Tuesday, January 11, 2011

Nyamuk

                                                              
                                
Nyamuk adalah serangga penghisap darah yang juga menjadi peyebar wabak penyakit seperti malaria, denggi dan sebagainya.
         Wabak denggi amat dipandang serius kerana ia boleh membawa maut dan boleh disebarkan dan menjangkiti orang lain yang dibawa kumannya oleh nyamuk yang dikenali sebagai Aedes. Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan telah  terpaksa membelanjakan banyak wang bagi mengatasi masalah penyakit demam denggi yang dibawa oleh Aedes. 
         Sanggupkah anda membiakkan nyamuk  di kawasan rumah anda. Baru baru ini saya hadir di mahkamah majistret di Jitra Kedah. Antara prosiding yang berjalan pada hari tersebut adalah saman oleh Penguatkuasa Kesihatan atas tuduhan membiakkan nyamuk.  Orang kena Saman Pertama seorang lelaki pertengahan umur.
        “ bahawa pada  13hb. Oktober  anda telah didapati membiakkan nyamuk di dalam bekas plastik  warna merah  di bahagian belakang rumah kamu . Mengaku salah atau tidak? 
Jawap: “ Saya mengaku la..
Jurubahasa: “OKS mengaku salah tuan”.

Barang kes sebotol berisi air jernih yang ada  jentik jentik  di dalamnya diangkat dan ditunjukkan kepada tuan Majistret oleh Pegawai Pendakwa.

Kemudian dipanggil pula orang kena saman berikutnya. Kali ini seorang wanita berusia lingkungan akhir 30an.
Jurubahasa : “Kamu telah didapati salah membiakkan nyamuk dalam tempurung kelapa dibahagian luar rumah dalam kawasan rumah kamu  .  Mengaku salah atau minta bicara?”

OKS: mengaku salah . “OKS   mengaku salah tuan”.
Sekali lagi Pendakwa mengangkat botol yang juga berisi air dan sampel jentik jentik sebagai bukti menyokong pendakwaan.
Tuan majistret mengangguk dan mencatatkan dalam fail di hadapannya. Mengangkat muka Majistret berkata denda RM 200-00 tidak bayar  penjara 2 bulan.

Seorang lagi dipanggil kedepan juga di atas tuduhan membiakkan nyamuk di halaman rumahnya. OKS kali ini seorang lelaki tua   berkemeja usang yang kelihatan agak daif dengan berkopiah putih yang sudah lusuh.

Selesai tuduhan dibacakan kepadanya Pak Cik tersebut  mengaku salah dengan suara yang agak sedih dan gementar.

Majistret memanggil jurubahasanya.  Kelihatan majistret muda berkata sesuatu dan jurubahasa  mengangguk angguk. Kemudian jurubahasa berkata:
“ Pak Cik bawa  ada duit dak ? Bawa ( Ada) berapa duit  mai mahkamah hari ini.
“Pak Cik mana ada duit , bawa  50 ringgit saja . Tu ja yang ada.”

Okey, Pak Cik ambil tarikh ini  kata jurubahasa sambil menghulurkan kertas kecil kepada seorang polis mahkamah untuk diberi kepada Pak Cik tersebut. Pegawai Pendakwa diam sahaja tidak berkata apa apa.

“Pak Cik mai lain na pada tarikh yang ditulis. Hari ini tangguh dulu Pak Cik boleh balik dulu”  sambung jurubahasa tadi dengan jelas.

Pak Cik tadi kelihatan termanggu manggu tetapi berjalan perlahan keluar dari mahkamah. Seharusnya dia lega sebentar kerana tidak dikenakan sebarang denda pada hari itu.

Saman Trafik No . blab la…. Kes seterusnya dipanggil .
Pasal nyamuk  Pak Cik yang tinggal di kampong kecil  kena mengadap majistret, masuk mahkamah yang tak  pernah dipijaknya seumur hidup, gara gara nyamuk Pak Cik itu terpaksa meninggalkan kerja menorehnya, sudahlah cuaca kerap hujan  dan Pak Cik itu hanya mengambil upah . Semuanya gara gara nyamuk yang Pak Cik itu sendiri tidak menyedari kehadirannya dalam bekas  makanan  dalam sangkar burung lama yang dibuang  di luar rumah.  Pulang dari kebun Pak Cik itu sudah penat dan keletihan . Cuma sempat berehat sebentar sebelum mandi , makan dan solat zohor.  Betulka aku membiakkan nyamuk , nyamuk …., nyamuk….



No comments:

Post a Comment