Foto ehsan blog masakan .
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Anak anak saya meningkat ke usia remaja. Benar kata jiran saya Kak Ton, 'anak lelaki ni kuat makan'. Nanti bila umurnya dah mencapai 10 hingga 11 tahun nanti boleh tengok lah..". Sekarang Ahmad Naim sudah 14 tahun, Iqbal 12 , Aidil Ashraf 10 tahun, memang boleh tahan selera makan mereka. Kalau dah makan siap bagi komen lagi.
"Mama! masakan mama menunjukkan peningkatan terutama sekali selepas raya" puji Naim berseungguh sungguh. "Betul mama! sampuk Iqbal sambil angkat angkat keningnya. Kemudian cepat menyambung .."mama boleh dak petang ni kita pi Popular, Iqbal naka beli buku lawak kampus, kan boleh kan.? Tau dah kalau banyak puji, dengan senyum senyum biasanya ada la yang nak diminta..Kena juga layan anak anakni..
Selepas hampir 3 bulan pembantu rumah saya berhenti dan pulang ke negaranya, saya sudah semakin selesa dan biasa dengan rutin tugas ibu. Cuma yang kurang adalah masa untuk diri sendiri.
Saya kurangkan aktiviti 'blogwalking'.
Seperkara yang positif saya lebih menghargai masa, bersabar sesuai dengan usia yang semakin meningkat matang ( agaknya, takut sebut tua).
Saya puas walaupun agakm kelamkabut menyediakan makan pakai untuk anak anak dan suami. Penat tetapi puas. Dulunya saya kuat merajuk, agak berkira tugas dan masa dengan suami, namun selepas suami saya sakit saya boleh berubahh.. walaupun penat.
Petangni saya sediakan juadah popia goreng untuk minum petang . Tentu saja hari Sabtu , saya cuti. Saya ambil petua dari kenalan, Dr Azilah. Katanya popia yang disediakan boleh disimpan di dalam freezer dan tahan sehingga seminggu. Boleh dikeluarkan dan digoreng untuk minum petang atau bila ada tetamu. Intinya dibuat dari 7 bahan. Nanti saya kongsikan resepinya kalau dapat komen positif dari Permata Hati saya.
Pagi tadi pula saya sediakan 'peknga nyok' yang dikenali sebagai lempeng kelapa. Saya katakan kepada anak anak saya menu kampung sudah dijadikan menu sarapan di hotel. Tentulah- sebab orang kampung sudah mampu bersarapan di hotel.
Makan tengahhari tadi selepas pulang dari kelas tafakuh, saya sempat menyediakan sambal tumis bilis dengan nenas, ayam goreng berempah dan sayur campur.
Cilinya saya sudah kisarkan beberapa hari lepas-sedia untuk digunakan bila bila perlu. Ayam pula telah saya perap dengan ramuan rempah yang juga dikisar siap guna sejak awal pagi. Seperkara lagi saya sentiasa mendoakan makanan yang saya sediakan membawa keberkatan dan kebaikan. Mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga. Wahhh! mama sudah semakin pandai mengurus, kerja jadi makin mudah. Petangni mama sempat pula update blog. Tapi mama belum pandai nak letak foto foto masakan sendiri. Agak ketinggalan tapi I follow!
Mungkin adaka orang yang baca blog togel ini,
No comments:
Post a Comment