Assalamualaikum! Hari ini semasa dok berjalan kerumah rumah bloger masak dan iluvislam.com terjumpa resepi ini . Sementelah ummunaufalariel pun penggemar coklat tegar. Setakat ini saya hanya pernah mencuba membuat strawberry coklat dan kek coklat sahaja. Selepas menonton rancangan Masterchef celebriti timbul la pulak keinginan nak mencuba coklat buatan sendiri. " Sesekali ku rasa teringin...(lagu Shima) ibarat lah kan.
makan coklat ni boleh menghilangkan stress, tapi sekada sementara juga..kena kawal gula , ingat itu
Bagaimanapun untuk sesiap yang ingin mencuba boleh gunakan resepi dan klik di sini Mocha Mousse | iluvislam.com discover the beauty of islam . Terima kasih untuk penyumbang resepi. Saya sendiri akan mencuba dan melaporkan persembahannya di sini . Blog saya
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak-anak itu Permata Hati menjadi amanah yang hendaklah dididik supaya taat kepada Allah dan Rasul..Ya Allah Rahmati dan berikan kami keredhaanMu
Saturday, July 7, 2012
Sunday, May 13, 2012
KEJUTAN HARI IBU
Minggu kedua di bulan Mei insan bergelar ibu, emak , umi, bonda dan mama mendapat pengiktirafan dan penghargaan. Saya memang terkadan merasa penat melayan kerenah dan melayani keperluan anak anak fizikal dan rohani. Bagaimanapun saya bersyukur dikurniakan Empat orang anak lelaki yang sihat, cerdik , baik dan taat kepada Allah dan Raul dan juga kepada kami kedua ibubapa mereka.
Pagi tadi hujan agak lebat. Jadi saya mengambil keputusan menghantar abang Naim dengan kereta ke sekolahnya. Jadi perjalanan kami bermula awal dari biasa iaitu sebelum 7.00 pagi telah keluar dari rumah. Sementelah Bibi Sabariah ada di rumah , kami dapat memulakan pagi dengan teratur tanpa kekangan masa. Sungguh Allah mendengar rintihan saya dan memberikan bantuan yang diperlukan.
Namun kadang kadang manusia ini terlalai seketika. Tidakkah manusia ini adalah lemah dan pelupa.
Saya bersyukur Allah permudahkan urusan dengan memberi rezeki saya bertemu dengan Cikgu Norzila yang sudi menumpangkan Ahmad Naufal pulang dari Sekolah. Saya sendiri sering berkata "mujur ada Cikgu Norzila, boleh la saya bekerja tanpa rasa bimbang. Saya juga sering mengingatkan diri bahawa hanya Allah sebaik baik Penjaga tidak kira bagaimanapun usaha kita menjaga keselamatan diri anak anak.
Saya agaknya terlupa pada pagi ini memanjatkan doa kepada Allah menjaga keselamatan anak anak di pagi ini. Saya terlalai!. Baru dua hari lepas saya mendengar di radio IKIM topik perbualan berkenaan apakah telefon bimbit itu satu perkara yang penting dan mustahak sehingga kita terpaksa bergantung kepadanya.
Seorang pemanggil wanita menyatakan pendapatnya. Beliau tidak menafikan pentingnya telefon bagaimanapun beliau mengingatkan jangan mengatasi kepada kebergantungan kepada Allah.
Apabila perkara ini terjadi kepada saya dan keluarga , saya teringat semula pendapat dan pesanan yang diutarakan wanita tersebut. Hari ini Ahmad Naufal Arief tidak sampai ke rumah walau jam sudah melewati 5-50 petang. Suami saya telah empat kali menelefon tetapi tidak saya jawab. Untuk maklumat telefon bimbit saya telah mengalami kerosakan speakernya. Suami dan rakan kongsi saya menyarankan saya menggantikan telefon baru. Namun saya enggan malah mendapatkan 'bluetooth' yang perlu diletakkan di telinga sentiasa. Sehinggakan apabila ditanggalkan pun saya terasa telinga saya masih tersumbat .
Di petang yang penuh trajis ini bluetooth pula tidak berfungsi. Dipendekkan kata , telinga saya tidak dapat mengesan sebarang bunyi, telefon Samsung Galaxy Ace saya yang nipis diletakkan di dalam beg tangan gagal memberikan kesan vibratenya kepada saya.
