Hari ini saya ingin berkongsi satu hadis sahih yang disampaikan oleh ustaz dalam kelas Tafakuh yang saya hadiri pada hari Sabtu lepas. Saya percaya hadis ini jika dihayati dan dijadikan panduan akan membawa menafaat kepada kita sebagai hamba.
Bahawa Rasulullah Saw bersabda antara maksudnya bahawa Allah Subhanahu Wataala selalu berseru kepada hambanya:
" Wahai hambaKu, engkau tidak insaf denganKu,
Aku ingat kepadamu, tapi kau lupa kepadaKu,
Aku seru kau kepadaKu, Engkau pergi kepada yang lain
daripadaKu,
Aku hindarkan kamu daripada segala bala, sedangkan kamu masih
asyik melakukan dosa.
Bagaimana kamu akan menjawab kepadaKu esok apabila kamu
dipanggil menghadapKu?"
Jadi marilah sama sama kita renungkan , muhasabah diri adakah kita hari ini telah menjalankan tanggjawab sebagai hamba yang taat. Apakah perlakuan kita, pakaian kita, bicara kita dan keputusan kita berlandaskan niat sebagai hamba Allah yang taat. Adakah kita menurut dengan patuh akan ketetapan menurut syariat. Kemana kiblat kita (bukan ketika solat) tetapi panduan hidup, siapa ikutan kita.
Apa usaha kita untuk memantapkan amalan kita seharian. Adakah ilmu agama dan amalan kita itu adalah seperti mana kelmarin, tahun tahun yang lalu. Saya percaya majlis ilmu adalah satu perkara yang perlu dihadiri bagi menambahkan ilmu dan penghayatan dalam amalan bagi mendekatkan diri dengan Allah. Permata hatiku , mama sentiasa berdoa kita sama sama beroleh ilmu yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Ya Allah tambahkan ilmu kami, terangkan hati kami dan tambahkan pemahaman kami. Ya Allah! ikhlaskan hati kami! Amin..
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak-anak itu Permata Hati menjadi amanah yang hendaklah dididik supaya taat kepada Allah dan Rasul..Ya Allah Rahmati dan berikan kami keredhaanMu
Sunday, April 17, 2011
Saturday, April 16, 2011
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Maaf saya tak pandai meluahkan semua yang terkandung dalam hati, tak pandai menyusun kata kata. Bagaimanapun ingin berkongsi pengalaman , suka duka kehidupan dengan sesiapa yang sudi berkunjung ke blog saya. Masih banyak yang perlu di pinda dan diubah suai. Sementara ini blog ini langsung tidak menarik pandangan mata. Bagaimanapun saya percaya ada maklumat yang boleh dimenafaatkan sebagai seorang anak, seorang ibu, isteri, professional dan seorang teman kepada sahabat sahabat yang mengambil berat dan bersedia berkongsi suka duka. Seumpama kata orang ubat yang pahit menjadi penawar, wajah buruk berhati baik dan apa apa lagi perumpamaan yang seumpamanya.
Saya berkahwin dalam tahun 1996 dengan seorang pemuda yang tinggal berjiran dengan saya. Kami menyewa di taman perumahan yang sama. Rumahnya selang 3 pintu sahaja. Di pendekkan cerita kami berkahwin dengan restu kedua ibubapanya dan ibu saya ( ayah telah meniggal tahun 1994 akibat penyakit kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi). Perkahwinan berlangsung dengan meriah dan diraikan ramai saudara mara dan sahabat handai. Majlisnya sederhana sahaja masak gotong royong melalui pertubuhan dikenali sebagai syarikat kenduri.
Selepas setahun perkahwinan kami telah berpindah ke rumah yang dibeli sendiri, zaman kegawatan ekonomi melanda di tahun 1997. Rumah berkembar setingkat, comel dan sesuai bagi kami yang bermula dengan tiga beranak. Rumah kami asalnya bersempadan dengan tanah bendang. Kami berpindah di awal Muharram dengan kelengkapan rumah ala kadar saja janji bahagia. Rumah kami berdekatan masjid dan dekat dengan pasar . (oops saya terlepas pandang soal sekolah , anak sulong berumur 2 tahun cuma pada masa berkenaan itu).
