Showing posts with label IBADAT. Show all posts
Showing posts with label IBADAT. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

SIAPA SUKA DHAL PURI

Assalamualaikum,
dok jalan jalan ziarah rumah rumah tempatan dan luar negara jumpa dengan video ni,
Saya percaya ramai peminat dhal puri di luar sana . Mungkin ada yang suka makan tetapi tidak pandai, tidak tahu cara membuatnya.

Resepinya kalau google dekat kongsi resepi saya lihat ada dua kaedah.
Pertama bancuh uli dengan air tanpa yis;
Kedua dengan menggunakan yis.

Tapi yang ditunjukkan di video ini menarik sekali cara masaknya. Terbaekk..nampak mudah sangat!
Tapi saya pun tak cuba lagi. Untuk yang dah cuba boleh la bagi review..
Semoga bermenafaat. berkat masak sendiri dijamin kebersihan halalan thoyyiban..jadi ibadat juga.

Monday, October 6, 2014

EIDUL ADHA 2014


Assalamualaikum, salam eidul adha 2014  dari saya ummu naufalarief  . Tahun ini kami sekeluarga menyambut raya di rumah sendiri di Alor Setar.

Awal pagi bangun solat subuh dengan si kecil berdua beradik Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal Arief. Abah , abang sulung dan abang tengah Ahmad Naim dan Ahmad Iqbal berjemaah di masjid. Tahun ni abah ditugaskan menjadi bilal solat hari raya korban disamping mengagihkan kupon untuk jemaah bagi pengagihan daging korban.  Saya pula menyertai program penyempurnaan ibadat korban  di Kemboja melalui program yang dianjurkan oleh Amal Kemboja yang dikendalikan En. Asri Bin Hassan bersama isterinya Puan Fariza Ismail. Terima kasih untuk mereka berdua atas usaha murni mereka.

Ok solat hari raya  kami sempurnakan di Masjid Aman Simpang Kuala , Alor Setar. Pagi hari raya hujan turun dengan agak lebat .  Solat bermula lebihkurang jam 8.30 pagi . Jemaah  muslimat mengambil tempat di bahagian tingkat bawah masjid. Bilangan jemaah ternyata kurang daripada  jemaah solat aidil fitri. Mungkin ramai yang tidak pulang sebab cuti yang agak singkat. Khutbah dibacakan oleh Tuan Haji Khamsani Bin Saad. 

Saya lihat di sepanjang khutbah ada juga sebilangan jemaah yang berselfie dan berfb. Saya sendiri tidak membawa handphone , sengaja tinggalkan di rumah bimbang terjangkit virus berselfie dan berfb . Saya mahu pahala sebanyak mungkin ya Allah.

Antara isi khutbah yang saya ingat adalah ikhlas dalam setiap ibadat yang disempurnakan.  Nabi Allah Ibrahim , Siti Hajar dan anak mereka Ismail  ternyata ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah ke atas mereka. Nabi Ibrahin tidak tahu bahawa korban Nabi Ismail akan digantikan dengan seekor kibas. Begitu juga  Siti Hajar dan Nabi Ismail anak mereka.

Keikhlasan mereka beriman kepada Allah dibuktikan dengan ketaatan   mereka untuk melaksanakan korban yang dituntut walaupun dengan menumpahkan darah Ismail .

Ikhlas melaksanakan bukan bertujuan untuk riak, menunjuk nunjuk kemampuan dan keupayaan. Ia mudah dan payah bukan . Bagi saya semuanya dengan izin dan kehendak Allah dan untuk itu saya menadah tangan dan memohon diberikan hati yang ikhlas dan ibadat saya diterimaNya solat dan korban saya.


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ 

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Surah Al Maaidah, Ayat 27

Berikut adalah antara gambar gambar suasana penyembelihan korban di Masjid Aman, Simpang Kuala Alor Setar, Kedah yang diambil oleh abang Naim dengan ditemani Ahmad Naufal Arief.