Saya pula bersenang hati dan yakin permata hati kecil saya akan pulang dengan Cikgu singgah di kedai Istafa mendapatkan bekalan kurma, kerepek , roti dan koko minda khusus untuk Ahmad Aidil Ashraf yang telah habis. Sampai di rumah saya disambut oleh Ahmad Naufal Arief yang membuka pagar dengan senyum manisnya dan menahan kereta yang saya faham dia akan masuk ke kereta untuk diparkir di anjung rumah.
" Assalamualaikum Mama! Mama, mama nak tau dak Naufal balik jalan kaki" . Suami saya pula keluar dan mengangkat dan mendokong Ahmad Naufal keluar dari kereta. "Laa Abah jangan dukung, jaga tangan tu" kata saya tapi tak dipedulikan.
Mari duduk sini panggil suami saya menepuk sofa. "Anak kita selepas Ahmad Iqbal , ni Naufal Arief pula balik berjalan kaki. Cikgunya tukar kereta lain, dia tak cam ingat Cikgu tak mai Sekolah jadi bila dah tunggu lama langsung balik sendiri ikut Jalan Taman Desa Barat dan Taman Gunung Bayu."
Allah, jantung saya berdegup kencang , airmata mula mengalir laju.. "Abang dah sujud syukur?" tanya saya.
Saya terus berwuduk , solat asar dan sujud bersyukur dan berdoa.
Ya Allah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan kepadaku , setiap detik nafasku, jantungku berdenyut,
Engkau selamatkan anakku Ahmad Naufal dikala dia sendirian mengharungi jalan. Sikecilku beusia 7 tahun tidak pernah sendirian apa lagi melintas jalan tanpa pengawasan . Simpang Empat lampu trafik Lencong Barat dan Jalan Kuala Kedah, terkenal dengan kemalangan maut.
Ahmad Naufal ku selamat. Engkau kirimkan dengan selamat ke rumah. Bukan asing lagi cerita anak hilang diculik. Anakku pulang dengan selamat. Ya Allah! Alhamdulillah, Tabarakallah.
Cikgu Norzila juga tadi datang ke rumah bertanyakan Naufal , dia menangis bimbang keselamatan Naufal Arief. Alhamdulillah dia selamat Cikgu.
wajah ceria Ahmad Naufal Arief
Allah Maha Besar, Penuh Kasih Sayang
Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Penjaga. Kasihan anakku.
Friday, May 11, 2012
DI PASAR
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Assalamualaikum! , Emm suadah lama tak update blog ni . Sibuk lah sangat . Bulan April jadual kerja saya agak padat. Tiga hari berturut turut saya berada di Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh. Letiiihnya ..hai!
Eh, eh merungut ka? Hai jangannn itu kan tugas dan sebahagian ibadat umum .. pujuk hati sendiri.
Okey pasai kerja cukup. noktah.
Hari ini, Jumaat saya nak bercerita la sikit ..pasal apa no..Haa..Bersih 3.0. Oh iya? Maaf ! baik jangan . Saya agak keliru ..Baik jangan libatkan diri .
Jumaat pagi pergi ke pasar dengan ditemani anak kedua. Siapa ? Ah,mad Iqbal lah, Belanja untuk bekalan seminggu atau ungkin kurang. Pagi Jumaat parkir agak penuh. Rezeki saya dengan doa yang menjadi amalan " Rabbi Yassir Waala Tu Assir.. sebuah kereta keluar dari ruang parkirnya memberi ruang buat saya.. Alhamdulillah . Kami bersarapan di rumah tadi. Di medan selera pasar hampir semua meja penuh. Sayang saya tidak pernah merakam gambar. Tidak pernah mencubapun. Segan sebab tidak biasa, perlu diubah sikap ini . Bila lagi nak melaram dengan kamera baru. Saya singgah sekejap untuk membeli sedikit kueh. Pilihan saya ikut selera : karipap , apam ayu dan ketayap. Empat bungkus nasi lemak dibalut daun pisang pilihan Ahmad Iqbal tapi bukan untuk dia seorang. Ada dua orang lagi saudaranya di rumah.
