Saturday, November 17, 2012

BERCUTI KE PENANG NOVEMBER 2012 2

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Telefon sekali lagi pada tuan rumah saya dimaklumkan ada suis utama di belakang pintu..tet on cahaya dan AllahuAkbar! Satu gambar besar warna tembaga besar tergantung di dinding ruang utama . Nak murah nya pasal la..malam Jumaat ni, fikiran saya kalut ..dan "mama , macam mana ni ? malaikat rahmat tak masuk rumah ni , kita macammana..Ahmad Iqbal bertanya , matanya berair, suara sebak. 

Kita wudhuk , sembahyang dulu. Allah ada , Allah nampak, Allah dengar. Saya memujuk anak anak dan dalam hati rasa bersalah yang teramat sangat. Menyesal, sungguh..kecewa ..alahai cuti , saya berdoa supaya percutian yang dicadangkan mencapai matlamat membahagiakan dan menggembirakan bagi semua ahli keluarga termasuk Bibik yang tidak komplen apa apa..

Ahmad Naufal pula berulang kali mengucapkan dengan suara comelnya:
"Bestnya datang Penang, tak sabar nak tunggu siang nak berenang kolam " ..sungguh menyenangkan kami yang tegang..

Pagi besoknya usai solat subuh (sujud sajadah) yang diimamkan abah,  kami berkemas dan chau ..bye bye Menzan apartmen kami tidak selesa di sini. Tidak sesuai untuk kami ..pengajarannya lain kali tempah hotel saja yang memang kita tahu , biasa dan dikenali  keselesaannya..

Oleh kerana masih awal pagi kami singgah sebentar di pantai Tanjung Bunga


FOTO PAGI DI PANTAI TANJUNG BUNGA


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat



                                             Ahmad Iqbal, Ahmad Aidil Ashraf dan Ahmad Naufal Arief di gigi air, sekejap lagi 
                                                            basahlah seluarnya.
                                           

                                                    mama dan Ahmad Naufal

BERCUTI KE PENANG, NOVEMBER, 2012


Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Selamat bercuti untuk semua, cuti hujung tahun persekolahan bermula pada 9hb. November, 2012 bagi negeri Kedah dan Kelantan. Pada awalnya saya merancang untuk bercuti ke Langkawi dan menginap di Aseana entah bagaimana  kami meukar fikiran untuk ke Penang sahaja.. psss sebenarnya sebab budget le hehehe...mengaku jalah.

Urusan membooking penginapan siapa lagi saya la juga. Google , cari cari last, last saya dapat la satu apartment jus nice untuk kami anggota 7 orang .
Di mana..yes Menzan Apartment kat Batu Feringgi engkau. Apa lagi saya pun terus confirm tempahan . tak payah bayar dulu , serius bayaran hendaklah secara tunai sahaja masa check in. Saya pula entah apa hal la ber ia ia la sangat nak mula bercuti pada 8 hb. November padahal dah tau husben kena dialisis pagi, nak jemput Ahmad Iqbal lak lagi nuh kat Bukit Kayu Hitam lagi. Huh jadi 'iron  lady' haritu. Tapi kalau hati dah suka tu semua boleh ja.

Kami siap bawa resyen lagi, lauk pauk , beras bagai nak masak kat apartmen sana. Ada 3 bilik dengan RM398-00 untuk dua  malam . Murah tu..Sudahnya kami hanya mampu sampai ke Batu Feringgi sekitar jam 8-00 malam. Lokasinya di antara Hard Rock Hotel dan Bayview Hotel di sebelah kiri jalan menghala ke Feringgi. Letihnya la hai.. sampai pula hujan .. tidak ada sesiapa yang sambut . melalui telefon saya dimaklumkan unit mana apartment kami..di tingkat 6. tidak berkunci. Masuk saja tara....gelap..ada bau cam hapak sikit..gelap , kelam. suspen sungguh. 

