Setelah hampir setengah tahun menguruskan rutin harian di rumah tanpa pembantu @ bantuan saya mula keletihan yang teramat sangat. Anak sulung saya juga mula sibuk dengan kelas tambahan dan kelas tusyen matematik dan sains pada setiap hari Jumaat. Anak ketiga Ahmad Aidil juga sibuk dengan persiapan UPSR . Setiap hari pulangnya jam 2-30 petang , manakala kelas tusyen pada setiap hari Jumaat.
Pulang dari sekolah jam 5-00 petang, saya boleh nampak keletihan di wajah Ahmad Naim. Saya akui anak sulung saya yang baik hati cuba membantu kerja rumah dengan mencuci pinggan dan menyidai kain. Dia juga sentiasa menemankan Ahmad Aidil melakukan kerja sekolah. Ahmad Naim cuba menyenangkan hati saya dengan kisah Siti Fatimah puteri kepada Raulullah saw.
"Terima kasih abang Naim!" Mama amat menghargainya. Namun mama tidak mampu lagi...
lemahnya mama dibandingkan dengan Siti Fatimah..mama cuba, mama mahu tapi mama tidak mampu..sob sob
Saya sendiri amat letih dan agak stress dengan kerja pejabat dan urusan menghantar dan menjemput anak anak dari sekolah, berbelanja dan atas urusan apa juga yang pelbagai dari 'A' hingga 'Z'. Ya, kalau letih dan tidak sempat memasak, kami tidak ada halangan untuk makan makanan yang dibungkus dari kedai. Pokoknya sama ada untuk makan di rumah masak sendiri, makan nasi bungkus, makan di luar dan apa saja saya juga yang harus keluar.
Wah penat sungguh... Bukan mengeluh tapi itulah kenyataannya. Pada awalnya saya bersemangat dan gembira...Namun setelah enam bulan saya sudah kepenatan. Saya betul betul penat dan akibatnya hampir dua minggu saya demam. Tanpa rehat (mustahil bagi saya untuk rehat) kerana tidak punya pembantu. Anak harus ke sekolah dan walaupun demam saya masih berupaya bangun. Pening kepala itu setiap hari. Saya langsung tidak ada masa untuk beraktiviti apa apa selain menguruskan rumahtanga dan kerja pejabat. Bulan Febuari 2012 saya langsung demam disebabkan letih dan stress yang telah saya ketahui puncanya. Anak anak juga mendapat selsema bergantian seorang demi seorang.
Alhamdulillah abah mereka aka suami saya 'sihat'. Syukur ya Allah..
Sudahnya setelah berbincang dengan abahnya anak anak , kami nekad- perlukan pembantu.
Allah Maha Mendengar, sesungguhnya Allah itu hampir dengan kita dan lebih hampir dari urat leher kita.
Selepas dua hari saya suarakan kepada rakan kongsi saya,beliau menyampaikan kabar ada majikan yang baru 3 bulan mendapat pembantu rumah ingin menamatkan kontrak kerana ingin menjaga hati ibunya. Rezeki saya. Saya cuma perlu mengemukakan permohonan pertukaran majikan dan menjelaskan sejumlah RM 85-00 sebagai wang proses kepada Imegresen.
Tentunya juga wang berjumlah RM 3,820-00 kepada Azlina majikannya Sabariah yang kini bertukar menjadi pembantu rumah saya.
Doa saya sentiasa kepada Allah semoga Sabariah serasi dengan keluarga saya dan dapat meringankan beban kerja saya.
Doa saya juga agar dapat menafaatkan waktu sebaiknya melaksanakan urusan dunia untuk bekalan menuju akhirat.
Ya Allah! aku pohon kepadaMu agar anak anak dan harta yang Engkau berikan ini dapat membantuku ke negeri akhirat. Bantulah aku dan suamiku mendidik anak anak kami menjadi anak anak yang soleh. Ya Allah! jangan aku dilalaikan dengan harta dan nikmat dunia.
No comments:
Post a Comment