Tuesday, January 17, 2012

SEKOLAH MENENGAH INTERGRASI BUKIT KAYU HITAM

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
                            
                                     (  Gambar ihsan  dari azwanwahab.blogspot )

Hari yang ditunggu telah tiba. Setelah hampir seminggu berpisah kami sekeluarga akan bersatu semula. Ahmad Iqbal telah mengesakan bahawa pada hari Ahad, waris dibenarkan melawat pelajar Tingkatan Satu. Kebetulah hari Ahad, 15 hb. Januari merupakan hari cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.
Sebelum itu, Iqbal hanya mula menelefon setelah 3 hari mendaftar di Sekolah Menengah Intergrasi. Dari suaranya di hujung talian saya dapat mengesan yang Iqbal demam. Mungkin demam emosi kata abahnya.

Panggilan telefonnya dibuat diawal pagi sebelum subuh ataupun selepas jam 6-00 petang sebelum magrib . Walaupun hanya semingu saya berasa amat lama. tidak sabar dan amat teruja untuk bertemu semula. Memang kami tidak pernah berpisah lama kecuali semasa saya suami isteri pergi untuk ibadat haji pada tahun 2008. Pada hari ke tiga ketiadaan Iqbal, Ahmad Aidil Ashraf ternyata kelihatan murung dan tidak ceria seperti biasa. Setelah dipujuk dan disiasat ternyata dia rindu kepada abangnya. Apabila ditanya adakah Ashraf rindu pada abang Iqbal, dia langsung menangis dan bertanya bila abang Iqbal akan balik.

Panggilan telefon dari abang yang hanya setahun lebih tua darinya ternyata menjadi pengubat rindu kepada Ashraf. Janji untuk membawanya bertemu abang pada hari Ahad menjadi penawar. Hari Ahad yang ditunggu semua bangun awal . Ashraf dan Ahmad Naufal langsung mandi dan membersihkan diri tanpa disuruh. Kami semua bersarapan di medan selera pasar besar Alor Setar. Malamnya saya sempat memasak kekcawan coklat. Tukang masak amatur ini telah berjaya menghasilkan kek coklat yang agak tawar. Bagaimanapun pujian dari anak anak dan suami tetap lumayan. Sejak semalam kami juga telah menyediakan dan memasukkan ke dalam beg segala barang dan keperuan yang dipesan oleh Iqbal. Ahmad Naim si abang sulung banyak membantu dalam urusan ini. Sebotol vitamin C dan sekotak AlBarakah Habbatus Sauda sebagai makanan tambahan. Semoga kesihatan Iqbal terpelihara.
Abah seperti biasa hanya memberi arahan dan memperingatkan saya dan Ahmad Naim.

Ya Allah , Engkau yang mengetahui sesungguhnya jarak sekolah lebihkurang 50km sahaja dari rumah dan hari cuti yang sama memang memudahkan saya. Itulah hikmahnya Iqbal agaknya gagal dalam permohonan ke program Ulul Albab di MRSM Kepala Batas, pulau Pinang. Kami sampai ke sekolah pada sekitar 9-15 pagi dan pada ketika itu telah ramai waris lain yang sampai.

Di meja hadapan saya di kantin sekolah nampak sepasang suami isteri dengan 3 anak lelaki berusia di sekolah rendah, dengan bekalan makanan yang banyak juga seperti kek, mihun dan kueh muih lain. Rupa rupanya mereka meraikan hari lahir anak lelaki mereka pelajar Tingkatan Satu yang jatuh pada 14 hb. Januari. Subhanallah! begitu perihatinnya pasangan itu. Sudah pasti ibubapa cemerlang akan melahirkan generasi cemerlang juga.

Setelah menunggu hampir 5 minit kelihatan hero saya Ahmad Iqbal datang dengan wajah yang berpeluh. Dia baru selesai bermain badminton dengan pelajar senior. Biar kebah demam katanya. Kami semua berpelukan dan bersalaman. Gembira hati saya kamai bertemu semula. Kata Iqbal, " Abah dan mama tak payah rayu lagi permohonan ke MRSM,  Iqbal dah rasa selesa di sini. Dah terima jawatan  Ketua Kelas pun. Iqbal dah daftar nama untuk belajar bahasa Perancis sebagai sabjek pilihan . Cikgu yang mengajar pun best" . Iqbal bercerita dengan gopoh sambil mengangkat ngangkat keningnya. Masa pantas berlalu sebentar sahaja jam sudah menunjukkan hampir 12-00 tengahhari . Ada waris yang sudah berkemas untuk pulang.  Kami juga terpaksa bergerak. Hanya Khamis ini sahaja saya akan menjemput Iqbal pulang sempena cuti tahun baru Cina.

No comments:

Post a Comment