Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Friday, April 5, 2013

AKU DAN KERETAKU

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Kereta pertama saya adalah Proton Saga Manual warna putih model 1.3 Nombornya nya mula  KAA 8***. 
Saya beli kereta ini pada tahun 1991 setelah menabung hampir setahun untuk duit muka . Ohh saya juga dapat pinjaman bebas faedah dari bos saya  Mr Francis sebanyak RM 3,000.00 .  Actually dia yang offer   agaknya faham dengan  situasi saya yang tak cukup duit , after all gaji saya dia yang bayar.  Janji saya bayar balik dengan potongan RM 150.00 sebulan.  Ansuran bulanan pula RM 475.00 daripada  Kewangan Bersatu Berhad (KBB) dah tak ada dah sekarang.  Alasannya bank depa jus kat bawah ofis saya senang urus kata bos saya. Betul sekali. 

Saya langsunga tak ada pengetahuan berkenaan urusan jual beli. Memang dalam keluarga tak ada sesiapa yang berkereta. Saya ditemani seorang sahabat untuk urusan booking. Kalau tak silap saya dari syarikat nama Haruman Jaya  dekat Jalan Putera, Mergong Alor Setar (dah tutup dah). Prosesnya agak mudah cuma bagi potostat IC , slip gaji dan lesen memandu (baru). Bagaimanapun tak perlu lekatkan label P seperti sekarang nih..

Perasaan saya bila dapat panggilan kereta saya dah ada siap untuk ambil uhhh..lala macam nak terbang. Suka sangat macam tak caya tapi nyata. Ehh sapa nak pandu balik, saya tak cekap lagi nih..terus cal Herlina dan dengan senang hati menemankan saya untuk memandu pulang kereta putih saya..wow..

Malamnya saya tak lena tidur . Perasaan yang sama macam dapat baju baru untuk raya..tak sabar menunggu siang hari Raya untuk memakainya..anda tahu kan bagaimana rasanya. Sekejap sekejap bangun selak langsir, bimbang kereta hilang dari pandangan. Oh lupa nak habag siap beli selimut kereta lagi. Siap set untuk mencuci. Semangat kereta baru la kan. Masa itu saya tinggal menyewa dengan 4 sahabat di Taman Rakyat , Jalan Sultanah.

Besoknya saya tak berani nak pandu ke ofis lagi, tinggal ja kereta di rumah dan naik bas sahaja.  Semasa di ofis tak dak lak bimbang kereta hilang. Komited dengan kerja tak sempat nak fikir lain hal yang tak relevan.. rajin la sangat kan.

Bos saya kemdian tanya mana kereta. Saya kata tak konfiden memandu takut tergesel ke apa. Nak tau dia kata apa hah. " u balik balut kereta simpan di dalam kotak ( in english) . Kena pandu juga ambil experience kalau tergesel itu biasa memang kereta itu dicipta untuk dipandu okey..

Saya tak cekap tukar gear.. kereta saya pernah mati dekat bulatan Teluk Wanjah.. kena tegur dan digelakkan kereta sebelah . Oo malunya dan pekakkan telinga buat bodoh. Kereta baru enjin boleh mati ke.

Sekali tu perkara yang saya bimbangkan betul betul terjadi. kereta saya dihantuk dari sebelah kiri dekat bulatan Teluk Wanjah pecah lampu kiri . Alahai sedihnya laa. Alhamdulillah saya selamat. Tak apa lampu boleh ganti keselamatan lebih penting kan kan.

Well itu dulu, masa masih gadis muda. Saya pernah ditegur semasa nak keluar dari parking saya ditanya ni pinjam kereta ayah tak bagi tau ka. nampak mcam terhegeh hegeh nak keluarkan kereta ..muka pun inecen semacam polos.

Sekarangni saya memandu macam Lisa Kelley pemandu wanita yang berani dengan lorinya dalam program apa tu yang bawa barang lau jalan jalan yang merbahaya selekoh , bukit , gaung bagai. Kata anak anak la..hehe perasan la pulak eh. Well saya drive sendiri ke Cameron Higland, Melaka dan Putera Jaya dengan keluarga of course. Abah anak anak rabun penglihatan itu la fasal saya yang drive kan, kan.
Tapi bukan dengan Proton Saga ..kereta lain pula. Lain kali sambung na.



Friday, March 30, 2012

BANTUAN

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat


Sekolah dibuka semula pada bulan Mac setelah seminggu bercuti.  Alhamdulillah saya tidak perlu kelam kabut diwaktu pagi kerana kerja rumah dibantu oleh Sabariah. Saya punya masa untuk melakukan ibadat sunat, berzikir -pendek kata masa untuk diri sendiri . Maha suci Allah yang Maha Mendengar, saya hanya berdoa dan mengadu kepada Allah. 

