Saturday, January 19, 2013

RUMAH IDAMAN


Kami telah mendiami rumah kediaman sekarang sejak tahun 1999. Anak kedua saya Ahmad Iqbal Bin Rohaizan dilahirkan setelah 2 bulan berpindah ke rumah ini. Saya mula terfikir untuk menamakan rumah ini. Nama  apa ya?. Ada cadangan sila bagi komen ..

Okey, kebelakangan ini  anak saya terutama yang kecil dah pandai mengomel minta rumah yang bertangga. Bosan katanya rumah takdak tangga aka dua tingkat la..Saya pula rumah sekarang ok, selesa dekat pasar

masjid. Senang nak berjemaah di mesjid terutama sekali di Jumaat Subuh (sujud sajdah) Tapi rumah yang lebih besar tentulah teringin juga. Anak anak juga makin membesar . Ada rumah di kejiranan yang hendak dijual 2 tingkat tapi alahai harganya RM 460,000.00 sampai , Adus..



 Click to view the next image.
                          (Foto dari mudah.my)

2 Storey Semi-D, Taman Rakyat Jalan Sultanah


Cuti hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Hari Keputeraan Sultan Kedah kami mengambil kesempatan melawat dan meneliti rumah berkenaan.

Sebenarnya apa yang diperlukan untuk memenuhi ciri ciri rumah idaman. Macammana nak cakap ya. Sebenarnya saya dan suami walaupun tidak pernah melafazkan secara nyata tapi dapat ditelah dari tindakan adalah orang yang simple biasa biasa saja. tidal cerewet tapi yang pasti kami memilih rumah yang dekat dengan mesjid. Ada ruang yang selesa untuk solat berjemaah seisi keluarga..(rumah sekarang kami biasanya gunakan ruang tamu yang betul betul di hadapan pintu utama. Ruang yang sempit tepatnya.

Bagaiamanapun saya diam diam merasakan walaupun mungkin ramai suri yang tidak sependapat adalah bahawa rumah idaman adalah bilaman  isi rumah dapat berkumpul , beraktiviti bersama. Contohnya makan bersembang dan beribadat mengikut syariaat.

Kami tidaklah alim sangat tetapi berusaha untuk memperbaiki diri dan menambah ilmu.. Kebelakangan ini setelah sikecil sihat (khatan) semua anak lelaki bersama abahnya akan ke masjid Aman yang berhampiran untuk solat bila hari cuti sekolah. Saya pasti keadaan ini akan berubah sekiranya kami tinggal berjauhan mesjid kerana suam saya tidak lagi boleh memandu. Matanya rabun dan jarak penglihatan agak terhad disebabkan masalah kencing manis dan buah pinggang.

Namn saya berdoa untuk mendapatkan rumah idaman yang lebih selesa. Ya Allah aku mohon dipermudahkan urusan bagi mendapatkan rumah idaman  sekiranya yang terbaik bagi kami. Sesungguhnya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami.. Amin


Tuesday, January 15, 2013

Whatsapp?

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Saya agak baru dikenalkan dengan whatsApp oleh seorang kawan. Mungkin dari perkataan Whats   
Up?.  Mulanya saya teruja mengaplikasikannya.  
Saya dapat berhubunga dalam satu kumpulan seperti ahli keluarga misalnya dengan membina kumpulan yang dinamakan ikut suka hati. Kumpulan pertama saya bentuk adalah keluarga.

Kemudian 'Legal  Eagle'  saya dimasukkan oleh kawan kawan yang ahli. Bagaimanapun bagi saya aplikasinya agak terbatas. Saya akui saya ni old fashion tak puas berbual di alam maya. Tambah lagi sejak konvokesyen , ramai anggota Legal Eagle yang saya tidak berjumpa.  Sudah hampir 23 tahun berlalu saya tamat belajar di Fakulti Undang Undang Universiti Malaya. 