Wednesday, April 11, 2012
SOLAT ANAKKU
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Anak anak ku, permata hati dengarkan pesan mama ini yang diterima dan disampaikan kepada kamu semua sebagai amanah dari Allah dan Rasul.
Setelah kamu dapat membezakan apa yang baik dan buruk, kenal yang mana tangan kanan dan kiri hendaklah mendirikan sembahyang aka solat. Semua kamu telah dididik untuk mendirikan solat sejak berusia 5 tahun. Anak anak ku ingat lah yang kita mesti solat sebab kita ini hamba. Solat ini perintah dari Allah dan Rasul bukan dari mama dan abah.
"Tidak dijadikan manusia di bumi ini melainkan untuk beribadat kepada Allah"
Semalam ketika mama sampai ke rumah , mama lihat Ahmad Naufal Arief sedang solat dengan diperhatikan abah. Mama dengar Ahmad Naufal membaca bacaan dalam rokok' dengan suara yang kuat , waah! sudah pandai sibongsuku.
Rupanya Naufal solat selepas didesak dan dipujuk abah dan dengan hukuman ringan juga. Agak sukar menangani sikecil seorang ini. Berbeza dengan abang abangnya. Tidak bantah bila diingatkan bersolat yang kebiasaannya berjamaah.
Selesai sembahyang saya panggil Ahmad Naufal. Dia menangis sedih sebab dapat hukuman dari abah. Hidungnya yang kecil mancung jadi merah kembang sebab menangis. Matanya yang bulat bengkak memerah.. Kasihan ..tapi lebih baik bertegas sekarang untuk kebaikan dikemudian hari. Walaupun kecil, saya rasa anak ini sudah boleh memahami ..mungkin sedikit tapi ada kesan atau signifikan.
Saya panggil Ahmad Naufal dan tanyakan maukah mendengar mama bercerita? dia menyembamkan muka tapi mengangguk..
Cerita kisah Rasulullah dan sahabat bagindan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thsur kerana dikejar oleh orang quraish yang diupah untuk menangkap mereka.
Anakku, siapa yang memberi ilham kepada Baginda bersembunyi di gua tersebut. Apa kata Rasulullah saw ketika menenangkan Abu Bakar yang sangat cemas dan takut.
" Janganlah kamu berasa takut kerana Allah akan sentiasa bersama kita".
Tidak inginkah kamu bersama Allah anakku sehingga kamu bila kamu tidak solat?
Rasulullah saw dan para sahabat telah banyak berjuang dan berkorban untuk meninggalkan Islam kepada kita. ingat bagaimana sukarnya Bilal bin Rabah yang disiksa kerana beribadat kepada Allah. Siksaan yang berat ditengah padang pasir di bawah terik matahari. Panas , pedih dan dahaga yang tidak terhingga..
Berdoalah anak anakku semoga mama dan abah dapat membawa kalian mengunjungi bumi barakah tempat kelahiran dan perjuangan Rasullullah saw dan para sahabat. Buminya yang berpasir , gersang diketika itu tidak ada kenderaan melainkan unta dan kuda.. betapa jauhnya Madinah dari Kota Mekah.
Gambarkan anak anakku bagaimana perjalanan Baginda dan para sahabat semasa berhijrah demi Islam.
Kasihkah kamu kepada Rasullulllah saw wahai anak anakku. Mari tunjukkan kasih kita kepada Allah dan Rasul dengan cara yang paling mudah anak anakku.. bersolat
Ayuh anak anakku , siapkan diri kamu, ajak teman temanmu beribadat, solat pada waktunya.. dengan ikhlas selalu.
Ingat , pesan Rasulullah sesungguhnya solat lima waktu itu membersihkan diri dari dosa. Ibarat sungai di hadapan rumah jika kamu mandi dan bersihkan diri lima kali sehari, bagaimana keadaan dirimu akan bersih suci..
Setiap solat anak anakku kita berikrar dan berjanji :
"..Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya kerana Allah Taala."
Semoga kita bersemua ditemukan di akhirat kelak , mendapat syafaat Raulullah saw. Mari kita dapatkan tiket ke syurga dengan bersolat. Kamu mampu anak anakku , berusahalah mendapat kunci ke syurga dengan bersolat. bila sudah pandai, tambatkan hatimu di mesjid maksudnya bersolat jemaah di masjid.