Seperkara yang menarik rumah saya pada awalnya bersebelahan dengan tanah bendang. Bayangkan ketika padi menghijau, angin bertiup sepoi-sepoi, bunyi air berkocak apabila katak atau ikan kah yang melompat ? . Kekadang suami saya menghulurkan joran keluar pagar memancing ikan haruan , melepaskan nostalgia zaman kanak kanak mungkin..., saya tidak berjiran di sebelah kanan rumah, kalau bagi panduan lokasi kepada saudara atau teman yang akan berkunjung saya katakana rumah yang di hujuuung sekali ! Sekarang tidak lagi.
Jiran saya sebuah keluarga berbangsa Cina, rumahnya jenis kembar 2 tingkat. Pokok ceri yang rending di hadapan rumah sudah ditebang. Tidak ada lagi burung kecil yang singgah dan berciutan. Bendang sudah digantikan dengan deretan rumah. Tidak ada lagi kehijauan, digantikan dengan bunyi air pancutan dari kolam buatan jiran sebelah...
Thursday, March 24, 2011
MENUNTUT ILMU
Ingin tahu apakah kelebihan menuntut ilmu?
Allah berfirman yang maksudnya :
Katakanlah lagi (kepadanya), " Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"
(Surah al-Mujaadalah 58:11)
Dari kedua ayat di atas nyata sekali bahawa orang yang berilmu itu adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Bahawa orang yang berilmu pengetahuan agama lazimnya akan lebih tinggi imannya lantaran kesempurnaan ibadatnya. Bahawa sesungguhnya menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain yang dituntut ke atas setiap orang islam.
Firman Alllah yang maksudnya:
Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.
(Surah Fatir 35:28)

(Riwayat al- Bukhari no. 79 dan Muslim no.2282)
Agak agaklah di mana kedudukan kita?. Ingin menjadi tanah subur, tanah yang dapat menampung air atau tanah gersang . Allah telah memberikan kita akal jadi tidak sepatutnya kita hanya menunggu tanpa usaha untuk menuntut ilmu. Kalaupun tidak mampu mengajarkan kepada orang lain memadailah untuk amaln diri sendiri demi kesempurnaan iman dan mendapatkan keredhaan Ilahi sebagai bekalan kehidupan abadi.
Allah berfirman yang maksudnya :
Katakanlah lagi (kepadanya), " Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"
(Surah al-Zumar 39:9)
Maksudnya:
Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu ) beberapa darjat.(Surah al-Mujaadalah 58:11)
Dari kedua ayat di atas nyata sekali bahawa orang yang berilmu itu adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.
Bahawa orang yang berilmu pengetahuan agama lazimnya akan lebih tinggi imannya lantaran kesempurnaan ibadatnya. Bahawa sesungguhnya menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain yang dituntut ke atas setiap orang islam.
Firman Alllah yang maksudnya:
Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.
(Surah Fatir 35:28)
Selanjunya al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda
Maksudnya:
" Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara tanah tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daripadanya untuk keperluan minuman , menyirami tanaman , dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidak mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya: di antara ada yang mampu mendalaminya , lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di antaranya yng sama sekali tidak mahu menerima petunjuk."(Riwayat al- Bukhari no. 79 dan Muslim no.2282)
Agak agaklah di mana kedudukan kita?. Ingin menjadi tanah subur, tanah yang dapat menampung air atau tanah gersang . Allah telah memberikan kita akal jadi tidak sepatutnya kita hanya menunggu tanpa usaha untuk menuntut ilmu. Kalaupun tidak mampu mengajarkan kepada orang lain memadailah untuk amaln diri sendiri demi kesempurnaan iman dan mendapatkan keredhaan Ilahi sebagai bekalan kehidupan abadi.
Tuesday, March 22, 2011
ANAK
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat Permata Hati yang perlu sentiasa digilap dan dididik sentiasa bercahaya dengan iman dan amal soleh. Bersama kita mempelajari dan mencontohi akhlak Rasulullah Saw. Wahai Allah Yang Maha Dekat, permudahkan kami menjalani kehidupan ini dengan tabah, rahmati kami Ya Allah, Ya Rahman..
