Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Sejak berdikari tanpa pembantu rumah saya langsung tidak berpeluang menulis atau update blog saya ni. Pilihan untuk menulis adalah hak saya sendiri sering ditangguhkan kerana bukan prioritipun!! tapi saya suka.
Tambahan lagi saya sedar bukan ada orang nak bacapun. Tak menarik mungkin.. Saya cuma bercerita kisah keluarga iaitu anak anak saya yang 4 orang dan lelaki semuanya.
Alhamdulillah! dengan masa meluncur laju anak anak membesar dengan baik Inn Sya Allah..Anak saya yang bongsu sudah masuk tahun 2 dan si Aidil Asharaf sudah masuk Menengah.
Dihari pendaftaran Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sri Ampang waris dan murid diberi maklmat tentang sistem pendidikan yang baru diperkenalkan pada tahun 2012 iaitu sistem KBS yang mana pelajar tidak dinilai berdasarkan pencapaian akedemik semata mata tetapi juga penglibatan dalam sukan , kelab , persatuan pasukan beruniform bagi melahirkan individu yang lebih cemerlang yang seimbang dari segi akademik, mental , spirutual dan pendek kata segalanya. Bagi saya yang sudah menjangkau usia lewat 40an ini saya dengar susah bagi murid dan juga guru. Mudah kata saya tidak faham dan tidak jelas bagaimana matlamat dasar KBS itu akan mencapai sasaran.
Semasa taklimaat lagi, murid murid perempuan di hadapan saya telah menunjukkan sikap dan tingkahlaku tidak wajar. Mereka bercakap, bergelak tawa, tampar menampar dan mencuit cuit sesama mereka . Suasana jadi bising dan saya pasti ramai waris yang di belakang mereka hilang tumpuan. Setelah jelas murid murid perempuan si anak kedera (dara) ini tidak memperdulikan kami waris waris yang berkorban masa untuk menghadiri taklimat berkenaan saya ambil keputusan menegur mereka.
Kalau nak berbual kata saya tolong keluar dewan..Agaknya mereka berbisik bisik sesama sendiri, siapa makcik ni garang menyibuk..
Alhamdulillah, mereka akur dan diam selepas itu. Selepas itu semasa sessi pendaftaran saya antara waris yang terawal. Sempatlah ambik peluang berkenalan dengan guru guru yang bertugas iaitu Cikgu Emy dan Datin Aishah. Rupanya Cikgu Datin Aisyah pernah mengajar di Sekolah Menengah Yan, sekolah saya dulu.
Berita sedih saya dimaklumkan Cikgu Rohani isteri Cikgu Fadhil (guru English di Tingkatan 3) saya telah meninggal dunia. Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah ..Amin
Azam saya adalah untuk menghadiri mesyuarat PIBG sekolah nanti. Saya dan Ahmad Aidil adalah warga baru di Sekolah Menengah Sri Ampang. Saya doakan kami serasi dan dapat menyumbang kepada kemajuan sekolah. Saya juga berdoa Ahmad Aidil Asyraf lebih bersemangat setelah berjaya membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia juga berkeupayaan mendapat A atau selepas ini Ben 6, In Sya Allah.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Pengurus dan pentadbir.
Saya tulisan saya tidak sebagus blogger lain seperti Roza Roslan dan suami prof Muhd Kamil, Ben Ashaari, Fatin Liyana , Che Mat Gebu , 1001 resepi dan banyak lagi.Sekadar menyatakan beberapa nama besar dalam dunia blogger. Kelemahan saya lagi satu adalah tidak menyelitkan gambar. Kelemahan saya belum pandai mengupload gambar dari kamera ke pc, hahaha ..nak insert smiley camna ya? Rabun dengan gadjet gadjet ni..alahai..sementara tu boleh belajar kan? Kalau mahu.of course.
Saya bukan sesiapa. Tapi saya suka juga nak menulis untuk kenangan dan coretan peribadi dan kepada sesiapa yang sudi singgah.
No comments:
Post a Comment