Anak anakku, permata hatiku, kamulah sahaja yang dapat meyambung dan mengirimkan pahala ke mama dan abah sekiranya kami sudah kembali mengadap Ilahi..
foto Ahmad Naim dan Ahmad Aidi sebelum
ke masjid untuk solat Jumaat.
Ya Allah! tunjukkan kami jalan, berikan kami kelapangan mendidik anak anak kami mengikut perintahMu seperti yang diajarkan Rasulullah saw..AllahuAkbar
Friday, March 30, 2012
MESYUARAT PIBG
Saya baru pulang dari Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Peremba kali Ke-12. Mengikut surat yang diterima mesyuarat dimulakan pada jam 8-30 pagi bagaimanapun lewat dimulakan..Mungkin menunggu ketibaan jemputan terhormat untuk merasmikan mesyuarat.
Pada mulanya mesyuarat tersebut ditetapkan pada 29 hb. Mac, 2012 bagaimanapun atas sebab sebab yang hanya diketahui oleh AJK PIBG ianya ditangguhkan kehari ini 31 hb. Mac. Hasilnya kehadiran waris adalah amat mendukacitakan. Banyak kerusi yang kosong terlebih lagi di barisan waris lelaki. Kesimpulannya bukan sahaja di IPT dan guru guru di sekolah malahan di mesyuarat PIBG juga kaum Adam ini kurang. Ramai wanita ibu tunggal ke?
Setelah mendengar ucapan perasmian yang bernas dan berisi dan ucapan singkat Timbalan Yang DiPertua majlis berehat dengan sedikit jamuan mihun goreng dalam bekas polisterin, karipap dan air mineral. Selesai jamuan hampir separuh dari waris terus pulang..!
Sudahnya tinggal lah beberapa orang waris sahaja. Penglibatan waris yang mendukacitakan ..sungguh..! Sungguhlah dikesali, di mana silapnya.
Saya ada terdengar bagaimana seorang ibu yang kebetulan berniaga di pasar besar gembira bercerita yang dia telah mendapat hadiah dapur gas. Sekolah tersebut mengadakan cabutan bertuah dalam majlis mesyuarat PIBG sekolah mereka. Saya difahamkan program cabutan bertuah ini telah diadakan sejak beberapa tahun dimesyuarat PIBG sekolah anaknya. Ada waris yang mendapat hadiah basikal..banyak maksud saya PIBG sekolah mereka ada dana yan gmencukupi untuk menaja acara cabutan bertuah..Hasilnya kehadiran waris amat menggalakkan...
AJK Sekolah Kebangsaan Peremba! Ayuh fikirkan jalan untuk menarik penglibatan waris untuk kemajuan pelajar dan sekolah..
Untuk waris juga ayuh! Mari sama sama sumbangkan masa, idea, wang ringgit dan tenaga untuk anak bangsa kita..Jangan berkira dengan masa. Setahun sekali kita berpeluang menyuarakan pendapat, keraguan dan apa apa juga persoalan berkenaan sekolah tempat anak anak kita menuntut ilmu. Semua waris inginkan kejayaan anak anaknya.. Jadi kenapa berkira untuk hadir ke mesyuarat PIBG, kenapa kita tidak kisah..?
Biar Aiman saja yang tidak kisah. Waris kena kisah.
Wassalam.
BANTUAN
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Allah hantarkan seorang insan yang bersedia untuk menumpangkan Ahmad Naufal sehingga ke rumah.. Alhamdulillah..Tabarakallah
Sekolah dibuka semula pada bulan Mac setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah saya tidak perlu kelam kabut diwaktu pagi kerana kerja rumah dibantu oleh Sabariah. Saya punya masa untuk melakukan ibadat sunat, berzikir -pendek kata masa untuk diri sendiri . Maha suci Allah yang Maha Mendengar, saya hanya berdoa dan mengadu kepada Allah.
Seorang guru di Sekolah Srida bersetuju membantu menumpangkan Ahmad Naufal Arief semasa pulang dari Sekolah. Anak saya dapat pulang sebaik sahaja habis sessi sekolanya jam 4-00 petang. Saya tidak lagi berasa bimbang dan lebih fokus kepada kerja. Apa tidaknya setiap hari sekolah saya saya keluar awal untuk mengambil Ahmad Naufal. Lambat keluar pejabat, saya risaukan anak yang menunggu, cepat keluar saya terbeban rasa bersalah ...masalah anak pergi balik sekolah adalah isu berpanjangan dan harus mendapatkan solusinya.. Alhamdulillah saya telah diberi bantuan oleh Allah.
