Wednesday, January 19, 2011

JELI MANIS

                                                      

Seorang lelaki Cina berpakaian kemas, kemeja biru , seluar hitam, berkasut kulit dan bercermin mata berdiri kemas dengan fail di tangan.

“ Syarikat saya bukan pengeluar kepada jeli manis tersebut dan kami HANYA mengimport jeli itu dari negeri China. Kami tidak tahu apa kandungan atau bahan bahan yang digunakan dalam membuat jeli tersebut. Sebaik saja mengetahui  ia mengandungi bahan (telingaku tidak dapat menangkap tapi bunyi  ‘…mine’ di hujungnya)  yang membahayakan dan boleh membawa penyakit kanser kami terlah berusaha menarik balik jeli manis daripada pelanggan kami. Lelaki Cina itu menghulurkan sekeping surat kepada jurubahasa mahkamah. Saya pohon hukuman yang ringan di atas kesalahan tersebut.”

Saya yang baru samapai di galeri mahkamah tertarik mengikuti prosiding yang berjalan. Saya nampak seorang  Majistret muda berwajah serius meneliti bungkusan yang di dalamnya ada jeli manis bewarna warni kelihatan sungguh menarik dan cantik sekali. Tentu sekali menggamit sicilik untuk mengambil dan menikmatinya. Jeli manis berbentuk silinder sebesar anak jari  bewarna merah jambu, hijau epal dan oren Nampak seperti enak sekali untuk dikunyah. Di bungkusannya hanya mencatatkan  gula sebagai bahan utama yang digunakan. Siapa sangka dan sedar akan keujudan sejanis  bahan  yang boleh menyebabkan kanser?

Soalan kepada pengimport dan pengedar :

1.     Di manakah tanggungjawab anda mengenas pasti barangan yang dijual dan diedarkan kepada kumpulan sasar kanak kanak jika anda sendiri tidak dapat mengesahkan kandungan barangan   tersebut dan kesannya kepada kesihatan pengguna (jika alasan di atas  benar ).

2.     Adakah anda peduli?
Jika ya sudah pasti anda akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengimport dan memasarkan barangan tersebut?

Perkara yang perlu diambilkira oleh pihak berwajib dan pengguna:

1.     Kenakan syarat untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan  untuk permit import, membungkus dan mengedarkan barangan
2.     Bagi pengguna (ibu bapa)  hendaklah sentiasa peka dengan makanan dan jajan yang dimakan oleh anak anak . Perhatikan labelnya, kandungan bahan bahan yang digunakan,  halal atau tidak dan yang pentingnya kesan terhadap anak anak. Kalau diragui (tidak pasti ) jangan dibeli atau diberikan kepada anak anak kita.

AWAS! jeli manis  boleh memberikan kesan umpama racun membunuh kegembiraan dan kesejahteraan kita sekeluarga. Prihatin dengan keadaan sekeliling ,  pemakanan  dan masyarakat kita.

MAKANAN




                                                

Menu pulut di sebelah utara tanah air amat sinonim sekali. Bila musim durian pulut dimakan dengan durian dipanggil pulut durian. Satu ketika dulu durian bermusim jadi pulut durian juga bermusim mengikut raja buah tersebut.

Negeri negeri utara iaitu Kedah dan Perlis juga terkenal dengan mempelam dan kuinin.  Bila musim mempelam dan kuinin pulut jga dimakan dengan mempelam dan kuinin. Pulut dikukus dan dicampurkan dengan santan dan digaulkan ketika pulut masih panas dijadikan pulut lemak.   Ia juga dimakan bersama gula  hmm kandungan gula dan kolestrol jangan cakaplah… Bagaimanapun masyarakat  kampong  ketika tahun tahun 70an tidak menghadapi masalah mengatasi masalah obesity dan  kencing manis . Selesai sarapan mereka membanting tulang mengerjakan sawah seperti membajak , berkebun dan sebagainya. Banyak kerja yang dilakukan tanpa bantuan mesin dan hany menggunakan tulang empat kerat.

Pulut juga selain itu digunakan sebagai bahan utama dalam kuih muih seperti pulut udang, serimuka , wajik dan juga dijadikan tepung untuk kuih koci, onde onde, buah Melaka.

Pulut dimasak dari beras pulut yng bewarna lebih putih dari beras jawi(nasi). Pulut lebih tinggi kandungan kanjinya. Bila masak ia melekit dan kenyal. Pulut juga boleh dimakan dengan lauk. Ia mengenyangkan dan biasa dijadikan menu utama untuk sarapan . Contoh pulut kukus ikan kering yang dimakan bersama kelapa parut. Makanan ini  membangkitkan nostalgia kepada masa lalu saya dikampung. Enaknya pulut kukus ikan kering.

