Monday, October 6, 2014

EIDUL ADHA 2014


Assalamualaikum, salam eidul adha 2014  dari saya ummu naufalarief  . Tahun ini kami sekeluarga menyambut raya di rumah sendiri di Alor Setar.

Awal pagi bangun solat subuh dengan si kecil berdua beradik Ahmad Aidil dan Ahmad Naufal Arief. Abah , abang sulung dan abang tengah Ahmad Naim dan Ahmad Iqbal berjemaah di masjid. Tahun ni abah ditugaskan menjadi bilal solat hari raya korban disamping mengagihkan kupon untuk jemaah bagi pengagihan daging korban.  Saya pula menyertai program penyempurnaan ibadat korban  di Kemboja melalui program yang dianjurkan oleh Amal Kemboja yang dikendalikan En. Asri Bin Hassan bersama isterinya Puan Fariza Ismail. Terima kasih untuk mereka berdua atas usaha murni mereka.

Ok solat hari raya  kami sempurnakan di Masjid Aman Simpang Kuala , Alor Setar. Pagi hari raya hujan turun dengan agak lebat .  Solat bermula lebihkurang jam 8.30 pagi . Jemaah  muslimat mengambil tempat di bahagian tingkat bawah masjid. Bilangan jemaah ternyata kurang daripada  jemaah solat aidil fitri. Mungkin ramai yang tidak pulang sebab cuti yang agak singkat. Khutbah dibacakan oleh Tuan Haji Khamsani Bin Saad. 

Saya lihat di sepanjang khutbah ada juga sebilangan jemaah yang berselfie dan berfb. Saya sendiri tidak membawa handphone , sengaja tinggalkan di rumah bimbang terjangkit virus berselfie dan berfb . Saya mahu pahala sebanyak mungkin ya Allah.

Antara isi khutbah yang saya ingat adalah ikhlas dalam setiap ibadat yang disempurnakan.  Nabi Allah Ibrahim , Siti Hajar dan anak mereka Ismail  ternyata ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah ke atas mereka. Nabi Ibrahin tidak tahu bahawa korban Nabi Ismail akan digantikan dengan seekor kibas. Begitu juga  Siti Hajar dan Nabi Ismail anak mereka.

Keikhlasan mereka beriman kepada Allah dibuktikan dengan ketaatan   mereka untuk melaksanakan korban yang dituntut walaupun dengan menumpahkan darah Ismail .

Ikhlas melaksanakan bukan bertujuan untuk riak, menunjuk nunjuk kemampuan dan keupayaan. Ia mudah dan payah bukan . Bagi saya semuanya dengan izin dan kehendak Allah dan untuk itu saya menadah tangan dan memohon diberikan hati yang ikhlas dan ibadat saya diterimaNya solat dan korban saya.


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ 

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Surah Al Maaidah, Ayat 27

Berikut adalah antara gambar gambar suasana penyembelihan korban di Masjid Aman, Simpang Kuala Alor Setar, Kedah yang diambil oleh abang Naim dengan ditemani Ahmad Naufal Arief.













1 comment:

  1. Alhamdulillah, korban tahun ni dpt dilaksanakan ,
    alhamdulillah utk daging yg disedekahkan kpd kami , sexap dimasak lembut..

    ReplyDelete