Tuesday, September 9, 2014

TAMAN SYURGA

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum, syukur ke hadrat Allah saya masih bernafas dan direzekikan hidup  bersama keluarga tercinta. Pagi semalam Jumaat 10hb. Januari, 2014 bagi sesiapa yang menonton program Tanyalah Ustaz di mana penceramahnya adalah Dr Danial Zainal Abidin bertajuk Jahiliyah.

Bagaimanakah yang dikatakan jahiliyah sesudah Islam. 



Sungguh saya bersyukur berpeluang berada di 'taman syurga' bersama ahli keluarga saya.


Di sebelah malam pula saya mengikuti ceramah oleh UStazah Nor Hafizah Musa , sekiranyamelalui U tube. Masyaallah, ilmu datang ke rumah . Kita sahaja yang membuat pilihan nak belajar atau tidak. Berdoalah selalu agar Allah memberikan kita pilihan yang terbaik untuk mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.

Kebaikan menuntut ilmu

يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬‌ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Wednesday, February 12, 2014

DIDIKAN AWAL ANAK SOLAT

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum,

Lama saya tak poskan apa apa cerita di sini. Kisahnya banyak kekalutan yang menimpa. Bermula dengan kereta Tucson Hyundae saya dilanggar dari belakang hingga pecah lampu kiri belakang dan sedikit kemek. Aduhai hati saya ikut tercalar.  Alhamdulillah pemandu karnival yang melanggar kereta saya menjelaskan gantirugi . Kejadian berlaku dua hari sebelum tahun Baru Cina.

Apapun saya bukan nak bercerita perihal kereta.  Lama tak menulis sebab laptop saya rosak..tidak dapat dibaiki segera kerana cuti tahun baru Cina. Sementelah laptop dibaiki saya pesan sekali komputer terpakai dengan harga RM 500.00 supaya senang tak payah berebut dengan anak anak. Window 7 cukuplah dah memadai.

Pasangan Malaysia ditahan di Sweden kerana tuduhan mendera anak. Anak dipukul atas alasan tidak sembahyang. Berita penuh:



Empat anak pasangan warga Malaysia yang kini berada bersama keluarga angkat di Sweden tidak selesa dan mahu pulang ke Malaysia. Alahamdulillah mereka telah selamat sampai di Malaysia dan menyambung pelajaran di Kelantan. Pengalaman berpisah dengan kedua ibubapa akan mmenjadi tempoh gelap dan derita hati mereka. Sedih sekali. Peristiwa adalah satu perkara yang harus diambil iktibar oleh semua orang Islam sama ada ibu bapa dan anak anak juga.

Pasangan Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal kini ditahan pihak berkuasa Sweden kerana dituduh mendera salah seorang anaknya.
Azizul, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati guru sekolah menengah yang bercuti tanpa gaji dilaporkan mendera anak lelakinya berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.


Seawal usia anak sudah tahu mana tangan kanan dan kiri dan faham bahasa (arahan) mereka telah diajak solat berjemaah yang diimamkan abah. Apabila abang sulung Ahmad Naim  berusia 6 tahun setelah disunatkan atau dikhatankan , abahnya telah membawanya berjemaah di masjid. Apabila anak kedua Ahmad Iqbal pula  6 tahun  dia hanya mengikut abangnya dan proses melatih solat berjemaah menjadi lebih mudah dan menggembirakan mereka. Bila kami bermusafir, anak anak tidak ada masalah singgah di masjid untuk bersolat. Mereka selesa dan tahu membawa diri di Masjid.

Saya percaya masalah akan timbul bila anak dah besar dan pandai melawan baru nak mula didikan, dah keras tentunya. Apapun ibu bapa mesti berprasangka baik dan jangan putus asa dalam mendidik anak . Sudah tentu masa tidak akan berundur ke belakang. Anak anak akan membesar dan dalam hal bersolat tidak ada istilah terlewat. Mesti usaha selagi masih ada usia. Pohonlah bantuan dari Allah. Untuk pasangan di Sweden  dan juga semua ibubapa termasuk saya sendiri sama samalah kita berdoa Allah mempermudahkan urusan mendidik anak anak kita. Didikan yang paling berkesan sudah tentulah dengan akhlak kita sendiri melayani anak anak.


