Friday, November 25, 2011

AL HAFIZ

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.



Bagaimanakah hendak mendidik anak anak sekiranya ibu bapa itu sendiri kurang ilmunya. Kita tidak memerlukan ijazah untuk menjadi pendidik kepada anak anak namun bagi ibubapa yang berpendidikan ia adalah bonus.

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu agama. Bagaimana untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptannya. Justeru pemilihan sekolah dan sistem pendidikan adalah agenda penting bagi ibu bapa.

"Dan tidaklah aku  menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"
Surah Dzariat: 56

Sebagai insan kita seharusya sedar untuk apa kita dijadikan . Apakah tanggungjawab dan tugas kita yang perlu dilaksanakan dalam memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap anak anak Permata Hati. Tanggungjawab yang meliputi keperluan rohani dan jasmani.


Keperluan hidup meliputi kediaman dan persekitaran yang selamat, makanan yang sihat, kasih sayang , pendidikan. Pendidikan menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. pendidikan akedemik dan agama.


Saya dan suami cuba merancang pendidikan menengah bagi anak kedua kami Ahmad Iqbal yang mendapat 5A di dalam pepriksaan UPSR 2011 baru baru ini.
Ahmad Iqbal memohon ke sekolah aliean agama Intergrasi Kubag Pasu , MRSM Ulul Albab di Kepala Batas dan juga Maktab Mahmud di Jalan Pegawai , Alor Setar.
Pada 22-hb November beliau hadir ke sekolah intergrasi Kubang Pasu untuk temuduga. Saya sendiri yang menemankan ahmad Iqbal kerana abahnya terpaksa menjalani rawatan dialisis yang dijadualkan pusat dialisis untuknya.


Dalam sesi temuduga, pelajar diminta menduduki ujian jawi, alquran, hafazan, lisan bahasa Inggeris , Bahasa Arab , Jawi dan kecergasan .
Sebelum itu sesi taklimat juga diberikan kepada waris waris pelajar. Saya difahamkan lebihkurang 180 orang pelajar yang dipanggil temuduga dan hanya 20 orang terbaik yang akan dipilih. Bahawa jumlah ini adalah bagi memenuhi kuota sekolah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan.belajar menghafal al quran.
Menariknya pelajar ang terpilih akan berpeluang untuk belajar menghafal al quran pada setiap hujung minggu dari guru guru berkelayakan yang didatangkan dari Kolej Universiti Insaniah mengikut modul Kolej Insanaiah sendiri. Alhamdulillah.


Waris diingatkan untuk memberikan kerjasama dan sokongan dengan tidak menggangu ( mengambil0 anak anak pulang di hujung minggu. Bagaimanapun sasaran hafalan adalah satu juzuk setiap tahun beerti 5 juzuk minimum sekiranya tamat tingkatan Lima. Sudah tentu tiada tekanan bagi pelajar menghabiskan surah dalam tempoh tertentu dan kemajuan dan progres hafalan adalah tertakluk kepada kemampuan pelajar.


Matlamat pihak sekolah memperkenalkan hafalan al quran adalah bagi meningkatkan disiplin dan fokus pelajar terhadap pelajaran dan aktiviti sekolah. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menghafal al quran , mindanya lebih fokus dan hatinya lebih terang menerima pelajaran. Apa yang pasti pelajar akan sentiasa mendampingi al quran, berinteraksi dengan Allah dengan membaca kalam Allah.


" Bacalah al Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya"  ( Hadis riwayat Muslim)

Mendengarkan ini hati saya terbuka dan berdoa supaya Ahmad Iqbal dapat menjadi Hafiz. "Ya Allah, Engkau pilihlah anakku menjadi seorang al hafiz , permudahkan baginya dan permudahkan bagiku dan keluargaku membantunya Ya, Allah.