Sebagai seorang ibu kepada Empat anak lelaki yang membesar, saya memang tidak dapat lari daripada rasa bimbang apabila melihat remaja yang melepak di tempat tempat awam, berpeleseran berpasang pasangan dengan pakaian yang menjelekkan. Rambut gadis yang biasanya diwarnakan dan fesyen yang melampaui batas budaya melayu dan apa lagi syara'. Remaja lelaki berbaju T hitam , ketat, pendek dengan jeans yang tergantung di pinggang singkat. Aksi manja yang menjengkelkan, ketawa hilai tanpa ada rasa segan silu pada orang lain.
Alhamdulillah! setakat ini anak anak Permata Hati saya agak mendengar cakap. Suami saya walaupun kurang sihat , tetap memberikan tumpuan mendidik mereka. Anak sulung dan yang kedua telah diasuh untuk bersolat jemaah di masjid. paling kurangpun solat Asar dan Maghrib menjadi kemestian. Biar mereka membiasakan diri dengan rumah Allah. Biasa bercampur dan berkenal dengan jemaah masjid, supaya timbul rasa segan dalam diri mereka melakukan perkara yang tidak elok bagi anak anak seusia mereka. Seboleh mungkin kami berusaha mendampingi mereka, melayani hobi dan kesukaan mereka setakat yang termampu. Penuhkan masa mereka dengan aktiviti sihat seperti beriadah bersama . Anak sulong saya gemar membaca jadi tempat kesukaannya adalah kedai buku terutamanya Pustaka Salam dan Popular. Kami berkongsi hobi . Saya diperkenalkan kepada buku buku berikut:-
1. Negeri 5 Menara;
2. Novel novel tokoh pejuang Islam seperti Salahuddin alAyubi, Muhammad Al Fateh; Abu Ubaidah;
3 . Ahmad Deedat: The Choice;
4. Cinta di Rumah Hasan Al Banna dan banyak lagi.
Dan anak anak Permata Hati saya kuat memberikan saya semangat dan sokongan. Mereka menemankan abahnya mmbacakan buku, mendengarkan rakaman ceramah ustaz ustaz yang diminati abahnya.
Ya Allah , aku bersyukur dengan segala yang Egkau berikan. Redha kan aku ya Allah, berkati aku , suami dan anak anakku, kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan jiran jiranku. Amin.
Sebagai seorang ibu kepada Empat anak lelaki yang membesar, saya memang tidak dapat lari daripada rasa bimbang apabila melihat remaja yang melepak di tempat tempat awam, berpeleseran berpasang pasangan dengan pakaian yang menjelekkan. Rambut gadis yang biasanya diwarnakan dan fesyen yang melampaui batas budaya melayu dan apa lagi syara'. Remaja lelaki berbaju T hitam , ketat, pendek dengan jeans yang tergantung di pinggang singkat. Aksi manja yang menjengkelkan, ketawa hilai tanpa ada rasa segan silu pada orang lain.
Alhamdulillah! setakat ini anak anak Permata Hati saya agak mendengar cakap. Suami saya walaupun kurang sihat , tetap memberikan tumpuan mendidik mereka. Anak sulung dan yang kedua telah diasuh untuk bersolat jemaah di masjid. paling kurangpun solat Asar dan Maghrib menjadi kemestian. Biar mereka membiasakan diri dengan rumah Allah. Biasa bercampur dan berkenal dengan jemaah masjid, supaya timbul rasa segan dalam diri mereka melakukan perkara yang tidak elok bagi anak anak seusia mereka. Seboleh mungkin kami berusaha mendampingi mereka, melayani hobi dan kesukaan mereka setakat yang termampu. Penuhkan masa mereka dengan aktiviti sihat seperti beriadah bersama . Anak sulong saya gemar membaca jadi tempat kesukaannya adalah kedai buku terutamanya Pustaka Salam dan Popular. Kami berkongsi hobi . Saya diperkenalkan kepada buku buku berikut:-
1. Negeri 5 Menara;
2. Novel novel tokoh pejuang Islam seperti Salahuddin alAyubi, Muhammad Al Fateh; Abu Ubaidah;
3 . Ahmad Deedat: The Choice;
4. Cinta di Rumah Hasan Al Banna dan banyak lagi.
Dan anak anak Permata Hati saya kuat memberikan saya semangat dan sokongan. Mereka menemankan abahnya mmbacakan buku, mendengarkan rakaman ceramah ustaz ustaz yang diminati abahnya.