Tuesday, October 16, 2012

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan . Perjalanan menuju kehidupan abadi. Ketahuilah hai anak Adam  bahawa kehidupan abadi adalah di akhirat nanti. Bagaimanakah kehidupan kita pada harini. Apa bekalan yang telah kita siapkan untuk kehidupan abadi..Bagaimanakah sekiranya esok atau lusa kita dijemput pulang menemui Ilahi!

Ya Allah , takutnya saya. Masa pula berjalan begitu pantas sekali. Setiap hari jika diikutkan sibuk dengan urusan dunia-anak anak dan kerja..Allah . Sesungguhnya kesibukan kita diketahui oleh Allah. Allah tahu dan mengambilkira (bagi muka) pada hambaNya hingga naik lemak pula.

Surah Al Muzammil Allah sebut manusia sibuk dengan urusan disiang hari maka bangunlah bersolat diwaktu malam . Bacalah mana mana ayat al Quran yang hambanya mampu membaca.. mudahnya ikut fahaman saya bacalah , jangan bagi alasan sibuk bagaimanapun , tak mampu banyak bacalah yang pendek. Solatlah walau 2 rakaat tahajud atau 1 rakaat witir. Jangan tidak tidak.
Kutiplah bekalan kita untuk perjalanan yang jauh ..Mari anak anak ku Permata hati ..kita kumpulkan bersama bekalan kita.. Mari...
bukan bekal berkelah ya..ngap habis !

Gambar dari  google

Monday, October 15, 2012

REZEKI DARI ILAHI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Ketika memandu kereta comel hijau pucuk pisang saya yang saya panggil 'bibah' pulang dari kerja saya mendengar radio IKIM . Ustaz Pahrol Mohd Joei sedang keudara  . Antara yang dibicarakan adalah berkenaan rezeki.

Rezeki kata ustaz Pahrol yang menegaskan beliau bukan ustaz tetapi lebih senang dikenali sebagai daei menasihatkan bahawa 'rezeki'  seharusnya dilihat dari sudut yang luas. Ia tidak terhad kepada kemewahan dan kewangan sahaja.  Hatta berzikir kepada Allah dengan menyebut Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilahaillallah juga  adalah rezeki yang diberikan Allah. Kita dipilih untuk mengingati Allah.. Subhanallah! AllahuAkbar.

Saya terkesan apabila ustaz Pahrol mengibaratkan  manusia  ini seperti kelawar yang silau pandangannya disiang hari dan gagal melihat benda benda sekeliling. Saya bertenet malamnya menemui blog beliau - Genta Rasa. Masyaallah lulusan sains pemakanan asalnya. Rezeki beliau Allah angkat menjadi Daei.   

Manusia insan ini pula seperti gagal  menilai rezeki dan nikmat yang Allah berikan. Kesihatan pancaindera ie mata yang mampu melihat, telinga yang mendengar, kaki tangan yang mampu bergerak dan fikiran yang sihat dan anak anak. Kita akan hanya menyedari nikmat rezeki yang Allah bagi setelah kehilangannya. Apabila ditimpa sakit contohnya bila mata menjadi rabun (pengalaman  orang terdekat saya).  Seperkara yang saya ingat selanjutnya Allah mencabar hambanya dengan surah Ar Rahman. "Nikmat siapakah yang engkau dustakan" soalan yang dikemukakan kepada semua manusia.. Ya Allah kerdilnya hambaMu..mengalir air mata saya.

Subhanallah , saya amat mengkagumi daei ini yang bijak memberikan motivasi, mampu melahirkan ucapan membina . 

Kadang kadang saya juga terleka, perlu diingatkan oleh orang lain walaupun perkara yang dibincangkan adalah perkara biasa biasa yang berlaku sekeliling kita.

Pengajarannya jangan abaikan majlis ilmu. Rezeki Allah akan bertambah bagi orang yang bertaqwa dan beribadat kerana Allah.
Subhanallah.