Seorang ibu dari Kepala Batas menyuarakan kebimbangannya. Saya difahamkan beliau teringin anaknya menghafal al quran. Beliau membandingkan sistem MRSM Ulul Albab dan Sekolah Menengah Intergari. Di Ulul Albab pelajar belajar menghafal sebagai satu silibus. Pelajar diwajibkan menghafal 10 juzuk setiap tahun. ibu ini bimbang anak anak akan terbeban dengan akedemik dan penat (teruk) menghafal di usia yang lebih muda. Pelajar ini masih boleh menghafal setelah tamat SPM , dengan kata lain setelah tamat Tingkatan Lima. Beliau seolah olah tidak berapa setuju pelajar bersusah di usia muda. Saya pula hanya mendengar dan dilihat dari satu segi benar juga pendapat ibu itu.


Pulang dari temuduga tersebut saya ceritakan kepada suami program hafalan yang akan dilaksanakan. Suami saya gembira dan mula berkenan dengan Sekolah Menengah Intergrasi. Suami pula bertanya apa akan jadi selepas itu (tamat Tingkatan Lima) . Bimbang pula anak akan berubah fikiran , leka dengan akedemik semata dan meninggalkan hafalan setelah itu. Sistem di MRSM Ulul Albab lebih baik katanya. Lebih mudah menghafal di usia muda tanpa banyak gangguan sosial . Benar juga fikir saya.  Sistem pendidikan Maktab Mahmud pun tenyata baik .


Apapun kita jangan lupa kita hanya merancang dan berusaha. Allah yang akan tentukan di mana tempat Ahmad Iqbal. Allah akan pilih siapa yang hendak dipilih menjadi al hafiz, bila dan bagaimana.


Ya Allah , Engkau Penentu segalanya. Permudahkan bagiku, tempatkan anakku sebagai seorang tahfiz.

Sunday, October 30, 2011

Duitkah Yang Dicari? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Semasa blogwalking ke  i luv islam, terbaca  artikel ini.
Satu pengalaman yang perlu dikongsikan dan dijadikan renungan.  Perkara baik dijadikan iktibar, yang buruk dijadikan sempadan, jangan diamalkan. Tujuan hidup manusia sebagai hamba adalah tidak lain dari beribadat kepada Allah.  Rezeki yang diusahakan hanyalah sekadar bekalan untuk keperluan kita meneruskan perjalanan ke kehidupan abadi . Semua manusia mempunyai destinasi yang sama bukan pilihan sendiri. Destinasi yang tidak boleh diubah iaitu negeri akhirat.
Ya Allah ! tambahkan imanku dan kau sudahi kehidupanku dengan pengakhiran yang baik. Tetapkan imanku ya Allah.
Ingin tahu sila klik di sini.
Duitkah Yang Dicari? iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, October 27, 2011



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Imam Alusi berkata:
"Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak hak Allah dan hak hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan ataupun kepercayaan."

Sentiasalah berusaha menjadi pemimpin terbaik kepada anak anak kita. Berfikirlah seperti pemimpin. Bagaimana hendak kita melaksanakannya?  Seperkara yanag mudah tetapi sering diabaikan ialah berdoa kepada Allah. Setiap kali lepas solat. Amalan saya adalah berdoa dari hati dengan bahasa melayu- Antaranya : " Ya Allah! permudahkan aku membimbing dan mengasuh mereka menjadi anak anak yang soleh , beriman kepadaMu dan kasih kepada Allah dan Rasul. .Berikan kesabaran dan ketabahan kepadaku menjadi hambamu dan pemimpin kepada anak anakku..kau masukkan aku, suami dan anak anakku di dalam golongan orang yang bertaqwa...  Amen"

Dalam surah  Al Furqan :74 yang bermaksud

" Dan jadikanlah kami imam (pemimpin ) bagi orang orang yang bertakwa" .

Bagi mencapai maksud dan doa yang dipanjatkan , saya menyokong tindakan suami yang bertegas memastikan anak sulung dan kedua bersolat jemaah  di masjid setiap waktu asar , magrib dan isyak pada hari sekolah .