Seorang guru di Sekolah Srida  bersetuju membantu menumpangkan Ahmad Naufal Arief semasa pulang dari Sekolah.  Anak saya dapat pulang  sebaik sahaja habis sessi sekolanya jam 4-00 petang.  Saya tidak lagi berasa bimbang dan lebih fokus kepada kerja.  Apa tidaknya setiap hari sekolah saya saya keluar awal untuk mengambil Ahmad Naufal. Lambat keluar pejabat, saya risaukan anak yang menunggu, cepat keluar saya terbeban rasa bersalah ...masalah anak pergi balik sekolah adalah isu berpanjangan dan harus mendapatkan solusinya.. Alhamdulillah saya telah diberi bantuan oleh Allah.


Gambar anak anak saya   berhampiran jambaatan ke Pulau  Bunting , Yan , Kedah,




Allah hantarkan  seorang insan yang bersedia untuk menumpangkan Ahmad Naufal sehingga ke rumah.. Alhamdulillah..Tabarakallah








Tuesday, March 6, 2012

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat



Setelah hampir setengah tahun menguruskan rutin harian di rumah tanpa pembantu @ bantuan saya mula keletihan yang teramat sangat.  Anak sulung saya juga mula sibuk dengan kelas tambahan dan kelas tusyen matematik dan sains pada setiap hari Jumaat.  Anak ketiga Ahmad Aidil juga sibuk dengan persiapan UPSR . Setiap hari pulangnya jam 2-30 petang , manakala kelas tusyen pada setiap hari Jumaat.

Pulang dari sekolah jam 5-00 petang, saya boleh nampak keletihan di wajah Ahmad Naim. Saya akui anak sulung saya yang baik hati cuba membantu kerja rumah dengan mencuci pinggan dan menyidai kain. Dia juga sentiasa menemankan Ahmad Aidil melakukan kerja sekolah. Ahmad Naim cuba menyenangkan hati saya dengan kisah Siti Fatimah puteri kepada Raulullah saw.

"Terima kasih abang Naim!" Mama amat menghargainya. Namun mama tidak mampu lagi...
lemahnya mama dibandingkan dengan Siti Fatimah..mama cuba, mama mahu tapi mama tidak mampu..sob sob

Saya sendiri amat letih dan agak stress dengan kerja pejabat dan urusan menghantar dan menjemput anak anak dari sekolah, berbelanja dan atas urusan apa juga yang pelbagai dari 'A' hingga 'Z'. Ya, kalau letih dan tidak sempat memasak, kami tidak ada halangan untuk makan makanan yang dibungkus dari kedai.  Pokoknya sama ada untuk makan di rumah masak sendiri, makan nasi bungkus, makan di luar dan apa saja saya juga yang harus keluar.

Wah penat sungguh... Bukan mengeluh tapi itulah kenyataannya. Pada awalnya saya bersemangat  dan gembira...Namun setelah enam bulan saya sudah kepenatan. Saya betul betul penat dan akibatnya hampir dua minggu saya demam. Tanpa rehat (mustahil bagi saya untuk rehat) kerana tidak punya pembantu. Anak harus ke sekolah dan walaupun demam saya masih berupaya bangun. Pening kepala itu setiap hari. Saya langsung tidak ada masa untuk beraktiviti apa apa selain menguruskan rumahtanga dan kerja pejabat. Bulan Febuari 2012 saya langsung demam disebabkan letih dan stress yang telah saya ketahui puncanya. Anak anak juga mendapat selsema bergantian seorang demi seorang.

Alhamdulillah abah mereka aka suami saya 'sihat'. Syukur ya Allah..

Sudahnya setelah berbincang dengan abahnya anak anak , kami nekad- perlukan pembantu.
Allah Maha Mendengar, sesungguhnya Allah itu hampir dengan kita dan lebih hampir dari urat leher kita.

Selepas dua hari saya suarakan kepada rakan kongsi saya,beliau menyampaikan kabar ada majikan yang baru 3 bulan mendapat pembantu rumah ingin menamatkan kontrak kerana ingin menjaga hati ibunya. Rezeki saya. Saya cuma perlu mengemukakan permohonan pertukaran majikan dan menjelaskan sejumlah RM 85-00 sebagai wang proses kepada Imegresen.

Tentunya juga wang berjumlah RM 3,820-00 kepada Azlina majikannya Sabariah yang kini bertukar menjadi pembantu rumah saya.  

Doa saya sentiasa kepada Allah semoga Sabariah serasi dengan keluarga saya dan dapat meringankan beban kerja saya. 

Doa saya juga agar dapat menafaatkan waktu sebaiknya melaksanakan urusan dunia untuk bekalan menuju akhirat. 

Ya Allah! aku pohon kepadaMu agar anak anak dan harta yang Engkau berikan ini dapat membantuku ke negeri akhirat. Bantulah aku dan suamiku mendidik anak anak kami menjadi anak anak yang soleh. Ya Allah! jangan aku dilalaikan dengan harta dan nikmat dunia.