Showing posts with label PESANAN. Show all posts
Showing posts with label PESANAN. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

TAMAN SYURGA

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum, syukur ke hadrat Allah saya masih bernafas dan direzekikan hidup  bersama keluarga tercinta. Pagi semalam Jumaat 10hb. Januari, 2014 bagi sesiapa yang menonton program Tanyalah Ustaz di mana penceramahnya adalah Dr Danial Zainal Abidin bertajuk Jahiliyah.

Bagaimanakah yang dikatakan jahiliyah sesudah Islam. 



Sungguh saya bersyukur berpeluang berada di 'taman syurga' bersama ahli keluarga saya.


Di sebelah malam pula saya mengikuti ceramah oleh UStazah Nor Hafizah Musa , sekiranyamelalui U tube. Masyaallah, ilmu datang ke rumah . Kita sahaja yang membuat pilihan nak belajar atau tidak. Berdoalah selalu agar Allah memberikan kita pilihan yang terbaik untuk mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.

Kebaikan menuntut ilmu

يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬‌ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Friday, September 27, 2013

AKTIVIT JUMAAT II

Assalamaulaikum, 
Aktiviti Jumaat minggu ini 27 September 2013. Kami sekeluarga mengulangi rutin Jumaat dengan maghrib di Masjid pada malam Jumaat dan bacaan yassin ditamatkan dengan solat Isyak di masjid. Pulang ke rumah dikunjungi keluarga Maksu dari Sik . Kesempatan berkunjung untuk mengeratkan silatuurahim dan juga masalah tuntutan tanahnya yang diberi sewa. ok cukup di situ .

Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi kami sekeluarga, selesai solat witir saya mengejutkan 2 anak yang kecil Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal bangun mandi dan bersiap untuk ke masjid.  Saya terus basuh beras dan letakkan dalam periuk elektrik  dan on kan. Saya masukkan pakaian basuhan dan hidupkan mesin basuh pula. Sebaik azan kami sudah siap hidupkan enjin dan zoom.

Saya semakin dapat membiasakan diri dengan kerja tugasan rumah tanpa pembantu, saya beljar bersabar dan redha..  Sebelah petang pula saya tambahkan dengan aktiviti baru tazkirah Jumaat pula.

Biasanya saya akan mengingatkan anak anak memotong kuku dan mandi sunat Jumaat. Alahai anak anakku lelaki semua. Waktu solat Jumaat saya sendirian di rumah. Ambil kesempatan melepaskan lelah sambil hadir majlis ilmu al Hidayah yang menampilkan Ustazah Nor Hafizah Musa.

KELEBIHAN ORANG BERILMU

Rasulullah Saw dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi  daripada Abu Umamah,

Antara lain bermaksud Rasulullah Saw bersabda berkenaan dua orang lelaki . Lelaki pertama adalah seorang yang kuat beribadat manakala yang kedua adalah seorang alim (berilmu).
Rasulullah Saw bersabda bahawa orang yang berilmu adalah lebih tinggi daripada orang abid (beribadat) seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripada kamu."

Bagaimanakah kita hendak menjadi orang berilmu sekirannya malas hadir ke majlis ilmu?

Satu hadis lagi meriwayatkan bahawa sesiap yang hadir di majlis ilmu maka segala isi langit (malaikat) akan mengembangkan sayap dan memayunginya dan akan mendoakannya. Masyaallah Tabarakallah marilah kita bersama sama merajinkan diri dan berazam untuk menuntut ilmu kerana Allah. Peruntukkan masa walau sesibuk manapun untuk ilmu ke jalan Allah. Jangan berikan alasan mengatakan tidak boleh. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kalian yang membaca..mari perbaiki diri selagi hayat masih ada.

Saya sekadar ingin menyampaikan walaupun sepotong ayat semoga dapat memberika menafaat kepada pembaca jika ada dan peringatan dan muhasabah diri sendiri sementara hayat masih ada dan badan masih sihat. Bayangkan kalau sudah terlantar, mana mungkin untuk ke majlis ilmu. 