Monday, October 15, 2012

REZEKI DARI ILAHI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Ketika memandu kereta comel hijau pucuk pisang saya yang saya panggil 'bibah' pulang dari kerja saya mendengar radio IKIM . Ustaz Pahrol Mohd Joei sedang keudara  . Antara yang dibicarakan adalah berkenaan rezeki.

Rezeki kata ustaz Pahrol yang menegaskan beliau bukan ustaz tetapi lebih senang dikenali sebagai daei menasihatkan bahawa 'rezeki'  seharusnya dilihat dari sudut yang luas. Ia tidak terhad kepada kemewahan dan kewangan sahaja.  Hatta berzikir kepada Allah dengan menyebut Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilahaillallah juga  adalah rezeki yang diberikan Allah. Kita dipilih untuk mengingati Allah.. Subhanallah! AllahuAkbar.

Saya terkesan apabila ustaz Pahrol mengibaratkan  manusia  ini seperti kelawar yang silau pandangannya disiang hari dan gagal melihat benda benda sekeliling. Saya bertenet malamnya menemui blog beliau - Genta Rasa. Masyaallah lulusan sains pemakanan asalnya. Rezeki beliau Allah angkat menjadi Daei.   

Manusia insan ini pula seperti gagal  menilai rezeki dan nikmat yang Allah berikan. Kesihatan pancaindera ie mata yang mampu melihat, telinga yang mendengar, kaki tangan yang mampu bergerak dan fikiran yang sihat dan anak anak. Kita akan hanya menyedari nikmat rezeki yang Allah bagi setelah kehilangannya. Apabila ditimpa sakit contohnya bila mata menjadi rabun (pengalaman  orang terdekat saya).  Seperkara yang saya ingat selanjutnya Allah mencabar hambanya dengan surah Ar Rahman. "Nikmat siapakah yang engkau dustakan" soalan yang dikemukakan kepada semua manusia.. Ya Allah kerdilnya hambaMu..mengalir air mata saya.

Subhanallah , saya amat mengkagumi daei ini yang bijak memberikan motivasi, mampu melahirkan ucapan membina . 

Kadang kadang saya juga terleka, perlu diingatkan oleh orang lain walaupun perkara yang dibincangkan adalah perkara biasa biasa yang berlaku sekeliling kita.

Pengajarannya jangan abaikan majlis ilmu. Rezeki Allah akan bertambah bagi orang yang bertaqwa dan beribadat kerana Allah.
Subhanallah.

Wednesday, April 11, 2012

SOLAT ANAKKU

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Anak anak ku, permata hati dengarkan pesan mama ini yang diterima dan disampaikan kepada kamu semua sebagai amanah dari Allah dan Rasul.

Setelah kamu dapat membezakan apa yang baik dan buruk, kenal yang mana tangan kanan dan kiri hendaklah mendirikan sembahyang aka solat.  Semua kamu telah dididik untuk mendirikan solat sejak berusia 5 tahun. Anak anak ku ingat lah yang kita mesti solat sebab kita ini hamba. Solat ini perintah dari Allah dan Rasul bukan dari mama dan abah.

"Tidak dijadikan manusia di bumi ini melainkan untuk beribadat kepada Allah"

Semalam ketika mama sampai ke rumah , mama lihat Ahmad Naufal Arief sedang solat dengan diperhatikan abah. Mama dengar Ahmad Naufal membaca bacaan dalam rokok' dengan suara yang kuat , waah! sudah pandai sibongsuku.

Rupanya Naufal solat selepas didesak dan dipujuk abah dan dengan hukuman ringan juga. Agak sukar menangani sikecil seorang ini. Berbeza dengan abang abangnya. Tidak bantah bila diingatkan bersolat yang kebiasaannya berjamaah.