Entahlah.. saya rasa tidak pandai nak mencelah perbualan dan memberi komen. Bimbang tidak kena dan mendapat respon yang negatif. Setakat ini saya cuma mengintai dialog kengkawan dan foto foto mereka. Ramai juga member yang seperti saya agaknya sebab asyik asyik orang yang sama saja terlibat.

Di usia sebegini sudah tentu masing masing banyak komitmen. Tapi saya tabik dengan mereka yang berupaya berinteraksi di alam maya ini. Saya sudah tua kot, nalurinya rasa sudah lain.Minatnya berbeza 

WARGA BARU, TAHUN BARU 2013

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat. 

Sejak  berdikari tanpa pembantu rumah saya langsung tidak berpeluang menulis atau update blog saya ni. Pilihan untuk menulis  adalah hak saya sendiri sering ditangguhkan kerana bukan prioritipun!! tapi saya suka.
Tambahan lagi saya sedar bukan ada orang nak bacapun. Tak menarik mungkin.. Saya cuma bercerita kisah keluarga iaitu anak anak saya yang 4 orang dan lelaki semuanya. 
Alhamdulillah! dengan masa meluncur laju anak anak membesar dengan baik Inn Sya Allah..Anak saya yang bongsu sudah masuk tahun 2 dan si Aidil Asharaf sudah masuk Menengah.

Dihari pendaftaran Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sri Ampang waris dan murid diberi maklmat tentang sistem pendidikan yang baru diperkenalkan pada tahun 2012 iaitu sistem KBS yang mana pelajar tidak dinilai berdasarkan pencapaian akedemik semata mata tetapi juga penglibatan dalam sukan , kelab , persatuan pasukan beruniform bagi melahirkan individu yang lebih cemerlang yang seimbang dari segi akademik, mental , spirutual dan pendek kata segalanya. Bagi saya yang sudah menjangkau usia lewat 40an ini saya dengar susah bagi murid dan juga guru. Mudah kata saya tidak faham dan tidak jelas bagaimana matlamat dasar KBS itu akan mencapai sasaran.

Semasa taklimaat lagi, murid murid perempuan  di hadapan saya telah menunjukkan sikap dan tingkahlaku tidak wajar. Mereka bercakap, bergelak tawa, tampar menampar dan mencuit cuit sesama mereka . Suasana jadi bising dan saya pasti ramai waris yang di belakang mereka  hilang tumpuan. Setelah jelas murid murid perempuan si anak kedera (dara) ini tidak memperdulikan kami waris waris yang berkorban masa untuk menghadiri taklimat berkenaan saya ambil keputusan menegur mereka.
Kalau nak berbual kata saya tolong keluar dewan..Agaknya mereka berbisik bisik sesama sendiri, siapa makcik ni garang menyibuk..

Alhamdulillah, mereka akur dan diam selepas itu. Selepas itu semasa sessi pendaftaran saya antara waris yang terawal. Sempatlah ambik peluang berkenalan dengan  guru guru yang bertugas iaitu Cikgu Emy dan Datin Aishah. Rupanya Cikgu Datin Aisyah pernah mengajar di Sekolah Menengah Yan, sekolah saya dulu.
Berita sedih saya dimaklumkan Cikgu Rohani isteri Cikgu Fadhil (guru English di Tingkatan 3) saya telah meninggal dunia. Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah ..Amin
Azam saya adalah untuk menghadiri mesyuarat PIBG sekolah nanti. Saya dan Ahmad Aidil adalah warga baru di Sekolah Menengah Sri Ampang. Saya doakan kami serasi dan dapat menyumbang kepada kemajuan sekolah. Saya juga berdoa Ahmad Aidil Asyraf lebih bersemangat setelah berjaya membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia juga berkeupayaan mendapat  A atau selepas ini Ben 6, In Sya Allah.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Pengurus dan pentadbir.