Tiba tiba saya teringat tentang kematian. Semalam kita kehilangan seorang bekas Menteri Besar Kedah lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan Abdul Razak (dianugerahkan gelaran Tan Sri).AlFatihah untuk Allahyarham semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.



Bagaimana pemergian orang yang berilmu sepert Allahyarham, ditalkinkan oleh gurunya dan dikunjungi oleh rakan taulan dan murid yang ramai yang rata rata orang yang berilmu juga. Subhanallah.


Friday, March 8, 2013

BRIM

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Assalamualaikum!  Geram betul saya hayat bateri laptop Compaq Presario V3000 saya tamat sudah. Sebentar ja perlu dicharge semula tapi setakat kurang 10 minit.  Huhu  pasai apa la , tak samapai setahunpun. Kenapa ya, ada teman saya bateri dia tahan sejak dibeli. Nasib, nasib

Saya pula tertinggal charger di ofis. Terpaksala merajinkan diri ditemanai anak anak ke ofis di petang Jumaat. Ehh leceh betulkan?.  Bagaimanapun ada hikmahnya juga dapatla sambil menyelam minum air (ayaq). Bawa  anak anak yang kebosanan keluar. Abang Naim tension handphone kena rampas dengan Cikgu dalam spot cek di sekolah. Itu lah kenapa bawa gi sekolah. Mamani kira nak memujuk hati anak anak. Pergi mana lagi ke Star Parade Alor Setar lah. Lokasinya ke medan selera  di Star Parade. Menu pilihan 'Chicken Chop' dan burger ayam. harga Chicken Chop RM 9.00 satu. Rasanya boleh tahanla..kata Ahmad Naufal mamanya Chicken Chop lagi sedap!!!

Maana fotonya ..ada nanti ya.
Iya ka, bezanya saya salutkan dengan sebuk roti , tapi di sini pkai tepung jagung. Tak payah puji la mama malas nak buang tulang ayamtu..sampai melecet tapak tangan. 

Selesai makan kami ke Popular pula. Mak aaiii ramainya beratur untuk  buat bayaran belian . Kenapa yaa, ooo vaucher buku 1 Malaysia.. Hemmm... terkenang zaman saya belajar, tak ada BRIM  Nil.. nak duit lebih saya pernah buat uih untuk jualan musim cuti. Hasilnya tak banyak . Saya tak pernah beli novel ..berjimat sungguh. alhamdulillah ada la duit biasiswa JPA masa di Universiti Malaya. Dapat gak beli buku undang undang .. tak lengkap pastinya. kami fotostat ja. Pohon maaf kepada penulis buku ..apa nak buat miskin yang mengikat..

Sekarangi zaman berubah. pemimpin pemurah sungguh semua peringkat dapat habuan. Anak anak saya yang bersekolah dapat bantuan RM100.00 seorang . Remaja yang belajar di IPT dapat voucher buku RM250.00 dan belia dapaat RM 250.00 seorang. Kerajaan nak bagi kita terima dengan syukur. Niat mereka Allah tahu..bukan kita layak menilai dan bagi markah. 

Friday, March 30, 2012

BANTUAN

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat


Sekolah dibuka semula pada bulan Mac setelah seminggu bercuti.  Alhamdulillah saya tidak perlu kelam kabut diwaktu pagi kerana kerja rumah dibantu oleh Sabariah. Saya punya masa untuk melakukan ibadat sunat, berzikir -pendek kata masa untuk diri sendiri . Maha suci Allah yang Maha Mendengar, saya hanya berdoa dan mengadu kepada Allah. 

