Maaf saya tak pandai meluahkan semua yang terkandung dalam hati, tak pandai menyusun kata kata. Bagaimanapun ingin berkongsi pengalaman , suka duka kehidupan dengan sesiapa yang sudi berkunjung ke blog saya. Masih banyak yang perlu di pinda dan diubah suai. Sementara ini blog ini langsung tidak menarik pandangan mata. Bagaimanapun saya percaya ada maklumat yang boleh dimenafaatkan sebagai seorang anak, seorang ibu, isteri, professional dan seorang teman kepada sahabat sahabat yang mengambil berat dan bersedia berkongsi suka duka. Seumpama kata orang ubat yang pahit menjadi penawar, wajah buruk berhati baik dan apa apa lagi perumpamaan yang seumpamanya.
Saya berkahwin dalam tahun 1996 dengan seorang pemuda yang tinggal berjiran dengan saya. Kami menyewa di taman perumahan yang sama. Rumahnya selang 3 pintu sahaja. Di pendekkan cerita kami berkahwin dengan restu kedua ibubapanya dan ibu saya ( ayah telah meniggal tahun 1994 akibat penyakit kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi). Perkahwinan berlangsung dengan meriah dan diraikan ramai saudara mara dan sahabat handai. Majlisnya sederhana sahaja masak gotong royong melalui pertubuhan dikenali sebagai syarikat kenduri.
Selepas setahun perkahwinan kami telah berpindah ke rumah yang dibeli sendiri, zaman kegawatan ekonomi melanda di tahun 1997. Rumah berkembar setingkat, comel dan sesuai bagi kami yang bermula dengan tiga beranak. Rumah kami asalnya bersempadan dengan tanah bendang. Kami berpindah di awal Muharram dengan kelengkapan rumah ala kadar saja janji bahagia. Rumah kami berdekatan masjid dan dekat dengan pasar . (oops saya terlepas pandang soal sekolah , anak sulong berumur 2 tahun cuma pada masa berkenaan itu).
Seperkara yang menarik rumah saya pada awalnya bersebelahan dengan tanah bendang. Bayangkan ketika padi menghijau, angin bertiup sepoi-sepoi, bunyi air berkocak apabila katak atau ikan kah yang melompat ? . Kekadang suami saya menghulurkan joran keluar pagar memancing ikan haruan , melepaskan nostalgia zaman kanak kanak mungkin..., saya tidak berjiran di sebelah kanan rumah, kalau bagi panduan lokasi kepada saudara atau teman yang akan berkunjung saya katakana rumah yang di hujuuung sekali ! Sekarang tidak lagi.
Jiran saya sebuah keluarga berbangsa Cina, rumahnya jenis kembar 2 tingkat. Pokok ceri yang rending di hadapan rumah sudah ditebang. Tidak ada lagi burung kecil yang singgah dan berciutan. Bendang sudah digantikan dengan deretan rumah. Tidak ada lagi kehijauan, digantikan dengan bunyi air pancutan dari kolam buatan jiran sebelah...
No comments:
Post a Comment