Sempena cuti Tahun Baru Cina , kami dapat bercuti agak panjang dari 3 hingga 6 Febuari. Bagaimanapun tidak ada perancangan kemana mana kerana anak ada kelas tusyen manakala anak bongsu baru saja sihat dari jangkitan paru paru.
3 hari berlalu pantas. Pagi Sabtu saya ke kelas Tafakuh di KUIN , Alor Setar, Kedah. Antara ilmu yag diperolehi dari Dato Mufti Kedah adalah berkenaan BERIMAN KEPADA ALLAH yang ingin dikongsikan dengan sesiapa yang sudi singgah di blog ini. Antaranya beriman kepada Allah mengikut pendekatan beliau adalah terdiri daripada dua perkara:
i) Percaya kepada Allah; dan
ii) Percaya kepada Esanya Allah .
Dua perkara inilah yang membezakan kepercayaan orang islam dan bukan islam.
Bahawa adalah hamba yang sentiasa memerlukan dan berharap kepada Allah manakala Allah tidak mengharapkan apa apa daripada kita. Allah tidak berharap kepada amalan kita . Allah dengan sifat Rahman memberikan rezeki kepada semua orang sama ada beriman atau tidak. Bagaimanapun hanya orang yang benar benar beriman dan beribadat kepada Allah sahaja yang berhak mendapatkan Rahim Allah yakni kasih Allah.
Contoh yang diberikan ustaz yang mudah dan jelas seperti berikut:-
Seorang pekebun getah gembira dengan hasil getah di kebunnya yang bertambah dan pendapatannya yang melebihi gaji bulanan guru sekolah. Bagaimanapun masih lupa kepada siapa yang memberikan rezekinya. Orang yang masih berselera menikmati makanan , bersarapan dengan selera sedangkan tidak solat subuh.
Bahawa bukti kekuasaan Allah ditunjukkan dengan jelas dalam surah al Baqarah , 163-164, maksudnya:
"Dan Tuhan kamu itu Tuhan yang Satu. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam peciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya ) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."
Wahai insan marilah kita sama sama fikirkan dan insaflah kepada , sentiasa syukur dan sujud , pelihara iman kita dan patuhi ajaran junjungan besar Muhammad Rasulullah saw. Subhanallah, Tabarakallah

No comments:
Post a Comment