Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat Permata Hati yang perlu sentiasa digilap dan dididik sentiasa bercahaya dengan iman dan amal soleh. Bersama kita mempelajari dan mencontohi akhlak Rasulullah Saw. Wahai Allah Yang Maha Dekat, permudahkan kami menjalani kehidupan ini dengan tabah, rahmati kami Ya Allah, Ya Rahman..
Sebagai seorang ibu kepada Empat anak lelaki yang membesar, saya memang tidak dapat lari daripada rasa bimbang apabila melihat remaja yang melepak di tempat tempat awam, berpeleseran berpasang pasangan dengan pakaian yang menjelekkan. Rambut gadis yang biasanya diwarnakan dan fesyen yang melampaui batas budaya melayu dan apa lagi syara'. Remaja lelaki berbaju T hitam , ketat, pendek dengan jeans yang tergantung di pinggang singkat. Aksi manja yang menjengkelkan, ketawa hilai tanpa ada rasa segan silu pada orang lain.
Alhamdulillah! setakat ini anak anak Permata Hati saya agak mendengar cakap. Suami saya walaupun kurang sihat , tetap memberikan tumpuan mendidik mereka. Anak sulung dan yang kedua telah diasuh untuk bersolat jemaah di masjid. paling kurangpun solat Asar dan Maghrib menjadi kemestian. Biar mereka membiasakan diri dengan rumah Allah. Biasa bercampur dan berkenal dengan jemaah masjid, supaya timbul rasa segan dalam diri mereka melakukan perkara yang tidak elok bagi anak anak seusia mereka. Seboleh mungkin kami berusaha mendampingi mereka, melayani hobi dan kesukaan mereka setakat yang termampu. Penuhkan masa mereka dengan aktiviti sihat seperti beriadah bersama . Anak sulong saya gemar membaca jadi tempat kesukaannya adalah kedai buku terutamanya Pustaka Salam dan Popular. Kami berkongsi hobi . Saya diperkenalkan kepada buku buku berikut:-
1. Negeri 5 Menara;
2. Novel novel tokoh pejuang Islam seperti Salahuddin alAyubi, Muhammad Al Fateh; Abu Ubaidah;
3 . Ahmad Deedat: The Choice;
4. Cinta di Rumah Hasan Al Banna dan banyak lagi.
Dan anak anak Permata Hati saya kuat memberikan saya semangat dan sokongan. Mereka menemankan abahnya mmbacakan buku, mendengarkan rakaman ceramah ustaz ustaz yang diminati abahnya.
Ya Allah , aku bersyukur dengan segala yang Egkau berikan. Redha kan aku ya Allah, berkati aku , suami dan anak anakku, kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan jiran jiranku. Amin.
No comments:
Post a Comment