Saya tulisan saya tidak sebagus blogger lain  seperti Roza Roslan dan suami prof Muhd Kamil, Ben Ashaari, Fatin Liyana , Che Mat Gebu , 1001 resepi dan banyak lagi.Sekadar menyatakan beberapa nama besar dalam dunia blogger. Kelemahan saya lagi satu adalah tidak menyelitkan gambar. Kelemahan saya belum pandai mengupload gambar dari kamera ke pc, hahaha ..nak insert smiley camna ya? Rabun dengan gadjet gadjet ni..alahai..sementara tu boleh belajar kan? Kalau mahu.of course.
 Saya bukan sesiapa. Tapi saya suka juga nak menulis untuk kenangan dan coretan peribadi dan kepada sesiapa yang sudi singgah.

Thursday, December 20, 2012

BAGAIMANA KALAU...




Berita  mengatakan keputusan PMR tahun 2012 akan dikeluarkan pada 20hb Disember.  Tidak sabar rasanya mama Ahmad Naim menunggu tarikh tersebut. Menurut  'my partner in office'  keputusan boleh disemak online dengan hanya memasukkan nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran. Bagaimanapun Ahmad Naim enggan  menyemak online. Biar kita tengok di sekolah sahaja Maktab  Mahmud Jalan Pegawai.  Ditangguhkanlah  debaran dan keterujaan sehingga keesokan paginya .

'Twot twot' bunyi mesej masuk ke Samsung Galaxy Beam saya. Alahai saya baru menuruni tangga pejabat, berkejar ke Dewan Maktab Mahmud. Anati dan Amy dapat 9A, Ahmad Naim macamamana?. Anati   adalah anak Herlina. Tahun lepas kami berkongsi debaran menunggu keputusan UPSR dan juga panggilan MRSM Ulul Albab Kepala Batas. Kami mengandung dan melahirkan dua orang anak di tahun yang sama. Pegi ke kelinik untuk pemeriksaan juga bersama ..he he he . Cepatnya masa berlalu..Amy (Ilhami) ak adalah anak Omayah teman baik saya. Kedua dua mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Mergong, Kedah. Herlina   memaklumkan ...Ha ha ha , bagaimana saya nak jawab . Depa dah tahu result , saya belum sampai , macammana Ahmad Naim. 

Kesal rasa dihati saya sepatutunya terus tunggu  di sekolah sahaja tadi. bila masuk pejabat beginilah jadinya..banyak yang nak dibuat. Sebabnya 2 hari saya berada di Mahkamah Sesyen Sungai Petani kerana perbicaraan.  Saya tidak menjawab terus, macammana nak jawab. bagaimana Ahmad Naim..saya berkira kira bagaimana kalau dia..ooh tidak. Ya Allah , berilah kejayaan kepada anakku juga ../.

Bunyi muzik Kitaro mendayu dayu, hah panggilan pula dari Pak Ngah Joe, saya cuma mengerling. Pastinya Umi Atikah Mansur juga mendapat 8A. Alhamdulillah! tahniah Umi , Pak Ngah dan Mak Ngah. Saya hanya berkata di dalam hati. Pasti soalan yang sama akan didengar kalau telefon dijawab dan ditekapkan di telinga.
"Ahmad Naim macamaman". Saya juga bertanya " Ahmad Naim macammana?

Bagaimana Ahmad Naim kalau.. dan bagaimana saya kalau... bagaimana abahnya kalau...oooh tidak , tak berani saya memikirkan..panik juga...mama yang cool ini.

Sampai sekolah kereta sudah bersusun, saya mencelah juga , viva comel saya parkirkan dekat dengan dewan. Ibu bapa keliatan ada yang ramai sudah di luar dewan. Atas stage tidak ada sesiapa  pelajar dan waris ada duduk dikerusi ada yang beratur..ohh line up di depan meja guru. Mana Ahmad Naim mana ahmad Naim...mana... Sofiah! Saya ditegur ohh kak Rusni . Puterinya juga cemerlang 9A. 