Tuesday, January 11, 2011

Nyamuk

                                                              
                                
Nyamuk adalah serangga penghisap darah yang juga menjadi peyebar wabak penyakit seperti malaria, denggi dan sebagainya.
         Wabak denggi amat dipandang serius kerana ia boleh membawa maut dan boleh disebarkan dan menjangkiti orang lain yang dibawa kumannya oleh nyamuk yang dikenali sebagai Aedes. Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan telah  terpaksa membelanjakan banyak wang bagi mengatasi masalah penyakit demam denggi yang dibawa oleh Aedes. 
         Sanggupkah anda membiakkan nyamuk  di kawasan rumah anda. Baru baru ini saya hadir di mahkamah majistret di Jitra Kedah. Antara prosiding yang berjalan pada hari tersebut adalah saman oleh Penguatkuasa Kesihatan atas tuduhan membiakkan nyamuk.  Orang kena Saman Pertama seorang lelaki pertengahan umur.
        “ bahawa pada  13hb. Oktober  anda telah didapati membiakkan nyamuk di dalam bekas plastik  warna merah  di bahagian belakang rumah kamu . Mengaku salah atau tidak? 
Jawap: “ Saya mengaku la..
Jurubahasa: “OKS mengaku salah tuan”.

Barang kes sebotol berisi air jernih yang ada  jentik jentik  di dalamnya diangkat dan ditunjukkan kepada tuan Majistret oleh Pegawai Pendakwa.

Kemudian dipanggil pula orang kena saman berikutnya. Kali ini seorang wanita berusia lingkungan akhir 30an.
Jurubahasa : “Kamu telah didapati salah membiakkan nyamuk dalam tempurung kelapa dibahagian luar rumah dalam kawasan rumah kamu  .  Mengaku salah atau minta bicara?”

OKS: mengaku salah . “OKS   mengaku salah tuan”.
Sekali lagi Pendakwa mengangkat botol yang juga berisi air dan sampel jentik jentik sebagai bukti menyokong pendakwaan.
Tuan majistret mengangguk dan mencatatkan dalam fail di hadapannya. Mengangkat muka Majistret berkata denda RM 200-00 tidak bayar  penjara 2 bulan.

Seorang lagi dipanggil kedepan juga di atas tuduhan membiakkan nyamuk di halaman rumahnya. OKS kali ini seorang lelaki tua   berkemeja usang yang kelihatan agak daif dengan berkopiah putih yang sudah lusuh.

Selesai tuduhan dibacakan kepadanya Pak Cik tersebut  mengaku salah dengan suara yang agak sedih dan gementar.

Majistret memanggil jurubahasanya.  Kelihatan majistret muda berkata sesuatu dan jurubahasa  mengangguk angguk. Kemudian jurubahasa berkata:
“ Pak Cik bawa  ada duit dak ? Bawa ( Ada) berapa duit  mai mahkamah hari ini.
“Pak Cik mana ada duit , bawa  50 ringgit saja . Tu ja yang ada.”

Okey, Pak Cik ambil tarikh ini  kata jurubahasa sambil menghulurkan kertas kecil kepada seorang polis mahkamah untuk diberi kepada Pak Cik tersebut. Pegawai Pendakwa diam sahaja tidak berkata apa apa.

“Pak Cik mai lain na pada tarikh yang ditulis. Hari ini tangguh dulu Pak Cik boleh balik dulu”  sambung jurubahasa tadi dengan jelas.

Pak Cik tadi kelihatan termanggu manggu tetapi berjalan perlahan keluar dari mahkamah. Seharusnya dia lega sebentar kerana tidak dikenakan sebarang denda pada hari itu.

Saman Trafik No . blab la…. Kes seterusnya dipanggil .
Pasal nyamuk  Pak Cik yang tinggal di kampong kecil  kena mengadap majistret, masuk mahkamah yang tak  pernah dipijaknya seumur hidup, gara gara nyamuk Pak Cik itu terpaksa meninggalkan kerja menorehnya, sudahlah cuaca kerap hujan  dan Pak Cik itu hanya mengambil upah . Semuanya gara gara nyamuk yang Pak Cik itu sendiri tidak menyedari kehadirannya dalam bekas  makanan  dalam sangkar burung lama yang dibuang  di luar rumah.  Pulang dari kebun Pak Cik itu sudah penat dan keletihan . Cuma sempat berehat sebentar sebelum mandi , makan dan solat zohor.  Betulka aku membiakkan nyamuk , nyamuk …., nyamuk….