Selesai sembahyang saya panggil Ahmad Naufal. Dia menangis sedih sebab dapat hukuman dari abah. Hidungnya yang kecil mancung jadi merah kembang sebab menangis. Matanya yang bulat bengkak memerah.. Kasihan ..tapi lebih baik bertegas sekarang untuk kebaikan dikemudian hari.  Walaupun kecil, saya rasa anak ini sudah boleh memahami ..mungkin sedikit tapi ada kesan atau signifikan.

Saya panggil Ahmad Naufal dan tanyakan maukah mendengar mama bercerita? dia menyembamkan muka tapi mengangguk..

Cerita kisah Rasulullah dan sahabat bagindan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thsur kerana dikejar oleh orang quraish yang diupah untuk menangkap mereka.

Anakku, siapa  yang memberi ilham kepada Baginda bersembunyi di gua tersebut. Apa kata Rasulullah saw  ketika menenangkan Abu Bakar yang sangat cemas dan takut.  

" Janganlah kamu berasa takut kerana Allah akan sentiasa bersama kita".

Tidak inginkah kamu bersama Allah anakku sehingga kamu bila kamu tidak solat?

Rasulullah saw dan para sahabat telah banyak berjuang dan berkorban untuk meninggalkan Islam kepada kita. ingat bagaimana sukarnya Bilal bin Rabah yang disiksa kerana beribadat kepada Allah. Siksaan yang berat ditengah padang pasir di bawah terik matahari.  Panas , pedih dan dahaga yang tidak terhingga..

Berdoalah anak anakku semoga mama dan abah dapat membawa kalian mengunjungi bumi barakah tempat kelahiran dan perjuangan Rasullullah saw dan para sahabat. Buminya yang berpasir , gersang diketika itu tidak ada kenderaan melainkan unta dan kuda.. betapa jauhnya Madinah dari Kota Mekah.

Gambarkan anak anakku bagaimana perjalanan Baginda dan para sahabat semasa berhijrah demi Islam.
Kasihkah kamu kepada Rasullulllah saw wahai anak anakku.  Mari tunjukkan kasih kita kepada Allah dan Rasul dengan cara yang paling mudah anak anakku.. bersolat

Ayuh anak anakku , siapkan diri kamu, ajak teman temanmu beribadat, solat pada waktunya.. dengan ikhlas selalu.
Ingat , pesan Rasulullah sesungguhnya solat lima waktu itu membersihkan diri dari dosa. Ibarat sungai di hadapan rumah jika kamu mandi dan bersihkan diri lima kali sehari, bagaimana keadaan dirimu akan bersih suci..

Setiap solat anak anakku kita berikrar dan berjanji :

"..Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya kerana Allah Taala."

Semoga kita bersemua ditemukan di akhirat kelak , mendapat syafaat Raulullah saw. Mari kita dapatkan tiket ke syurga dengan bersolat. Kamu  mampu anak anakku , berusahalah mendapat kunci ke syurga dengan bersolat. bila sudah pandai, tambatkan hatimu di mesjid maksudnya bersolat jemaah di masjid.

Anak anakku, permata hatiku, kamulah sahaja yang dapat meyambung dan mengirimkan pahala ke mama dan abah sekiranya kami sudah kembali mengadap Ilahi..

                            foto Ahmad Naim dan Ahmad Aidi sebelum
                                                 ke masjid untuk solat Jumaat.

Ya Allah! tunjukkan kami jalan, berikan kami kelapangan mendidik anak anak kami mengikut perintahMu seperti yang diajarkan Rasulullah saw..AllahuAkbar










Wednesday, March 7, 2012

KAYA?



Walaupun berkahwin diusia yang agak lewat, saya diketika mendapat anak pertama  tidak juga punya kelebihan yang melebihi ibu muda. Malahan mungkin lebih kurang persediaan dari ibu muda. 

Bagaimanapun perasaan dan naluri ibu itu datang sendiri secara semulajadi saya percaya dengan izin Allah.  Dikenangkan kembali ya..Ia agak sukar di permulaannya bagaimanapun bisa ditangani dan dipelajari dengan banyak cara dari pelbagai sumber.

