Thursday, October 27, 2011



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Imam Alusi berkata:
"Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak hak Allah dan hak hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan ataupun kepercayaan."

Sentiasalah berusaha menjadi pemimpin terbaik kepada anak anak kita. Berfikirlah seperti pemimpin. Bagaimana hendak kita melaksanakannya?  Seperkara yanag mudah tetapi sering diabaikan ialah berdoa kepada Allah. Setiap kali lepas solat. Amalan saya adalah berdoa dari hati dengan bahasa melayu- Antaranya : " Ya Allah! permudahkan aku membimbing dan mengasuh mereka menjadi anak anak yang soleh , beriman kepadaMu dan kasih kepada Allah dan Rasul. .Berikan kesabaran dan ketabahan kepadaku menjadi hambamu dan pemimpin kepada anak anakku..kau masukkan aku, suami dan anak anakku di dalam golongan orang yang bertaqwa...  Amen"

Dalam surah  Al Furqan :74 yang bermaksud

" Dan jadikanlah kami imam (pemimpin ) bagi orang orang yang bertakwa" .

Bagi mencapai maksud dan doa yang dipanjatkan , saya menyokong tindakan suami yang bertegas memastikan anak sulung dan kedua bersolat jemaah  di masjid setiap waktu asar , magrib dan isyak pada hari sekolah .

Pada hujung minggu khususnya Jumaat dimulai dengan solat subuh berjamaah di masjid. Alasannya bukankah  satu daripada orang yang akan mendapat  kunci syurga adalah anak muda yang hatinya tertambat di masjid!.
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau amat dekat dan mendengar walaupun suara hatiku, berkati aku dan anak anakku.."

Saya amat tidak bersetuju dan kesal dengan sikap sesetengah ibubapa yang memberikan alasan anak anak mereka tidak digalakkan berjemaah di masjid kerana akan menduduki peperiksaan.
Seolah olah berjemaah di masjid itu membuang masa. Semoga mereka diberikan hidayahMu Ya Allah.
               Surah Al-Anfal: 29 yang bermaksud :-
               " Wahai mereka yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah Dia akan memberikan kepadamu furqan menghapuskan segala kesalahannu serta mengampuni dosa dosamu"
    
Sahabat Abdullah Bin Abbas, Imam Mujahid, Irkimah, Dahhak, Qatadah dan Muqatil bin Hayyan mentafsirkan kalimat "furqan" dalam ayat ini sebagai jalan keluar.
Siapakah yang memberi ilmu kepadamu ? Bukankah Allah yang memberikan ilmu dan pemahaman kepada kita.

Saya beranggapan kalau tidak dapat berjemaah setiap hari,  berusahalah seminggu sekali paling kurang , supaya tidak timbul perasaan segan di hati anak anak bersuaikenal dengan jemaah masjid yang majoritinya orang dewasa tahap tiga ( golongan pencen) .

Saya bersyukur melihat anak anak saya dengan senang hati bersiap sedia untuk ke masjid . "Ya Allah! Ku pohon padaMu semoga sentiasa menambahkan iman kepadaku dan anak anakku"

Seperkara yang perlu diingat adalah iman itu ada pasang surutnya. Iman seperti pokok yang perlu dibajai, dijaga dan disiram dengan ilmu.
Sebolehnya kita hendaklah memperuntukkan masa untuk menuntut ilmu agama. Kadang kadang kita terlalai walaupun ada pengetahuan. 

Rujukan: Tip Tip Cemerlang daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin

fOTO:  Google





No comments:

Post a Comment