Seorang guru di Sekolah Srida  bersetuju membantu menumpangkan Ahmad Naufal Arief semasa pulang dari Sekolah.  Anak saya dapat pulang  sebaik sahaja habis sessi sekolanya jam 4-00 petang.  Saya tidak lagi berasa bimbang dan lebih fokus kepada kerja.  Apa tidaknya setiap hari sekolah saya saya keluar awal untuk mengambil Ahmad Naufal. Lambat keluar pejabat, saya risaukan anak yang menunggu, cepat keluar saya terbeban rasa bersalah ...masalah anak pergi balik sekolah adalah isu berpanjangan dan harus mendapatkan solusinya.. Alhamdulillah saya telah diberi bantuan oleh Allah.


Gambar anak anak saya   berhampiran jambaatan ke Pulau  Bunting , Yan , Kedah,




Allah hantarkan  seorang insan yang bersedia untuk menumpangkan Ahmad Naufal sehingga ke rumah.. Alhamdulillah..Tabarakallah








Thursday, June 16, 2011

 Hadis Rasulullah Saw mengatakan apabila meninggal seorang anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara berikut:-

1. Ilmu yang bermenafaat dan dimenafaatkan oleh orang yang 
    mendapat ilmu dari simati  semasa hayatnya;

2. Doa dari anak yang soleh; dan      

3. Amal jariah.

Jika kita bukan guru saya rasa untuk menurunkan ilmu yang bermenafaat agak terhad. namun demikian kita masih berpeluang melakukannya kepada anak anak Permata hati kita, sahabat handai dan keluarga kita. 

Sasaran yang tepat pastinya anak anak Permata Hati. Boleh dapat perkara 1 dan 2 sekaligus.   Bagaimana nak menurunkan ilmu sekiranya kita tidak berusaha untuk menambahajkan ilmu yang bermenafaat di dunia dan akhirat.  Jawapannya sudah pastilah dengan berusaha untuk mempelajari ilmu agama dengan sebanyak mungkin. Alasan sibuk dengan pekerjaan dan urusan dunia tidak harus dijadikan penghalang.  Ambillah  masa dan luangkan masa untuk ilmu agama sebagai pelaburan dan aset kita untuk akhirat. 

Ilmu guna dimenafaatkan untuk mendidik jiwa dan selanjutnya mendidik  anak anak sekaligus menyempurnakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah. Tanggungjawab yang sekiranya dikerjakan dengan sempurna akan menambahkan saham akhirat dan balasan pahala yang berganda.

Ingatlah pesanan ini. Didiklah anak anak kita dengan ilmu agama kerana merekalah yang akan menyambung  amalan kita apabila terputus kelak.

Sesungguhnya kita jika gagal mendidik anak anak dan gagal atau terlalai mengingatkan mereka  sehingga melakukan perkara haram atau meninggalkan perkara yang wajib, akan mendapat dosa yang mereka lakukan disepanjang hidup mereka walaupun kita ibu ayah telah berada di alam barzakh. Ya Allah! Kalau amalan sendiri pun tidak pasti, dosa sendiri pun tidak tertanggung- bagaimana lagi kalau masih dikirimkan dosa oleh anak cucu yang masih hidup akibat dari kegagalan dan kecuaian kita.

Kalau kita cuai mendidik berkenaan solat, aurat dan kita sendiri lalai mnjaga ibadat sendiri, bagaimana nanti catatan amalan kita, timbangan kita. Marilah kita sama sama menyeru menyampaikan ilu yang ada, hadir ke kelas pengajian agama yang dianjurkan . Hadirlah ke majlis ilmu. Didiklah  Permata Hati kita sepertimana pesanan Rasulullah Saw. Kenalkan  Permata Hati kita kepada AL Quran dan Sunnah, ceritakan kisah kisah para sahabat, tabiin, dendangkan lagu lagu yang mengagungkan kebesaran Allah. Menafaatkan masa yang ada , kita tidak tahu berapa banyak masa yang berbaki...Ayuh kita  berjihad menuntut ilmu, mengejar waktu , memburu saham akhirat..