Ya Allah , aku bersyukur dengan segala yang Egkau berikan. Redha kan aku ya Allah, berkati aku , suami dan anak anakku, kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan jiran jiranku. Amin.
Monday, February 28, 2011
RAGAM ANAK
Saya mempunyai empat anak lelaki berumur 14 , 12, 10 dan 6 tahun. Kesemua mereka mempunyai karakter yang berbeza. Abang sulong agak serius, lebih bertanggungjawab , baik hati dan agak matang pertuturannya dan terlalu berhati hati (lagak ustaz gitu). Mengimbas kenangan semasa mengandungkan anak sulong yang diberi nama Ahmad Naim, saya disahkan mengalami kencing manis semasa mengandung. Saya amat bimbang dan selalu berhati hati dalam melakukan aktiviti dan mengambil pemakanan. perlakuan dan sikap ketika mengandung berkemungkinan tumpah ke anak yang dikandung.Seperkara yang menyenangkan hati saya terhadap anak sulong beliau cenderong mempelajari dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam agama islam. Sekarang ini menuntut di Maktab Mahmud Alor Star, Kedah. Semasa mengandungkan anak sulong saya banyak membaca al quran, dan saya kerap bercakap dengan anak dalam kandungan yang saya panggil Naim . Fotonya paling bayak sekali di dalam album . Tahu kenapa? He is the only one of course!
Anak kedua lahir pada Julai 1999 agak aktif , agak periang, kelakar dan gemar mencuba. Kekadang agak suka menunjuk nunjuk dan gemar dipuji. Berfikiran positif dan pandai memujuk yang kemudiannya apabila gagal mendapatkan apa yang dihajatinya langsung merajuk dan kemudian mendesak yang agak merimaskan. bagaimanapun beliau juga manja dan penyayang dan mudah dipujuk. Semasa saya menulis N3 ini Ahmad Iqbal tidak ada di rumah kerana terpilih menghadiri kem anak Malaysia di Kem Kenari, Titi Hayun, Yan, Kedah. Saya mengakui merindui kehadirannya di rumah. Anak saya ini selera makannya besar sama dengan tawanya , tapi boleh tahan handsomenya. Berada di tahun 6 persekolahan menjadikannya orang yang sibuk. Saya percaya perkara ini turut dialami semua anak anak yang sebaya dengannya yang ingin mendapatkan kecermelangan dan kejayaan. Cita citanya ingin menjadi guru. Pernah juga Iqbal meminta saya berhenti dari pekerjaan sekarang dan menjadi guru. Saya katakan kepadanya mamanya ini sudah terlajak umur dan tidak sesuai lagi menjadi guru sekolah. Memadai menjadi guru kepada anak anak sendiri. Cepat Iqbal memintas yang dia berbangga dengan saya. Senang sekali hati mendengar pujian anak sendiri. Ikhlas ka?. Terima saja, sentiasa bersangka baik dengan anak dan sesiapa saja .
Saya mengandungkan anak ketiga semasa Iqbal berusia 8 bulan dan masih menyusu. Gembira campur sedih sebab Iqbal masih menyusu. Dipendikkan cerita Ahmad Aidil Ashraf lahir pada 26 Disember 2000, bersamaan 30 Ramadan yakni sehari sebelum Shawal (itu sebab diletakkan 'Aidil')-anak millenium. Ahmad Aidil manja, aktif dan penyayang. Orangnya agak lambat pembesarannya. Sehingga usia mencecah 9 tahun, jarang makan nasi. Cuma makan buah buahan dan bijirin, sekarang ni umph.. tembam !!! Bukan main main , macam tak percaya. Sejak bersekolah saya kerap bertemu guru guru yang terlibat mengajarnnya. Anak saya ini seperti tidak dapat membezakan sama ada cikgu marah atau menegur bagi menasihatinya. Mudah bersedih dan terlalu merendah diri, kurang keyakinan dan kurang fokus dalam pembelajaran . Pastinya menuntut lebih perhatian dari saya dan abahnya. Bagaimanapun saya bersyukur Ahmad Aidil dan juga abang abangnya tidak degil dan mendengar cakap.
