu kisah hujan ni, cerita dalam lagu..tak lupa lagu Allahyarham  Sudirman: hujan yang turunn bagaikan mutiara dan lain lain lagi.

Hujan oh hujan panggil Uji Rashid pula..Hujan berkat menurunkan suhu panas yang terik 2, 3 hari lepas.  Kalau hujan pagi saya akan menambah laluan menghala ke Jalan Pegawai dan pusing ke Jalan menghala Kuala Kedah . Pastinya laluan sesak dengan kenderaan tanpa mengambil kira  kenaikan harga petrol sebanyak 20 Sen seliter. bila hari hujan semua jadi kelam kabut, kecoh. Alhamdulillah cuaca sejuk. Anak anak sekarang ke sekolah dihantar dan pulang berjemput. 

Terkenang zaman saya sekolah dulu di Sekolah Kebangsaan Yan Kecil, Kedah. Saya berjalan kaki bersama kak Ani setiap pagi dari rumah yang jaraknya hampir satu batu. Kiraan metrik belum digunapakai ketika itu..Lama sudahkan.

Kami akan memakai baju hujan masing masing warna  biru dan kuning yang dibeli oleh ayah. Saya masih ingat budak budak lain di kampung kami dan berjalan bersama kami memakai payung dan cuma kami berdua beradik yang berbaju hujan. Kami akan diketawakan di sepanjang perjalanan dan dipanggil pak lawak sebab berbaju hujan yang potongan besar lurus dan lutsinar bercorak, bertopi sekali baju labuh.
Kami memang rasa malu amat sangat dan kemudian mengadu pada ayah minta dibelikan payung macam kawan kawan lain.

Ayah cuma gelak dan  menasihatkan kami bersabar. Apa nak dimalukan dengan baju hujan tu kalau kita tak basah. Pkai payung nak kena pegang sepanjang jalan, leguh tangan jalan jauh dah tu kalau angin boleh jadi bahaya basah pula tu. Budak budak tu gelak sebab  tidak biasa tengok lepasni dia pula akan minta ayahnya beliakan baju hujan.

Betul kata ayah, tak lama lepas itu saya nampak ada kawan kawan lain seorang demi seorang yang pakai baju hujan macam kami dua beradik..Seperkara lagi yang saya ingat kalau hujan , kami akan pakai kasut yang berbalut dengan plastik untuk lindung kasut dari kotor. Masa tu kasut diletak kapur buku lepas basuh. Sayang kasut putiiih melepaaak!! Sebuku bentuk bulat harga 20 Sen kalau saya masih ingat..itupun  ada juga masanya habis tak terbeli. Susahnya nak dapaat duit masa itu..

Terkenang di masa duluuu.. lagu R. Azmi pulak dah.. Masa mengubah segalanya.
Sedikit coretan perihal hujan. Seperkara yang ingin dikongsi, waktu hujan adalah antara waktu mustajab doa. Kaau hujan di Mekah, orang arab di sana akan keluar berhujan..bezakan dengan kita. 

Tapi suami saya biasa juga ajak anak anak bermain hujan di hadapan rumah. Seronok la anak anak empat beradik. Saya teringin juga tengok tapi malu nak join hehe.

Masa kanak kanak dulu saya duduk di kampung biasa sangat berhujan, basah lencun tutup kepala dengan pelepah pisang macam dalam iklan apa tu kat TV..Nostalgia ..Allah

Friday, September 27, 2013

AKTIVIT JUMAAT II

Assalamaulaikum, 
Aktiviti Jumaat minggu ini 27 September 2013. Kami sekeluarga mengulangi rutin Jumaat dengan maghrib di Masjid pada malam Jumaat dan bacaan yassin ditamatkan dengan solat Isyak di masjid. Pulang ke rumah dikunjungi keluarga Maksu dari Sik . Kesempatan berkunjung untuk mengeratkan silatuurahim dan juga masalah tuntutan tanahnya yang diberi sewa. ok cukup di situ .

Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi kami sekeluarga, selesai solat witir saya mengejutkan 2 anak yang kecil Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal bangun mandi dan bersiap untuk ke masjid.  Saya terus basuh beras dan letakkan dalam periuk elektrik  dan on kan. Saya masukkan pakaian basuhan dan hidupkan mesin basuh pula. Sebaik azan kami sudah siap hidupkan enjin dan zoom.

Saya semakin dapat membiasakan diri dengan kerja tugasan rumah tanpa pembantu, saya beljar bersabar dan redha..  Sebelah petang pula saya tambahkan dengan aktiviti baru tazkirah Jumaat pula.

Biasanya saya akan mengingatkan anak anak memotong kuku dan mandi sunat Jumaat. Alahai anak anakku lelaki semua. Waktu solat Jumaat saya sendirian di rumah. Ambil kesempatan melepaskan lelah sambil hadir majlis ilmu al Hidayah yang menampilkan Ustazah Nor Hafizah Musa.

KELEBIHAN ORANG BERILMU

Rasulullah Saw dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi  daripada Abu Umamah,

Antara lain bermaksud Rasulullah Saw bersabda berkenaan dua orang lelaki . Lelaki pertama adalah seorang yang kuat beribadat manakala yang kedua adalah seorang alim (berilmu).
Rasulullah Saw bersabda bahawa orang yang berilmu adalah lebih tinggi daripada orang abid (beribadat) seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu."

Bagaimanakah kita hendak menjadi orang berilmu sekirannya malas hadir ke majlis ilmu?

Satu hadis lagi meriwayatkan bahawa sesiap yang hadir di majlis ilmu maka segala isi langit (malaikat) akan mengembangkan sayap dan memayunginya dan akan mendoakannya. Masyaallah Tabarakallah marilah kita bersama sama merajinkan diri dan berazam untuk menuntut ilmu kerana Allah. Peruntukkan masa walau sesibuk manapun untuk ilmu ke jalan Allah. Jangan berikan alasan mengatakan tidak boleh. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kalian yang membaca..mari perbaiki diri selagi hayat masih ada.

Saya sekadar ingin menyampaikan walaupun sepotong ayat semoga dapat memberika menafaat kepada pembaca jika ada dan peringatan dan muhasabah diri sendiri sementara hayat masih ada dan badan masih sihat. Bayangkan kalau sudah terlantar, mana mungkin untuk ke majlis ilmu. 




Tiba tiba saya teringat tentang kematian. Semalam kita kehilangan seorang bekas Menteri Besar Kedah lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan Abdul Razak (dianugerahkan gelaran Tan Sri).AlFatihah untuk Allahyarham semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.



Bagaimana pemergian orang yang berilmu sepert Allahyarham, ditalkinkan oleh gurunya dan dikunjungi oleh rakan taulan dan murid yang ramai yang rata rata orang yang berilmu juga. Subhanallah.


Friday, September 20, 2013

AKTIVITI JUMAAT


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Alhamdulillah Allah lanjutkan usia kami sekeluarga sehingga Jumaat ini dengan penuh kesihatan. Aktiviti Jumaat kami sekeluarga bermula sejak malam Khamis lagi. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi memberikan peluang kepada kami menghadirkan diri ke Masjid untuk solat Magrib dan Isyak dan juga majlis bacaan Yassin yang diketuai Imam Masjid Aman Tn Haji Jalal.

Mengimbas kembali kami berpindah ke kediaman sekarang di Taman Anggerik lebihkurang 14 tahun yang lalu. Saya sebenarnya membeli unit kediaman sekarang setelah pembeli asal membatalkan pembeliannya pada tahun 1998 kerana masalah ekonomi negara yang merudum. Bank hanya meluluskan pembiayaan setakat 65% daripada harga jual beli. Saya sebenarnya membuat keputusan membeli rumah ini kerana ia berhampiran Masjid. Hakikatnya saya tidak berpeluang bersolat di Masjid sehinggalah anak sulong saya berusia 10 tahun. Pembetulan bukan tak berpeluang kerana peluang ada tetapi lebih kepada memilih solat di rumah kerana anak anak yang kecil. Alasan  klishe untuk wanita kan.