![]() |
| Gambar anak anak saya berhampiran jambaatan ke Pulau Bunting , Yan , Kedah, |
Allah hantarkan seorang insan yang bersedia untuk menumpangkan Ahmad Naufal sehingga ke rumah.. Alhamdulillah..Tabarakallah
Thursday, March 8, 2012
BERCUTI
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti cara jimat kami sekeluarga. Perjalanan pada pagi Jumaat. Abah kepada anak anak mencadangkan kami sekeluarga melawat keluarga Pak Su di Sik, Kedah. Saya telah menelefon Pak Su ( satu satunya saudara mak saya yang masih ada) dan Mak Su memaklumkan kunjungan kami dan Pak Su kedengaran gembira menanti kunjungan kami.
Saya siap bawa ikan segar dan sayuran untuk masak makan tengahhari di rumah Pak Su. Bekalannya diperolehi dari pasar besar Alor Setar yang berhampiran rumah saya.
Setelah selesai makan dan solat kami ,mencadangkan untuk melawat kebun anggur yang terletak di Tasik Beris. Kewujudan kebun ini hanya saya ketahui dari kunjungan ke blog blog. Sepupu saya Mashitah dan suaminya dengan senang hati menawarkan diri pergi bersama sebagai penunjuk jalan. Hasilnya dapatlah kami bergambar seperti yang dapat saya tunukkan di sini.
Walaupun cuaca agak panas, namun apabila berada di bawah pokok pokok anggur yang menjalar terasa sejuk dan menyegarkan. Anak anak dan saya juga gembira berada di bawah juntaian anggur .
Dari kiri Pak Su, Mashitah, Mak Su, Saya dan Suami
bergambar kenangan
Nampak abah makin tembam mukanya, nampak macam sihatkan?
Rupanya sudah bertahun juga kebun anggur yang dinamakan sebagai 'Beris Lake Vineyard' ini diusahakan. Memang saya agak ketinggalan."Biar lambat asal sampai".
Di sebelah saya Ahmad Iqbal, di tangannya plastik isi anggur.
Cuaca panas, minuman sejuk yang ada dijual oleh pengusaha kebun menjadi penghilang dahaga. Ada kedai juga yang menjual anggur segar merah dan hijau, kalau tidak silap saya RM15-00 sepaket. Ada juga kek , minuman berperisa anggur, sabun dan mandian yang semuanya berasaskan anggur. Subhanallah..cantiknya
Si bongsu saya Ahmad Naufal Arief
Bendera warna warni direntangkan enandakan kawasan yang boleh dimasuki. Bukan semua lorong dibuka untuk laluan. Semasa kunjungan kami lorong tanaman anggur hijau ditutup dan saya cuma meninjau dari sebelah tali bendera ayng direntangkan. Hanya satu 'kemah' atau bangsal ayng dibuka pintu untuk lawatan. Pujian saya untuk pengusahanya. Kebun ini menjadi tarikan pelancong. Kami berkesempatan bertemu pelancong dari Singapura!
Saya yang dekat ini baru pertama sekali sampai..huhu
Terima kasih untuk Pak Su dan Mak Su yang sporting melayan anak cucu berkunjung. Itu yang membuatkan kami anak beranak ingin berkunjung lagi ke rumah mereka.
Saya mengambil kesempatan berfoto (hanya pakai kamera telefon bimbit samsung saya) . Dipendekkan cerita saya berpuashati dan gembira. Kata Naim berbaloi. Bayaran masuk dikenakan RM 3-00 untuk seorang . Kanak kanak 7 tahun hingga 12 tahun separuh harga rasanya ..lupalah . Kunjunganni sebenarnya dimusim durian tahun lepas..terlambatlah. Gambarnya Naim tak dapat didownloadkan. Mamanya tak pandai nak tegakkan foto yang terbalik. Malunya..
Ini kira cubaan pertama letakkan gambar sendiri. hasil dari bantuan Iqbal.
Saya emak yang baru belajar hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)