Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Assalamualaikum! Geram betul saya hayat bateri laptop Compaq Presario V3000 saya tamat sudah. Sebentar ja perlu dicharge semula tapi setakat kurang 10 minit. Huhu pasai apa la , tak samapai setahunpun. Kenapa ya, ada teman saya bateri dia tahan sejak dibeli. Nasib, nasib
Saya pula tertinggal charger di ofis. Terpaksala merajinkan diri ditemanai anak anak ke ofis di petang Jumaat. Ehh leceh betulkan?. Bagaimanapun ada hikmahnya juga dapatla sambil menyelam minum air (ayaq). Bawa anak anak yang kebosanan keluar. Abang Naim tension handphone kena rampas dengan Cikgu dalam spot cek di sekolah. Itu lah kenapa bawa gi sekolah. Mamani kira nak memujuk hati anak anak. Pergi mana lagi ke Star Parade Alor Setar lah. Lokasinya ke medan selera di Star Parade. Menu pilihan 'Chicken Chop' dan burger ayam. harga Chicken Chop RM 9.00 satu. Rasanya boleh tahanla..kata Ahmad Naufal mamanya Chicken Chop lagi sedap!!!
Maana fotonya ..ada nanti ya.
Iya ka, bezanya saya salutkan dengan sebuk roti , tapi di sini pkai tepung jagung. Tak payah puji la mama malas nak buang tulang ayamtu..sampai melecet tapak tangan.
Selesai makan kami ke Popular pula. Mak aaiii ramainya beratur untuk buat bayaran belian . Kenapa yaa, ooo vaucher buku 1 Malaysia.. Hemmm... terkenang zaman saya belajar, tak ada BRIM Nil.. nak duit lebih saya pernah buat uih untuk jualan musim cuti. Hasilnya tak banyak . Saya tak pernah beli novel ..berjimat sungguh. alhamdulillah ada la duit biasiswa JPA masa di Universiti Malaya. Dapat gak beli buku undang undang .. tak lengkap pastinya. kami fotostat ja. Pohon maaf kepada penulis buku ..apa nak buat miskin yang mengikat..
Sekarangi zaman berubah. pemimpin pemurah sungguh semua peringkat dapat habuan. Anak anak saya yang bersekolah dapat bantuan RM100.00 seorang . Remaja yang belajar di IPT dapat voucher buku RM250.00 dan belia dapaat RM 250.00 seorang. Kerajaan nak bagi kita terima dengan syukur. Niat mereka Allah tahu..bukan kita layak menilai dan bagi markah.
No comments:
Post a Comment