Pada hujung minggu khususnya Jumaat dimulai dengan solat subuh berjamaah di masjid. Alasannya bukankah  satu daripada orang yang akan mendapat  kunci syurga adalah anak muda yang hatinya tertambat di masjid!.
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau amat dekat dan mendengar walaupun suara hatiku, berkati aku dan anak anakku.."

Saya amat tidak bersetuju dan kesal dengan sikap sesetengah ibubapa yang memberikan alasan anak anak mereka tidak digalakkan berjemaah di masjid kerana akan menduduki peperiksaan.
Seolah olah berjemaah di masjid itu membuang masa. Semoga mereka diberikan hidayahMu Ya Allah.
               Surah Al-Anfal: 29 yang bermaksud :-
               " Wahai mereka yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah Dia akan memberikan kepadamu furqan menghapuskan segala kesalahannu serta mengampuni dosa dosamu"
    
Sahabat Abdullah Bin Abbas, Imam Mujahid, Irkimah, Dahhak, Qatadah dan Muqatil bin Hayyan mentafsirkan kalimat "furqan" dalam ayat ini sebagai jalan keluar.
Siapakah yang memberi ilmu kepadamu ? Bukankah Allah yang memberikan ilmu dan pemahaman kepada kita.

Saya beranggapan kalau tidak dapat berjemaah setiap hari,  berusahalah seminggu sekali paling kurang , supaya tidak timbul perasaan segan di hati anak anak bersuaikenal dengan jemaah masjid yang majoritinya orang dewasa tahap tiga ( golongan pencen) .

Saya bersyukur melihat anak anak saya dengan senang hati bersiap sedia untuk ke masjid . "Ya Allah! Ku pohon padaMu semoga sentiasa menambahkan iman kepadaku dan anak anakku"

Seperkara yang perlu diingat adalah iman itu ada pasang surutnya. Iman seperti pokok yang perlu dibajai, dijaga dan disiram dengan ilmu.
Sebolehnya kita hendaklah memperuntukkan masa untuk menuntut ilmu agama. Kadang kadang kita terlalai walaupun ada pengetahuan. 

Rujukan: Tip Tip Cemerlang daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin

fOTO:  Google





Saturday, October 15, 2011

MASAKAN MAMA



Foto ehsan blog masakan .

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Anak anak saya meningkat ke usia remaja. Benar kata jiran saya Kak Ton, 'anak lelaki ni kuat makan'. Nanti bila umurnya dah mencapai 10 hingga 11 tahun nanti boleh tengok lah..". Sekarang Ahmad Naim sudah 14 tahun, Iqbal 12 , Aidil  Ashraf  10 tahun, memang boleh tahan selera makan mereka.  Kalau dah  makan  siap bagi komen lagi.

"Mama! masakan mama menunjukkan peningkatan terutama sekali selepas raya" puji Naim berseungguh sungguh. "Betul mama! sampuk Iqbal sambil angkat angkat keningnya. Kemudian cepat menyambung .."mama boleh dak petang ni kita pi Popular, Iqbal naka beli buku lawak kampus, kan boleh kan.? Tau dah kalau banyak puji, dengan senyum senyum biasanya  ada la yang nak diminta..Kena juga layan anak anakni..

Selepas hampir 3 bulan pembantu rumah saya berhenti dan pulang ke negaranya, saya sudah semakin selesa dan biasa dengan rutin tugas ibu. Cuma yang kurang adalah masa untuk diri sendiri.
Saya kurangkan aktiviti 'blogwalking'.

Seperkara yang positif saya lebih menghargai masa, bersabar sesuai dengan usia yang semakin meningkat matang ( agaknya, takut sebut tua).

Saya puas walaupun agakm kelamkabut menyediakan makan pakai untuk anak anak dan suami. Penat tetapi puas. Dulunya saya kuat merajuk, agak berkira  tugas dan masa dengan suami, namun selepas suami saya sakit saya boleh berubahh.. walaupun penat.