Saya telefon ahmad Naim tak berjawab ..di mana dia  , Bagaimana kalau.....
Mata saya melorot ke hujung dewan ...dan akhirnya nampak anak lelaki saya Ahmad Naim, sihitam manis beruniform Maktab Mahmud  berkopiah putih sedang memasukkan sekeping kertas ke dalam faill kertas manila hijau.. dia menunduk , wajahnya macam sedih..Saya cepatkan langkah dan Ahmad Naim ! Saya panggil , dia menoleh dan senyum biasa bersalam dan mencium tangan saya..
Macammana?  saya tak sabar. Dia senyum sikit dan mengangguk "boleh aa.." macammana? Boleh apa ? 
"Emmm 9A". Allah Allah allah anakku.  Saya peluk Ahmad Naim Ya Allah syukur..Anakku ini...
 Bagaimanlah kalau...tidak berani saya .Pesanan jangan berkalau kalau..tidak baik .
Akhir sekali , tahniah kepada 85 orang pelajar Maktab Mahmud Jalan Pegawai yang mendapat 9A. Saya dimaklumkan kelulusan adalah 100%. 
Tahniah juga untuk pelajar pelajar Sekolah Agama Mergong yang mendapat tempat ketiga  di Daerah Kota Setar. Tempat pertama sekali lagi Sekolah Menengah Asma (perempuan).
Bagi Maktab Mahmud pula adalah sekolah negeri ..pencapaian tidak diambilkra oleh jabatan pendidikan Negeri.

Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa semua saudara , sahabat dan kenalan . Syukur Ya Allah. Segerakan sujud syukur selepas itu. Alhamdulillah..



Friday, December 7, 2012

AKTIVITI JUMAAT

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Pejam celik pejam celik sudah masuk 7 hb. Disember 2012. Semakin hampir tahun baru menjelang. Semakin dekat kita menuju penghujung jalan ..di dunia nyata. Hari  ini Jumaat kami mendapat dua undangan. Kenduri  pada hari Jumaatni biasanya kenduri tahlil. ya, pada tengahhari sebelum solat Jumaat di Taman Mewah kenduri aqiqah manakala  kenduri solat Jumaat pula kenduri  tahlil berkhatan. Semoga majlis kenduri dipenuhi keberkatan dan dapat merapatkan ukhwah di antara jemaah.  Rezeki yang Allah berikan dikongsikan dengan menganjurkan kenduri. Alhamdulillah..

Pagi Jumaat pagi ini rumah saya meriah  sewal jam 5-00 pagi. Anak anak saya kecuali Naufal Arief bangun tanpa dikejutkan , terus pergi mandi, solat sunat dan bersiap untuk ke masjid. Alhamdulillah, buat kali pertama seisi rumah termasuk Bik Sabariah bersiap untuk solat Subuh berjemaah di masjid Aman.  Kami berjalan kaki sahaja, dekat pun. Naufal Arief memakai jubah putih  yang saya belikan untuk abangnya  Aidil Ashraf. Anak anak makin membesar. Saya semakin tua. Teringat saya kenangan  pada Disember, 2008 saya bersama suami dan jemaah lain di Maktab 83 berjalan seawal 2.00 pagi menuju ke masjidil Haram..Sehingga tarikh itu tiba aku mohon kesihatan dari Mu . Ya Allah , berkati kami , ampuni kami dan berikan kami keredhaanMu. Ya Allah , aku mohon kepadaMu kami dapat  bersama mengunjungi rumahMu di Mekah. 

Sementara saat itu Ya Allah kami bersyukur dapat berjemaah di rumahMu di Mesjid Aman. Latihan amali untuk kami menjadi tetamuMu.  Aku percaya di mana juga Allah adalah satu . Berkati kami ya Allah, rahmati kami ya Allah. Subhanallah , Subhanallah, Subhanallah.

Tuesday, December 4, 2012

SUDAH TIBA HARINYA


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Sampai saja di rumah, saya disambut mesra oleh sikecil Naufal Arief. Dia berlari membuka pagar dan membuka pintu penumpang hadapan. "Mama, hari ni Naufal ikut abah sembahyang di masjid, katanya dengan ketawa Naufal pakai baju rayaa." sambungnya lagi. Wahh , anak mama dah sihat, pandai Alhamdulillah! balas saya. Magrib nanti nak ikut ke masjid juga katanya lagi.