Si bongsu lahir tanggal 26 Febuari 2005. Jarak agak jauh dengan abang Aidilnya. Belajar di tadika PASTI. Menjadi teman akrab kepada Ahmad Aidil. Mulutnya petah, suara manja dan amat menghiburkan . Menjadi kesayangan semua ahli keluarga . Ahmad Naufal Arief nama yang diberikan. Ahmad Naufal bangun seawal 6-00 pagi bersiap ke tadika sama waktu dengan abang abangnya. Gemar membaca dan mewarna bukunya. perangainya adalah campuran ketiga tiga abangnya. Fotonya paling banyak kat handphone (ambil sendiri).
Syukur ya Allah memberikan amanah ini kepada kami suami isteri. Permudahkan kami mendidik dan membesarkan mereka menjadi insan beriman dan mentaati Allah dan Rasul saw- Amin...
Saturday, February 5, 2011
BERIMAN
Sempena cuti Tahun Baru Cina , kami dapat bercuti agak panjang dari 3 hingga 6 Febuari. Bagaimanapun tidak ada perancangan kemana mana kerana anak ada kelas tusyen manakala anak bongsu baru saja sihat dari jangkitan paru paru.
3 hari berlalu pantas. Pagi Sabtu saya ke kelas Tafakuh di KUIN , Alor Setar, Kedah. Antara ilmu yag diperolehi dari Dato Mufti Kedah adalah berkenaan BERIMAN KEPADA ALLAH yang ingin dikongsikan dengan sesiapa yang sudi singgah di blog ini. Antaranya beriman kepada Allah mengikut pendekatan beliau adalah terdiri daripada dua perkara:
i) Percaya kepada Allah; dan
ii) Percaya kepada Esanya Allah .
Dua perkara inilah yang membezakan kepercayaan orang islam dan bukan islam.
Bahawa adalah hamba yang sentiasa memerlukan dan berharap kepada Allah manakala Allah tidak mengharapkan apa apa daripada kita. Allah tidak berharap kepada amalan kita . Allah dengan sifat Rahman memberikan rezeki kepada semua orang sama ada beriman atau tidak. Bagaimanapun hanya orang yang benar benar beriman dan beribadat kepada Allah sahaja yang berhak mendapatkan Rahim Allah yakni kasih Allah.
Contoh yang diberikan ustaz yang mudah dan jelas seperti berikut:-
Seorang pekebun getah gembira dengan hasil getah di kebunnya yang bertambah dan pendapatannya yang melebihi gaji bulanan guru sekolah. Bagaimanapun masih lupa kepada siapa yang memberikan rezekinya. Orang yang masih berselera menikmati makanan , bersarapan dengan selera sedangkan tidak solat subuh.
Bahawa bukti kekuasaan Allah ditunjukkan dengan jelas dalam surah al Baqarah , 163-164, maksudnya:
"Dan Tuhan kamu itu Tuhan yang Satu. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam peciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya ) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."
Wahai insan marilah kita sama sama fikirkan dan insaflah kepada , sentiasa syukur dan sujud , pelihara iman kita dan patuhi ajaran junjungan besar Muhammad Rasulullah saw. Subhanallah, Tabarakallah
Thursday, January 20, 2011
CUTI SEKOLAH
Bos! Ini surat cuti saya. Saya minta dua hari saja hari Ahad dan Isnin sebab ada kenduri kahwin sepupu saya. Hari Khamis saya nak ambik sekerat hari kenduri juga. Cuti sekolah memang musim kenduri kahwin. Sabtu depan saya ada tiga undangan untuk dipenuhi..Hmm kenduri…
Saya ambil surat tersebut dari kerani saya . Jumaat dan Sabtu memang sudah cuti. Campur semua jadi empat hari setengah. Sekarang ni dah hujung tahun , semua orang sibuk menghabiskan cuti . Kalau tak kemana mana makan angin pun lebih suka duduk dari datang bekerja di pejabat atau di mana juga. Sekolah pun dah dekat sebulan bercuti.