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga mula menghadirkan diri ke masjid. Sebelum ini cuma Abah kepada anak anak dan abang sulung dan anak kedua sahaja yang berjemaah di masjid. Tahun 2013 kami mengukir sejarah apabila sekeluarga bertamu ke rumah Allah yang terdekat Masjid Aman. Perasaan makin ceria kerana saya telah mengenali kebanyakan jemaah wanita . 

Pada Ramadhan yang lepas kami juga berbuka puasa dan solat Maghrib, Isyak dan terawih di Masjid. Kenapa baru tahun ni? Ya, anak bongsu saya sudah 8 tahun dan sudah dikhatankan. Ahmad Naufal Arief kini sudah pandai bersolat dan menjaga adab di Masjid. Paling menarik sekali di malam Jumaat dia dengan suara manja yang comeiii sangat akan  mengingatkan saya mengejutkannya untuk solat Subuh pagi Jumaat, sujud Sajadah.

Abah kepada anak anak sering mengingatkan saya dan anak anak meneruskan semangat Ramadhan. Permudahkan kami Ya Allah.Teringat ceramah dan kata nasihat Ustaz muda yang popular Don Danial bahawa bersolat jemaah di Masjid adalah penyatuan. Dibuktikan dengan kisah Rasulullah Saw mula sekali ketika sampai ke Madinah telah mendirikan Masjid Quba'. 

Saya teringat kata kata Prof Mohd Kamil dalam satu ceramah yang disiarkan di TV9 bertanya di manakah jemaah Haji yang pernah ke Masjidil Haram di Mekah, kenapa tidak solat di masjid. Pengalaman beliau di Masjid di banyak tempat dari Sudan sehingga ke Pulau Pinang dan ke Alor Setar, Kedah ketika solat Subuh jemaah hanya satu atau dua saf sahaja.

Saya ingatkan anak anak agar biasakan hadir awal ke Masjid untuk mendisiplinkan diri sekiranya kita dijemput Alah bertamu ke Masjidil Haram kita telah bersedia mental dan fizikal. Sehingga kita dijemput kita pegilah ke rumah Allah paling dekat . Bukankah Allah melihat dan dekat dengan kita walaupun di mana sahaja kita berada. Istiqomah anak anak Permata hatiku..

Wednesday, September 4, 2013

Jual Tupperware

Assalamualaikum,  di sini ummi naufal ambil kesempatan dan peluang juga untuk menghebahkan dan berkongsi bisness dengan sapa saja yang berminat. Ummi baru saja bermula join bisness tupperwareni pada pertengahan Julai 2013. Kebetulan masa nak berbelanja di Billion alor Setar ada Distributor Puan Rohaidzan mempromosikan kepada saya untuk sign up ahli. Memang kebetulan sangat saya nak beli bekas tupperware tu. Why not barangannya bagus..tandatangan borang, bayar duit , dia snap gambar ic..dan siap . Tak lama lepas tu saya dapat kad ahli dan brochure tupperware!!!

Dan nilah baru nak promosikan tawaran brochure bagi bulan Ogos. Salinan sendiri belum dapat tapi Penaja Puan Rohaidzan dah poskan pada saya satu dengan tawaran special darinya sebagai motivasiii la tew..
Product yang ditawarkan adalah di sini.
http://thetupperware.blogspot.com/2013/08/tupperware-catalogue-campaign-62013-19.html?spref=bl

Tupperware Catalogue Campaign 6/2013: 19 August - 30 Sept 2013


FreezerMate Fresh Set (limited edition) at special promotion






Pretty Polka Lunch Set. A must have!


Planes Handolier. Little boys favourite!



Moon Cake Gift Set at 15% discount and limited edition Mosaic Keeper at 20% discount!






The Inspire Set comes with RM300 rebate. Promo until 31 August only!

The limited edition green rice dispenser is still available!

free Prism Bowl worth RM138.40 with purchase of Nano Nature Water Filter

free purple fridge water bottle!















Exclusive Purchase with every RM150 purchase

Exclusive Purchase with every RM150 purchase