Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Alhamdulillah kesihatan saya baik dalam peliharaanNya. Memang kalut sikit asyik berulang ke hospital ie. klinik pakar mata untuk susulan rawatan abah, ke farmasi untuk bekalan ubat yang kehabisan ( saya lupa tarikh temujanji dengan doktor) . Sudahnya terpaksa bawa abah anak anak aka suami saya untuk jumpa doktor khusus untuk mendapatkan bekalan ubat.
Oooh! banyaklah belanjayang dikeluarkan gomen untuk pastikan rakyatnya mendapat rawatan perubatan terbaik. Alhamdulillah ! negara kita masih mampu memperuntukkan rawatan percuma..gratis. Saya difahamkan ubat insulin yang biasa dibekalkan telah tamat tendernya. Sudahnya pen insulin nama Lily juga turut digantikan dengan set baru..namanya loh sudah lupa pula. Yang pasti insulin brand baru dengan set pennya yang baru juga. Bayangkan berapa orang pesakit kencing manis yang memerlukan insulin....banyaknya belanja yang perlu dikeluarkan kerajaan.
Pengajarannya jaga kesihatan..
Foto Ahmad Aidil Ashraf dan Ahmad Naufal
Belum selesai dengan abah , abang ke tiga pula demam , batuk. Berulang lagi ke KMC ntuk rawatan neubolizer..lapang sikit adiknya pula si Naufal Arief..batuk sampai hilang suara.. kekadang sampai merah matanya. Sakit dada Naufal katanya..Alhamdulillah mama masih sihat. Alhamdulillah suami dan anak anak mama masih mampu dirawat..Syukur, sabar dan solat Insyaallah semuanya akan selamat. Yakin pada Yang Satu -Allah
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak-anak itu Permata Hati menjadi amanah yang hendaklah dididik supaya taat kepada Allah dan Rasul..Ya Allah Rahmati dan berikan kami keredhaanMu
Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts
Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts
Monday, October 8, 2012
Monday, May 30, 2011
Rumahtangga itu lubuk pahala, anak anak adalah amanah yang menjadi saham akhirat
Hari ini saya menemankan suami ke hospital Sultanah Bahiyah. Seawal 7.40 pagi kami telah sampai ke klinik Pakar. Tiket nombor telah dikeluarkan dan telah ramai yang mendahului kami . Jam 8.00 pagi nombor mula dipanggil untuk berjumpa doktor. Nasib doktor di hospital kerajaan walaupun seorang pakar tetap berkongsi bilik dengan seorang doktor lagi.
Apa yang nak dikongsikan adalah sifat ehsan yang ditunjukkan doktor (Dr Leong) yang walaupun sibuk tetap bersedia medengar aduan pesakit yang dilihat dari penampilan adalah miskin dan mungkin juga tidak boleh membaca.
Pesakit ini datang tanpa temujanji dan tanpa buku temujanji.Asalkan ikhlas dan ada sedikit sifat ehsan sesama insan tanpa mengira apa bangsa dan agama pasti akan dapat membantu dan menyelesaikan masalah ramai orang. Pesakit tadi misalnya tidak perlu balik ke rumahnya di Pendang untuk mendapatkan buku temujanji dan datang semula. Pastinya memberi kesulitan baginya yang miskin dan dalam kepayahan. Doktor Leong tajam penglihatan dan sensitif akan keadaan pesakitnya. Itulah doktor sejati. Tahniah Dr Leong iaitu pakar sakit buah pinggang di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Anda doktor yang memahami, adalah juga penawar kepada pesakit dan keluarga mereka.
Terima kasih dari kami (Rohaizan sekeluarga).
Subscribe to:
Posts (Atom)