Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Pejam celik pejam celik sudah masuk 7 hb. Disember 2012. Semakin hampir tahun baru menjelang. Semakin dekat kita menuju penghujung jalan ..di dunia nyata. Hari ini Jumaat kami mendapat dua undangan. Kenduri pada hari Jumaatni biasanya kenduri tahlil. ya, pada tengahhari sebelum solat Jumaat di Taman Mewah kenduri aqiqah manakala kenduri solat Jumaat pula kenduri tahlil berkhatan. Semoga majlis kenduri dipenuhi keberkatan dan dapat merapatkan ukhwah di antara jemaah. Rezeki yang Allah berikan dikongsikan dengan menganjurkan kenduri. Alhamdulillah..
Pagi Jumaat pagi ini rumah saya meriah sewal jam 5-00 pagi. Anak anak saya kecuali Naufal Arief bangun tanpa dikejutkan , terus pergi mandi, solat sunat dan bersiap untuk ke masjid. Alhamdulillah, buat kali pertama seisi rumah termasuk Bik Sabariah bersiap untuk solat Subuh berjemaah di masjid Aman. Kami berjalan kaki sahaja, dekat pun. Naufal Arief memakai jubah putih yang saya belikan untuk abangnya Aidil Ashraf. Anak anak makin membesar. Saya semakin tua. Teringat saya kenangan pada Disember, 2008 saya bersama suami dan jemaah lain di Maktab 83 berjalan seawal 2.00 pagi menuju ke masjidil Haram..Sehingga tarikh itu tiba aku mohon kesihatan dari Mu . Ya Allah , berkati kami , ampuni kami dan berikan kami keredhaanMu. Ya Allah , aku mohon kepadaMu kami dapat bersama mengunjungi rumahMu di Mekah.
Sementara saat itu Ya Allah kami bersyukur dapat berjemaah di rumahMu di Mesjid Aman. Latihan amali untuk kami menjadi tetamuMu. Aku percaya di mana juga Allah adalah satu . Berkati kami ya Allah, rahmati kami ya Allah. Subhanallah , Subhanallah, Subhanallah.
No comments:
Post a Comment