Teman teman pastinya.. di sepanjang usia remaja sehingga menginjak dewasa saya lebih banyak bergaul dengan teman seusia berbanding keluarga sendiri. Mungkin juga keadaan semasa , belum ada telefon bimbit, kemudahan internet sebagainya. Saya juga tidak punya kenderaan sendiri. Hasilnya komunikasi dengan keluarga yang tinggal di jarak jauh agak terbatas. 

Perasaan kasihsayang itu sesungguhnya sangat indah, diberikan Allah..jangan disia siakan. Didik dan asuh diri berkasihsayang hanya kerana Allah. Berkahwin, mengandungkan anak dan membesarkan mereka atas dasar menjaga amanah Allah.

Apabila kita berserah kepada Allah, kekuatan datang sendiri menempuh segala ujian.

Saya sendiri jika mengenangkan beban dan tanggungjawab yang dipikul , bekerja untuk mencukupkan belanja untuk sekeluarga, menyelesaikan pinjaman rumah dan kereta, pendidikan anak anak serta segalanya tanpa bantuan memang amat berat.

Diimbas dan dikaji secara logiknya tidak termampu saya melakukannya. Allah juga yang memberikan kekuatan dan keyakinan.
Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan perkara yang tidak mampu kita tanggung. 

Yakinlah kepada Allah Yang Satu, hanya Allah yang Mendengar tanpa mengharapkan balasan dari hambanya. kini telah Tiga tahun berlalu sejak abah kepada anak anak ditimpa sakit kronik.
Kami sekeluarga telah berjaya mengharungi ujian ini bersama..
Hikmah di sebaliknya abah kepada anak anak lebih banyak masa bersama saya dan anak anak. Semasa sihatnya abah amat suka memancing di laut. Fotonya pernah disiarkan dalam majalah 'Pancing'. Foto suami dengan ikan tenggiri yang memakan kailnya masih lagi tergantung di dinding. Tinggal kenangan.. 


Seperkara lagi saya dapati suami saya sejak matanya rabun lebih serius menghafal al quran. Alhamdulillah hatinya terang. 

Nasihat teman saya, segala pekerjaan , perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sedekah. Untungnya saya dikenalkan dengan sahabat yang alim (berilmu).
Saya tidak dapat menghadiri kelas agama kerana menemani suami yang uzur dan mengasuh anak anak juga adalah ibadat.


Saya juga lebih sabar dan redha juga berlapang dada. Agaknya jika diibaratkan seperti sebuah telaga jika dicampakkan segenggam kopi ke dalamnya yang tidak terjejas rasa dan warna airnya..Ewah memuji diri semaunya..Benar juga kan jika difikir fikir..

Kekuatan dan kesabaran itu pastinya dari Allah juga. Saya punya anak anak yang sihat dan baik. Saya punya sahabat yang prihatin dan mendidik, mendokong saya dan mendengar bila saya bercerita.
Saya punya kenangan yang manis bersama arwah ibu dan ayah. Kepahitan itu kalaupun ada terlalu sedikit dan dihilangkan oleh kenangan manis.

Sesungguhnya saya juga kaya..Allah. Paling tidak dengan rasa kasih sayang kepada keluarga saya. tapi saya masih mahu meminta Ya Allah kayakan aku dengan iman dan taqwa.
Subhanallah..



Wednesday, June 1, 2011

SALAM

Assalamualikum! Ucapan yang membawa maksud selamat sejahtera kepada orang yang menerima salam. Selamat sejahtera kapadamu juga sebagai jawapan kepada orang yang menerima salam. Ucapan salam ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Bagaimnapun percayalah ia adalah satu hak bagi seorang  muslim yang memberi salam agar salamnya dijawab. Ketahuilah bahawa hukum memberi salam ini dinyatakan dengan jelas dalam hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

 " Hak seorang Muslim atas Muslim yang lainnya ada lima, iaitu menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, menghantarkan jenazahnya,  memenuhi undangannya, dan mendoakannya jika bersin." 
dan dalam riwayat Muslim ada tambahan:...Jika dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah dia nasihat."  

