Monday, December 3, 2012

TRADISIONAL ATAU MODEN ( MUDIM VS. DOKTOR)


Tajuk di atas adalah merujuk kepada kepada kaedah yang digunakan di dalam  melaksanakan ibadat sunat aka berkhatan.


Setelah berbincang dengan suami dan anak yang terlibat tuanpunya badan sikecil naufal Arief, kami mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah tradisioanal . Kaedah ini adalah sepertimana pengalaman yang dilalui oleh abang abangnya yang juga menggunakan khidmat mudim yang sama. Mudim adalah merujuk kepada orang yang melakukan operasi mengkhatankan kanak kanak. Mudim yang saya maksudkan adalah Mudim Haji Othman Bin Mohd Amin yang memang memang terkenal di Daerah Yan.



Alasan mengapa kaedah tradisional yang dipilih adalah kerana mudah. Tidak perlu pendaftaran dan berbagai. Risiko yang minimum berdasarkan pengalaman keluarga dan penduduk setempat. Proses yang dilakukan cepat dan pantas tanpa jahitan dan tidak juga suntikan. Bius atau tahan sakit ?. Ada dilakukan secara spray . kemudian dibalut dengan kapas dan kain yang disambungkan dengan tali yang diikat di pinggang anak.

Pesan Mudim yang membahasakan dirinya Pakndak Man,
" Balik umah malam ni, jangan buat apa apa lagi. Malam kedua siramkan bahagian yang dibalut dengan minyak ini (minyak burung merpati) sehingga lencun balutan. Pagi esoknya siramkan dengan air suam yang dimasukkan ubat warna biru sehingga lencun juga. Kemudian buka tali dan balutan kemudian basuhkan dengan ubat biru lagi dan sapukan serbuk ubat bewarna putih. Ni ubatnya , ada 4 botol berasingan".

Saya melarang sebarang rakaman foto untuk sesi berkhatan ini . Nauuzubillah bimbang diuploadkan ke facebook ke apa..

Satu proses yang simple yang saya memang rekomenkan, tapi tidak berani menyatakan secara verbal.Ia pengalaman beharga melatih anak lelaki menjadi berani, cekal, sabar dan tabah. Tak lupa juga taat kepada emak dan ayah.

Hari ini setelah 11 hari Ahmad Naufal suda sihat, dah boleh berseluar. Haa..lepas ini bolah ikut abah ke masjid dengan abang abangnya. Boleh la saya ikut sekali berjemaah solat subuh di pagi Jumaat . Alhamdulillah! senang hati saya semua selamat , anak anak makin membesar. Walaupun baru 7 tahun usia dan anak bongsu manja, Naufal berani dan tahan sakit.

Naufal sedikitpn tidak menangis dan tenang saja bila didudukkan di atas batang pisang untuk dikhatankan. Di Kedah kami sebut masuk jawi. Mungkin Jawi merujuk kepada Melayu Islam. Betullah kata orang, luka kanak kanak kecil cepat sembuh. 







No comments:

Post a Comment