“ Mama kenapa tak jadi cik gu? Kan best boleh cuti dok di rumah dengan kami . Boringlah mama takdak petang baru balik. Mama dah letih nak ajak pi jalan jalan , ke kedai ka, taman mainan ka…” . Permata hatiku yang kedua mengomel sambil mengenyit ngenyitkan mata mengusikku dengan gaya manja. Badannya yang agak montel ikut melintuk sama.
“Kan kita baru balik dari bercuti hari Khamis lepas . Dekat 10 hari mama cuti dok melayan anak anak mama . Tak puas lagi ka? “ “Dak “.
Ni mama nak bagitau ramai lagi anak anak yang senasib macam kamu. Mak cik Khadijah staf mama tu , anak dia pun cuti sekolah juga tau, Cik Nab pun. Kalau semua nak bercuti teman anak anak , sapa yang nak buat kerja semua. Bila kerja nak siap. Mama dulu cuti sekolah manapun tak pi. Tok Wan tak dak kereta, kalau cuti sebulan sebulan la dok umah, main aci ( kejar kejar) dengan kawan, tangkap pepatung saja….bla bla..
Macammanapun mama janji hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) mama akan layan kamu semua . Kita masak masak dan pi picnic kat taman, pi mancing kat sungai, naik menara dan beli buku kat pustaka salam. Kita pi dekat dekat saja , kalau bosan atau penat boleh balik ke rumah . Abah pun boleh boleh ikut sebab tak banyak berjalan nanti abah letih. Hoorey ! mama nak bawa kita pi picnic..
Mama! Mama! Kita buat barbeku boleh ? Barbeku! Permata hati ketiga tiba tiba mencelah. Boleh! Kita bakar sotong, ikan , nugget dengan udang jawab saya. Kambing boleh dak mama?.
Kambing tak boleh sebab tinggi budget, tunggu mak su ka mak ndak ka balik baru boleh buat.
Malam itu kami barbeku , kami jemput jiran di sebelah rumah makan ikan, sotong dan ikan bakar . Auntie sebelah dating dengan anak terunanya bawa dua dozen minuman kotak. En Ramli dating sekeluarga bersama isteri dan lima anak anaknya. Meriah juga walau sederhana . Kami menuikmati hidangan dengan santai . Peluang untuk beramah mesra dengan jiran jiran dan mengenali mereka. Kesibukan urusan harian menghadkan waktu untuk beramah mesra. Anak anak gembira hajat mereka ditunaikan . Mama dan Abah gembira bila anak anak gembira. Permata Hatiku… sedang bersinar…berkilau..
Sebenarnya anak anak hanya mengharapkan ruan waktu khusus untuk mereka. Tidak kira ke mana asalkan keluar dari rumah , dan kalau boleh berlari dan berenang lebih disenangi (anak anak saya berumur dari 5 hingga 13 tahun).
Saya sendiri bila sampai hujung tahun , semangat bekerja sedikit menurun. Suasana terasa lain. Persekitaran bangunan pejabat agak lain. Banyak kenderaan yang parker dan keluar masuk memakai plet dari negeri lain. Pejabat saya berdekatan dengan sebuah hotel . Kelihatan pelancung luar negeri datang berbelanja di pecan rabu , menginap di hotel berdekatan . Restoran tempat saya selalu makan juga di penuhi dengan anak anak remaja yang berfesyen trendi agak bising . Cuaca juga agak panas kering dan berangin. Ramai juga antara teman yang bercuti dalam Negara dan luar Negara. Semasa awal bekerja dulu sebaik meninggalkan universiti saya bekerja dengan majikan yang beragama khatolik . Beliau akan ambil cuti panjang sehingga selepas Krismas disambung dengan cuti tahun baru. Disember diari saya agak lapang . Tidak ada projek dan appointment
Bila membuka perniagaan sendiri saya jadi terbiasa dengan keadaan tersebut. Bagaimanapun elok juga sebab anak anak juga bercuti panjang. Seperkara lagi saya menghadiahkan CD original Maheir Zain semasa cuti baru baru ini. Mereka senang sekali, sikecil permata hatiku gembira mendendangkan ‘Barakallah..’. Semoga kita semua hidup dalam rahmat dan diberkati Allah.. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