Petangni saya sediakan juadah popia goreng untuk minum petang . Tentu saja hari Sabtu , saya cuti. Saya ambil petua dari  kenalan, Dr Azilah. Katanya popia yang disediakan boleh disimpan di dalam freezer dan tahan sehingga seminggu.  Boleh dikeluarkan dan digoreng untuk minum petang atau bila ada tetamu. Intinya dibuat dari 7 bahan. Nanti saya kongsikan resepinya kalau dapat komen positif dari Permata Hati saya.

Pagi tadi pula saya sediakan 'peknga nyok' yang dikenali sebagai lempeng kelapa. Saya katakan kepada anak anak saya menu kampung sudah dijadikan menu sarapan di hotel. Tentulah- sebab orang kampung sudah mampu bersarapan di hotel.

Makan tengahhari tadi selepas pulang dari kelas tafakuh, saya sempat menyediakan sambal tumis bilis dengan nenas, ayam goreng berempah dan sayur campur.

Cilinya saya sudah kisarkan beberapa hari lepas-sedia untuk digunakan bila bila perlu. Ayam pula telah saya perap dengan ramuan rempah yang juga dikisar siap guna sejak awal pagi. Seperkara lagi saya sentiasa mendoakan makanan yang saya sediakan membawa keberkatan dan kebaikan. Mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga.   Wahhh! mama sudah semakin pandai mengurus, kerja jadi makin mudah. Petangni mama sempat pula update blog.  Tapi mama belum pandai nak letak foto foto masakan sendiri. Agak ketinggalan tapi I follow!

Mungkin adaka orang yang baca blog togel ini,

Wednesday, October 5, 2011

permata hati: SALAM

permata hati: SALAM: Assalamualikum! Ucapan yang membawa maksud selamat sejahtera kepada orang yang menerima salam. Selamat sejahtera kapadamu juga sebagai jawap...

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Monday, October 3, 2011

ANAK ANAK

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Hari minggu lepas 30 hb September, sempurnalah ke Empat empat putera Permata hati saya mendapat demam.
Entah apa virusnya, seorang demi seorang bermula dari sibongsu, sehingga putera keTiga dan akhir sekali putera sulung.
Aduuh.... sudah hampir 10 hari saya dan suami bergilir berjaga malam, Dikala sibongsu dan putera keTiga Ahmad Aidil
makin pulih, abangnya Ahmad Ibal pula menyusul diikuti dengan Ahmad Naim yang paling tua berusia 14 tahun.
Alhamdulillah abah mereka bertahan dan stabil di sepanjang tempoh anak anak demam. 2 hari saya tidak masuk pejabat.

Dan Jumaat lepas saya segera membawa 2 Permata Hati saya ke KMC Alor Setar. Si Iqbal terpaksa dipimpin berjalan kerana kepalanya pening, dan telah beberapa kali dia muntah. Bagaimanapun abangnya lebih tenang dan nampak 'steady' saja. Selepas diperiksa suhu badan Iqbal mencecah 39-7%. Dia dimasukkan ke wad kecemasan , rehat sebentar untuk diambil sample darah. Abangnya pula hanya diberi ubat . Oops lupa pula KMC dah mengenakan caj parkir. Tak tau saya sejak bila. Bagaimanapun kereta tetap penuh... Jumaat makin ramai pesakit. Saya membawa mereka terus ke bahagian kecemasan 24 jam. Saya yakin klinik pakar pasti ramai yang menunggu..
Selasa lepas Ahmad Naim yang menemankan saya disesi petang, manakala Iqbal di sesi malam untuk Ahmad Naufal mengambil 'neubolizer' .

