Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.
Hari Khamis 19 hb. Januari saya ke pejabat lebih awal dari biasa. Saya mula dengan menghantar Ahmad Aidil Ashraf ke Sekolah Kebangsaan Peremba dan kemudian Ahmad Naufal Arief ke SRIDA. Selepas itu saya terus ke pejabat dan sampai seawal 7-45 pagi !. Keadaan masih sunyi, saya mulai dengan menyemak fail untuk laporan bulanan. Hmm masih banyak yang perlu dikerjakan... tak cukup kaki tangan, kerja pejabat, memandu anak pulang balik sekolah, jadi emak, jadi lawyer, jadi cikgu, tukang masak dan apa lagi ya... ikhlas lah hati.. Ya Allah! berikanku kekuatan dan semangat. Berikan ku keampunan dan keredhoaanMu... Amin
Aku mengambil cuti separuh hari, pulang pada pukul 2-00 petang untuk menjemput Ahmad Aidil dari sekolah, kemudian kami berdua terus ke kedai makan membeli makanan untuk makan tengahhari. Ahmad Naim pulang sendiri dari sekolah dengan menaiki basaikal. Kami akan menjemput Ahmad Iqbal dari Sekolah Menengah Intergrasi pada petangnya . Rancangan awal pada sekitar 3.30 petang. Namun pada masa dan ketika itu saya hanya berupaya sampai ke SRIDA untuk menjemput Ahmad Naufal Arief.
Agaknya cerita menjadi Pemandu ini perkara biasa kepada kebanyakan wanita. (Saya lihat ramai ibu ibu yang menghantar dan menjemput anak dari sekolah). Saya bertemu dengan guru yang mengajar kelas Ahmad Aidil, Cikgu Yati namanya.
Aha... saya ada kisah dengan Cikgu ini. Pada hari ketiga Ahmad Naufal memulai persekolah di darjah 1, dia bagitau saya dia di pukul di tangan oleh Cikgu. Saya tanya kenapa?
"Adik tulih tak cantik , Cikgu kata" jawabnya dengan muka sedih.
" Mai mama tengok cantik ka tidak" , saya dapati tulisannya tidak mengikut garisan di buku, dan saya bantu Ahmad Naufal menulis semula. Selang sehari , " Mama! Cikgu cubit tangan adik pula , Ahmad Naufal mengadu dengan air mata berkaca. "Cikgu mana pula, sebab apa?" Sebab tulis tak cantikla, kawan Naufal kena tampar".
Sudahnya saya ke sekolah , berjumpa dengan guru berkenaan hal ehwal pelajar dan buat aduan. Sudahnya petang Khamis berkenaan saya diketemukan dengan izin Allah dengan Cikgu Yati. Saya pulul perlahan saja, manja Naufal ini mengadu dengan maknya.
Saya kurang senang dengan penjelasan yang tidak diminta. Saya cuba jelaskan , kemungkinan yang akan timbul seperti anak akan takut dan tidak gembira ke sekolah, dia baru nak belajar bersekolah. Baru keluar dari tadika, alahai Cikgu...
Ding dong, jam 4-30 baru sampai ke sekolah Ahmad Iqbal dan kemudiannya berpatah balik ke Alor Setar. Ahmad Iqbal dan Ahmad Aidil Ashraf bercuti selama seminggu sempena perayaan Tahun Baru Cina. Ahmad Iqbal masih demam dan batuknya makin teruk !!! Keesokan Jumaatnya, saya terus membawanya ke KMC untuk berjumpa Doktor. Setelah diperiksa didapati demam disebabkan alahan. Batuk berpanjangan dan kahak yang berkumpul di paru paru menyebabkan demam Ahmad Iqbal berpanjangan lebih seminggu walaupun telah dibawa keklinik oleh guru warden asrama dan telah menghabiskan antibiotik yang diberikan. Rawatannya neubolizer diberikan dan selepas itu berjumpa semula dengan Doktor berkenaan untuk kepastian sama ada perlu di x ray.
Sudahnya rawatan neubolizer selama 2 hari iaitu 3 kali sehari dijangka memadai.. Habis la RM 200-00 dan sibuk memandunya berulang alik sehingga ke malam (kali ketiga). tidak ada cuti bagi saya... Alhamdulillah , Ya Allah ! berikanku kesihatan dan kekuatan melaksanakan tugasku keranaMu..Amin
. Ya Allah letihnya badan, cuaca agak panas tetapi ada hujan turun. Saya tidak dapat memandu laju , bimbang jalan licin. Perjalanan ditemani suami dan anak bongsu Ahmad Naufal. Dahulunya dalam 2 tahun lepas saya hanya bersandar di tempat duduk penumpang. Suami yang akan memandu . Tetapi sekarang keadaan berubah. Saya dipilih oleh Allah menjadi PEMANDU keluarga.. Ya Allah! permudahkan urusanku... kuatkan semangatku, selamatkan perjalananku, ikhlaskan hatiku.
No comments:
Post a Comment