Monday, October 3, 2011

ANAK ANAK

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Hari minggu lepas 30 hb September, sempurnalah ke Empat empat putera Permata hati saya mendapat demam.
Entah apa virusnya, seorang demi seorang bermula dari sibongsu, sehingga putera keTiga dan akhir sekali putera sulung.
Aduuh.... sudah hampir 10 hari saya dan suami bergilir berjaga malam, Dikala sibongsu dan putera keTiga Ahmad Aidil
makin pulih, abangnya Ahmad Ibal pula menyusul diikuti dengan Ahmad Naim yang paling tua berusia 14 tahun.
Alhamdulillah abah mereka bertahan dan stabil di sepanjang tempoh anak anak demam. 2 hari saya tidak masuk pejabat.

Dan Jumaat lepas saya segera membawa 2 Permata Hati saya ke KMC Alor Setar. Si Iqbal terpaksa dipimpin berjalan kerana kepalanya pening, dan telah beberapa kali dia muntah. Bagaimanapun abangnya lebih tenang dan nampak 'steady' saja. Selepas diperiksa suhu badan Iqbal mencecah 39-7%. Dia dimasukkan ke wad kecemasan , rehat sebentar untuk diambil sample darah. Abangnya pula hanya diberi ubat . Oops lupa pula KMC dah mengenakan caj parkir. Tak tau saya sejak bila. Bagaimanapun kereta tetap penuh... Jumaat makin ramai pesakit. Saya membawa mereka terus ke bahagian kecemasan 24 jam. Saya yakin klinik pakar pasti ramai yang menunggu..
Selasa lepas Ahmad Naim yang menemankan saya disesi petang, manakala Iqbal di sesi malam untuk Ahmad Naufal mengambil 'neubolizer' .

Selepas hampir 3 jam menunggu, Alhamdulillah doktor mengesahkan bukan denggi ataupun kepialu dan tidak memerlukan rawatan 'drip'- beerti tidak perlu ditahan di wad.
Bagus sebab saya boleh bawa mereka pulang dan tidak risaukan mereka yang ditinggalkan di rumah. Kerisauan difikiran hanyalah bil rawatan, sudah tentu tidak ditanggung penginsuran. Alahai anak, asalkan kalian kembali sihat...

Pendekkan cerita bil rawatan mereka berempat mencecah RM500-00. Alhamdulillah saya dan abahnya bertahan. Sudah 2 bulan saya tidak ada pembantu rumah . Ooo penatnya. Demam jenis apa ini sekejap lepas diberi ubat, mereka seperti sembuh dan ceria. Empat jam kemudiannya badan kembali panas, tidak bermaya dan hilang selera makan. Iqbal pula walaupun berbadan besar (agak montel) mengerang ngerang -entah cuba menarik simpati abah, mama, abang dan adik.

Untung Iqbal abangnya memahami dan rajin melayan kerenahnya..Permata Hatiku..

No comments:

Post a Comment