Monday, October 8, 2012

BATUK SELSEMA LAGI

Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat

Alhamdulillah kesihatan saya baik dalam peliharaanNya. Memang kalut sikit asyik berulang ke hospital ie. klinik pakar mata untuk susulan rawatan abah, ke farmasi untuk bekalan ubat yang kehabisan ( saya lupa tarikh temujanji dengan doktor) . Sudahnya terpaksa bawa abah anak anak aka suami saya untuk jumpa doktor khusus untuk mendapatkan bekalan ubat.

Oooh! banyaklah belanjayang dikeluarkan gomen untuk pastikan rakyatnya mendapat rawatan perubatan terbaik. Alhamdulillah ! negara kita masih mampu memperuntukkan rawatan percuma..gratis. Saya difahamkan ubat insulin yang biasa dibekalkan telah tamat tendernya. Sudahnya pen insulin nama Lily juga turut digantikan dengan set baru..namanya loh sudah lupa pula. Yang pasti insulin brand baru dengan set pennya yang baru juga. Bayangkan berapa orang pesakit kencing manis yang memerlukan insulin....banyaknya belanja yang perlu dikeluarkan kerajaan.
Pengajarannya jaga kesihatan..

                       Foto Ahmad Aidil Ashraf dan Ahmad Naufal  
    
Belum selesai dengan abah , abang ke tiga pula demam , batuk. Berulang lagi ke KMC ntuk rawatan neubolizer..lapang sikit  adiknya pula si Naufal Arief..batuk sampai hilang suara.. kekadang sampai merah matanya. Sakit dada Naufal katanya..Alhamdulillah mama masih sihat. Alhamdulillah suami dan anak anak mama masih mampu dirawat..Syukur, sabar dan solat Insyaallah semuanya akan selamat. Yakin pada Yang Satu -Allah



Wednesday, September 12, 2012

SAMSUNG GALAXY ACE V SAMSUNG BEAM



Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat.

Hari ini mama si Naufal nak berkisah fasal telefon bimbit la pulak. Rasanya telefon Samsung Galacy Ace ni adalah telefon bimbit yang ke lima atau enam. Yang pasti adalah model  Samsung yang kedua saya pakai atau guna. Warantinya setahun, tetapi entah dimana silapnya ia cacat sedikit. (hilang suara bunyi cal masuk) . Bagaimanapun masih boleh digunakan dengan earphone atau bluetooth. Fungsi lain okey ja.. masih mantap.
Tapi leceh la pulak nak gantung sentiasa di telinga. Tak praktikal la pulak. Bagamanapun saya bertahan juga hampir 4 bulan sejak itu. Beginilah rupa telefon saya itu. Saya sayang sangat nak berpisah dengan telefon ni. Sebabnya.. hmm ada gambar gambar keluarga, anak anak, sahabat dan tempat yang saya kunjungi. Saya suka dan selesa dengan Galaxy Ace yang saya beli dengan harga RM 999-00 . Sekarang model ni sudah tidak dijual lagi keh keh.
 Skrinnya agak besar juga. senang bagi mata 40an ini.
Setelah beberapa kesulitan dan miss cal yang keterlaluan, akhirnya inilah pula Samsung Beam. Ada projector u. Mesti anak anak saya cemburu. Kena explore macam mana nak guna cara yang berkesan. Gunakan sepenuhnya, menafaatkan setiap sen yang dilaburkan ke atasnya. 

Saya doakan telefon baru ini dapat bertahan dan bermenafaat kepada saya. berbaloi baloi hendaknya. Sementara itu bolehlah saya hantarkan Galaxy Ace ke hospital untuk dirawat.

Renung balik eh , dah terpengaruh dengan Korea la pulak. Telefon Samsung, kereta Hyundae dan mesin basuh pun Samsung gak..cukup setakat tu . Jangan gila K pop lak . Astagfirlahalazim!