Selepas hampir 3 jam menunggu, Alhamdulillah doktor mengesahkan bukan denggi ataupun kepialu dan tidak memerlukan rawatan 'drip'- beerti tidak perlu ditahan di wad.
Bagus sebab saya boleh bawa mereka pulang dan tidak risaukan mereka yang ditinggalkan di rumah. Kerisauan difikiran hanyalah bil rawatan, sudah tentu tidak ditanggung penginsuran. Alahai anak, asalkan kalian kembali sihat...

Pendekkan cerita bil rawatan mereka berempat mencecah RM500-00. Alhamdulillah saya dan abahnya bertahan. Sudah 2 bulan saya tidak ada pembantu rumah . Ooo penatnya. Demam jenis apa ini sekejap lepas diberi ubat, mereka seperti sembuh dan ceria. Empat jam kemudiannya badan kembali panas, tidak bermaya dan hilang selera makan. Iqbal pula walaupun berbadan besar (agak montel) mengerang ngerang -entah cuba menarik simpati abah, mama, abang dan adik.

Untung Iqbal abangnya memahami dan rajin melayan kerenahnya..Permata Hatiku..

Sunday, August 7, 2011

Jom Masak


Waktu tenhahhari begini seronok melawat dapur dapur bloger masak memasak. Terjumpa resepi ini dari Diana. Terima kasih Diana yang sudi berkongsi resepi. Nampak bahan bahannya boleh dikatakan berkhasiat. Belum pernah saya jumpa dalam mana mana buku atau blog lagi. Ada kepelbagaian dalam menu yang pernah dicuba. Untuk sesiap yang berminat, Insyaallah saya sendiri ingin mencubanya . Sementara itu saya linkkan di sini resepi Kuih Lobak Putih yang nampak teliur

Kuih Lobak Putih...

Berbalik kepada aktiviti harian, seawal jam 4.00 pagi sejal 1 Ramadhan 1432. Pembantu saya tini sudah dihantarkan pulang ke kampung lamannya kerana ingin beraya dengan keluarga sementelah permitnya tamat pada 14 hb. Ogos, 2011.
Tini baru menghubungi saya (tepon) . Dia selamat sampai ke rumah , bagaimanapun begnya yang berisi milo untuk buah tangan familinya hilang , tidak dapat dipungut. Bayaran dikeluarkan sebanyak RM150-00 untuk beg dan bungkusan tidak menjaminkan apa apa. Sudah tidak ada rezeki pujuk saya.
Kesibukan ibu yang bekerja menguruskan rumahtangga tanpa pembantu adalah sinonim, almaklum semua tahu.

Seperkara yang saya sedar, walaupun sibuk ada rasa seronok dan puas melayan suami dan anak anak dan melakukan sendiri urusan rumah. Anih juga ya!
Bagaimanapun soal perasan dan fikiran kekadang sukar untuk dirasionalkan-

Di pejabat saya diuji dengan sikap staf yang entah sombong ka apa. Saya tegas bahawa waktu pulang dicepatkan 15 minit cuma. Alasannya mereka enggan kerja lebih awal 15 minit . Saya dan partner kurangkan waktu rehat . Wah..! macam berpakat satu ofis tunjuk muka masam. Baru bercadang nak bagi bonus 2 bulan untuk kongsi kegembiraan. Bila dilayan macam gitu, rasa macam tak dihargai sebagai majikan. Kalau mula kerja lamabat , balik nak cepat, waktu rehat betul betul rehat, macammana kerja nak jalan lancar, kalau masalah dengan klien yang takpuas hati haa jawablah sendiri. Pandai lak nak pas ke bos.

Tak terfikir ka, kalau ada banyak kerja tu rezeki, boleh bayar gaji, bonus dapat kerja yang terjamin.. Habis kalau asyik tertangguh mana klien nak bagi job. Mana fulusnya. Takkan nak bayar dia tiap bulan datang langut kat ofis ja.. Hai... makan hati. Sungguh tidak sopan . Agaknya belum matang kot... pujuk hati sendiri.