Allah, Allah , sudah tiba harinya yang saya tunggu. Semua anak anak permata hatiku berjemaah di masjid. Ya Allah! permudahkan kami mendidik anak anak ini.  Tambahkan iman dan takwa kami. Berikanlah kami hidayahMu Ya Allah.  Semoga ketaatan anak anak kami berterusan sehingga mereka dewasa Ya Allah. Sungguh saya sangat bimbang dengan perkembangan semasa masalah sosial masyarakat sekeliling.

                                                     
                                              wajah Naufal semasa usia 3 tahun




                            Naufal foto raya 2012 Merdeka Raya

Dugaan hidup remaja zaman ini amat tinggi. Dengan pelbagai maklumat entah apa apa didatangkan terus ke rumah. Alhamdulillah sehingga sekarang anak anak saya selesa bergaul dengan kami orang tua mereka.  


Monday, December 3, 2012

SABAR ANAKKU

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.


Sepanjang tempoh berpantang setelah dikhatankan, saya agak sibuk di awal pagi. Memandikan dan membersihkan luka sikecil Naufal. Alhamdulillah , syukur kepadaNya abang abang Naufal banyak membantu. Abang Naim membelikan sarapan kegemaran sikecil iaitu roti canai Nasir. Cuma ada dijual di gerai berhampiran restoran roti bakar di barisan kedai di laluan ke pasar besar Alor Setar.. sedap. Nak tau kena mai cuba sendiri. 
Ketika saya di tempat kerja pula , abang Iqbal mengambil alih jika adik Naufalnya ke tandas. 

Sabar anakku, Naufal saya lihat amat sabar dengan kesakitan dan kelemahan dirinya di sepanjang tempoh berpantang yang bermula pada 24 hb. November, 2012. Semasa dalam perjalanan pulang dari Kampung Kuala Yan Kechil , Yan Kedah (rumah mudim) Naufal mula mengerang dan menangis kesakitan. Saya yang memandu tidak  dapat membantunya yang baring di tempat duduk belakang di pangku abahnya. Ahmad Aidil Asyraf abang yang turut mengiringi atas permintaan si kecil berusaha menenangkan sikecil Naufal dengan berkongsi pengalaman peribadinya.. pandai abang Aidil, sungguh prihatin.

Abah pula memujuk sikecil bersabar dengan mengajak beratib La Ila Ha Illallah , Naufal sabar beratib dengan abah. Saya tidak putus berdoa, Rabbi Yasir Wala Tu Assir, Ya Allah permudahkan urusan ku. Dan sebentar kemudian si kecil lena dalam pangkuan abah sehingga kami sampai ke rumah. Alhamdulillah , saya kagum dengan suami yang sabar melayan si kecil. Syukur ya Allah. 


Ahmad Naufal Arief menjadi agak manja dan merab. Naufal jadi putera raja katanya dengan gembira. Semua abang , mama dengan abah dan Bibik mesti layan Naufal dengan baik . Gembiranya dia mengucapkan kata..

Abang abang pula dengan gembira juga mengatakan , Naufal jangan risau , abang akan layan permintaan Naufal.Dan apa yang dimintanya.. tak banyak cuma nak main game PS2 dan menonton siri kartun yang diminatinya saja. Kalau kebetulan berlaga dengan siaran lain kegemaran abang abang laluan diberikan kepada si kecil.

Apa yang penting, saya dapati anak anak menghargai hubungan persaudaraan mereka dan membantu satu sama lain. Sudah tentu mereka juga bergaduh ( bertengkar ) sekali sekala tetapi cepat berbaik semula. Paling menggembirakan saya setiap lima waktu solat  ketiga tiga abang akan bersama abah bersolat jemaah di masjid. tidak lama lagi ke empat empat permata hati saya dan abahnya kan berjemaah di masjid. Bersabar dan solatlah anakku. Ya Allah ampuni kami dan aku mohon keredhaanMu ..