Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Saya agak baru dikenalkan dengan whatsApp oleh seorang kawan. Mungkin dari perkataan Whats
Up?. Mulanya saya teruja mengaplikasikannya.
Up?. Mulanya saya teruja mengaplikasikannya.
Saya dapat berhubunga dalam satu kumpulan seperti ahli keluarga misalnya dengan membina kumpulan yang dinamakan ikut suka hati. Kumpulan pertama saya bentuk adalah keluarga.
Kemudian 'Legal Eagle' saya dimasukkan oleh kawan kawan yang ahli. Bagaimanapun bagi saya aplikasinya agak terbatas. Saya akui saya ni old fashion tak puas berbual di alam maya. Tambah lagi sejak konvokesyen , ramai anggota Legal Eagle yang saya tidak berjumpa. Sudah hampir 23 tahun berlalu saya tamat belajar di Fakulti Undang Undang Universiti Malaya.
Entahlah.. saya rasa tidak pandai nak mencelah perbualan dan memberi komen. Bimbang tidak kena dan mendapat respon yang negatif. Setakat ini saya cuma mengintai dialog kengkawan dan foto foto mereka. Ramai juga member yang seperti saya agaknya sebab asyik asyik orang yang sama saja terlibat.
Di usia sebegini sudah tentu masing masing banyak komitmen. Tapi saya tabik dengan mereka yang berupaya berinteraksi di alam maya ini. Saya sudah tua kot, nalurinya rasa sudah lain.Minatnya berbeza
Yang saya suka bila ada imej lucu yang dihantar kawan kawan , saya boleh tersenyum. menghiburkan sebenarnya . Cuma saya tak pandai nak explore, ekpres apa apa ..hmm
ReplyDelete