Bahawa ucapan salam tidak seharusnya dihadkan kepada orang yang dikenali sahaja. Ini kerana di dalam islam setiap orang adalah bersaudara.
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a., Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud:

    " Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga dia menyayangi  saudaranya sebagaimana dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"

Bagaimanapun apakah kesan sekiranya dipraktikkan dengan orang yang tidak kita kenali?
Yang pasti ada dua kesan yang berbeza seperti di bawah:-

1. Orang yang menerima salam akan menjawab dengan senyum dan   
   kedua pihak mula bertegur sapa ;

2. Orang yang menerima salam akan memandang kita dengan pandangan
   yang semacam (siapa dia ni)-agaknya orang yang kurang ilmu  
   menganggap salam hanya patut diberikan kepada orang yang
   dikenali sahaja.

Marilah kita bersama menghayati diri , ucapan salam dan menjawap salam adalah perkara mudah yang dituntut dalam islam tapi sering diremehkan hingga diabaikan.

“ Mengawali mengucapkan salam sifatnya adalah sukarela, sedangkan membalasnya adalah kewajiban” Disebutkan di dalam Muwattha’ Imam Malik, diriwayatkan oleh Tufail bin Ubai bin Ka’ab bahwa, Abdullah bin Umar RA biasa pergi ke pasar hanya untuk memberi salam kepada orang-orang disana tanpa ada keperluan membeli atau menjual apapun. Ia benar-benar memahami erti pentingnya mengawali mengucapkan salam.

Pada bagian kalimat terakhir Surat An-Nisa ayat 86, Allah SWT berfirman:
… Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan. Disini, mendahului memberi salam dan membalasnya juga termasuk yang diperhitungkan. Maka kita hendaknya menyukai mendahului memberi salam. Sama halnya kita harus membalas salam demi menyenangkan Allah SWT dan menyuburkan kasih-sayang di antara kita semua.
Rasulullah SAW selanjutnya memberikan arahan memberi salam bahwa:
  • Orang yang berkendaraan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
  • Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
  • Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
  • Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
  • Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
  • Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.
Pengecualian kewajiban menjawab salam:
  • Ketika sedang salat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca Al-Qur’an, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di kamar mandi.
Selanjutnya, Allah SWT menerangkan keutamaan salam di dalam surat Al-An’aam ayat 54:
Jika orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami (Al-Qur’an) datang kepadamu, ucapkanlah “Salaamun’alaikum (selamat-sejahtera bagimu)”, Tuhanmu telah menetapkan bagi diri-Nya kasih-sayang. (Yaitu) Bahwa barangsiapa berbuat kejahatan karena kejahilannya (tidak tahu/bodoh) kemudian ia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Di ayat ini Allah SWT memerintah Nabi Muhammad SAW sehubungan dengan orang-orang beriman yang miskin, yang hampir semuanya menumpang tinggal di tempat para sahabat. Walaupun orang-orang kafir yang kaya meminta agar Rasulullah SAW mengusir para dhuafa’ itu supaya orang-orang kaya itu dapat  bersama Rasulullah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyambut para dhuafa’ Muslim itu dengan ‘Assalamu ‘alaikum’ semasa mereka datang.

Hal ini mengandung dua maksud:
Pertama, menyampaikan penghormatan dari Allah SWT kepada mereka. Ini adalah kehormatan dan penghargaan yang tinggi bagi Muslim yang miskin dan tulus hati. Perlakuan ini menguatkan hati dan menambah semangat mereka.

Kedua, menyampaikan sambutan yang baik yang layak diterima, atas izin Allah SWT, dengan nyaman, damai dan tenang, meskipun jika mereka membuat beberapa kesalahan.

Jadi pastikan permata hati kita diasuh dari awal agar mendahului  memberi salam dan membiasakan menjawab salam.
Wallahua'lam