Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Sampai saja di rumah, saya disambut mesra oleh sikecil Naufal Arief. Dia berlari membuka pagar dan membuka pintu penumpang hadapan. "Mama, hari ni Naufal ikut abah sembahyang di masjid, katanya dengan ketawa Naufal pakai baju rayaa." sambungnya lagi. Wahh , anak mama dah sihat, pandai Alhamdulillah! balas saya. Magrib nanti nak ikut ke masjid juga katanya lagi.
Allah, Allah , sudah tiba harinya yang saya tunggu. Semua anak anak permata hatiku berjemaah di masjid. Ya Allah! permudahkan kami mendidik anak anak ini. Tambahkan iman dan takwa kami. Berikanlah kami hidayahMu Ya Allah. Semoga ketaatan anak anak kami berterusan sehingga mereka dewasa Ya Allah. Sungguh saya sangat bimbang dengan perkembangan semasa masalah sosial masyarakat sekeliling.
wajah Naufal semasa usia 3 tahun
Naufal foto raya 2012 Merdeka Raya
Dugaan hidup remaja zaman ini amat tinggi. Dengan pelbagai maklumat entah apa apa didatangkan terus ke rumah. Alhamdulillah sehingga sekarang anak anak saya selesa bergaul dengan kami orang tua mereka.

No comments:
Post a Comment