Sepanjang tempoh berpantang setelah dikhatankan, saya agak sibuk di awal pagi. Memandikan dan membersihkan luka sikecil Naufal. Alhamdulillah , syukur kepadaNya abang abang Naufal banyak membantu. Abang Naim membelikan sarapan kegemaran sikecil iaitu roti canai Nasir. Cuma ada dijual di gerai berhampiran restoran roti bakar di barisan kedai di laluan ke pasar besar Alor Setar.. sedap. Nak tau kena mai cuba sendiri.
Ketika saya di tempat kerja pula , abang Iqbal mengambil alih jika adik Naufalnya ke tandas.
Sabar anakku, Naufal saya lihat amat sabar dengan kesakitan dan kelemahan dirinya di sepanjang tempoh berpantang yang bermula pada 24 hb. November, 2012. Semasa dalam perjalanan pulang dari Kampung Kuala Yan Kechil , Yan Kedah (rumah mudim) Naufal mula mengerang dan menangis kesakitan. Saya yang memandu tidak dapat membantunya yang baring di tempat duduk belakang di pangku abahnya. Ahmad Aidil Asyraf abang yang turut mengiringi atas permintaan si kecil berusaha menenangkan sikecil Naufal dengan berkongsi pengalaman peribadinya.. pandai abang Aidil, sungguh prihatin.
Abah pula memujuk sikecil bersabar dengan mengajak beratib La Ila Ha Illallah , Naufal sabar beratib dengan abah. Saya tidak putus berdoa, Rabbi Yasir Wala Tu Assir, Ya Allah permudahkan urusan ku. Dan sebentar kemudian si kecil lena dalam pangkuan abah sehingga kami sampai ke rumah. Alhamdulillah , saya kagum dengan suami yang sabar melayan si kecil. Syukur ya Allah.
Ahmad Naufal Arief menjadi agak manja dan merab. Naufal jadi putera raja katanya dengan gembira. Semua abang , mama dengan abah dan Bibik mesti layan Naufal dengan baik . Gembiranya dia mengucapkan kata..
Abang abang pula dengan gembira juga mengatakan , Naufal jangan risau , abang akan layan permintaan Naufal.Dan apa yang dimintanya.. tak banyak cuma nak main game PS2 dan menonton siri kartun yang diminatinya saja. Kalau kebetulan berlaga dengan siaran lain kegemaran abang abang laluan diberikan kepada si kecil.
Apa yang penting, saya dapati anak anak menghargai hubungan persaudaraan mereka dan membantu satu sama lain. Sudah tentu mereka juga bergaduh ( bertengkar ) sekali sekala tetapi cepat berbaik semula. Paling menggembirakan saya setiap lima waktu solat ketiga tiga abang akan bersama abah bersolat jemaah di masjid. tidak lama lagi ke empat empat permata hati saya dan abahnya kan berjemaah di masjid. Bersabar dan solatlah anakku. Ya Allah ampuni kami dan aku mohon keredhaanMu ..
No comments:
Post a Comment